Fiqh wanita Minggu Sepuluh.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Istri menghormati hak-hak suami
Advertisements

Pendidikan Agama Islam
MENUTUP AURAT ITU WAJIB
Bagaimana Tinjauan keterlibatan Muslimah dalam Politik ?
FIQH JENAZAH & FIQH MAWARITS.
OLEH : ABDUL GOFUR RAKA HEDIANA
JILBAB BUSANA MUSLIMAH
Pengantar Sistem Pergaulan Islam
BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
Fiqh wanita Minggu Kesembilan.
Macam-Macam Wanita Di Dalam Al Qur’an
PERNIKAHAN DAN KONTEKSTUALISASINYA DALAM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM.
PUTERI-PUTERI TERSAYANG
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
I’tikaf dan Lailatul Qadar
AGAMA ISLAM.
Mata Kuliah Al Qur’an Hadis Oleh Syukur
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
SISTEM KEKELUARGAAN DALAM ISLAM
ISLAMIC FUNDAMENTALS ON PATIENT MANAGEMENT
PAKE KERUDUNG YUK !!!!.
Nama : Siti Roikatul Janah Nama : Syafrida
MENUTUP AURAT ITU WAJIB
Kepedulian Umat Islam terhadap Jenazah
Kesempurnaan Islam.
Pendidikan Agama Islam Semester 1, 2 SKS
KELOMPOK 10 M. Yusuf Fahmi S NPM Desi Rahmawatie NPM Dian Viona NPM Annisa Febrianti NPM Fauziah Nurul Laksmi NPM.
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
ADAB BERHIAS DIRI.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
ALAMIYYAH.
Wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Kelas Bimbingan Dewasa
BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
JUAL BELI SALAM Definisi
Adab Ziarah dan Meminta Izin
Ict dan media dalam pendidikan islam
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI (Sesi Ke-4)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
BAB 5: PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
Ketika kita mengambil keputusan dengan melibatkan-Nya lalu melepas sesuatu yang kita senangi karena alasan-alasan syar’i JANGAN TAKUT!! Karena Allah.
PERNIKAHAN DAN KONTEKSTUALISASINYA DALAM ISLAM. Pernikahan dalam Islam Pengertian dan Dasar Hukum.  Alquran ( Q.S. Ar-Ruum, 30 :21, An- Nisa’,4 : 3,
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

Fiqh wanita Minggu Sepuluh

Hukum wanita bekerja Fiqh Wanita

Allah s.w.t berfirman وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ “..dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya.” (Al Ahzaab : 33). Rasulullah s.a.w. bersabda, وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا “Dan seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.” (HR Al Bukhari )

Sayyidina Ali r. a. pernah bertanya kepada Saidatina Fatimah r Sayyidina Ali r.a. pernah bertanya kepada Saidatina Fatimah r.a putri Rasulullah s.a.w. “Wahai Fatimah, apakah yang baik bagi seorang wanita?” Fatimah menjawab, “Hendaknya ia tidak melihat lelaki (asing/yang bukan mahramnya) dan lelaki (orang lain) tidak melihatnya.” Allah berfirman dalam Al-Quran; وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلاَّلاَبَائِهِنَّ “Hendaknya wanita tidak menampakkan kecantikan (perhiasan)nya kecuali yang boleh dilihat dari dirinya. Hendaknya wanita tidak menampakkan kecantikan (perhiasan)-nya kecuali kepada suami mereka atau bapak mereka.”( an-Nur: 31)

Sering terjadinya kemungkaran, seperti; Bercampur dengan lelaki, berkenalan, bebas berbual dan bertatap muka dengan yang diharamkan, Tidak melaksanakan kewajipan kepada suami dengan baik sebagaimana yang dianjurkan oleh Agama. Keluar dari fitrahnya dengan meremehkan urusan rumah tangga yang seharusnya menjadi bidang utama seorang wanita. Mengurangi hak anak-anak dalam banyak hal, seperti; dalam kasih sayang, perhatian, pendidikan agama dan sebagainya.

Mengganggu emosi, fizikal dan emosi serta pemikiran sehingga boleh mempengaruhi jiwa serta syaraf yang tidak sesuai dengan tabiat wanita. Mengurangi makna hakiki tentang kepemimpinan suami dalam rumah tangga di hati wanita. Pemikiran terganggu kerana pekerjaan, sedangkan jiwa, pikiran dan perasaannya menjadi sibuk, lupa dan bertambah jauh dari tugas- tugasnya yang asas, iaitu keharusan membina kehidupan suami isteri, mendidik anak-anak dan mengatur urusan rumah tangga.

Islam membenarkan isteri bekerja dengan bersyarat Islam membenarkan isteri bekerja dengan bersyarat. Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah s.w.t. iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan"( An-Nisa : 32 ) Nabi s.a.w. pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri"

Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi Kebanyakan wanita di zaman Nabi hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Namun terdapat sebahagian wanita Islam bertugas di luar rumah berdasarkan keperluan. Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam. Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi s.a.w. menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup. Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, baginda nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya. Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Sebagaimana dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :- وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Madyan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki). Musa berkata: 'Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al- Qasas : 24 )

Dalam kisah ayat ini jelas pengajarannya iaitu : Dua orang wanita itu hanya keluar apabila wujud keuzuruan kepada ayah (lelaki) untuk keluar mengurus nafqah dan belanja. Kedua-dua wanita tadi tidak bersesak bersama lelaki dalam mendapatkan air yang dihajati, sebaliknya menunggu dan menjaga adab tidak bercampur baur dengan lelaki.

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan. Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya. Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos. Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya, seperti doktor pakar dan lainnya. 2) Hendaklah kerja tersebut bersesuaian dengan fitrah seorang wanita serta kemampuan fizikalnya. 

