SISTEM PERAKAUNAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAYARAN.
Advertisements

(2007 – 2012) : ISU DAN CABARAN OLEH:
Pengurusan Kewangan di Sekolah
Manfaat Untuk Sukarelawan YPEM
PAF 3013 : Accounting Theory and Practices
DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
Bab 3 Konsep dan kegunaan kos pengeluaran
TAKLIMAT KEWANGAN OLEH : BAHAGIAN KEWANGAN JKR PAHANG
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
SEKSYEN BAYARAN PENGENALAN
TATACARA SURCAJ.
URUSTADBIR KORPORAT.
ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
INTURA, Sungai Petani, Kedah
PENGELASAN SURATAN RASMI
Sistem Perakaunan dalam Institusi Pendidikan
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)
Perancangan Sumber Kewangan Sukan
TATACARA SURCAJ.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP
TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN PAF 3013
Perancangan Program di Malaysia
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2003
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013
PENGURUSAN KEHILANGAN ASET ALIH KERAJAAN
TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA DI UniMAP
3756/3 Tugasan Menyelesaikan tugasan menggunakan kemudahan ICT
SEKSYEN BAYARAN PENGENALAN
TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP
Modul 11 rekod tak lengkap
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
MODUL 2 PENGURUSAN STOK.
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
Tatacara Pengeluaran Bayaran
AGENSI-AGENSI PUSAT Agensi yang sangat penting dalam proses pembangunan negara. Agensi yang berada di Pusat. 4 Agensi berada di JPM 1 Agensi berada di.
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA [INTAN] KAMPUS WILAYAH UTARA [INTURA]
SISTEM PERAKAUNAN [TERIMAAN] INTURA, Sungai Petani, Kedah
SUMBER KEWANGAN.
KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
TATACARA SURCAJ.
DOKUMEN –DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Rangka Kuliah Pengurusan Aset Alih Pengurusan Stor
KUTIPAN HASIL DAN BAYARAN
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
KULIAH 10 FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI
ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Pelupusan Bahan Perpustakaan
Pengurusan Tunai dan Hutang
TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
SISTEM PEMBAYARAN.
BUKU VOT.
Seksyen Belanjawan dan Perkhidmatan Jabatan Bendahari
PENGURUSAN PEROLEHAN Konsep perolehan Kaedah perolehan
Seksyen Belanjawan dan Perkhidmatan Jabatan Bendahari
Pengurusan Tunai dan Hutang
PENGENALAN DAN PENGURUSAN KEHILANGAN WANG TUNAI KERAJAAN
PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM
KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5
KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
DOKUMEN PERNIAGAAN DAN SISTEM FAIL
KULIAH 10 FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI
PPK - KEUSAHAWANAN Prinsip Perakaunan Fazrul Ismail.
Organisasi Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam.
SISTEM TERIMAAN 5/24/2019.
PELUPUSAN BARANG-BARANG AWAM
Transcript presentasi:

SISTEM PERAKAUNAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

KONSEP SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN Maksud perakaunan Kategori perakaunan Tujuan sistem perakaunan kerajaan Elemen dalam sistem perakaunan kerajaan (4) Ciri-ciri sistem perakaunan kerajaan (3 ciri) Perbandingan sistem perakaunan kerajaan dengan sistem perakaunan korporat/perniagaan

MAKSUD PERAKAUNAN Perakaunan ialah satu sistem mengenal pasti, mengkelas, merekod, merumus, menganalisis dan melapor data dan maklumat kewangan sesuatu organisasi mengikut Prinsip-Prinsip, Konsep, Konvensyen, Standard dan Peraturan Perakaunan Diterima Umum.

