TATABAHASA Bahasa Melayu.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KATA, FRASA, KALIMAT.
Advertisements

Tanda Baca Materi 4.
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
Penggunaan Aspek Kebahasaan dalam Penulisan Karya Ilmiah
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
6/19/ :43 AM SUMUR IMPIAN MEMPERSEMBAHKAN TANDA BACA.
Strategi Membina Ayat untuk Pelajar
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata Majmuk.
MODUL SBC TANDA BACA BM 011.
TERAJU KEJAYAAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS KERTAS SELAMAT BERTEMU.
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau.
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
MORFOLOGI (Pembentukan Kata).
BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA.
E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
PENULISAN MINIT MESYUARAT
Ketam batu : orang yang sangat kedekut
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
Komunikasi Lisan.
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
Tatabahasa (6) – Frasa Nama
Kemahiran Berfikir Arifin Amir Hamdan Ali Jeya Anand.
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
KATA MAJMUK Cikgu
Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Frasa Kerja.
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
PROSEDUR KLOZ.
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)
Imbuhan menengah 4exp/5na.
Kata tugas & kata hubung
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
JENIS AYAT.
Kata Majmuk.
Tatabahasa (13) – Kata Majmuk
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
Tatabahasa (12) – Kata Sendi Nama
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
Transcript presentasi:

TATABAHASA Bahasa Melayu

PERKATAAN AYAT

TAKRIF KATA Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.

KATA ASAL / KATA TUNGGAL BENTUK KATA KATA ASAL / KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA MAJMUK KATA GANDA

Kata Asal merupakan perkataan yang tidak menerima imbuhan, KATA ASAL / KATA TUNGGAL Kata Asal merupakan perkataan yang tidak menerima imbuhan, tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya: sekolah aroma cenderamata

Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. KATA TERBITAN Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. Kata Terbitan Berawalan Kata Terbitan Berakhiran Kata Terbitan Berapitan Kata Terbitan Bersisipan

KATA TERBITAN BERAWALAN dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi- dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper- dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te-

KATA TERBITAN BERAKHIRAN dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i

KATA TERBITAN BERAPITAN dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an dengan Apitan Kata Adjektif: ke-...-an

KATA TERBITAN BERSISIPAN i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em ii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in

Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. KATA MAJMUK Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

BENTUK KATA MAJMUK Rangkai kata bebas. Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsat ii. Istilah khusus. Contohnya: lut sinar, garis pusat iii. Kiasan atau simpulan bahasa. Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesuruhjaya kerjasama bumiputera sukarela kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara olahraga beritahu tanggungjawab

PENJAMAKAN KATA MAJMUK menggandakan pertama sahaja. Contohnya: guru besar guru-guru besar ii. menggunakan penanda jamak. semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja. Contihnya: campur aduk dicampur aduk daya serap daya serapan ii. apitan. Contohnya: campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan

KATA GANDA Penggandaan penuh. Contohnya: rama-rama, pulau-pulau b. Penggandaan separa. Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun c. Penggandaan berentak. Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak

Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betul mereka-mereka rakyat-rakyat kita-kita semua guru-guru guru besar-guru besar mereka rakyat kita semua guru guru-guru besar

Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas GOLONGAN KATA Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas

Kata Nama (KN) Kata Nama Am Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok b. Kata Nama Khas Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelang c. Kata Ganti Nama Contoh: saudara, tuan, beta, beliau

Kata Kerja (KK) Kata Kerja Transitif: kata kerja yang mesti diikuti oleh objek. Contohnya: membeli (makanan) mendiami (kawasan) mempererat (hubungan)

Kata Kerja (KK) b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)

Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.

