PELAKSANAAN AUTONOMI DI UTM
AUTONOMI IPTA
SEJARAH AUTONOMI IPTA
SEJARAH AUTONOMI IPTA
SEJARAH AUTONOMI IPTA
SEJARAH AUTONOMI IPTA
SEJARAH AUTONOMI IPTA
PRINSIP ASAS AUTONOMI Amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti yang dibelanjakan (value for money) dalam semua urusan; Pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen check and balance serta ketelusan; Pemakaian semua Pekeliling Perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan kewangan dalaman dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang mengambil alih peranan Perbendaharaan di dalam memantau dan bertindak melindungi kepentingan pelaburan kerajaan di mana berkaitan; Pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam di mana berkaitan; Bebanan serta pendedahan kewangan Kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan Kerajaan melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat;
PRINSIP ASAS AUTONOMI Penjanaan pendapatan oleh IPTA hendaklah mengutama dan memastikan perlindungan serta (insulate and protect) kepentingan Universiti dan Kerajaan; Skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan oleh IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti dan Koleh Universiti yang berkuat kuasa, dan sistem ini hendaklah berasaskan prinsip ketsaksamaan, kelestarian dan tidak langsung membebankan Kerajaan; dan Tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa seperti surcaj, turun pangkat, buang kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas.
SEJARAH AUTONOMI IPTA Penganugerahan status autonomi diberikan kepada IPTA selepas proses audit menggunakan instrumen Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Governance Index (UCGI) selesai dijalankan. Senarai Universiti Malaysia Yang Diberikan Autonomi & Kuasa Baru Universiti : 1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 2012 (IPTA Pertama mendapat Autonomi) 2. Universiti Malaya (UM) - 2012 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2012 4. Universiti Putra Malaysia (UPM) - 2012 5. Universiti Sains Malaysia (USM) - 2012 Universiti Utara Malaysia (UUM) - 2013 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 2013 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 2014
Sumber Manusia EMPAT BIDANG AUTONOMI IPTA Urus tadbir (Governan Institusi) Kewangan dan Penjanaan Pendapatan Sumber Manusia Pengurusan Akademik Serta Pengambilan Pelajar
PELAKSANAAN AUTONOMI IPTA BIDANG GOVERNAN INSTITUSI
BIDANG GOVERNAN INSTITUSI Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah pembuat keputusan. Peraturan dan arahan Kerajaan adalah kekal.
LATAR BELAKANG UTM sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan bertanggungjawab kepada Menteri Pendidikan Tertakluk kepada Akta penubuhannya dan dasar arahan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Agensi Pusat Perintah Perbadanan UTM 1971 (Pindaan 1996) Berdasarkan Perlembagaan UTM, universiti mempunyai kuasa seperti diperuntukkan di bawah seksyen 6(1) AUKU 1971 (AKTA 30).
ASAS PENTADBIRAN UNIVERSITI Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 / Undang-Undang Malaysia (Akta 30) / Akta Universiti & Kolej Universiti (PIND. 2009) Perlembagaan UTM (2010) – Berasaskan Sek. 8 AUKU 2009 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Kaedah-Kaedah UTM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [Seksyen 16 C pindaan AUKU 2009) Dasar dan Peraturan Kerajaan Persekutuan Akta Rahsia Rasmi 1972
STRUKTUR PELAPORAN UNIVERSITI FAKULTI/PUSAT KECEMERLANGAN LEMBAGA PENGARAH SENAT JK KHUSUS LPU JK Kewangan JK Audit JK Pelaburan JK Pengurusan Risiko Universiti JK Pemegang Amanah Endowmen JK Pemilih Bagi Perlantikan Ke Suatu Jawatan Kursi, Pendaftar, Bendahari Dan Ketua Pustakawan JK Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional - (Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat) JK Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional - (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat) JK Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan - (Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat) JK Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan - (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat) JK Rayuan Tatatertib Pelajar UTM JK Pengurusan Universiti Perakuan/Pemakluman penubuhan Fakulti, Program Baharu, Hal Ehwal Akademik, Kemasukan Pelajar, Peperiksaan dan Pembangunan mahasiswa Perakuan keputusan dasar, pengurusan dan pentadbiran Universiti JKTS TETAP SENAT Dasar dan Entiti Akademik, Kurikulum dan Kualiti Akademik, Peperiksan dan Pengijazahan , Perpustakaan dan Sumber Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi, Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, Jaringan Industri dan Masyarakat Pelaksanaan operasi pentadbiran, kewangan dan pengurusan FAKULTI/PUSAT KECEMERLANGAN JABATAN
PELAPORAN SENAT KEPADA LPU BIL PERAKUAN PEMAKLUMAN 1 Penganugerahan Ijazah Kehormat Semakan Kurikulum 2 Penganugerahan Profesor Emeritus Laporan keputusan peperiksaan 3 Program Baharu Kalendar akademik 4 Penubuhan Fakulti/Sekolah Laporan pembangunan mahasiswa dan alumni 5 Penjenamaan semula Fakulti/Sekolah Laporan jaringan industri dan masyarakat 6 Penubuhan RA/COE Laporan penyelidikan dan inovasi 7 Laporan perpustakaan dan sumber pendidikan
KUASA-KUASA UNIVERSITI Sumber: PU (A) 450; Seksyen 4 (1) Menyediakan kursus pengajaran, mengadakan periksaan, membuat peruntukan penyelidikan. Memberikan Ijazah, Diploma, Sijil dan Kepujian Akademik Mengiktiraf Ijazah, Diploma, Sijil dan Kepujian Akademik lain daripada Yayasan Pengajian Tinggi. Memberikan Ijazah kepada guru Universiti yang telah memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh kaedah- kaedah. Memberikan Ijazah Kehormat kepada orang yang telah memberi sumbangan dalam penyebaran ilmu pengetahuan.
KUASA-KUASA UNIVERSITI Sumber: PU (A) 450; Seksyen 4 (1) Memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapan dalam mana-mana bidang ilmu pengetahuan. Mengadakan Kursi-kursi, jawatan Profesor, jawatan pensyarah dan jawatan lain. Menubuhkan percetakan Universiti dan menerbitkan buku dan bahan- bahan lain. Mendirikan perpustakaan, makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal bagi kepentingan universiti di Malaysia atau ditempat lain.
KUASA-KUASA UNIVERSITI Sumber: PU (A) 450; Seksyen 4 (1) Mengadakan jawatan dan kedudukan yang perlu bagi menjalankan fungsi staf akademik dan staf sokongan. Membuat peraturan mengenai syarat perkhidmatan bagi pekerja universiti termasuk tangga gaji, cuti, tatatertib. Menubuhkan skim pencen/persaraan/skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerja. Membuat peraturan tempat tinggal untuk pelajar dan pekerja. Membuat peraturan bagi tatatertib pelajar Menuntut dan menerima apa-apa yuran yang ditetapkan oleh kaedah dari masa kesemasa. Melakukan segala perkara bagi menggalakkan pengajaran, penyelidikan, mejana kewangan memperbaiki pentadiran, meningkatkan kebajikan dan tatatertib di universiti.
PELAKSANAAN AUTONOMI IPTA BIDANG KEWANGAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN 21
BIDANG KEWANGAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN IPTA menjual perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran kepada Kerajaan. LPU mengguna pakai peraturan dan arahan Perbendaharaan. LPU boleh memohon pengecualian pemakaian pekeliling daripada Kementerian Kewangan dengan menyediakan SOP. LPU mengurus dan membelanjakan pendapatan yang dijana sendiri mengikut peraturan dalaman.
LATAR BELAKANG Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti Bil. 2/2012 yang diadakan pada 5 Jun 2012 bersetuju meluluskan Standard Operating Procedure (SOP) untuk Proses Perolehan Universiti sebagai Persediaan Pelaksanaan Autonomi. SOP ini telah dikemukakan ke Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pengajian Tinggi KPT telah mengangkat SOP ini untuk kelulusan Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan telah meneliti SOP yang dikemukakan dan bersetuju supaya Universiti mengemaskini SOP dan diangkat kepada Lembaga Perolehan Universiti untuk kelulusan melalui surat rujukan S/K.KEW/PK/D/1100/000000/11/493 JLD. 11 SK.5 (9) bertarikh 23 Nov 2012. SOP telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 71 bertarikh 3 Januari 2013.
