KEMERDEKAAN & PENUBUHAN MALAYSIA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Panel Bidang Sains Sosial, PPKK KEMERDEKAAN & PENUBUHAN MALAYSIA OBJEKTIF 1. Menghuraikan proses pembinaan negara. 2. Mengaitkan proses awal kenegaraan dengan perkembangannya.
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tel: 607-4538016 E-Mel: zahruld@uthm.edu.my Perjalanan Kuliah i. Pengenalan ii. Usaha ke Arah Kemerdekaan iii. Penubuhan Malaysia iv. Rumusan
Pengenalan (Introduction)
Usaha ke arah kemerdekaan adalah hasil tindakbalas gerakan nasionalisme. Bermula daripada gerakan Anti-British dan gerakan Sosio-Budaya. Mahu bebas daripada belenggu asing serta mendapatkan semula hak.
K E M R D A N Bebas daripada penjajahan; tidak dijajah daripada fizikal dan mental. Bebas daripada rasa tebusan / hamba; mempunyai harga diri / penghormatan / keyakinan. Bebas bertindak terhadap sesuatu perkara yang dikehendaki bagi kepentingan bangsanya. Berdikari; tidak bergantung kepada orang lain.
PERISTIWA KE ARAH KEMERDEKAAN Malayan Union (1946) Persekutuan Tanah Melayu (1948) Sistem Ahli (1951) Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan (1951-52) Pilihanraya Persekutuan (1955) Suruhanjaya Reid (1956) Kemerdekaan (1957)
Usaha ke Arah Kemerdekaan (Introduction)
MALAYAN UNION 1946, idea berkerajaan sendiri ala British. Menyatukan NNS, NNMB dan NNMTB. Harold Mac Michael Kedaulatan sultan Melayu dihapuskan. dan menjadi sultan kehormat. Sultan hanya berkuasa dalam agama dan adat istiadat. Edward Gent (Gabenor)
Political set-up yang gagal kerana wujudnya penentangan Melayu. Tentangan orang Melayu; Lahir UMNO.
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang saksama tanpa mengira kaum. Kewarganegaraan secara ‘jus soli’; semua orang asing yang dilahirkan di TM dan mereka 18 tahun ke atas yang telah bermastautin selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1 Febuari 1948, menggantikan MU. Wujud hasil penentangan jus soli dan penghapusan kedaulatan sultan. Ditandatangani oleh 9 raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British.
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan ditubuhkan. Kuasa kerajaan negeri diperluaskan. Kuasa raja-raja Melayu dikembalikan. Matlamat memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri.
Syarat kewarganegaraan; lahir di TM dan bermastautin 8 daripada 12 tahun. Permohonan; bermastautin 15 daripada 20 tahun. Diketuai oleh Persuruhjaya tinggi British dan mempunyai sebuah majlis perundangan yang mempunyai seramai 75 ahli (50 ahli rasmi; kebanyakan Melayu/25 ahli tidak rasmi). Sultan di setiap negeri mempunyai hak ke atas negerinya melalui Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Perundangan Menteri.
SISTEM AHLI April 1951, Sistem Ahli diperkenalkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Beberapa orang ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan ditugaskan dibeberapa jabatan kerajaan seolah-olah sebagai seorang menteri. Sistem ahli memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam hal ehwal pentadbiran.
Ia memberi peluang kepada rakyat tempatan bagi memegang jawatan dalam pentadbiran British. Namun begitu, ahli-ahli yang dilantik tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan. Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pemimpin tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
Penubuhan beberapa jabatan kerajaan. 5 jabatan diserahkan kepada pemimpin tempatan pelbagai kaum (penerapan kongsi kuasa) 1954, 7 jabatan diserahkan kepada 7 pemimpin tempatan.
PILIHANRAYA MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN 1951, Pilihanraya ini diperkenalkan sebagai latihan bagi demokrasi berparlimen. 1 Disember 1951, pilihanraya dibuat di Pulau Pinang; 9 buah kerusi dipertandingkan. Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6 daripada 9 kerusi. Kemudian pilihanraya ini diperluaskan di negeri-negeri Tanah Melayu lain. Febuari 1952, pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan. Perikatan (UMNO dan MCA) menang 9 daripada 12 kerusi.