Kata Tugas Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain

bagaimana, siapa, bila, berapa Kata Tugas a. Kata hubung dan, atau, tetapi b. Kata seru wah, amboi, aduh, aduhai c. Kata tanya bagaimana, siapa, bila, berapa

Kata Tugas d. Kata perintah sila, tolong, harap e. Kata pangkal ayat hatta, maka, syahdan f. Kata bantu akan, pernah, sudah

Kata Tugas g. Kata penguat amat, sangat, paling h. Kata penegas juga, lah, tah, pun i. Kata nafi tidak, bukan

Kata Tugas j. Kata pemeri ialah, adalah k. Kata sendi nama di, dari, dalam l. Kata pembenar ya, benar, betul

dua, segala, masing-masing Kata Tugas m. Kata bilangan dua, segala, masing-masing n. Kata arah atas, sini, dalam o. Kata pembenda yang, -nya

Kata Tugas p. Kata penekan -nya

AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.

AKRONIM Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar. Contohnya: ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)

tabika (taman bimbingan kanak-kanak) AKRONIM ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)

Bernama ( Berita Nasional Malaysia) AKRONIM iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)

1. Kata Ganti Nama: contoh : aku digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan, beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat. patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan. saya digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ orang lain pada umumnya. kami digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua. kita digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap. anda digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia.

Awak/ kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita seperti kawan/adik. tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja. baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. beliau digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti menteri dan guru. ia/dia digunakan untuk diri orang ketiga yang umum ( untuk manusia sahaja ). apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang. mana digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan tempat. siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang. apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu. siapa-siapa, sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu. mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.

KATA SENDI Kata Sendi : dari dan daripada dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, waktu dan masa sahaja. daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan. Kata Sendi ‘di’ 1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat. 2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman. Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. ( salah )

Pada Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi. 2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan. 3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran. Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)

Ke TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI tempat,arah,waktu atau masa. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )

kepada 1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad. contoh: - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. - Adik memberi susu kepada kucing. - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera. 3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan. 4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C . 5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ Contoh : daripada 70% kepada 80 %.

oleh, oleh kerana dan oleh sebab ‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena) Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. Budak itu kena pukul oleh ibunya. 2. Yang membawa maksud sebab. Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan. 3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-sama. Contoh: Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah) Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)

dalam dan di dalam 1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul) 2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. Contoh: Air perigi itu sungguh dalam. 3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal) Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.

antara dan di antara ‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul) 2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang fizikal. Contoh : Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah) Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)

demi dan untuk Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan sekali. Contoh : - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara.(salah) - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara.(betul)

KATA PEMERI :ialah dan adalah Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek dengan predikat berpola FN + FN. Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh1 : Angin ialah udara Udara ialah angin Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) Singapura ialah jiran Malaysia. (betul) adalah Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang berpola FN + FA atau FN + FS. 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya. Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.

KATA NAFI Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak. 2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama(FS). Contoh : Ini bukan buku saya. Sumbangan itu bukan daripada Ali. 3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif (FA). Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) Dia tidak memanggil saya. (betul) Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) Ayah tidak sihat hari ini. (betul)

KATA ADJEKTIF Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ amat pintar sekali / sangat enak sekali/ teramat pandai / tinggi sekali 2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh : Baju itu cantik (subjek) (predikat) 3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.

KATA PENGUAT ADJEKTIF Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. Contoh : terlalu nakal / lambat benar 2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif. Contoh : Sungguh amat merdu Terlalu amat pedih 3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah ) Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) Ali pelajar yang paling cerdik.

PENJODOH BILANGAN Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama Abstrak. Contoh: Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima. (salah) Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul) 2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh: Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (salah) Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)

KATA TANYA Apa dan Siapa Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja. Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. 2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat Penyata.

