KEPIMPINAN.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan
Jenis-Jenis Organisasi
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
PEMBANGUNAN DIRI UNIT 4.
PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA
RANGKA CERAMAH Konsep Organisasi Faedah Mempelajari Organisasi
PERUBAHAN ORGANISASI.
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MEMPUNYAI PRESTASI TINGGI ATAU PUNCAK
Kepuasan Kerja.
KEPIMPINAN & KEBERKESANAN ORGANISASI
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I
KONFLIK DAN PENGURUSAN KONFLIK (PENYELESAIAN MASALAH)
PENGURUSAN ORGANISASI
BAB 8 KEPIMPINAN.
Perkembangan Sosial.
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
REKABENTUK ORGANISASI
Memahami tingkah laku manusia
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
Kepuasan Kerja.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Definisi Pengelolaan , Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta Skop Pengurusan Pendidikan Jasmani 5 PISMP BC/PJ/RBT_1.
MODUL 7 KAUNSELING.
Latihan dan Pembangunan
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
DINAMIK KUMPULAN.
Pentadbiran Agensi-Agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa
KONFLIK DALAM ORGANISASI
Career Anchor.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Interaksi Dalam Bilik Darjah
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DR. NOR AZURA BINTI ADZHARUDDIN
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Kepuasan Kerja.
FAIL MEJA.
UJIAN PERSONALITI.
Latihan dan Pembangunan
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DR. NOR AZURA BINTI ADZHARUDDIN
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Kurikulum tersirat.
Career Anchor.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
Definisi Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Memimpin merupakan satu tindakan.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
BUDAYA ORGANISASI.
Memahami tingkah laku manusia
JTW101 Pengantar Pengurusan
Transcript presentasi:

KEPIMPINAN

Pemimpinan; Didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi individu bekerja ke arah mencapai matlamat. Perbezaan antara kepimpinan dengan pengurus : Kepimpinan – menumpu pada perkara-perkara berkaitan perubahan (elemen wawasan), menetapkan sasaran, memotivasi Pengurusan – menumpu pada perkara yang berkaitan dengan pencapaian matlamat organisasi & kerumitan dalam pengurusan harian organisasi. Mengurus, merancang, mengawal.

Kemahiran Pemimpin Newman (1963), kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada pemimpin; Kemahiran teknikal Kemahiran kemanusiaan Kemahiran konseptual.

Kemahiran Teknikal Kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Kemahiran Kemanusiaan Keupayaan bekerja sebagai ahli kumpulan, kemahiran perhubungan awam, berkerjasama, memahami diri sendiri dan orang lain.

Kemahiran Konseptual Kemahiran melihat sesuatu usaha secara menyeluruh. Mengenali fungsi-fungsi berlainan dlm organisasi yang berkaitan antara satu sama lain. Memahami perubahan yang berlaku pada satu fungsi akan mempengaruhi fungsi yang lain. (kemahiran konseptual-penting pd organisasi besar)

Lain-lain kemahiran: Kemahiran rakan sebaya (peer skills) Kemahiran kepimpinan Kemahiran menyelesaikan konflik Kemahiran memproses informasi Kemahiran membuat keputusan

Kepimpinan Byars & Rue (1979), mendefinisikan kepimpinan sebagai suatu proses melibatkan sesorang individu mempengaruhi tingkah laku ahli-ahli kumpulan. Definisi ini melibatkan tiga perkara iaitu orang lain, pengagihan kuasa yang tidak sama antara pemimpin dan ahli kumpulan, dan penggunaan pengaruh.

Orang Lain Orang bawahan/pengikut. Menerima arahan dari ketua ahli kumpulan. Menentukan status pemimpin dan membenarkan proses kepemimpinan berjalan. Pengagihan Kuasa Tidak Sama Rata Pemimpin mempunyai autoriti mengarah pelaksanaan aktiviti kumpulan (ahli kumpulan sebaliknya)

Ahli kumpulan mampu mempengaruhi pelaksanaan aktiviti dalam beberapa cara yang dipilih oleh mereka. Menggunakan Pengaruh Pemimpin bukan sahaja memberi arahan tetapi mampu mempengaruhi cara sesuatu aktiviti dijalankan.

Dalam bidang sukan, kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kebolehan dan pengaruh yang besar terhadap perilaku ahli-ahli persatuan sukan.