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN Diwujudkan bagi memilih kumpulan majoriti dalam pembentukkan Majlis Perundangan Persekutuan. 27 Julai 1955, pilihanraya diadakan bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan.
Parti Perikatan menang dengan 51 kerusi iaitu sokongan majoriti. Bakinya dimenangi oleh PAS. Penduduk ; M-80%, C-18%, I-2% Pengundi ; M-84%, C-11%, I-5% Agihan Kerusi; M-35, C-15, I-2 Kerusi ; Perikatan-51, PAS-1
Delegasi kemerdekaan bertolak ke London. Rundingan 18/01-08/02 1956 (3 minggu).
8 Februari 1956 Persetujuan awal bahawa TM akanmerdeka dalam lingkungan Commonwealth British.
SURUHANJAYA REID 1956 Usaha merangka perlembagaan TM yang merdeka dibuat menerusi Suruhanjaya Reid. Ahli: Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid Bersidang: 118 kali. Menerima 131 memorandum bertulis.
Tujuan Menjamin kedudukan orang Melayu. Melindungi kepentingan sah bukan Melayu. Menekankan kepada kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat. Pembahagian kuasa yang jelas dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.
Menerima memorandum penting daripada Parti Perikatan; Kontrak Sosial. UMNO: Bersetuju melonggarkan syarat bagi kerakyatan. MCA, MIC: Menerima kedudukan istimewa Melayu, kedaulatan sultan Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Febuari 1957, suruhanjaya ini mengumumkan Rang Perlembagaan untuk TM yang merdeka. Dibantah oleh Parti Perikatan kerana: 1. Islam tidak diakui sebagai agama rasmi, 2. Dwi-kerakyatan dibenarkan, 3. Penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil dalam badan perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.
Rang ini dikaji semula oleh Jawatankuasa Kerja - 4 orang wakil Raja-raja Melayu - 4 orang wakil kerajaan persekutuan - Pesuruhjaya Tinggi - Ketua setiausaha - Peguam negara 15 Ogos 1957; diluluskan. 27 Ogos 1957; diwartakan.
KEMERDEKAAN 1957 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman mendapat persetujuan kemerdeka- an pada 31 Ogos 1957 menerusi rundingan kali ke-2. 31 Ogos 1957, diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
FAKTOR MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN Kesanggupan bersatu Etnik Melayu, Cina dan India bersatu dalam politik.
2. Wujud keadaan darurat Kewujudan MCA menyebabkan etnik Cina bertukar arah dari PKM ke MCA (PKM boleh dilumpuhkan)
3. Perikatan yang berfahaman demokrasi Meyakinkan British; kepentingan rakyat yang berbagai etnik serta kepentingan ekonomi British yang ada di TM.
PERKEMBANGAN SABAH 1881-1946, Sabah diperintah oleh Syarikat Borneo Utara British. 1946, Sabah diserahkan kepada Kerajaan British. Pentadbiran; Seorang Gabenor British, sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Sabah. Sabah dibahagikan kepada 4 residensi dan kemudiannya dibahagikan kepada daerah.
Pilihanraya pertama peringkat daerah: Disember 1962 hingga Mei 1963. Ahli Majlis Daerah melantik ahli Majlis Risedensi. Manakala ahli Residensi melantik ahli Majlis Perundangan Sabah. Pilihanraya dimenangi oleh Parti Perikatan Sabah dengan majoriti besar. Donald Stephens (Tun Fuad) dilantik Ketua Menteri pertama pada Ogos 1963.
1946, Sarawak diserahkan kepada British. PERKEMBANGAN SARAWAK 1841-1946, Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke. 1946, Sarawak diserahkan kepada British. Pentadbiran; Gabenor British dibantu oleh Majlis Mesyuarat Negeri (badan perundangan) dan Majlis Tertinggi (badan eksekutif).
Dibahagikan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian dibahagikan kepada daerah. 1959, pilihanraya pertama diadakan pada peringkat daerah. 1963, pilihanraya pada tahun berkenaan dimenangi oleh Parti Perikatan Sarawak. Datuk Stephen Kalog Ningkan menjadi Ketua Menteri pertama.