3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja. 4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki. 5)  Mendapat izin wali atau suami. 6) Mestilah kerjaya itu tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami, contohnya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki. 8) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik, kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum

Diperbolehkan bagi wanita untuk bekerja akan tetapi harus dengan ketentuan atau syarat-syarat yang harus diperhatikan dan dipenuhi, seperti : Ada izin dari wali (suami atau orangtua/keluarga), Tidak memiliki keluarga atau tidak memiliki suami, Pekerjaannya harus halal, (bukan pekerjaan yang syubhat apalagi haram)

Menjaga kehormatan diri baik saat berada di dalam rumah maupun ketika bekeja di luar rumah, Tidak ada percampuran bebas antara lelaki dan wanita, tidak bertabarruj (bersolek berlebih- lebihan dan tidak menampakkan perhiasan), Tidak memakai pakaian yang ketat atau melanggar aturan berpakaian bagi wanita dalam ajaran Islam, bekerja bukan karena kesenangan pribadi dan kepentingan keluarga tetap menjadi prioritas, Jenis pekerjaannya tidak mengurangi apalagi melanggar kewajibannya dalam rumah tangga, seperti kewajiban terhadap suami, anak-anak dan urusan rumah tangganya.

Wanita, Hijab dan kerjaya Fiqh Wanita

Dalam kitab Lisânul Arabi di katakan: Jilbab, iaitu lebih besar dari tudung dan lebih kecil dari jubah, yang dengan wasilah ini wanita menutupi kepala dan dadanya. Oleh karena itu kata “Jilbâb” dalam surah Al- Ahzab dan kata “Khumur” dalam surah An-Nur dengan jelas menekankan mengenai kewajiban menutup tubuh bagi wanita terhadap bukan mahramnya. Biasanya “Khumur” menunjukkan pada kewajiban menutup kepala dan dada serta leher dengan sesuatu yang menyerupai tudung, akan tetapi “Julbaab” adalah sebuah pakaian yang lebih panjang dari t Tudung di mana seluruh tubuh tertutupi olehnya; iaitu sesuatu yang menyerupai jubah dan biasanya dipakai oleh wanita-wanita arab

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka...”(An-Nur:31) Ayat ke dua yang membahas tentang kewajiban menutup tubuh sebagaiman firman Allah s.w.t.yang berbunyi: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin,” Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.”(Ahzab:59)

Maqasid Syari’ atau tujuan dan keperluan pemebentukan hukum berdasarkan: Kebutuhan dharuriyah merupakan kebutuhan tertinggi dan paling utama. Memelihara kebutuhan dharuriyah berarti memelihara kebutuhan yang bersifat esensial, meliputi agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Kebutuhan haajiyah tidak termasuk kepada sesuatu yang pokok melainkan kebutuhan yang dapat menghindarkan manusia dari kesulitan hidup. Jika kebutuhan kedua ini tidak terpenuhi maka tidak akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan bagi manusia, namun akan mendatangkan kesulitan. Kelompok ini berkaitan dengan masalah keringanan dalam ilmu fiqh. Kebutuhan tahsiniyah adalah kebutuhan yang menunjang peningkatan martabat hidup seseorang di masyarakat dan di hadapan Allah s.w.t. dalam batas kewajaran. Apabila kebutuhan ini tidak terpenuhi, maka tidak menimbulkan kemusnahan bagi hidup manusia dan tidak akan membuat hidup manusia dalam kesulitan. Akan tetapi kehidupan manusia dipandang tidak layak menurut akal dan fitrah manusia. Perkara yang masuk dalam kebutuhan ini terkait akhlak mulia dan adat yang baik

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Sehubungan Membuka Aurat dalam Pekerjaan: Ini akan pasti memberi banyak kesulitan kepada masyarakat kita. Sedangkan Islam itu adalah agama yang memudahkan. Sesuatu pekerjaan yang telah jelas haram di sisi agama seperti pelayan bar yang menghidangkan minuman keras tidaklah boleh dihalalkan. Namun, pekerjaan yang asalnya halal tidaklah boleh kita haramkannya semata-mata kerana wujud elemen tertentu yang bercanggah di sisi agama. Pendekatan yang saksama ialah untuk kita membuat penilaian menyeluruh secara umum atau di peringkat individu samada kebaikan lebih banyak atau keburukan.

Jika lebih besar kebaikannya, maka dibolehkanlah pekerjaan itu, baik secara umum atau kepada individu tertentu. Jika ada individu merasa lebih selesa tukar kerja kerana ia lebih menenangkan hatinya, itu adalah pilihan peribadi yang tidak salah di sisi agama. Namun, ia tidak wajar dijadikan standard umum untuk semua kerana ia adalah pilihan atas dasar sikap untuk lebih berhati-hati. Sikap wara’  tidak wajar dijadikan hukum umum untuk orang awam di sisi para ulama.

Peringatan!! Apabila kita mengatakan bahawa wanita Muslimah boleh bekerja walaupun tidak boleh memakai pakain yang menutup aurat itu tidak bermakna kita akur bahawa yang sedemikian itu baik, atau tidak perlu berusaha mengubahnya. Hukum itu ditetapkan sedemikian sebagai satu pengakuan akan konteks yang sedia ada. Mengubah keadaan atau memperjuangkan supaya wanita boleh tutup aurat adalah isu yang lain. Ia sememangnya sesuatu yang termasuk dari usaha dakwah kita yang wajar dilakukan tetapi sehingga keadaan berubah. Pada dasarnya, kita juga ingin melihat agar kebenaran berpakaian menutup aurat diberikan bagi Muslimah di sekolah pemerintah dan pasukan seragam.