Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH"— Transcript presentasi:

1 HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH

2 MENGKAJI MATEMATIK PRASEKOLAH
Secara kumpulan, kaji kurikulum Prasekolah & kenal pasti aspek-aspek yang ada kesinambungan dengan Matematik KBSR

3 ASPEK KAJIAN Apakah kandungan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan?
Apakah kandungan Matematik yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan?

4 ASPEK KAJIAN Apakah kemahiran matematik yang diajar di peringkat prasekolah? Bagaimanakah kemahiran tersebut membantu pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah?

5 KURIKULUM PRASEKOLAH

6 MATLAMAT Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

7 OBJEKTIF – Membolehkan murid
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik; Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi; Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;

8 OBJEKTIF – Membolehkan murid
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;

9 OBJEKTIF – Membolehkan murid
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial; Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

10 4 PRINSIP UTAMA 6 KOMPONEN CIRI-CIRI MURID

11 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah.

12 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Pengelasan -kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan.

13 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang. Konsep nombor kemahiran seriasi dan padanan satu dengan satu secara logik

14 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Kemahiran proses sains berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Dikuasai dengan aktiviti memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan inferens.

15 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Penyelesaian masalah adalah hieraki tertinggi dalam kemahiran befikir. Bergantung kepada kemahiran membuat keputusan berasaskan naluri atau sebab yang boleh diterima. Murid dilatih membuat refleksi dan menilai keputusan yang telah diambil.

16 KOMPONEN KEMAHIRAN KOGNITIF
Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan bahan maujud yang mudah didapati di sekeliling mereka butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu, daun dll Murid memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang

17 OBJEKTIF Komponen Perkembangan Kognitif membolehkan murid :
Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains; Berfikir secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit; Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat; dan Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.


Download ppt "HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google