Pendekatan Mengkaji Kepimpinan (ALIRAN TEORI KEPIMPINAN) Tiga pendekatan tentang perspektif kepimpinan yang digunakan secara meluas iaitu; Sifat Tersendiri (Traits) Tingkah Laku (Behaviours) Kepimpinan Kontigensi (Contingency) Transformasi (Transformation)

1. Pendekatan Sifat Tersendiri (ciri-ciri & sifat pemimpin) Kepimpinan yang berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu. Pendekatan ini menegaskan – daya kepimpinan merupakan suatu sifat semula jadi. Kajian mengatakan – sifat lazim yang ada pada seorang pemimpin yang berjaya merangkumi kecerdasan, keyakinan diri, dorongan dalaman dan extroversion. Dalam keadaan tertentu, keberkesanan kepimpinan tidak bergantung kepada sifat-sifat yang ada pada pemimpin tetapi lebih kepada bagaimana sifat-sifat dipadankan dengan situasi. Mempunyai personaliti luaran dan keyakinan yang tinggi dianggap pemimpin yang berkesan (guru/jurulatih)

2. Pendekatan Tingkah laku Berdasarkan andaian bahawa pemimpin gaya serta tingkahlaku pemimpin berkesan boleh dibezakan daripada tingkahlaku pemimpin yang tidak berkesan. Pendekatan ini menentukan apa yang dilakukan oleh seseorang pemimpin iaitu; Bagaimana dia mendelegasikan tugas? Bagaimana dia berkomunikasi dengan orang bawahan dan cuba memotivasikan mereka? Bagaimana dia bekerja?

Tingkah laku adalah suatu yang boleh dipelajari- pendekatan ini menegaskan dua aspek penting iaitu merintis struktur dan bertimbang rasa. Merintis struktur – guru/jurulatih akan mendefinisikan peranan mereka dan menentukan struktur peranannya. Bertimbang rasa – kebolehan mengawal situasi pengajaran dalam PJ/situasi latihan dengan memberi penghormatan kepada idea dan perasaan pelajar/atlit. Kelemahannya – teori ini mengabaikan elemen-elemen situasi yang boleh mempengaruhi kejayaan/kegagalan dalam kepimpinan.

3. Pendekatan Kontigensi(luar jangka) Berdasarkan andaian bahawa keberkesanan pemimpinan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor situasi. Pendekatan ini melihat tiga unsur iaitu gaya kepimpinan, pelajar/atlit dan situasi penting untuk kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan sebagai fungsi ketiga-tiga unsur tersebut. Perubahan salah satu unsur akan menjejaskan pencapaian objektif organisasi.

4. Kepimpinan Transformasional Gabungan trait & behavior Gaya kepimpinan yang mempengaruhi pengikut untuk bekerja lebih masa daripada sepatutnya ke arah mencapai wawasan sesebuah kumpulan/pasukan. Diperkenalkan oleh Burns (1978) & Bass (1985), yang membezakan kepimpinan transformasional & transactional berdasrkan Teori Mastow. Kepimpinan transactional hanya menumpukan kepada pencapaian keperluan fisiologi dan keselamatan manakala kepimpinan transformasional menumpukan kepada tahap keperluan lebih tinggi.

Perspektif Transformasi Berasaskan 4 elemen; Membentuk visi Visi dipelopori oleh pemimpin /pekerja dlm organisasi.(perbincangan bersama) Mengkomunikasikan visi Proses mengkomunikasikan visi kepada semua individu organisasi.

Memodelkan visi Melalui cara mengkomunikasikan visi, model mental yang sama boleh diwujudkan dalam diri setiap individu. Membangunkan komitmen terhadap visi Membentuk komitmen terhadap visi oleh pengurus dan ahli (semua) dalam proses pembentukan visi.

Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional Mempunyai karisma Memberangsangkan dan meningkatkan semangat pengikut Merangsang minda dan pengikut dengan menggunakan taknik intelektual

Ciri-ciri Individu yang Berkarisma Keupayaan untuk mempengaruhi orang lain. Keyakinan diri yang tinggi. Kebolehan berpidati dan berkomunikasi yang baik. Mempunyai pemikiran dan kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu pegangan. Sanggup berkorban & mengambil risiko untuk menegakkan sesuatu pegangan Sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan semasa. Berjaya melihat kelemahan dan masalah.

