Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah SEJARAH BAB 8 Pembaharuan dan pengaruh Islam di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu? Pengikat antara golongan rakyat dengan golongan pemerintah Dipegang dan dipercayai kebenarannya Mengangkat kedudukan raja ke tahap yang lebih tinggi Menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi raja
Nyatakan adat istiadat yang diwujudkan untuk mengukuhkan konsep daulat Cara berpakaian Jenis pakaian Bahasa dan pengucapan Tingkah laku Istiadat pertabalan
Sebutkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam adat pepatih Musyawarah merupakan asas pentadbiran dan penyelesaian masalah Dilarang berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama Ketua dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah Bersifat matrinilineal – nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu Anak perempuan diberi hak mewarisi harta
Nyatakan peraturan-peraturan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka Tanggungjawab raja dan pembesar Pantang larang di kalangan anggota masyarakat Hukuman terhadap kesalahan jenayah Undang-undang keluarga Permasalahan ibadah Jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu
Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal? Pendidikan tidak formal ialah asuhan keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan pengajaran. Mengajar anak-anak secara langsung Melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian Menerapkan melalui cerita-cerita lisan Melalui pergaulan sosial Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain
Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal. Sebagai pusat pengajian agama Tempat ulama’ mengajar Tempat perbincangan ulama daripada pelbagai bangsa Tempat mengembangkan ilmu tasawuf Tempat menyimpan buku-buku hikayat Pusat pendidikan ilmu politik dan pentadbiran
Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok. Memberi penekanan kepada ilmu-ilmu agama Menyediakan pelajar yang bertugas sebagai guru agama Menyediakan pelajar yang dapat bertugas untuk masyarakat Tiada batasan waktu Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
Apakah kesan-kesan pengaruh Islam terhadap kehidupan sosial golongan rakyat dalam masyarakat Melayu. Keluarga hubungan kekeluargaan sangat rapat Hormat menghormati ibu bapa Panggilan menggunakan panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua Cium kanak-kanak mencium tangan orang tua apabila bersalaman Suara merendahkan suara apabila bercakap dengan orang tua Jiran jiran dianggap seperti keluarga sendiri Ziarah orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam Bersalaman tuan rumah bersalaman dengan tetamu Hidang tetamu dihidangkan makanan dan minuman Bismillah ungkapan bismillah dibaca semasa hendak makan Majlis majlis-majlis dijalankan secara islam Gotong royong majlis diadakan dengan semangat gotong royong Perpaduan nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan
Huraikan pengaruh islam terhadap seni persembahan muzik, nyanyian dan tarian masyarakat Melayu tradisional Sesuai seni persembahan disesuaikan dengan ajaran islam Arab pengaruh arab berkembang dengan kesenian ini Dabus Tarian Dabus mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali Inang Tarian Inang ditarikan dalam majlis tertentu di istana Nazam lahirnya nyanyian nazam yang menceritakan riwayat hidup Nabi Mohammad S.A.W, para nabi dan para sahabat Upacara nyanyian nazam dipersembahkan dalam upacara bersifat keagamaan Dikir seni dikir dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang Seni kata seni kata dikir bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab Ghazal berkembangnya kesenian ghazal yang memuji kebesaran Allah
Mengapakah orang melayu terlibat secara aktif dalam aktiviti perdagangan selepas kedatangan Islam? Dominasi aktiviti perdagangan di Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam Saranan saranan Islam bahawa bidang perniagaan adalah sumber rezeki yang besar Sebar aktiviti perdagangan menjadi saluran untuk menyebarkan Islam Melaka Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting Kemudahan kemudahan perdagangan yang disediakan di Melaka Pedagang kehadiran pedagang asing di Melaka
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di rantau Asia Tenggara pada abad ke-15? Strategik kedudukan yang strategik Pentadbiran pentadbiran yang licin dan teratur Keselamatan mewujudkan jawatan Laksamana dan Syahbandar untuk menjaga keselamatan di laut dan di pelabuhan Undang-undang Undang-Undang Laut digubal untuk menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat berhubung dengan urusan perniagaan Timbang sistem timbang dan sukat yang seragam diperkenalkan Wang urusan perdagangan menggunakan mata wang
Bagaimanakah peraturan cukai dijalankan di Melaka? Wajb pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan Tetap jumlah bayaran cukai tetap telah ditetapkan oleh pemerintah India pedagang dari China, India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai tetap \cukai import sebanyak enam peratus China pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus Kecuali beras dan makanan dikecualikan daripada bayaran cukai Urusan setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan di sepanjang Sungai Melaka Diraja orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai diraja Melayu orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus Lain orang asing dari tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak enam peratus