CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA & GLOBAL OLEH : NUR FARAHIYAH BINTI NORDIN WAN SYAFAWATI BINTI ROSDY
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA POLITIK EKONOMI SOSIAL AGAMA & ADAT ISTIADAT PENDIDIKAN KEBUDAYAAN TEKNOLOGI & GLOBAL
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA POLITIK Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA EKONOMI Perbezaan Pekerjaan Menghalang interaksi yang lebih kerap. Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama. Semangat perkauman terus menebal
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA EKONOMI Dominasi sektor ekonomi Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA SOSIAL Pemisahan penempatan: Akibat dasar pecah perintah British. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme Pemisahan juga dapat dilihat dari segi pakaian, agama, pendidikan, bahasa dan sebagainya Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi, politik dan sosial barat.
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA PENDIDIKAN Pengasingan sistem pendidikan: Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda. Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama. Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka.
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA AGAMA, KEBUDAYAAN DAN ADAT ISTIADAT Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan: Mudah terjadinya konflik. Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA TEKNOLOGI DAN GLOBAL Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat Contoh tamadun mereka lebih tinggi Membawa masuk pengaruh budaya hedonisme, nilai negatif, ekonomi bebas, sain dan teknologi yang memusnahkan
CABARAN HUBUNGAN INTER-INTRA ETNIK DI MALAYSIA IMPLIKASI CABARAN Keharmonian dan keakraban kaum tidak tercapai Kemusnahan harta benda Tidak mendapat pengiktirafan & penghormatan dunia Kemajuan negara gagal dibangunkan
ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan Melayu PERKARA 89 Kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah PERKARA 121(1)(a) Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan; Meskipun dalam keadaan darurat. PERKARA 150(6)(a) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. PERKARA 152 Kedudukan istimewa orang-orang Melayu Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain. PERKARA 153
CABARAN GLOBALISASI Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia. Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali daripada pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yang mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubahan budaya yang amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat
ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN : SAHIFAH MADINAH (PIAGAM MADINAH) KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN : SAID RAMADHAN AL-BUTI SAHIFAH MADINAH (PIAGAM MADINAH) IBNU KHALDUN ALI SYARI’ATI
PENGHAYATAN ISLAM SEBAGAI KAEDAH PENYELESAIAN Sebagai agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yang wajar dalam penyelesaian masalah seperti yang diperakui dalam Perlembagaan Malaysia. Ajaran Islam yang mengandungi norma-norma yang bercorak universal dan menentang paksaan terhadap orang bukan Islam sangat sesuai untuk masyarakat berbilang kaum. Unsur toleransi dalam Islam harus ditonjolkan dan diterima dalam konteks penyelesaian cabaran yang wujud dalam hubungan etnik di Malaysia.
PIAGAM MADINAH PIAGAM MADINAH Perlembagaan bertulis pertama di dunia Sebagai panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. PM bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian: Bahagian Pertama 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar) Bahagian Kedua 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH Rasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan semasa ketika itu lebih-lebih untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan dan budaya Kepentingan Piagam Madinah: Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah Model perpaduan masyarakat majmuk Pengisytiharan hak asasi manusia Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan, ekonomi dan yang berkaitan kehidupan masyarakat majmuk Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri golongan Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta golongan yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka
Kandungan Piagam Madinah Pembentukan Ummah (Fasal 1) Hak Asasi Manusia (Fasal 2-10) Persatuan Segenap Warganegara (Fasal 16-23) Golongan Minoriti (Fasal 24-35) Tugas Warganegara (Fasal 36-38) Pemimpin Negara (Fasal42-44) Melindungi Negara (Fasal 39-41)
Sumber Utama Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara Masyarakat Masyarakat berbilang agama dan keturunan dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara Hak Beragama Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Fungsi Sahifah Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman Keselamatan Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.
ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Kebebasan Beragama Bekerja dan mencari keuntungan Menjawat jawatan dalam Kerajaan Jaminan hak Asasi Hak mendapat Perlindungan Perlindungan dari pencerobohan luar Perlindungan dari kezaliman dalaman Perlindungan terhadap darah dan jasad Jaminan Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta
AS- SYAHID SAYYID RAMADAN AL-BUTI
FIQH SIRAH II: ASAS MASYARAKAT BARU MADINAH
Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. Asas Pertama : Pembinaan masjid Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat. Pusat pentadbiran negara, perisytiharan dan perundangan
Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan penyelesaian masalah umat Islam. Tempat letaknya Baitulmal negara. Pada hari ini , fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu kebanyakannya tidak lagi dilaksanakan. Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.
Asas Kedua: Persaudaraan Sesama Muslim Betapa pentingnya pembinaan Negara atas dasar perpaduan umat, persaudaraan dan saling mencintai antara satu sama lain berasaskan, aqidah islamiyah. Prinsip keadilan masyarakat bersih, yang saling membantu ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan
Asas Ketiga : Perjanjian Umat Islam dengan Non-Muslim 1 Asas Ketiga : Perjanjian Umat Islam dengan Non-Muslim 1.Islam sejak mula-mula sudah wujud berperlembagaan lengkap, segala yang diperlukan sesebuahNegara. 2.Platform perlaksaanan syariah Islamiyyah 3.Tuduhan Islam agama Ibadat sahaja dapat ditolak dengan bukti yang nyata. 4.Keadilan Rasulullah kepada semua pihak termasuk Yahudi. 5.Islamlah satu-satunya yang dapat mengkikat perpaduan ummah Muslimin. Menjelaskan tiap seorang bertanggungjawab terhadap yang lain dalam soal dunia dan seterusnya akhirat. 6.Dasar persamaan sesama islam secara amali bukan dalam bentuk seruang memikan, tetapi adalah rukunyang wajib dilaksanakan 7.Pengadilan saksama tidak lain dan tidak bukan hanya kembali kepada syariat Allah SWT
SIAPAKAH IBNU KHALDUN?
Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Ibu bapanya berketurunan Arab Yamani yang telah lama menetap di Sepanyol Selepas kejatuhan Seville, mereka sekeluarga berhijrah ke Tunisia dan dia dilahirkan di sana pada tahun 1332 M Mendapat pendidikan awal dengan mendalami al Qur’an, Hadith, Bahasa Arab, Fiqh dan falsafah Beliau meninggalkan Tunisia ketika berumur 17 tahun Bernah berkhidmat di bawah pemerintahan pemerintah Mesir, Sultan Barquq ketika beliau masih remaja Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir
Beliau pernah dipenjarakan oleh pemerintah disebabkan konspirasi golongan tertentu. Satu keadaan politik yang kucar-kacir yang turut mempengaruhi perjalanan karier beliau memaksa beliau mencari perlindungan selama 3 tahun di sebuah perkampungan kecil Qalat Ibn Salama. Ibn Khaldun mengambil kesempatan menulis buku Muqaddimah yang merupakan jilid pertama mengenai sejarah dunia Melalui buku ini, beliau mendapat penghormatan dan kemasyhuran di kalangan sejarawan, ahli falsafah dan sosiologi Beliau juga memegang jawatan Ketua Hakim Kerajaan Mesir dan sarjana di Universiti al-Azhar
TEORI KEMASYARAKATAN IBNU KHALDUN
Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu Manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri. Manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dalam menjalani kehidupan: kerjasama dalam institusi kekeluargaan Kemudian berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya mewujudkan tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka
TIGA BENTUK PEMERINTAHAN NEGARA MENURUT IBNU KHALDUN
Siasah diniyyah : Pemerintahan berdasarkan peraturan –peraturan yang diwahyukan Negara ini wujud dalam bentuk khilafah atau imamah Siasah aqliyyah : Pemerintahan berasaskan undang-undang pemikiran manusia Wujud dalam bentuk negara yang diasaskan di atas kekuatan Siasah madaniyyah : Pemerintahan negara yang diutarakan oleh golongan Ahli falsafah. Beliau menolak jenis ketiga ini sebagai hasil pemikiran impian
Pembahagian Siasah Aqliyyah oleh Ibnu Khaldun dibentuk oleh orang Islam yang mengandungi hukum-hukum syariah dan undang- undang pemerintah didirikan di luar lingkungan Islam Pembahagian Siasah Aqliyyah oleh Ibnu Khaldun
KERAJAAN YANG BAIK DISUKAI RAKYAT
Khaldun (1322-1406) telah mendedahkan pemerhatiannya di berkaitan realiti ini di dalam falsafah sejarahnya menerusi al-Muqaddimah, sebuah pengenalan tentang kisah jatuh bangun kerajaan-kerajaan di dunia ini sepanjang pengentahuannya Menurut Ibn Khaldun, kerajaan yang bertahan ialah kerajaan yang ‘baik’ di dalam segala urusan kenegaraanya. Kerajaan yang baik tentu sekali akan disukai rakyatnya Sebuah kerajaan yang disukai rakyatnya sudah pasti akan dipertahankan dari tersungkur dari putaran perjalanan sejarah bangsa manusia.