KATEGORI PERAKAUNAN Perakaunan kewangan (financial accounting) Perakaunan pengurusan (management accounting) Perakaunan kos Perakaunan percukaian Perakaunan forensik Perakaunan sosial / NGO Perakaunan kerajaan / awam

PERAKAUNAN KERAJAAN Perakaunan kerajaan juga dikenali sebagai perakaunan wang awam. Aktiviti perakaunan kerajaan: proses mengakaunkan urus niaga wang awam semasa penerimaan, penyimpanan, pembayaran Membuat pelaporan dalam bentuk Penyata Akaun Awam

PERAKAUNAN KERAJAAN Maksud wang awam: Semua hasil, pinjaman, amanah, dan wang lain serta semua bon, debentur atau cagaran-cagaran lain yang dikumpulkan atau diterima oleh atau bagi Persekutuan atau Negeri tetapi tidak melibatkan Zakat, Fitrah, Baitul Mal atau hasil pendapatan Muslim yang sama; (AAK 1957 – Seksyen3).

DEFINISI KERAJAAN Kerajaan Malaysia sebagai suatu Entiti Perakaunan pada umumnya disusun dan dibahagikan kepada tiga peringkat pentadbiran iaitu : Persekutuan / Negeri / Kuasa Tempatan Struktur Organisasi: Kementerian / Jabatan / Agensi Tidak Termasuk :Badan Berkanun & Syarikat Kerajaan

DEFINISI SEKTOR AWAM Berdasarkan pada “Accounting Public Sector Guideline # 1” (MACPA 1991) Kerajaan Pusat/Negeri dan Kerajaan Tempatan Entiti-entiti yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat /Negeri atau Kerajaan-Kerajaan Tempatan Mana-mana entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen yang memerlukan laporan Kewangan Tahunan dibentangkan kepada Parlimen atau Menteri

DEFINISI SEKTOR AWAM Pada amnya dan lebih jelas agensi-agensi yang dibiayai oleh wang awam adalah ditakrifkan sebagai sektor awam yang dikelaskan kepada dua kategori : Badan-badan Berjabatan iaitu Jabatan-jabatan Kerajaan Badan-Badan Bukan Berjabatan iaitu Perbadanan Awam atau Perusahaan-Perusahaan Awam.

4 TUJUAN SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN 1) Mengumpulkan maklumat kewangan 2) Menyampaikan maklumat kewangan untuk membantu pengurus membuat keputusan dasar dan operasi Membantu pihak pengurusan membuat keputusan di dalam perancangan pengagihan peruntukan dan perbelanjaan. 3) Menyampaikan maklumat kewangan kepada pihak-pihak lain yang berkepentingan bagi tujuan penilaian. Belanjawan 4) Mewujud dan mengesan akauntabiliti awam. Membantu menjelaskan akauntabiliti kewangan penjawat awam Membantu kerja-kerja pengauditan dilaksanakan dengan berkesan. TUJUAN INI DICAPAI DALAM BENTUK LAPORAN KEWANGAN

ELEMEN DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN Dasar Perakaunan Aktiviti Perakaunan Legaliti

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN Dasar perakaunan ialah garis panduan yang disediakan untuk menyeragamkan amalan perakaunan kerajaan dan meliputi Peraturan : (Menjelaskan persoalan-persoalan pokok ) Prinsip : (Kaedah Perakaunan) Konvensyen Piawaian/Standard (Doktrin) Andaian Prosedur yang diterima pakai dalam penyediaan dan persembahan penyata kewangan kerajaan.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN Berasaskan: Perlembagaan Persekutuan dan Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak-1972) dan diterapkan dalam Arahan Perbendaharaan, Piawaian Perakaunan Kerajaan, aturan dan peraturan kewangan lain yang berkuat kuasa.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN Diguna oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun Kumpulan Wang Disatukan, di mana akaun ini perlu dibentangkan dalam Parlimen (bagi Kerajaan Persekutuan) dan Dewan Undangan Negeri (bagi Kerajaan Negeri) Tahun kewangan Tempoh tahun kewangan kerajaan adalah bagi dua belas bulan berakhir 31 Disember setiap tahun 3. Tindakan berhemat Tindakan berhemat adalah asas pemilihan dan penggunaan dasar perakaunan dalam perekodan urus niaga dan penyediaan penyata kewangan

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Peraturan : (Menjelaskan persoalan-persoalan pokok ) seperti objektif, sistem perakaunan, bidang kuasa dan tahap tanggungjawab serta akauntabiliti pegawai-pegawai yang terlibat di dalamnya. contoh : Tanggungjawab Pegawai Pengawal Tanggungjawab Pegawai Pengakaun Bidangkuasa Ketua Audit Negara