Gaya Kepimpinan Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan; Kepimpinan Arahan Tetapkan objektif Berorientasikan kerja dan menekankan pembangunan kemahiran Abaikan perasaan/pandangan atlit Mengagih tanggungjawab kepada atlit Mementingkan prestasi Mengawal atlit dengan ganjaran/dendaan Pentingkan hierarki autoriti

Kepimpinan Penyokong Ramah dan mudah ditemui. Bertimbang rasa. Memberi perhatian kepada atlit dan menggalakkan mereka memberi pandangan. Sentiasa memberi nasihat secara berterusan. Pentingkan harmoni pasukan Menggunakan ganjaran positif dan bukan dendaan.

Kepimpinan Penyertaan Berkongsi tanggungjawab dengan atlit. Ahli kumpulan berpeluang menentukan matlamat sendiri. Berbincang untuk menyelesaikan masalah/perbezaan pendapat. Berkongsi kejayaan atau kegagalan.

JENIS-JENIS PENTADBIRAN Griffiths(1959), mengkategorikan pentadbir kepada empat jenis; PENTADBIR LAISSEZ-FAIRE Tidak menonjolkan diri, tidak menunjukkan kepimpinannya. Pentadbir tidak bersedia secara profesional. Organisasi berfungsi sendiri (membolehkan individu dalam organisasi melakukan apa sahaja) Bersifat melepaskan autoriti dan kuasa mengarah. Pentadbir menggunakan sedikit kuasa forml dan tidak berusaha mendapatkan kuasa tidak formal. Individu dalam organisasi putus asa,tidak bersemangat dan malas.

Kelebihan- membolehkan percubaan idea-idea baru tanpa kawalan (wujud program baru). Program-program lama dimansuhkan. PENTADBIR AUTOKRATIK ATAU AUTORITATIF Pentadbir menggunakan pemerintahan kuasa mutlak. Kuasa/autoriti digunakan untuk mengawal individu dalam organisasi. Pentadbir adalah ketua bukan pemimpin. Keputusan oleh pentadbir ini adalah berasaskan pendapat dan bukan daripada pemikiran yang mendalam (tanpa meneliti fakta) Kakitangan tidak berpeluang membuat keputusan, memberi cadangan/pandangan. Pentadbir tidak bertimbang rasa, menggunakan paksaan, mengawal dengan ketat tanpa keanjalan. Pentadbiran ini mengwujudkan insan `Pak Turut’

Kelebihan; Tidak banyak mesyuarat. Mesyuarat tidak banyak perbincangan dan hanya menerima arahan dan pengumuman. Perubahan polisi dan program organisasi boleh berlaku dengan cepat (kakitangan sedia ikut) Individu yang kurang pengalaman, pentadbiran ini baik kerana mereka mampu berfungsi dengan baik (menerima arahan bagaimana nak buat dan bila nak buat)

Kelemahan; Keputusan dibuat tanpa mengambil kira semua fakta. Program dan polisi hanya ditentukan oleh pentadbir (program mereka sahaja terserlah) Tidak terdapat kumpulan perbincangan untuk mendapat kata sepakat. Individu yang kurang pengalaman tidak dapat menimba pengalaman. Wujud perasaan tidak puas hati/tiada sokongan kakitangan tentang kewujudan program-program (pendapat kakitangan tidak diambil) Kakitangan hanya sebagai penerima dan sebarang aduan dianggap sebagai cabaran terhadap organisasi.

PENTADBIRAN DEMOKRATIK Menggunakan kuasa formal sepenuhnya di samping tidak mengabaikan kuasa tidak formal. Menggunakan pemikiran yang konstruktif kumpulan untuk berkongsi idea dalam membuat keputusan. Pentadbir membenarkan tingkah laku yang bebas. Mesyuarat selalu diadakan (mungkin wujud isu kecil yang diperbesarkan) Komunikasi yang berkesan. Individu dalam organisasi berpeluang memberi sumbangan dalam membuat keputusan.(keputusan kumpulan lebih diberi perhatian berbanding keputusan individu) Kakitangan menyokong pucuk pimpinan dan bekerja bersungguh.