BUNYI HAIWAN nyamuk - dengung ular - desis burung - kicauan keldai - meringkik itik - mengakak tikus - berdecit-decit terkukur - berkukur serigala - meraung cengkerik - mengilai beruang - menderam puyuh - berdengut gajah - bertempik

harimau - mengaum anak ayam - mencicit tebuan - berdengung kumbang - berdengung anjing - menyalak / berdengking kambing - mengembek katak - berdengung kuda - berdengus ikan - berdengus singa jantan - mengaum kera - mengerih

BAHASA ISTANA beradu - tidur murka - marah gering - sakit kaus - katil wakil Mahkota - wakil raja santap - makan bersiram - mandi kurnia - menganugerahkan bertitah - berkata

jenazah - mayat dinobat - dilantik Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk permaisuri - isteri raja berdaulat - bertuah bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju almarhum - arwah

KATA BILANGAN Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan sebagainya tidak boleh dipisahkan. Contoh: 1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah) Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan durian. (betul) 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul) 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah) Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)

KATA BILANGAN Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.Contoh: 1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah) Para peserta sedang berbaris. (betul) Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan. Contoh: 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah) Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul) 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu 1. Kesalahan Dari Segi Kata Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu digandakan.

Contohnya; Semua pelajar-pelajar (Salah) Semua Pelajar (Betul) Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah) Kebanyakan penghuni (Betul) Berminggu lamanya (Salah) Berminggu-minggu lamanya (Betul)

Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan). Contohnya Klinik Aminah atau Aminah Klinik, Contoh lain adalah; Lain-lain hal (Salah) Hal-hal lain (Betul) Lain-lain agenda (Salah) Agenda-agenda lain (Betul)

Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan 'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti; Kebanyakan buah kedai (Salah) Kebanyakan kedai (Betul) Beberapa orang pelajar (Betul) Beberapa pelajar (Salah) Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.

Kesalahan Dari Segi Kata Kerja Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah; Ayah menanam akan pokok (Salah) Ayah menanam pokok (Betul) Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan objek frasa nama. Contoh lain; Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah) Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)

Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan kata kerja tak transitif ber..kan, tidak memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah seperti; nenek tidur berbantal lengan (Salah) Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul) Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)

Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya; Baju itu kakak jahit (Salah) Baju itu dijahit oleh kakak (Betul) Kuih itu dimakan oleh saya (Salah) Kuih itu saya makan (Betul)

2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah; Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah) Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul) Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah) Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya (Betul)

Sementara apitan memper. i dan memper Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya; Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul) Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada objek utama. Contohnya; Doktor menjalani pembedahan (Betul) Doktor menjalankan pembedahan (Betul) Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat kedua doktor yang membedah.

3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan paling. Contohnya; Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah) Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah) Rumah itu yang terbesar (Salah) Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)

Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling' tersebut. Contohnya; Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar (Salah) Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul) Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah ) Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan 'daripada' dalam ayat. Contohnya; Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah) Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul) Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya; Malah di antara pendapat tersebut (Salah) Malah antara pendapat tersebut (Betul) Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah) Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul) Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah) Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)

Kesalahan Dari Segi Kata Hubung Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung 'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'. Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata 'apabila' dan 'bila'. Contohnya; Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah) Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)

Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung tersebut. Contohnya; Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)

6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan. Contohnya; Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul) Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul) Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut. Contohnya setiausaha-setiausaha.

Kesalahan Penggunaan Kata Ganda Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya; Semua barang-barang itu (Salah) Semua barang itu (Betul) Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah) Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)

Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau 'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidak perlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya; Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah) Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul) Mereka saling bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)

8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut. Contohnya; Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul) Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata nama.

9. Kesalahan Dari Segi Ejaan Kesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal dalam bahasa Melayu. Contohnya; Pamer atau pamir , Calon atau calun Oditorium atau auditorium Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu. Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas, tauladan atau teladan Kesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di' atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan. Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya; Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)

10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala imbuhan yang digunakan pada sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya menentukan penggunaan imbuhan 'menge...' Perserta atau peserta Pemprosesan atau pemerosesan Mengambarkan atau menggambarkan Mengcat atau mengecat

Kesalahan Dari Segi Ayat Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi. Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat tanya. Contohnya; Dia membeli baju itu bilakah? (Salah) Bilakah dia membeli baju itu? (Betul) Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri ketiga. Contohnya; Nota itu Azman taip (Salah) Nota itu ditaip oleh Azman (Betul) Ikan itu dipancing oleh saya (Salah) Ikan itu saya pancing (Betul)

Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya; Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)

Peribahasa Maksud Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya Adat juara menang kalah. Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya Air dicincang tiada putus. Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Orang yang diam bukan pengecut.