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Pegawai Pengawal adalah Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan yang dilantik bagi: Mengawal kutipan/terimaan Mengawal perbelanjaan dan Peruntukan perbelanjaan Mengurus Setor Menyelenggara Buku Vot ®

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Pegawai Perakaunan termasuklah setiap pegawai awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara berikut: Memungut, menerima atau mengakaunkan atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaun wang awam Membayar atau mengeluarkan atau yang sebenarnya membayar atau mengeluarkan apa-apa wang awam atau barang-barang awam Menerima, menyimpan atau melupus atau mengakaun, barang-barang awam atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupus barang-barang awam ®

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Konsep Kumpulan wang Yang Disatukan yang berpunca dari keperluan bahawa segala hasil dan wang yang diperolehi atau diterima selain daripada Zakat Fitrah, Baitulmal dan lain-lain hasil di bawah urusan agama Islam dibayar masuk ke dalam suatu kumpulanwang yang dinamakan Kumpulan wang Disatukan bagi Persekutuan atau Negeri mana yang berkenaan. ( FASAL 97 FC)

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Konsep bahawa tiada wang, kecuali perbelanjaan tanggungan boleh dikeluarkan dari Kumpulan wang Yang Disatukan melainkan diperuntukan atau dibenarkan dengan cara lain oleh badan perundangan. (FASAL 104 FC)

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PERATURAN Perbelanjaan Tanggungan dibenarkan oleh undang- undang yang berterusan dan dipertanggungkan kepada KWDS supaya tidak perlu lagi bergantung kepada kelulusan yang berulang-berulang setiap tahun oleh Parlimen. Terdapat lebih kurang 16 maksud-maksud perbelanjaan yang digulungkan sebagai perbelanjaan Tanggungan (FASAL 98 F.C.)

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PRINSIP / KAEDAH PERAKAUNAN Prinsip : (Kaedah Perakaunan) satu gabungan doktrin yang dihubungkan dengan teori dan kaedah perakaunan, bertindak untuk menerangkan amalan dan pedoman pemilihan konvensyen. contoh : Prinsip kos sejarah dalam nilai aset Prinsip pemadanan hasil dan belanja Prinsip catitan bergu

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: 6 PRINSIP PERAKAUNAN Prinsip Kumpulan Wang Disatukan Prinsip Tunai ubah suai Prinsip Pengiktirafan Hasil Prinsip Perakaunan Aset Tetap Prinsip Catatan Bergu Prinsip Akauntabiliti

Prinsip Kumpulan Wang Disatukan Perkara 97, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan Perlembagaan Negeri menghendaki segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima kecuali Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya, dimasukkan ke dalam satu Kumpulanwang yang dinamakan Kumpulanwang Disatukan. Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan Perlembagaan Negeri tidak membenarkan wang ini dikeluarkan dari Kumpulanwang ini melainkan setelah diperuntukkan atau dibenarkan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kecuali perbelanjaan tanggungan tertentu.

Prinsip Tunai Ubah Suai Semua urus niaga terimaan dan bayaran kerajaan diakaunkan mengikut asas tunai. Walau bagaimanapun bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember boleh dikenakan kepada peruntukan tahun kewangan berkenaan jika dibayar dalam bulan Januari tahun berikutnya melalui Akaun Kena Bayar.

Prinsip Pengiktirafan Hasil Kutipan hasil diakaunkan mengikut asas tunai dan dibayar secara jumlah kasar ke dalam Akaun Hasil, kecuali diuntukkan sebaliknya oleh mana-mana undang- undang. Hasil yang patut diterima tetapi belum sebenarnya diterima dalam tahun kewangan tidak diakaunkan. Bayaran balik hasil yang dilakukan mengikut mana-mana undang-undang, aturan dan peraturan dikenakan sebagai perbelanjaan.

