Ulum hadis (Science of Hadith) By Dr. Nurdeng Deuraseh Ketua Laboratori Polisi dan Pengurusan Produk Halal
Hadis : Segala apa yang diriwayatkan daripada Baginda Rasullulah s. a Hadis : Segala apa yang diriwayatkan daripada Baginda Rasullulah s.a.w sama ada ia berbentuk perbuatan, percakapan, kelakuan, ikrar atau penerangan tentang sifat fizikal Baginda s.a.w yang zahir dan juga merangkumi apa yang disandarkan kepada sahabat atau tabi’in. Ilmu hadis: Ilmu dan kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mengetahui dan menilai kedudukan perawi (sanad) dan lafaz (matan).
Sanad akhir sebelum matan Klasifikasi hadis Sifat perawi Sanad akhir sebelum matan Jumlah perawi
Hadis berdasarkan sifat perawi Hadis maqbul Hadis sahih Sahih lidhatihi Sahih lighairih Hadis hasan Hasan lidhatihi Hasan lighairih Hadis mardud Hadis dhaif Sanad gugur Sanad gugur secara jelas Sanad gugur secara tersembunyi Tuduhan terhadap perawi Dhabit perawi Keadilan perawi
Hadis Sahih Pengertian: Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (kuat ingatan). Sanadnya bersambung-sambung, tidak cacat, tidak syaz (Dari awal sanad hingga akhir sanad). Sahih lidhatih Sahih lighairih Hadis ini mempunyai sanad yang bersambung yang diwakili oleh perawi yang adil, dhabit dan tidak ada kecacatan yang merosakan riwayat. Hadith yang sanadnya bersambung, perawi-rawinya adil dan dhabit, cuma dari sudut keadilan & kedhabitan kurang sedikit daripada Sahih lidhatihi
Hadis Hasan Pengertian: 1.Hadith yang bersambung sanadnya awal hingga akhir 2.Perawinya bersifat adil, tidak syaz dan tidak cacat 3.Tidak janggal sudut matannya 4.Cuma kurang sifat Dhabitnya (Penjagaan) Hasan lidhatih Hasan lighairih Hadis yang mempunyai sanad yang bersambung yang diwakili oleh perawinya yang adil tetapi kurang sedikit kedhabitannya dari hadis sahih. Hadis yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya dari sudut sifat dan kelayakan perawi sama ada perawi kuat atau lemah.
Ciri-ciri hadis dhaif Hadis Dhaif Pengertian: Setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih juga syarat-syarat hadis hasan. Hadis yang gugur satu atau lebih syarat- syarat maqbul. Ciri-ciri hadis dhaif Tidak cukup syarat sahih Terdapat kecacatan atau ‘illat Periwayatannya kurang dhabit Sanadnya tidak bersambung Terdapat kejanggalan atau syaz
Jenis-jenis Hadis Dhaif Sanad gugur Sanad gugur secara jelas Munqati’ Mursal Mu’dal Mu’allaq Sanad gugur secara sembunyi Mudallas Mursal khafi Tuduhan terhadap perawi Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Munkar Mu’allal Maqlub arib Mudraj Muharraf Musahhaf Syaz Tuduhan terhadap keadilan perawi Matruk Mawdu’
Hadis Munqati’ Pengertian: Sanad gugur secara jelas Hadis Munqati’ Pengertian: Hadis yang rangkaian sanadnya tidak bersambung atau putus, sama ada gugur perawi seorang atau lebih di tengah-tengah rangkaian sanadnya. Contoh : Sanad terputus. Abu Qilabah tidak mendengar sendiri dari Aisyah Kerana mereka berdua tidak pernah bertemu. Ini jelas dapat dilihat Melalui tarikh kematian yang jauh jaraknya dia antara mereka berdua Diriwayatkan: al-Tirmizi Nabi SAW Ahmad bin Hanbal Abu Qilabah (m. 104h) Aisyah (m.58h) Malik Tengah-tengah rangkain sanadnya
Sahabat tidak disebut/ digugurkan Hadis Mursal Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh tabi’in dan disandarkan terus kepada nabi s.a.w dengan tidak menyebut nama sahabat yang menjadi perantaraan antara tabi’in dan nabi s.a.w . Erti kata lain perawi sahabat digudurkan atau tidak disebut dalam rangkaian sanad. Nabi s.a.w Tabi’in Sahabat tidak disebut/ digugurkan
Hadis Mu’dal Pengertian: Hadis yang gugur 2 atau lebih sanadnya secara berturut-turut. Ia dinamakan mu’dal kerana sukar bagi ahli hadis mengesan dua orang atau lebih perawi yang gugur secar berturut-turut dalam satu rangkaian sanad. Contoh: “Imam Malik meriwayatkan, Abu Hurairah berkata: Nabi SAW pernah bersabda…….” Malik Muhammad bin al-Ajlan Abu Hurairah Rasulullah SAW
Hadis Mu’allaq Pengertian: Hadis yang digugurkan awal sanadnya seorang perawi atau lebih secara berturut-turut bahkan ada yang membuang kesemuanya.
Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Hadis Munkar Pengertian Hadis yang diriwayat orang lemah dan bercanggah dengan perawi thiqah yang lain. Hadis munkar kadangkala bercanggah pada matan dan sanad. Hadis Mu’allal Hadis yang secara zahir nampak sahih, tiada cela, tetapi dapat dikesan kecacatannya selepas dibuat kajian dan ia boleh menjejaskan kesahihanya.
Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Hadis Maqlub Pengertian: Perawi menukar yang asal dengan yang lain pada sanad atau matan, baik secara sengaja atau tidak Hadis Mudtarib Pengertian: Hadis yang diriwayatkan itu saling berlainan dan berlainan dan bersalahan yang tidak boleh disatukan, tidak boleh ditawfiq atau ditarjih.
Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Hadis Mudraj Pengertian: Hadis yang diselitkan pada awal, pertengahan atau terakhir matan dengan perkataan atau sanad dengan perawi tanpa diasingkan dari yang asal.
Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Hadis Muharraf Tuduhan terhadap kedhabitan perawi Pengertian: Menukarkan huruf kepada huruf lain dengan mengubah baris, tanpa mengubah huruf asal.
Hadis Musahhaf Hadis Syaz Pengertian: Menukarkan huruf kepada huruf lain dengan mengubah titik tanpa mengubah huruf asal. Hadis Syaz Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah, tetapi riwayatnya menyalahi riwayat perawi-perawi lain yang lebih thiqah daripadanya
Tuduhan terhadap keadilan perawi Hadis Matruk Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh orang dikenali sebagai pendusta, fasik serta banyak dan sering melakukan kesilapan, tidak dikethui riwayat lain selainnya, iaitu dia sahaja yang meriwatkan hadis tersebut. Hadis Mawdu’ 1.Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta 2.Khabar direka-reka dan disandarkan kepada nabi s.a.w atau sahabat atau tabi’in secara pendusta kerana ada muslihat tertentu. 3.Hadis dicipta dengan menisbahkannya kepada nabi s.a.w sama ada pendustaan itu dilakukan secara sengaja atau tidak.
Hadis berdasarkan sanad terakhir sebelum matan Hadis marfu’ Hadis mawquf Hadis maqtu’
Hadis Marfu’ Pengertian: Hadis yang disandarkan kepada Rasullulah samada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat Baginda s.a.w sebelum menjadi rasul atau selepas sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
Hadis Mawquf Pengertian: Hadis yang disandarkan kepada sahabat samada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan mereka sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
Hadis Maqtu’ Pengertian: Khabar yang disandarkan kepada tabi’in atau tabi’i tabi’in dari sudut perkataan, perbuatan, pengakuan samada sanadnya bersambung atau terputus
Hadis berdasarkan jumlah perawi Hadis mutawatir Mutawatir lafzi Mutawatir ma’nawi Hadis ahad Hadis masyhur Hadis aziz Hadis gharib
Hadis mutawatir Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai bilagannya, mustahil pada adat dan akal waras bahawa kesemua perawi dalam setiap tabaqat bersepakat berdusta terhadap hadis Baginda s.a.w. Hukum beramal: Wajib beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya dan ia boleh dijadikan dalil atau hujah.
Hadis Ahad Pengetian: Hadis diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua atau lebih tapi tidak memenuhi syarat mutawatir. Hadis terbatas jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai peringkat mutawatir.
Hadis Masyhur Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi ke atas dalam setiap tabbaqat, tetapi tidak mencapai jumlah hadis mutawatir.
Hadis Aziz Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi sama ada dalam satu tabaqah atau beberapa tabaqah sanad.
Hadis Gharib Pengertian: Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana tabaqah.
Kitab Sunan sittah Sahih al-bukhari Sahih muslim Sunan abu daud Sunan al-tirmidhi Sunan al-nasa’i Sunan ibn majah
Wassalam