KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENJAGAAN SEKUNDER DAN REHABITATIF PSIKIATRIK DALAM KOMUNITI
Advertisements

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
MATAPELAJARAN KEMAHIRAN INSANIAH
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
EDU 3120 TOPIK : KAUNSELING INDIVIDU -KEMAHIRAN ASAS TEMUBUAL DALAM SESI.
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
SCLM 5103 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
Ini Pilihan Kami.
BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MEMPUNYAI PRESTASI TINGGI ATAU PUNCAK
PENCERAPAN KLINIKAL.
Jenis-jenis Wacana Lisan
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
PENGUCAPAN AWAM.
Kemahiran Mengendalikan Konflik
KOMUNIKASI.
MENCERAP DAN MEMBERI RESPONS DR. NOR AZURA ADZHARUDDIN
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
MENCERAP DAN MEMBERI RESPONS
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Kemahiran Asas Kaunseling
AHLI KUMPULAN 1. AHMAD FARUDZI BIN AZIB (KETUA) 2. FAUZIAH BINTI HAMDAN 3. AHMAD BIN OMAR 4. NORLIZA BINTI MOHD NAWI.
MODUL 7 KAUNSELING.
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
MEMAHAMI SIKAP.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
Asas Psikologi & Kaunseling
Dr. nor azura binti adzharuddin
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Kemahiran Asas Kaunseling
PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF
Jenis-jenis Wacana Lisan
PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
Interaksi Dalam Bilik Darjah
MEMAHAMI SIKAP.
MEMAHAMI SIKAP.
MEMBINA IKLIM KUMPULAN
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
EDU 3120 TOPIK : KAUNSELING INDIVIDU -KEMAHIRAN ASAS TEMUBUAL DALAM SESI.
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
Edup 3033 Murid dan pembelajaran
UNIT 5 MIKRO-KAUNSELING: KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING INDIVIDU.
PEMBANGUNAN KELUARGA III
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)
Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan (Bab 1)
UJIAN PERSONALITI.
MEMAHAMI SIKAP.
Kemahiran Mengendalikan Konflik
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Elemen Pengajaran yang Baik
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
PEMIKIRAN KRITIS.
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
KEIBUBAPAAN DAN ANAK REMAJA
Memahami tingkah laku manusia
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Transcript presentasi:

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN RESPON EMPATI

OBJEKTIF Mengenal pasti aras-aras komunikasi Memberi definisi mendengar secara aktif Mengetahui halangan-halangan kemahiran mendengar Memahami komunikasi dalam perhubungan menolong (memberi respond empati)

PENGENALAN Mendengar merupakan aktiviti paling penting dan mempengaruhi fasa memahami dan mentafsir mesej dalam komunikasi. Wujud unsur-unsur yang mempengaruhi aspek semantik. Mendengar dalam proses komunikasi ialah mendengar dengan aktif.

ARAS-ARAS KOMUNIKASI : KEMAHIRAN MENDENGAR ARAS-ARAS KOMUNIKASI : ARAS FUNGSI CONTOH I Mengiktiraf kehadiran ‘Assalamualaikum’   ‘Waalaikumsalam’ ‘Apa khabar’   ‘Baik’ ‘Nak kemana?   ‘turun bandar sekejap’ II Menukar maklumat “Saya Syariff”   “Nama saya Ghazali” “Tinggal di mana?”   “Damansara Jaya” III Memberi pendapat “Awak nampak kurang sihat”   “Ya kah?” “Tindakan begitu tak baik”  “Mengapa pula?” IV Mengemukakan perasaan “Saya kecil hati bila Ramli buat begitu” “Saya pernah berasa kecil hati dengan awak dulu” “Saya kecil hati dengan awak”

Aras III ( memberi pendapat) dan aras IV (mengemukakan perasaan) merupakan aras yang paling banyak ruang untuk salah faham. Kemahiran menyampai diperlukan untuk memberi maklumat dengan tepat Kemahiran mendengar diperlukan agar maklumat yang didengari ditafsirkan seperti yang dimaksudkan

HALANGAN-HALANGAN MENDENGAR Keinginan menilai dan menghukum Ketandusan Idea Kaki tembak Lara Mendengar dengan telinga sahaja Mendengar dengan minat yang khusus Buruk sangka / prasangka Kaki bangkang Pendengar Palsu Mendengar secara cetek Gagal banteras gangguan Sukar berkomunikasi

MENDENGAR SECARA AKTIF bermaksud seseorang berkeupayaan mendengar sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima dengan menimbangkan aspek-aspek lain seperti situasi, emosi penyampai mesej, bahasa badan dan berkeupayaan pula memahami mesej-mesej yang tersirat. Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa badan/anggota) tetapi juga kata-kata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita fahami. Ini dinamakan ‘parafrasa’

MEMBERI SAMBUTAN Dia tu kacaulah. Saya tak dapat buat kerja sebab ia asyik kacau saya Apa yang ingin disampaikan – apa perasaannya? Beri pandangan yang sesuai 2. Keadaan anggota yang menunjukkan minat Sambutan tanpa lisan Awak marah sebab ia selalu mengganggu awak? Sambutan lisan Katakan kembali apa yang anda telah faham

TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN Bersedia untuk mendengar Dengar dengan penuh tumpuan Kawal emosi dan tingkah laku ketika mendengar Berfikiran positif terhadap maklumat yang disampaikan Dengar dengan mata dan hati Menangguh penilaian Dengar dengan sabar Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal

Bersedia untuk mendengar Pendengar harus bersedia mendengar dengan rasa ikhlas, jujur dan dengan penuh minat. Perlu berusaha memahami apa yang disampaikan oleh komunikator. Perlu bersedia secara mental, fizikal dan emosi.