AUTONOMI PEROLEHAN Kelulusan Perolehan Secara Rundingan Terus - Untuk Peralatan & Perkhidmatan Berkaitan Penyelidikan Had Nilai Pembelian Terus Sehingga RM50,000 Jawatankuasa Perolehan Barangan Import Universiti
RUNDINGAN TERUS PERALATAN & PERKHIDMATAN BERKAITAN PENYELIDIKAN Had Limit Sebelum Autonomi Selepas Autonomi Ahli Jawatankuasa > RM50,000 – RM500,000 Melebihi RM50,000 perlu hantar ke Kementerian Kewangan untuk kelulusan. J/K Rundingan Terus Peralatan & Perkhidmatan Penyelidikkan B Pengerusi: Prof. Dr. Zaimi bin Abd Majid Pengerusi Ganti: Prof. Dr. Ali bin Selamat Ahli: Prof Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim Prof Dr Tharek bin Abdul Rahman Prof Dr Abdul Rahim bin Mohd Yusoff Prof Dr Mustaffa bin Shamsuddin Prof Dr Safaai bin Deris Prof Madya Mustafa bin Yusof Puan Sharifah Alwiah bte Syed Alwi > RM500,000 – RM1 Juta J/K Rundingan Terus Peralatan & Perkhidmatan Penyelidikkan A Pengerusi: Prof Datuk Ir Dr Wahid bin Omar Pengerusi Ganti: Prof Ir Dr Azraai bin Kassim Ahli: Prof Dr Zulkifli bin Yusof Prof Dr Zainal bin Salam Prof Dr Marsin bin Sanagi Prof Dr Ruzairi bin Abdul Rahim
RUNDINGAN TERUS PERALATAN & PERKHIDMATAN BERKAITAN PENYELIDIKAN Had Limit Sebelum Autonomi Selepas Autonomi Ahli Jawatankuasa > RM1 Juta – RM5 juta Melebihi RM50,000 perlu hantar ke Kementerian Kewangan untuk kelulusan. Lembaga Perolehan Universiti A Pengerusi: Naib Canselor Ahli: Timbalan Naib Canselor (P&I) Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Timbalan Naib Canselor (A&A) Wakil Kementerian Kewangan Wakil Kementerian Pendidikan > RM5 juta – RM10 juta Lembaga Pengarah Universiti > RM10 juta Kementerian Kewangan Malaysia
PEMBELIAN TERUS BEKALAN & PERKHIDMATAN Perkara Sebelum Autonomi Selepas Autonomi Kelulusan Panjar Wang Runcit Pembelian Secara Inbois Pembelian Terus >RM300 RM300 - RM1,000 RM1,000 – RM10,000 RM300 – RM5,000 RM5,000 – RM50,000 Ketua Unit/Bahagian Ketua PTJ - Ketua PTJ boleh turunkan kuasa secara bersurat kepada pegawai yang dinamakan. Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) - PTJ perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 quotation (salinan asal).
KELULUSAN PEROLEHAN BARANGAN IMPORT Had Limit Sebelum Autonomi Selepas Autonomi Ahli Jawatankuasa RM50,000 dan keatas Melebihi RM50,000 perlu hantar ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk kelulusan. Mulai 1 Ogos 2014 kelulusan diberikan oleh Jawatankuasa Perolehan Barangan Import Universiti. Pengerusi : Prof Dr Azlan bin Abd Rahman Ahli: Prof Dr Safa’ai bin Deris Prof Dr Ruzairi bin Abdul Rahim Prof Madya Mustafa bin Yusof Puan Sharifah Alwiah bte Syed Alwi
JENIS PEROLEHAN DAN HAD NILAI (PERATURAN SEMASA) Bil. Jenis Perolehan Had Nilai (RM) Kuasa Melulus 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sebut Harga Tender Terbuka RM50,000 – RM200,000 RM200,000 – RM500,000 RM500,000 – RM20 juta RM20 juta – RM100 juta RM100juta – RM300juta Lebih RM300juta JK Sebut Harga PTJ/ JK Sebut Harga Zon & Seksyen JK Sebut Harga Universiti Lembaga Perolehan Universiti B Lembaga Perolehan Universiti A Lembaga Pengarah Universiti Kementerian Kewangan Malaysia
PELAKSANAAN AUTONOMI IPTA BIDANG SUMBER MANUSIA
BIDANG SUMBER MANUSIA LPU boleh mewujudkan skim perkhidmatan sendiri menggunakan sumber dana yang dijana. Sistem kenaikan pangkat berdasarkan top up daripada sumber dana yang dijana sendiri boleh dilaksanakan. Kenaikan pangkat berdasarkan top up tidak melibatkan perubahan pencen dan peruntukan Kerajaan.
LATAR BELAKANG Sebelum diberikan penarafan sebagai Universiti Autonomi, UTM telahpun melaksanakan banyak inisiatif yang teratur, mempunyai polisi dan dasar yang dibentuk sebagai panduan bagi pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang bersistematik. Selepas diberi penarafan sebagai Universiti Autonomi, penambahbaikan pengurusan sumber manusia bagi pelaksanaan sedia ada dilakukan. Manakala beberapa inisiatif baharu diwujudkan untuk mengukuhkan lagi pengurusan sumber manusia UTM yang sedia ada.