(Malaysian Formation) Pembentukan Malaysia (Malaysian Formation)
PEMBENTUKAN MALAYSIA 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia dengan Foreign Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura. Idea: kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat di antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
SEBAB PENUBUHAN Ancaman Komunis Khuatir Singapura jatuh Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara Khuatir Singapura jatuh ke tangan komunis dan seterusnya mengancam TM. Ancaman Komunis
Penubuhan Malaysia dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura.
Pencantuman Singapura sahaja dengan TM akan mengancam kedudukan Melayu B A N G K A U M Pencantuman Singapura sahaja dengan TM akan mengancam kedudukan Melayu dari segi bilangan penduduk. Lebih kurang 80% penduduk di Singapura terdiri daripada orang bukan Melayu.
Jumlah penduduk bumiputera di Borneo (Sabah, Sarawak & Brunei) adalah 3 kali ganda daripada etnik Cina. digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Sabah dan Sarawak perlu
Singapura, Sabah dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan segera menerusi penubuhan Malaysia. British tidak berminat memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri berkenaan secara persendirian kerana faktor keselamatan.
Pencantuman akan mendatangkan faedah Perkembangan Ekonomi Pencantuman akan mendatangkan faedah ekonomi bagi negeri-negeri yang terlibat. Ekonomi Sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan di dalam Malaysia. Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa kerajaan pusat akan membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-negeri.
Boleh mnyekat pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat Sokongan British Boleh mnyekat pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi pelaburan British di kawasan berkenaan.
Apakah reaksi semasa Pembentukan Malaysia?
REAKSI SABAH Pada peringkat awal tidak setuju. Selepas penerangan Tunku Abdul Rahman, pandangan ini telah berubah. Contoh; Donald Stephens (Tun Fuad) ; ketua masyarakat Kadazan. Contoh; Datu Mustapha Datu Harun ; ketua Bajau.
REAKSI SARAWAK Pada peringkat awal terdapat penentangan. Selepas penerangan Tunku Abdul Rahman, penentangan ini berubah kepada sokongan. Contoh; Parti Negara Sarawak (PANAS), Sarawak United Peoples Party (SUPP) Sarawak National Party (SNAP).
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA Julai 1961, ditubuhkan di Singapura. Tujuan; menyelesaikan pandangan politik yang berbeza. Menerangkan konsep penubuhan Malaysia kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei. Bertemu sebanyak 4 kali iaitu; 21 Ogos 1961, 18 Disember 1961 dan 6 Januari 1962.
ANTARA PERSETUJUAN DICAPAI Mewujudkan suruhanjaya bagi meninjau pandangan Sabah dan Sarawak. Perlembagaan PTM 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia. Kedudukan dan kuasa istimewa Sabah dan Sarawak dikekalkan. Islam dijadikan agama rasmi.
SURUHANJAYA COBBOLD Ahli; Lord Cobbold, Dato Wong Pow Nee, Mohd Ghazali Shafie, Anthony Abell dan David Watherson. Masa; Febuari 1962 hingga April 1962. Menemuramah 4,000 orang dan menerima lebih daripada 2,200 memorandum. 1 Ogos 1962, lebih 80% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong rancangan penubuhan Malaysia.
REFORENDUM DI SINGAPURA 1 September 1962, 70% rakyat Singapura bersetuju bergabung dengan Malaysia melalui pungutan suara. PEMBERONTAKAN BRUNEI Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Sheikh A.M Azahari ingin menubuhkan Kerajaan Borneo Utara.
KONFRANTASI INDONESIA 20 Januari 1963, Indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Menyifatkan Malaysia sebuah negara ‘neo-colonist’; penjajahan ala baru British. TUNTUTAN FILIPINA 1962, Filipina menuntut Sabah; sebahagian kesultanan Sulu. British dan TM tidak melayan tuntutan berkenaan.
MAPHILINDO April 1963, pegawai kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia. 7 -14 Jun 1963, persidangan peringkat menteri- menteri luar. Gabungan tidak mencapai kata sepakat.
Minta bantuan daripada setiausaha PBB (U Thant) untuk meninjau pandangan Sabah dan Sarawak. Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 tanpa penyertaan Brunei.