Mendengar dengan tumpuan Tabiat menyampuk merupakan tabiat yang buruk Budaya mengelamun menghilangkan daya tumpuan Biasakan diri mendengar sehingga komunikator selesai bercakap.

Kawal emosi dan tingkah laku Emosi boleh menghalang seseorang mendengar secara aktif

Berfikiran positif tentang maklumat yang disampaikan Menganggap sesuatu maklumat itu penting dan perlu diketahui untuk kehidupan. Sikap ini boleh meningkatkan minat mendengar dengan teliti.

Dengar dengan mata dan hati Bermaksud mendengar untuk mendapatkan fakta tetapi mendengar melalui perasaan pengucap, mendengar dan memahami bahasa lisan serta bukan lisan Memerlukan pendengaran melalui mesej lisan terhadap komunikator. Melatih diri memerhati dan membaca komunikasi bukan lisan komunikator.

Menangguh penilaian Ia disebabkan emosi negatif pendengar yang timbul daripada penilaian dan pertimbangan awal Penilaian awal berlaku setelah pendengar mendapat maklumat sekunder daripada komunikator berunsurkan negatif. Bagi mengelakkan penilaian awal negatif, kita seharusnya jangan tergesa-gesa membuat penghakiman terhadap komunikator.

Dengar dengan sabar Mendengar dengan penuh budi bahasa, sabar dan tenang. Hal ini penting bagi mewujudkan komunikasi dua hala dan penting.

Mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan berminat terhadap penerangan komunikator. Ini dapat mengelakkan komunikator berasa kecewa Terdapat beberapa cara mewujudkan komunikasi berkesan : Menganggukkan kepala, memandang komunikator, hubungan mata, mengeluarkan kata-kata seperti ‘oh!’ dan membalas pertanyaan.

HALANGAN KOMUNIKASI Kesilapan yang kerap berlaku dalam komunikasi interpersonal ialah kegagalan untuk mendengar. Apabila seseorang tidak mendengar, dia akan memberi respon dengan hujah-hujah yang menghalang komunikasi. Untuk mendengar dengan baik, kita perlu memahami keadaan orang yang sedang mengalami kesusahan itu.

JENIS-JENIS RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI Menghukum (menyetujui atau membakang) - mengkritik, melebel, mengkelas, menginterpretasi, menasihati, memberi syarahan Memberi penyelesaian - Mengarah, mengancam, memberi syarahan, menyoal keterlaluan menasihati Mengetepikan - Mengalih topik, memujuk, menyokong, menurut logik

CONTOH RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI Saya rasa awak ni terlalu serious sangat dengan pembelajaran awaklah. Awak patut relak dan bersuka-suka juga Mengkritik dan memberi syarahan Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, terok. Saya tungkus lumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga. Ini masalah time management – sebenarnya, you tak pandai atur masa. Cuba cerita bagaimana you uruskan masa you Mengkritik dan menyoal keterlaluan Alah – apa nak susah-susah. Marilah kita pergi shopping – cuba hiburkan hati Mengalih topik

RESPON EMPATI Apabila berkomunikasi dalam perhubungan menolong, kita perlu memahami orang berkenaan, agar sambutan yang kita kemukakan menunjukkan yang kita memahami apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami. Pendengaran empati berlaku apabila kita memahami orang itu dengan sepenuhnya dan secara mendalam, secara emosi dan intelek. Dalam memberi respon empati, kita mendengar dengan telinga, mata dan hati kita

4 PERINGKAT RESPON EMPATI Meniru Kandungan Menyebut semula kandungan Menggunakan otak kanan dan mencerminkan perasaan Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan

Contoh Empat Peringkat Pendengaran Empati Dialog seorang anak dengan ayahnya: “Ayah, saya dah bosan! Sekolah memang tak bergunalah!” Meniru Kandungan “Kau dah bosan? Sekolah memang tak berguna?” Menyebut Semula Kandungan “Kau tak mahu pergi ke sekolah lagi.” Menggunakan Otak kanan dan mencerminkan perasaan “Kau rasa amat kecewa tentang sekolah.” Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan “Kau betul-betul dah kecewa tentang sekolah?”

CONTOH RESPON EMPATI Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, teruk. Saya tungkus- lumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga. Awak hampa kerana walau macam mana awak berusaha pun, keputusan ujian awak masih tidak memuaskan.

KESIMPULAN Mendengar dengan baik/aktif akan mewujudkan komunikasi yang benar-benar berkesan Respon empati cara menang-menang bermaksud pendengar benar-benar mendengar dengan tujuan untuk memahami dan seterusnya betul-betul memahami masalah yang dikemukakan oleh seseorang itu. Untuk mencapai penyelesaian masalah secara menang-menang, kita memerlukan tahap timbang rasa dan keberanian yang amat tinggi serta keinginan secara jujur untuk cuba memahami dan difahami.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).