Prinsip Perakaunan Aset Tetap Aset tetap dikenakan kepada perbelanjaan pada masa pembayaran dibuat. Tiada susut nilai diperuntukkan bagi aset tetap yang dibeli. Apabila aset tetap berkenaan dilupus, tiada untung atau rugi ditunjukkan dalam akaun. Amaun yang diperoleh dari jualan aset tetap berkenaan akan dikreditkan kepada Akaun Hasil atau bagi perolehan aset yang dibiayai oleh Kumpulan wang Amanah, kepada Akaun Kumpulanwang berkenaan.

Prinsip Catatan Bergu Setiap urus niaga menghasilkan dua kesan, iaitu memberi dan menerima. Urus niaga ini dicatat secara serentak untuk menghasilkan jumlah debit yang sama dengan jumlah kredit dalam akaun.

Prinsip Akauntabiliti Parlimen atau Dewan Undangan Negeri memberi kuasa melakukan pembayaran dari Kumpulanwang Disatukan melalui Akta atau Enakmen Perbekalan Tahunan dan Akta atau Enakmen Perbekalan Tambahan serta undang-undang lain. Kuasa membelanja yang dibenarkan melalui Akta atau Enakmen Perbekalan, Akta atau Enakmen Perbekalan Tambahan, Akta Kumpulanwang Pembangunan, 1966 dan Akta atau Enakmen lain adalah untuk maksud yang ditetapkan serta amaun yang diluluskan.

Prinsip Akauntabiliti Semua peruntukan yang dilulus tetapi tidak dibelanja dalam tahun kewangan berkenaan akan luput. Segala urus niaga kerajaan akan diakaun dan dilaporkan dalam penyata kewangan kerajaan.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: KONVENSYEN Konvensyen satu kaedah praktis yang telah dipersetujui secara umum oleh semua ahli akauntan dan orang-orang yang berkaitan secara jelas atau sebagai andaian asas contoh : Andaian Perniagaan Berterusan Period Perakaunan Persamaan Perakaunan A=L+OE

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PIAWAIAN/STANDARD (DOKTRIN) Piawaian/Standard (Doktrin) adalah dasar-dasar yang dikuti oleh para akauntan dalam menghasilkan rekod-rekod perakaunan dan penyata kewangan contoh : Objektiviti Ketekalan (consistency) Konvertisma

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: ANDAIAN Berterusan – organisasi kerajaan yang berorientasi perkhidmatan, mengendali operasinya secara berkekalan. Ketekalan – penggunaan prinsip perakaunan tidak boleh diubah-ubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain agar penyata kewangan boleh dibandingkan di antara satu tahun kewangan dengan tahun kewangan yang lain Entiti berasingan – kerajaan adalah satu entiti yang mempunyai hak mendakwa dan didakwa.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN: PROSEDUR PELAPORAN PENYATA AKAUN AWAM Lembaran Imbangan A Wang Tunai B Pelaburan C Akaun Hasil Disatukan D Akaun Amanah Disatukan E Akaun Pinjaman Disatukan Penyata Akaun Memorandum F Akaun Memorandum Aset G Akaun Memorandum Tanggungan

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN Asas Perakaunan: Sistem Perakaunan Tunai Ubahsuai Perakaunan Kumpulan Wang Perakaunan VOT

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI Dimana Bekalan/Perkhidmatan/ Kerja Telah Disempurnakan/ Diterima Pada 31 Disember Dan Bayaran Boleh Dibuat Didalam Bulan Januari Tahun Berikutnya Dengan Diakaunkan Didalam Tahun Kewangan Sebelumnya Dasar Tunai diguna untuk mengakaunkan hasil

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI Asas perakaunan mengenalpasti titik masa bilamana hasil perbelanjaan, pindahan wang dan tanggungan-tanggungan patut diiktiraf. Asas Tunai Asas Tunai Ubahsuai Asas Akruan

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI ASAS PERAKAUNAN – ASAS TUNAI Mengukur dan merekod perubahan di dalam buku-buku sesuatu entiti hanya apabila tunai dibayar atau diterima Ciri-ciri: - hasil dicatat pada masa terimaan dan perbelanjaan pada waktu pembayaran - Aset tetap dikenakan kepada perbelanjaan seratus peratus pada masa ianya diperolehi atau dibina. - Hasil terakru dan pinjaman bolehtuntut tidak dilaporkan dalam lembaran imbangan - Tuntutan kewangan ke atas kerajaan yang belum selesai pada akhir tahun kewangan tidak dilaporkan.