PEWUJUDAN SKIM PERKHIDMATAN SENDIRI SKIM FELO UTM Skim Felo UTM yang merangkumi tiga (3) kategori Felo iaitu Felo Premier (Utama), Felo Kanan dan Felo telah diluluskan JPU Bil.14/2012 pada 6 Ogos 2012 dan dimurnikan semula pada tahun 2014. Pewujudan skim felo ini adalah untuk mendapatkan khidmat calon-calon yang berpengalaman luas daripada luar UTM dan industri selaras dengan Akademi baru. Sehingga September 2014, seramai lima (5) orang calon telah dilantik sebagai Felo Utama di UTM.
PEWUJUDAN SKIM PERKHIDMATAN SENDIRI PENGGANTIAN SKIM TUTOR Skim perkhidmatan Tutor (DA41) di UTM telah dimansuhkan pada Tahun 2011 sejajar dengan pelaksanaan pemansuhan jawatan Tutor di semua IPTA. Berikutan itu, UTM telah mewujudkan Skim Felo Penyelidik dan Skim Felo Akademik bagi menggantikan skim Tutor. Skim tersebut adalah salah satu pendekatan dan platform yang diamalkan dalam merealisasikan agenda pelan penggantian (succession plan) staf akademik di UTM, khususnya bagi membekalkan staf akademik berkelulusan ijazah kedoktoran. SKIM FELO AKADEMIK Skim ini telah diluluskan JPU Khas Bil.3/2012 pada 16 April 2012. Skim ini terbuka kepada pelajar PhD di semester 5 ke atas serta telah menghasilkan 2 jurnal ISI. Skim ini menawarkan elaun sebanyak RM1000 selama satu tahun. Sehingga Sept. 2014, seramai 17 calon telah dilantik ke skim ini. SKIM FELO PENYELIDIK Skim ini telah diluluskan dalam JPU Bil.5/2012 pada 12 Mac 2012. Skim ini membolehkan calon mengikuti cuti belajar tanpa perlu berkhidmat di UTM khususnya kepada calon yang akan melanjutkan pengajian PhD. Sehingga Sept.2014 seramai lima (5) orang calon telah dilantik sebagai Felo Penyelidik UTM.
PENETAPAN GRED DAN GAJI STAF AKADEMIK ANTARABANGSA PELANTIKAN STAF AKADEMIK ANTARABANGSA Asas penetapan gred dan gaji permulaan bagi staf akademik antarabangsa adalah berpandukan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2008 Namun begitu, JPU Bil 18/2012 pada 20 September 2012 dan JPU Bil 20/2013 pada 21 Oktober 2013 telah meluluskan kaedah penetapan gaji berasaskan skala berikut: ●Tempoh pengalaman selepas PhD ● Penerbitan jurnal berindeks ● Pencapaian CIF Selain itu, proses peningkatan gred lantikan bagi staf akademik antarabangsa akan dinilai berpandukan syarat dan kritera kenaikan pangkat staf akademik UTM yang sedang berkuatkuasa. Kemudahan Staf Antarabangsa Bagi mengekalkan perkhidmatan staf akademik antarabangsa di UTM, pelbagai kemudahan tambahan telah diluluskan pihak Universiti melalui Mesyuarat LPU Bil.47/2010 serta proses ini berterusan sehingga diberi penambahbaikan dalam Mesyuarat JPU Bil.5/2014 pada 12 Mac 2014.
KENAIKAN PANGKAT BERDASARKAN TOP UP PEMBERIAN EMOLUMEN SETARA GRED KHAS C (VK7) SECARA TANPA GELARAN Universiti telahpun meluluskan pemberian emolumen setara Gred Khas C (VK7) kepada 15 orang Profesor (secara tanpa gelaran) bermula pada 25 Januari 2011. Ini adalah untuk mengambil kira ketokohan dan kemahiran mereka dalam mengendalikan sesebuah unit/jabatan yang dipertanggungjawabkan. Inisiatif pemberian elaun yang disebut sebagai ‘elaun Top- Up’ ini adalah tindakan dalaman Pengurusan Tertinggi Universiti dan diberi kepada staf akademik atas gred VK secara berperingkat mengikut kelulusan mesyuarat LPU seperti berikut; 25 Januari 2011-4 orang 14 April 2011 – 3 orang 15 Disember 2011 – 1 orang 16 Februari 2012 – 2 orang 19 Julai 2012 – 3 orang 20 Mac 2013 – 2 orang Implikasi kewangan secara purata (RM3,880 sebulan) bagi aktiviti ini adalah sebanyak RM907,920.00 setahun. Pada masa ini hanya tinggal 2 orang staf sahaja yang masih menyandang jawatan Prof VK7 secara tanpa gelaran.