Kelemahan pentadbiran ini – pelaksanaan program dan polisi memakan masa yang lebih panjang. Pengawasan masih diperlukan untuk memastikan kerja yang ditetapkan berjalan lancar. Kelemahan (masa pelaksanaan) boleh diatasi jika matlamat dan jangka masa sesuatu program ditetapkan terlebih dahulu.

PENTADBIR DIKTATOR YANG MURAH HATI Pentadbir sangat peramah, mudah ditemui, bertimbang rasa, prihatin terhadap kakitangannya. Sentiasa menunjuk minat terhadap kakitangan jagaannya dan memberi pujian terhadap kerja yang baik. Memupuk semangat bekerja yang kuat dan produktiviti yang tinggi. Kakitangan terlalu bergantung kepada ketua sehingga kehilangan ciri berdikari.

Kelebihan; Tugas atau kerja senang dilaksanakan. Arahan dari atas diterima dengan sepenuh hati Pihak pentadbir memotivasikan kakitangan melalui keperihatinan dan ini meningkatkan produktiviti/semangat tinggi pekerja. Kakitangan menyokong pentadbir kerana beliau peramah, senang ditemui dan mempunyai kebolehan memahami pendapat/masalah kakitangan.

Kelemahan; Mewujudkan golongan kakitangan ‘Pak Turut’ kerana arahan diterima tanpa banyak persoalan. Hilang daya inisiatif dan kreatif di kalangan kakitangan (arahan dari atas) Pentadbiran dianggap lebih bijak/berpengetahuan. Keputusan dan polisi ditentukan oleh pentadbir sendiri.

PENTADBIR EKLEKTIK Pentadbir ini menggunakan jenis pentadbiran yang berlainan untuk situasi tertentu. Menggunakan gaya demokratik sebagai asas tetapi menggabungkan pendekatan Laissez-faire dan autokratik bila keadaan memerlukan. Kelebihan; 1. Fleksibel/anjal; boleh diubah mengikut keadaan tertentu. Menjamin produktiviti yang tinggi dan berterusan. Kakitangan mempunyai kebebasan walaupun terhad. Kakitangan faham had tindakan mereka (wujud motivasi) Kelemahan; Gabungan gaya yang berlainan, mengelirukan kakitangan. (tak faham kenapa sesetangah perkara mempunyai had dan sesetangah tidak pula)

Proses Pemimpin Pengaruhi Pengikut. Proses instrumental Pengikut ikut untuk mendapat ganjaran atau mengelak hukuman. Sumber kuasa adalah; kawalan sumber, hukuman Proses dalaman Pengikut melakukan sesuatu tugas berdasarkan sokongan dan komitmen pengikut terhadap aktiviti.(Al-Qaeda) Penglibatan pengikut disebabkan keyakinan aktiviti pemimpin adalah sesuatu yang penting dan sealiran kepercayaan pengikut. (M.Ghandi) Proses identiti Pengikut meniru identiti/tingkahlaku pemimpin Pengikut didorong oleh keinginan untuk diterima, dikenali atau dihargai oelh pemimpin Kuasa pemimpin terdiri dariapada personaliti, karisma pemimpin (Sukarno)

Tidak terikat dengan tradisi atau kebiasaan. Mempunyai kemahiran konsep yang tinggi (memandang masa depan) Memahami keperluan dan kehendak pengikut. Keupayaan mempengaruhi emosi pengikut sehinggakan pengikut sanggup berkorban untuk pemimpin. Keupayaan untuk meningkatkan motivasi pengikut serta keyakinan mereka dari segi pencapaian wawasan. Keupayaan untuk mengatasi halangan dan rintangan dengan menggunakan hujah yang meyakinkan dan membangkitkan perasaan yang menggembirakan ke arah pencapaian wawasan.

Sumber Kuasa Pemimpin Ganjaran – kawalan ganjaran Hukuman Autoriti – kuasa berdasar tugas rasmi, undang-undang, perlantikan Kepakaran – ilmu, kepakaran, kemahiran Karisma – personaliti yang berkarisma

Menurut French dan Raven (1959), kuasa berpunca dari 2 sumber iaitu asas sosial dan asas informasi. Kuasa Sah Asas sosial Kuasa kepakaran Kuasa rujukan kuasa Kuasa ganjaran Kuasa paksaan Asas informasi