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI ASAS PERAKAUNAN – ASAS TUNAI UBAH SUAI Membenarkan pembayaran bagi tahun semasa dibuat dalam bulan Januari tahun berikutnya. Membolehkan perbelanjaan tahun lama dibayar di dalam tahun baru dengan menggunakan peruntukan tahun lama

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI ASAS PERAKAUNAN – ASAS AKRUAN Dipraktikkan oleh Badan-badan Berkanun dan Syarikat-syarikat Mengiktiraf serta merekod : - semua hasil dalam tempoh ianya diperolehi - semua perbelanjaan dalam tempoh ianya dibelanja atau digunakan - semua aset dalam tempoh ianya dibeli - tanggungan dalam tempoh ianya dihutang atau dibelanja.

CIRI-CIRI SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM PERAKAUNAN TUNAI UBAHSUAI Perakaunan Tunai Diubahsuai di gunakan adalah : Mudah difahami dan dipraktik Maklumat dapat diperolehi dalam masa yang diperlukan Memudahkan penyediaan anggaran belanjawan Memudahkan pengawalan Membolehkan perbelanjaan tahun lama dibayar di dalam tahun baru dengan menggunakan peruntukan tahun lama

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Sejumlah Wang Atau Sumber Lain Yang Dibandingkan Bagi Maksud Menguruskan Aktiviti Atau Mencapai Objektif Tertentu Mengikut Peraturan Khusus, Sekatan Atau Batas.

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Konsep Kumpulawang Disatukan Mengikut Akta Acara Kewangan : Menteri Kewangan / pihak berkuasa Kewangan Negeri tertakluk perbekalan Perlembagaan dan Akta Acara Kewangan adalah diberikuasa untuk mengurus Kumpulanwang Disatukan serta untuk menyelia, mengawal dan mengarah tentang semua perkara kewangan Persekutuan / Negeri yang tiada diberi kepada orang lain di bawah undang-undang.

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG 2) Mengikut Seksyen 7 Akta Acara Kewangan tiga (3) akaun berasingan hendaklah diselenggara dalam KWDS iaitu : a) Akaun Hasil Disatukan b) Akaun Pinjaman Disatukan c) Akaun Amanah Disatukan

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Konsep Kumpulawang Disatukan (samb) a) Akaun Hasil Disatukan di mana hasil kerajaan dibayar masuk dan dari mana perbelanjaan mengurus dibiayai - Kutipan hasil mengikut asas tunai dan dibayar secara jumlah kasar ke dalam Akaun Hasil, kecuali diuntukkan sebaliknya oleh mana-mana undang- undang - Hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum sebenarnya diterima dalam tahun kewangan tidak dimasukakaunkan - Bayaran balik hasil yang dilakukan mengikut mana- mana undang-undang dikenakan sebagai perbelanjaan

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Konsep Kumpulawang Disatukan (samb) Akaun Hasil Disatukan - Sumber hasil – jenis hasil - Menentukan segala wang yang sepatutnya diterima adalah tepat pada masanya, mengikut kadar yang betul, disimpan dengan selamat, diakaunkan dengan betul dan sepenuhnya. Pengesahan dan penyesuaian akaun hasil perlu dibuat setiap bulan bagi penutupan penyata kewangan tahunan. Merupakan Akaun Semasa Kerajaan. Hasil Kerajaan Dibayar Masuk Ke Dalam Akaun Ini Perbelanjaan Mengurus Dibayar Keluar Dari Akaun Ini

Hasil Cukai Tak Langsung HASIL NEGARA Hasil – Hasil Cukai Hasil Cukai Langsung Hasil Cukai Tak Langsung Hasil – Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Hasil Wilayah Persekutuan SPP 5/04

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Konsep Kumpulawang Disatukan (samb) - Akaun Pinjaman Disatukan di mana diakaunkan semua terimaan pinjaman, bayaran balik pinjaman lama yang berkaitan dan pemindahan kepada kumpulanwang yang lain.