Alah membeli menang memakai. Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama. Bagai balak terendam. Orang yang gemuk dan malas bergerak. Bagai Belanda minta tanah. Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi. Bagai berkain tiga hasta. Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup. Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga. Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah yang lain akan turut susah. Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah. Dapur tidak berasap. Terlalu miskin. Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah. Embun di hujung rumput. Bersifat sementara, tidak kekal. Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan

Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan Antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya, suruhanjaya, bumiputera, jawatankuasa, sukarela, kerjasama, kakitangan, setiausaha, olahraga, tanggungjawab, warganegara, matahari, beritahu.

Rangkai kata umum berimbuhan Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. Contohnya: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.

Penjamakan Kata Majmuk Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata majmuk – melibatkan perkataan pertama) Contoh alat tulis => alat-alat tulis guru besar => guru-guru besar kapal terbang => kapal-kapal terbang

Penjamakan Kata Majmuk Menggunakan kata yang membawa makna jamak (menggunakan penanda jamak) Contohnya semua menteri besar (√) semua menteri-menteri besar (X) banyak kapal terbang (√) banyak kapal-kapal terbang (X)

Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran tetap dieja secara terpisah. Contohnya: campur aduk => bercampur aduk ambil alih => mengambil alih daya serap => daya serapan Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara bercantum (menjadi satu perkataan) Contoh campur aduk => mencampuradukan ambil alih => pengambilalihan daya serap => kedayaserapan

Kata Pemeri (ialah) Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama Contoh: Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah pentingnya membaca. Kata Pemeri (adalah) Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas. Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk pelajar yang cemerlang.

Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (√)

Partikel Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah dan pun. Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh: Buatlah, biarlah, apatah, benarkah Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya. Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah dia pun pergi, sekali pun engkau belum bayar

Partikel Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun. Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun, kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun, meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun, sungguhpun

Kata Ganti Singkat Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contoh: Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat kaulambai Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya. Contoh rumahku, rumahmu, rumahnya untukku, untukmu, untuknya

Kata Ganti Singkat Kata Ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu. Contoh Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku. Kita memohon petunjuk-Nya.

Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya” menyalahi tatabahasa? Ayat tersebut memang salah kerana ayat tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama (saya). Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum kata kerja pasif. Contohnya: Bola itu saya tendang. Pakaian itu kami simpan di dalam almari. Makanan itu engkau makan sampai habis.

Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? Bentuk yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu. Hal ini demikian kerana sehubungan membawa maksud ‘sama hubungan’. Sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu. Lebih mantap jika ditulis “Sehubungan dengan hal/perkara itu…”

Dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa? Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran se- secara berasingan. Sekiranya bentuk se- pada bahagian pertama digugurkan, pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa sendi nama yang kedua untuk keseimbangan (bunyi)

Penggunaan saling sayang-menyayangi Bentuk tersebut adalah salah. Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih-mengasihi, bantu-membantu merupakan perbuatan yang saling berbalasan dan penggunaan saling tidak diperlukan lagi. Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh digunakan seperti yang berikut: sayang-menyayangi saling menyayangi kasih-mengasihi saling mengasihi

Pelancong itu tertarik __________ sikap ramah-tamah penduduk di Malaysia. A oleh B akan C tentang D dengan

menggelek mengelek menggalakan menggalakkan pendalaman pedalaman

Pelancong barat lebih suka ________ di bawah matahari. A dijemur B berjemur C terjemur D menjemur UPSR2000:21

lembar, papan, keping, hiris Penjodoh bilangan buah, biji, baris, buku, ekor, das, jambak, genggam, kajang, untai, laras, pucuk, lembar, papan, keping, hiris