KENAIKAN PANGKAT BERDASARKAN TOP UP PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT STAF PENGURUSAN PROFESIONAL KE JAWATAN TALENT POOL BERDASARKAN TOP UP UTM menyediakan inisiatif bagi menghargai dan memberikan motivasi kepada staf pengurusan professional (Gred 41 hingga 54) yang telah melaksanakan tugas dengan efisien dan berimpak tinggi dalam mencapai KAI Universiti. Walau bagaimanapun peluang kenaikan pangkat staf pengurusan professional pelaksana (PPP) adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Pada tahun 2012 UTM telah mendapat autonomi dalam melaksanakan pengurusan modal insan yang membolehkan pewujudan skim perkhidmatan sendiri dengan menggunakan dana yang dijana. Universiti telahpun meluluskan pemberian ‘top-up’ kepada 22 staf Pengurusan & Profesional untuk tempoh 2 tahun secara berperingkat seperti berikut; 28 Mei2013-27 Mei 2015 : 3 orang 24 April 2014-23 April 2015 – 1 orang 5 Mei 2014-4 Mei 2016 : 16 orang 9 Jun 2014 – 8 Jun 2016: 2 orang Implikasi kos mengikut gred jawatan adalah seperti berikut: VU7=RM19,183.30 sebulan/RM230,199.60 setahun Gred 54=RM3,450.00 sebulan /RM41,400 setahun Gred 52=RM960 sebulan / RM11,520.00 setahun Gred 48-RM3,500 sebulan / RM42,000 setahun Gred 44 = RM1,900 sebulan / RM22,800 setahun Jumlah keseluruhan=RM28,993.30 sebulan /RM347,919.60 setahun Kenaikan pangkat berdasarkan top up tidak melibatkan perubahan pencen dan peruntukan Kerajaan.
INSENTIF KEPADA PENSYARAH 1 Pelajar PhD Bergraduat (RM1000/pelajar) 2 Artikel Berimpak Tinggi (IF 1.0) (RM1000/artikel 3 Penerbitan Artikel Dalam Jurnal Terpilih
PELAKSANAAN AUTONOMI IPTA BIDANG PENGURUSAN AKADEMIK DAN KEMASUKAN PELAJAR
BIDANG PENGURUSAN AKADEMIK DAN KEMASUKAN PELAJAR Senat meluluskan penubuhan Fakulti/Sekolah/Pusat/ dan program pengajian baharu yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan. LPU meluluskan peruntukan dalaman untuk penubuhan Fakulti/Sekolah/Pusat/ dan program pengajian. IPTA boleh menamatkan program atau kursus yang tiada sambutan kecuali program atau kursus yang ada nilai strategik. Program baru masih memerlukan akreditasi MQA. Universiti boleh melaksanakan pengurusan kemasukan pelajar.
PERANAN SENAT Senat ialah badan tertinggi akademik bagi Universiti dengan tertakluk kepada peruntukan perlembagaan, statut, kaedah, polisi dan peraturan dalam mengawal dan memberikan arahan secara am tentang penawaran program, pengajaran dan peperiksaan, penyelidikan dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain. Bil JKTS Universiti Pengerusi 1 JKTS Dasar dan Entiti Akademik TNC (A&A) 2 JKTS Kurikulum dan Kualiti Akademik 3 JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan 4 JKTS Penyelidikan dan Inovasi TNC (P&I) 5 JKTS Pembangunan Mahasiswa dan Alumni TNC (HEMA) 6 JKTS Perpustakaan dan Sumber Pendidikan TNC (P) 7 JKTS Jaringan Industri dan Masyarakat Senat dibantu oleh beberapa Jawatankuasa Tetap Senat (JKTS) dan jawatankuasa di peringkat Universiti dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. JKTS telah diperkasakan fungsi dan tanggungjawabnya merangkumi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi, mahasiswa, jaringan industri dan sumber pendidikan. Berikut adalah senarai JKTS Universiti:
PROGRAM BAHARU/SEMAKAN KURIKULUM, RASIONALISASI PROGRAM DAN PENUBUHAN FAKULTI/SEKOLAH Bil Perkara Peringkat Kelulusan Sebelum Semasa 1 Penubuhan Fakulti /Sekolah Perlu mendapatkan kelulusan Senat, Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia Perlu mendapatkan kelulusan Senat, Lembaga Pengarah Universiti dan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. (Tiada melibatkan implikasi kewangan) Perlu mendapatkan kelulusan Senat, Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia. (Melibatkan implikasi kewangan) 2 Program Baharu/ Semakan Kurikulum Rasionalisasi Program : Pihak Universiti telah diberi kuasa melaksanakan penangguhan pengambilan program pengajian untuk memastikan kualiti program bagi tujuan kesinambungan Universiti Penyelidikan bermula sesi akademik 2012/2013.