Akaun Pinjaman Disatukan Mengakaunkan Terimaan Dan Bayaran Berkaitan Pinjaman Kerajaan Termasuk Pinjaman Luar Negeri Dan Dalam Negeri Contoh : Keluaran Bil Perbendaharaan/Sijil Pelaburan Pinjaman Dari Bank Perdagangan Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

CIRI PERAKAUNAN AWAM – PERAKAUNAN KUMPULAN WANG c) Akaun Amanah Disatukan di mana diakaunkan segala terimaan dan bayaran kumpulanwang amanah kerajaan dan wang yang diterima oleh kerajaan sebagai amanah untuk maksud- maksud tertentu berasaskan surat cara (trust deed).

Akaun Amanah Disatukan Mengakaunkan Segala Terimaan Dan Bayaran Berkaitan Kumpulan wang Amanah Dan Deposit Jenis-Jenis Akaun Amanah: Deposit Kumpulan Wang Amanah Awam Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kumpulan Wang Pembangunan

KUMPULAN WANG DISATUKAN HASIL CUKAI HASIL BUKAN CUKAI TERIMAAN BUKAN HASIL PINJAMAN DALAM/ LUAR NEGERI PELBAGAI WANG AMANAH AKAUN HASIL DISATUKAN AKAUN PINJAMAN DISATUKAN AKAUN AMANAH DISATUKAN KUMPULANWANG DISATUKAN PERBELANJAAN AKTA AKTA AKTA AKTA BEKALAN PEKELILING PERBENDAHARAAN/ WARAN PERUNTUKAN WARAN AM

KUMPULANWANG DISATUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN Deposit Amanah Bayaran Balik Pendahuluan/Pinjaman Pinjaman Dalam Negeri Pinjaman Luar Negeri Hasil KUMPULAN WANG DISATUKAN Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan Perbelanjaan Bekalan Deposit Bayaran Hutang Emolumen Kumpulanwang Amanah Awam Perkhidmatan Dan Bekalan Peruntukan Kumpulanwang Amanah Kerajaan Aset Geran dan Kenaan tetap Peruntukan Pindahan Kumpulanwang Pinjaman perumahan Perbelanjaan Tanggungan Peruntukan Pindahan Bayaran Balik Pinjaman Kumpulanwang Pembangunan Peruntukan DiRaja Pencen, Gratuities dan Pampasan Perkhidmatan Hutang Arahan Mahkamah Perbelanjaan Pembangunan Pinjaman Cara Langsung

Perakaunan Vot Peruntukan Perbelanjaan Hendaklah Diluluskan Oleh Badan Perundangan Pegawai Pengawal Bagi Mengawal Perbelanjaan Direkodkan Di Dalam Buku Vot

Perbelanjaan Perbekalan ‘B’ Perbelanjaan Tanggungan ‘T’ PERBELANJAAN NEGARA Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Perbekalan ‘B’ Perbelanjaan Tanggungan ‘T’ Perbelanjaan Pembangunan ‘P’

Pelaporan Perakaunan: Perbelanjaan BELANJAWAN Pembayaran dibuat dari KWDS hanya setelah diperuntukan oleh undang-undang Mana-mana peruntukan yang berbaki tidak dibelanjakan pada akhir tahun adalah dianggap luput TANGGUNGAN Diambilkira ke atas semua pesanan yang dibuat bagi bekalan barang-barang dan perkhidmatan dan perjanjian yang ditandatangani. BUKU VOT Diselenggarakan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1987

KAWALAN PERBELANJAAN Kawalan Parlimen Parlimen Jawatankuasa Kira – Kira Wang Negara Perbendaharaan Kementerian/Jabatan

AKTIVITI PERAKAUNAN Mengenal pasti : untuk memilih urusniaga kewangan daripada urusniaga yang lain. Mengkelas : mengasingkan urusniaga kewangan kepada modal, kumpulan aset, tanggungan, pendapatan, dan perbelanjaan. Merekod : memasukkan urusniaga kewangan ke buku akaun organisasi. yang berkaitan Merumus :menjumlahkan kumpulan urusniaga kewangan dalam sesuatu jangka waktu Menganalisis : membandingkan urusniaga secara menegak atau mendatar Melapor : memberitahu pengguna yang berhak tentang data kewangan berkaitan dengan sesebuah organisasi.