Akhlak boleh membawa semangat asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi Satu prinsip yang dikenali sebagai ‘asabiyyah’ (perpaduan) sebagai tonggak yang akan menentukan tahap kekuatan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau tamadun Apabila asabiyyah terjelma atau tercapai di puncak tertinggi, maka ia adalah gambaran bahawa sesebuah kerajaan atau sesuatu bangsa itu berada pada tahap keutuhan yang terbaik Akhlak boleh membawa semangat asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi
SEMANGAT ASSABIYAH
TEORI IBN KHALDUN TENTANG ASSABIYAH Menurut Ibn Khaldun semangat assabiyah sangat penting didalam pembentukan sesebuat negara yang mantap dan berjaya Semangat assabiyah bermaksud tentang semangat perpaduan antara anggota sesebuah masyarakat Ibnu Khaldun juga mengatakan bahawa assabiyah yang baik adalah berpaksikan kepada pegangan agama yang sebenar Semangat assabiyah penting dalam pembentukan sebuah negara yang agung tetapi mestilah berteraskan nilai-nilai agama yang murni..
Akhlak merupakan faktor yang boleh membawa semangat kesalingan hidup masyarakat atau asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi Akhlak meliputi hal ehwal perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan manusia dengan Penciptanya Selain perhubungan manusia sesama manusia, akhlak juga merangkumi tahap perhubungan antara rakyat dan kerajaannya Hubungan ini penting bagi menjamin tercernanya asabiyyah yang utuh antara keduanya di dalam segenap aspek kehidupan kemasyarakatan dan kenegaraan
Ibnu Khaldun berpegang teguh pada firman Allah yang bermaksud: "Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati-hati mereka.“ (Surah al-Anfal : 63)
ALI SYARI’ATI
BIOGRAFI RINGKAS: Ali Shariati dilahirkan pada 1933 di Mazinan, Pinggiran kota Sabzevar, Iran. Ketika belajar di Sekolah Pendidikan Keguruan, Shariati mempunyai hubungan akrab dengan para pemuda golongan ekonomi lemah (Mustad’afin), sehingga beliau menyaksikan dan merasakan sendiri kemiskinan dan kehidupan yang berat yang ada di Iran pada masa itu. Pada usia 18 tahun beliau memulakan kerjaya sebagai seorang tenaga pengajar. Pada saat yang sama beliau berkenalan dengan banyak aspek pemikiran falsafah dan politik Barat, seperti yang dapat dikesan pada tulisan-tulisannya. Beliau berusaha menjelaskan dan memberikan solusi bagi masalah yang dihadapi masyarakat Muslim Iran melalui prinsip-prinsip Islam tradisional dari sudut pandang sosiologi dan falsafah modern. Shariati juga sangat dipengaruhi oleh pemikiran Maulana Jalaluddin Rumi dan Muhammad Iqbal.
