PENULISAN SEJARAH: PANDUAN MENULIS
APAKAH PENULISAN SEJ Elemen: - tesis ( permasalahan kajian ) - bukti 2 elemen ini pula dibahagikan kepada 3 bahagian . - pengenalan - perkembangan sistematik isi dan perbincangan - konklusi
Permasalahan Kajian/tesis Satu kenyataan argumentasi (hujahan) yang akan dikemukakan oleh penulis Pernyataan inilah yang akan menunjukkan di mana kedudukan, pendirian dan interpretasai mereka terhadap peristiwa sejarah Penulis perlu menunjukkan PK yang tulen,dan kritikal (critical thingking) bagi menunjukkan kenapa pentingnya penulisan itu dilakukan
Sifat permasalahan kajian: Menjelaskan pandangan /point of view Dibuat berdasarkan kepercayaan yang telah melalui satu perbahasan yang logik, sistematik dan disokong oleh bukti2. mengambil pandangan pengkaji2 terdahulu adalah satu cara utk membuktikan bahawa PK tesis yang penulis kemukakan adalah betul.(perspektif )
PK dan Bukti (eviden ) Untuk menghasilkan satu hujahan penulis perlu ada satu tesis utama dan bukti yang kukuh. Sesetengah penulis membandingkan pandangan penulis2 terdahulu sebelum menyatakan pendiriannya sendiri.
Tugas penulis adalah untuk memilih "fakta" yang penting dan berkaitan SERTA membentangkannya dengan cara yang munasabah, yang meyakinkan dan sistematik bagi mempertahankan kedudukan hujah penulis.
Untuk menyokong hujah, penulis juga perlu cekap dalam menggunakan nota kaki dan bibliografi . Nota kaki adalah satu cara untuk menunjukkan tesis pengarang terhadap keterangan hujahannya PK adalah menusabah.
Menulis: Walaupun penulisan bidang lain juga mempunyai PK dan bukti namun penulisan sejarah berbeza dari segi: penulisan sejarah bergantung kpd kebijaksanaan penulis menempatkan bukti dan hujah-hujah yang betul dalam masa dan ruang sejarah ketika peristiwa itu berlaku.
Penulis patut sensitif kepada kesilapan-spt, meletakkan peristiwa dalam masa yg "tidak betul" perintah, atau yang mempunyai watak-watak sejarah bercakap, berfikir, dan bertindak dengan cara yang tidak sesuai untuk masa yang di mana mereka wujud.
langkah persiapan menulis: Memahami apa yang hendak ditulis- kena banyak rujukan, bacaan luas, penyelidikan awal Menyediakan bahan –cari sebanyak mungkin bahan supaya penulis boleh wujudkan PK
Draf pertama semua penulisan serius dilakukan dalam draf yang terancang BUKAN on the sport. Pelajar kadang-kadang malas/kurang mahir/hendak cepat merancang draf. ini adalah satu kesilapan pertama yang akan menyebabkan PK n penulisan anda tidak kukuh. Penulisan tanpa draf yg berdasarkan PK yang kukuh akan menyebabkan pelajar hilang panduan.
Organisasikan Idea anda di atas kertas Organisasikan Idea anda di atas kertas. Kaitankan PK anda dgn menghubungkannya kpd bukti yang menyokong/ relevan. Jika bukti bercanggah dengan PK/ tesis anda, anda perlu memikirkan semula tesis anda. Ubahsuai.
Jelas sekali anda tidak boleh mengubah bukti keterangan, tetapi sentiasalah mencari beberapa petikan atau teks yang dpt menyokong pandangan anda dgn lebih baik, jelas,tepat, lebih meyakinkan. Elakkan membuat petikan yang pjg tetapi tidak membuktikan apa2.
Semua petikan mesti disepadukan secara logik dan sistematik ke dalam hujah anda. Ingat bahawa tidak ada quote "bercakap untuk dirinya sendiri.“ Tugas anda adalah bukan sahaja untuk memilih bukti, tetapi untuk menerangkan dan menganalisis apa yang anda petik, untuk menunjukkan maksud dan kepentingan kenapa ianya dipilih.
Pembinaan perenggan Tersusun mengikut isi utama Perenggan harus mempunyai ayat topik yang kukuh dan menjadi beberapa ayat yang panjang. Cuba untuk menunjukkan perkembangan dalam hujah anda. point disusun secara berhubungan. Ada korelasi antara perenggan demi perenggan. Elakkan hanya penyenaraian dan memperincikan hujah
Pastikan pembaca sedar berlaku berubahan hujahan. Jangan membuat pembaca terteka apa yang anda cuba nyatakan: tujuan esei adalah untuk berkomunikasi dgn pembaca dan komunikasi itu mestilah meyakinkan.
Membina kesimpulan Jgn abaikan kesimpulan anda, yang perlu ditutup dgn meringkaskan hujah-hujah anda. Ingat bahawa kesimpulan boleh mempunyai impak yang besar kepada pembaca, Kesimpulan adalah kenyataan penutup- pembaca adalah juri yg akan menghakimi penulisan itu.
Draf terakhir: Sekarang anda telah siap draf anda. Kembali ke pengenalan anda.- Apakah tesis dinyatakan dengan jelas? Adakah anda nyatakan hujah dan bukti? Susun kembali PK/ tesis anda jika perlu.
Anda mungkin tidak jelas mengenai PK/ tesis tersebut sehingga anda telah menulis sepenuhnya. Di situ baru dpt melihat/ fhm bagaimana hujah/bukti yang dpt menyokong tesis.
Tambahan: Semak ejaan Pastikan tiada plagiat Jadilah seorang penulis yang bertanggungjawab – krn akan ditanya dgn apa yang anda buat ( di akhirat – kcuali yang tak takut ditanya..)