JAWATANKUASA AKREDITASI UNIVERSITI Universiti telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Akreditasi Universiti di bawah Unit Pengurusan Kualiti dan Risiko yang bertanggungjawab dalam urusan audit dan akreditasi program akademik. Menyediakan instrumen audit berdasarkan kriteria umum yang ditetapkan oleh MQA yang merujuk kepada Sembilan bidang Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA). Universiti telah dianugerahkan Status Swaakreditasi berkuatkuasa 29 Mac 2013 melalui surat MQA Bil MQA/SWA 09 (97) bertarikh 9 April 2013. Status Swaakreditasi membolehkan UTM mengakreditasi program akademiknya, kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi dan pengiktirafan badan profesional berkaitan.
PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR Pengurusan kemasukan pelajar dilaksanakan secara berintegriti dan akauntabiliti selaras dengan hala tuju Universiti. Proses pelaksanaan pengurusan kemasukan adalah secara berpusat dengan menggunakan sistem sedia ada di Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. UTM sebagai sebuah universiti penyelidikan (RU) diberi autonomi untuk menentukan piawaian kemasukan pelajar yang terdiri dari unjuran pengambilan, syarat masuk dan program yang ditawarkan mengikut kelulusan Senat pada setiap sesi akademik . Penyelarasan yang dibuat adalah meliputi permohonan kemasukan, pemprosesan permohonan dan proses pemilihan pelajar dibuat melalui Jawatankuasa yang dibentuk secara bersama semua IPTA dan BPKP seperti berikut ; Jawatankuasa Panduan Kemasukan Pelajar; Jawatankuasa Teknikal Kemasukan Pelajar Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Pelajar Jawatankuasa Rayuan Kemasukan pelajar Manakala proses tawaran dan pendaftaran pelajar diuruskan sepenuhnya oleh UTM.
LAPORAN PELAKSANAAN AUTONOMI DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) Oleh Emelia Fantoza Binti Saraih Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Governan IPTA Unit Penyelarasan
Berikut adalah maklum balas KPM berkaitan berkaitan beberapa perkara yang diajukan oleh UTM mengenai Autonomi IPTA. UTM: Dato’ Zaini ada menyatakan beberapa cadangan untuk garis panduan autonomi?adakah beberapa cadangan tersebut sudah jadi garis panduan rasmi? KPM: Perkara ini masih dibincangkan dalam Big Idea Financial Sustainability dan Empowered Governance. Malaysia Education Blue Print / MEB (Higher Education) akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai rujukan dasar baharu KPM(Sektor Pengajian Tinggi). UTM: Apakah KPI untuk IPT yang mendapat status autonomi? KPM: Perkara ini akan dijelaskan dalam MEB(HE) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Buku Butiran Autonomi yang telah diedarkan kepada IPTA yang menerima autonomi menetapkan sasaran sebanyak 30% penjanaan pendapatan dari bajet mengurus.
UTM: Adakah autonomi bersifat kekal atau akan diaudit semula untuk mengekalkan status ini?sekali setahun audit?dua tahun sekali? KPM: Audit Pematuhan akan dilaksanakan terhadap IPTA yang telah menerima autonomi selepas 3 tahun. UTM: Ada tak slaid autonomi yang menyatakan ciri bagi sesebuah IPT yang mendapat status autonomi? KPM: Boleh rujuk kepada Buku Maklumat Pelaksanaan Autonomi di IPTA yang telah diedarkan kepada semua IPTA yang menerima Autonomi. Memandangkan Malaysia Education Blue Print / MEB (Higher Education) masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi, pihak BGA akan memaklumkan kepada UTM sebarang perubahan nanti.
48