Shariati kemudian berpindah ke Tehran dan mula mengajar di Institut Hosseiniye Ershad. Kuliah-kuliahnya kembali sangat popular dalam kalangan mahasiswa-mahasiswanya dan tersebar secara meluas dari mulut ke mulut hingga ke semua lapisan ekonomi masyarakat, termasuk kelas menengah dan atas yang mulai tertarik akan ajaran-ajaran Shariati. Pihak Kerajaan Iran kembali menaruh perhatian khusus terhadap kejayaan Shariati yang berterusan itu. Disebabkan perkara itu mereka telah memenjarakan beliau bersama sebahagian besar pengikutnya.
Tekanan yang luas dari penduduk Iran dan tekanan internasional akhirnya mengakhiri masa penjaranya selama 18 bulan. Beliau dilepaskan oleh pemerintah Shah Pahlevi pada 20 Mac 1975 dengan syarat-syarat khusus yang menyatakan bahawa beliau tidak dibenarkan mengajar, menerbitkan risalah atau buku, ataupun mengadakan pertemuan-pertemuan, sama ada secara umum mahupun secara peribadi. Aggota keamanan dan intelligent SOVIET mengawasi beliau dengan ketat. Shariati menolak syarat-syarat ini dan membuat keputusan untuk berhijrah meninggalkan negaranya dan pergi ke Eropah. Tiga minggu kemudian, pada 19 Jun 1977, beliau telah syahid dibunuh oleh agen-agen SOVIET.
PEMIKIRAN ALI SYARIATI TENTANG PEMERINTAHAN ISLAM
1.TUJUAN PEMERINTAHAN ISLAM Konsep pemerintahan Islam dibahaskan oleh Ali Syari’ati dalam bukunya ummah dan imamah. Menurutnya tujuan pemerintahan ini ditentukan oleh konsep negara itu sendiri. Ali Syari’ati membezakan konsep siyasah dalam istilah Islam dan konsep politique dalam bahasa Yunani. Siyasah: Pembangunan masyarakat Politik: pengurusan dan pemeliharaan masyarakat
Untuk itu, tujuan dari pemerintahan Islam adalah sama halnya dengan konsep pemimpin dalam pengertian Ali Syari’ati. Berkenaan dalam perkara ini, beliau berkata: …Pemimpin bukanlah seperti pusat dan pemelihara masyarakat dalam bentuknya yang beku dan kaku. Tanggung jawab paling utama dan penting bagi pemerintahan Islam mencakupi kemajuan, perubahan dan transformasi dalam bentuknya yang paling cepat, dan memimpin ummat menuju kesempurnaan.
2. DASAR-DASAR PEMERINTAHAN ISLAM Keadilan: Berasaskan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah berdasarkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran & As-Sunnah b. Pemimpin membimbing serta membangunkan masyarakat diatas jalan yang benar menurut ajaran Islam
Istilah ummah secara terperinci mengandungi tiga konsep: 3. KEPEMIMPINAN DALAM PEMERINTAHAN ISLAM Ummah Istilah ummah secara terperinci mengandungi tiga konsep: kebersamaan dalam arah dan tujuan; gerakan menuju arah dan tujuah tersebut; dan keharusan adanya pimpinan dan petunjuk b. Pemilihan Pemimpin - Hubungan baik pemimpin dengan Allah -Tidak memisahkan urusan politik dengan agama - Berdasarkan ijma’ ataupun syura, bukannya demokrasi politik
4. HUBUNGAN PEMIMPIN DENGAN UMMAH ummat memerlukan role model yang menjadi uswah, yang akan mendidik manusia menuju jalan perubahan. Beliau berpendapat sebagaimana berikut: ‘Role Model’ yang ideal dan sempurna bagi manusia, jelas merupakan sesuatu yang amat penting, agar manusia dapat menempuh perjalanan menuju kesempurnaan dan mencapai tingkat tertinggi, serta mewarnai keperibadian mereka dengan kesempurnaan itu. Perkara seperti ini adalah sesuatu yang wajar, seperti yang dikatakan ayah saya, bahawa para pemimpin kita, berkewajipan untuk mendidik dan mewarnai moral kita melalui petunjuk yang diperlihatkan daripada perilaku dan kelebihan-kelebihan mereka.