________ jala hamparan ________ permaidani rawan ________ mercun papan ________ cendawan kaki ________ rantai utas ________ tombak bilah ________ anggur gugus ________ kunyit kaki ________ rebung pucuk ________ telur butir

Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ___________ asam gelugur dan beberapa ___________ bawang putih. A sepotong...biji B sehiris...ulas C seketul...biji D sekeping...ulas UPSR1992

Simpulan bahasa ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih, batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta, harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati, kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara, tahan lasak

Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap mata B putih mata C rambang mata D rabun mata UPSR1994:26

Kata ganda Perasaannya___________ apabila cita-citanya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan U.P.S.R. tidak tercapai. A haru-biru B kacau-bilau C remuk-redam D gundah-gulana

Gadis ________ yang memperagakan minyak wangi dalam iklan televisyen itu ialah sepupu saya. A lembut B pemalu C elok D ayu UPSR2002:25

Kesalahan penggunaan kata atau istilah Contoh: Perkarangan rumah saya sangat bersih. Sepatutnya : Pekarangan rumah saya sangat bersih.

Contoh: Kedua ibu bapa saya guru. Sepatutnya : Kedua-dua ibu bapa saya guru.

Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan. Contoh: Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan. Sepatutnya : Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.

Ejaan membezakan makna Perabot Perabut Telor Telur Tempoh Tempuh

Kesalahan Struktur Ayat Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah) Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul) Nota itu Azman taip.(Salah) Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)

salah betul Kesalahan penggunaan sendi nama dan awalan 'di' dan 'ke' Penggunaan sendi nama untuk menunjukkan tempat atau arah, hendaklah ditulis terpisah. Contoh: salah betul didunia kebawah diantara keseluruh di dunia ke bawah di antara ke seluruh

Kesalahan Ejaan Jurukur / Juruukur / Juru ukur ? Istirehat / Istirahat ? Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ? Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?

Kesalahan Ejaan salah betul olih bolih bilek masok lebeh anih oleh Contoh: salah betul olih bolih bilek masok lebeh anih oleh boleh bilik masuk lebih aneh

Kesalahan Tanda baca salah betul Contoh: tahun 1930an kehendakNya seMalaysia antiAmerika ke2, ke 2 tahun 1930-an kehendak-Nya se-Malaysia anti-Amerika ke-2

Tanda baca membezakan makna. Contoh: Ini jambu monyet. Ini, jambu monyet. Ini jambu, monyet.

Kesalahan Imbuhan Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang sepatutnya menerima imbuhan. Contoh : Kakak tanak nasi. Sepatutnya : Kakak menanak nasi. “Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.

Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh : Mike Tyson seorang peninju. Sepatutnya : Mike Tyson seorang petinju.

Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh imbuhan. Contoh : Saya meninggal di Muar. Sepatutnya : Saya tinggal di Muar.

X X X X Imbuhan yang salah. merbahaya berbahaya memperolehi memperoleh memperakui memperakukan X memperlebarkan memperlebar

Ayat pasif kata ganti diri I, II, & III. KGD I saya, aku, kami. KGD II awak, kamu, anda. III Ali, ibu, dia, beliau. Bola ini saya sepak. Bola ini disepak oleh saya. Buku ini awak balut. Buku ini dibalut oleh awak. Bunga ini ibu tanam. Bunga ini ditanam oleh ibu. √ × √ × × √

Kata Penguat ter ________ paling ________ √ √ ________ nian ________ sekali √ √ sangat ________ √ ________sangat √ amat ________ √ _______amat √ sungguh ________ √ ________sungguh √

× × × × × × amat ________ sekali √ sangat ________ sekali √ sungguh ________ sekali √ √ teramat ________ √ tersangat ________ × × paling ter________ sekali paling ________ sekali × teramat________ sekali × paling ter________ × tersangat________ sekali × ter________ sekali