2 BENTUK KAWALAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN Kawalan Badan Perundangan Segala hasil dimasukkan ke dalam KWDS. Wang yang tidak habis dibelanjakan diserah balik. Akaun awam hendaklah diperiksa oleh ketua audit negara dan laporannya di dewan perundangan. Kawalan Perbendaharaan Cadangan perbelanjaan jabatan kerajaan mestilah diluluskan oleh perbendaharaan terlebih dahulu. Memantau perlaksanaan semua program/projek kerajaan. Membuat siasatan terhadap teguran-teguran yang dibuat oleh audit.

Perakaunan Kumpulan wang (fund accounting) PERBANDINGAN CIRI PERAKAUNAN KERAJAAN DENGAN PERAKAUNAN KORPORAT/PERNIAGAAN CIRI PERAKAUNAN KERAJAAN PERAKAUNAN KORPORAT 1 Perakaunan Kumpulan wang (fund accounting) Ekuiti Pemilik: Modal dan untung 2 Sistem Perakaunan Tunai Ubahsuai Sistem Perakaunan Akruan 3 Perakaunan Vot Sistem catatan bergu

ELEMEN DALAM SISTEM PERAKAUNAN SEKOLAH KERAJAAN Kumpulan wang sekolah Buku / rekod perakaunan Dokumen kewangan Peraturan kewangan Laporan Kewangan Peranan / tanggung jawab Proses audit Sistem teknologi maklumat

KUMPULAN WANG SEKOLAH Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) - Mengakaunkan semua terimaan yang diperoleh daripada pemberian bantuan kerajaan kecuali bagi bantuan kerajaan yang berkaitan dengan asrama Kumpulan Wang SUWA (KWS) - Mengakaunkan wang yang diterima oleh pihak sekolah selain KWK dan KWA Kumpulan Wang Asrama (KWA) - Mengakaun semua terimaan yang berkaitan dengan asrama sama ada dalam bentuk pemberian/bantuan daripada kerajaan atau kutipan yang dibuat daripada murid

BUKU / REKOD PERAKAUNAN SEKOLAH Buku Tunai ( Kumpulan Wang Sekolah) Rekod Subsidiari (perincian urusniaga Buku Tunai) Penyata Penyesuaian Bank Panjar Wang Runcit (urus niaga tunai dalam jumlah kurang daripada RM100) Buku Vot (mengakaun peruntukan secara waran) Daftar Bil (urus niaga dengan pembekal / pemiutang) Daftar Penghutang (urus niaga dengan kutipan yang belum diterima)

DOKUMEN KEWANGAN Resit (terimaan) Baucer (arahan membenarkan pembayaran) Cek Pesanan tempatan (pembelian) Invois (jumlah hutang setelah penerimaan barang)

PERATURAN KEWANGAN Perlembagaan Akta Pendidikan Akta Acara Kewangan Arahan Perbendaharaan Pekeliling dan Surat Pekeliling: Perbendaharaan Malaysia Akauntan Negara Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Tatacara Pengurusan Perakaunan KWS

LAPORAN KEWANGAN Penyata Kewangan Sekolah Laporan Tahunan Aset Alih Kerajaan Laporan kehilangan wang/ barang awam

PERANAN / TANGGUNG JAWAB KEWANGAN Pegawai Pengawal Pemungut Pegawai perakaunan Perbendaharaan Pengurus sekolah Jawatankuasa kewangan sekolah Pegawai aset sekolah Juru audit dalaman sekolah

SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT BERKAITAN KEWANGAN Sistem Pengurusan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) Pengurusan Akaun Tahunan Sekolah Berkomputer (PATSKOM)