UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENULISAN JURNAL TAKLIMAT PRAKTIKUM 12/20/ /20/2017
Advertisements

Tugas Resume Jurnal Pengendalian Mutu
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
UNIT 5 Pemajuan Proses.
PERUBAHAN ORGANISASI.
Perancangan Sumber Kewangan Sukan
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Ini Pilihan Kami.
BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MEMPUNYAI PRESTASI TINGGI ATAU PUNCAK
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
FACE TO FACE TWO.
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Memahami tingkah laku manusia
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Pengurusan Masa.
Hasil Pembelajaran Kursus/ Objektif Kursus
MODUL 7 KAUNSELING.
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
KONSEP DAN SISTEM KAWALAN
EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Memahami tingkah laku manusia
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Memahami tingkah laku manusia
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
PENGENDALIAN STOR DAN STOK
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Career Anchor.
ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN
KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
TEORI TRET DAN FAKTOR PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)
MEMBERI FOKUS KEPADA PELANGGAN
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
MEMAHAMI SIKAP.
MEMAHAMI SIKAP.
Pengenalan Melaksanakan perubahan berancana (planned change) berpandu kepada model tertentu. Terdapat beberapa model perubahan yang boleh digunakan sebagai.
Output.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DR. NOR AZURA BINTI ADZHARUDDIN
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
ANALISIS MASALAH PENGURUSAN DALAM MASYARAKAT PSP 3101
UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)
UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
UNIT 5 Pemajuan Proses.
FAIL MEJA.
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
KOMUNIKASI FORMAL DALAM ORGANISASI
Career Anchor.
Penilaian Analisis Polisi.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
Memahami tingkah laku manusia
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
TEORI TRET DAN FAKTOR PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Transcript presentasi:

UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)

Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis) Prof. Madya Dr. Jegak Uli

Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat: Menerangkan model analisis tekanan lapangan Kurt Lewin. Mengenal pasti tekanan memacu dan tekanan menahan. Menganalisis satu perubahan dengan menggunakan Model analisis tekanan lapangan Kurt Lewin atau teknik tulang ikan Ishikawa.

Pengenalan Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. Menurut model Lewin, dalam satu keadaan terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain.

Tekanan memacu (driving forces) Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu (driving forces) akan menganjak kearah perubahan. Tekanan ini membantu (facilitate) usaha perubahan.

Tekanan menahan (restraining forces) Sementara itu, tekanan menahan (restraining forces) akan menarik daripada arah perubahan tersebut. Tekanan ini pula akan menghindar (restrain) perubahan dari berlaku.

Akibat tekanan-tekanan tersebut satu keadaan seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai. Model Analisis Tekanan Lapangan bertujuan untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai.

Model Kurt Lewin Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti beliau yang pada asasnya dapat ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan beliau. Fungsi personaliti ini pula digandingkan dengan suasana atau persekitaran beliau.

Persekitaran tersebut mempunyai pelbagai tekanan yang bertindak ke atas individu tersebut. Dengan ini, tingkahlaku seseorang dapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu tersebut dan keperluan beliau untuk berubah.

Sungguhpun demikian menurut Lewin, tekanan-tekanan keatas individu tersebut bukan merupakan satu tekanan secara realiti dan berbentuk fizikal, tetapi lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan.

Sebagai contoh, kita akan melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau. Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti. Sekiranya, pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua tersebut, maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan.

Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua. Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut.

Lain-lain tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan. Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan kita untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan tekanan menahan. Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya.

Secara mudah model Kurt Lewin dalam hal ini dapat di gambarkan seperti berikut:

Dalam membawa perubahan, model Kurt Lewin juga berguna bagi kita mengenalpasti pelbagai tekanan yang dapat membantu kita mencapai satu keadaan yang baru. Di samping itu kita dapat kenalpasti juga tekanan-tekanan yang menghalang. Dengan mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini.

Keadaan ini dapat digambarkan dalam rajah berikut:

TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA Teknik tulang ikan (fish bone diagram or cause and effect diagram) dibentuk oleh Kaoru Ishikawa sebagai satu alat menganalisis masalah bagi kumpulan mutu kerja dalam pengurusan kualiti menyeluruh (Total Quality Management). Gambarajah yang berbentuk tulang ikan ini merupakan carta aliran sistem yang pada umumnya menunjukkan kemungkinan sebab-sebab dan akibat tindakan-tindakan sesuatu kumpulan atau organisasi. Dalam menggunakan teknik ini, sesuatu akibat dikesan kembali melalui kemungkinan-kemungkinan sebabnya.

TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA  

Langkah-langkah Teknik Tulang Ikan Ishikawa Langkah-langkah yang diambil semasa menggunakan teknik ini ialah; Mengenalpasti sesuatu akibat atau kesan yang hendak dianalisis; Mengenalpasti punca-punca utama yang memungkinkan wujudnya kesan tersebut; Mengenalpasti masalah khusus secara terperinci mengikut setiap punca utama; Mencatatkan masalah khusus pada gambarajah bagi membolehkan masalah-masalah tersebut dibincangkan dan diterangkan. Kaedah perbincangan kumpulan boleh digunakan dalam mengenalpasti punca dan masalah.

Mengenalpasti punca-punca utama & masalah khusus    

Sebagai garispanduan, gambarajah berikut boleh digunakan untuk meneliti masalah yang dihadapi oleh organisasi. Umpamanya, organisasi yang menghadapi masalah produk yang berkualiti rendah boleh meneliti dari aspek bahan (material) yang digunakan, tenaga kerja (manpower), kaedah pengeluaran (method), mesin pemprosesan (machine), pengurusan pengeluaran (management) dan persekitaran kerja (milieu) – the 6M’s

Setiap aspek tersebut juga boleh dipecahkan dengan lebih terperinci bagi menentukan perkara atau masalah yang menyumbang terhadap kualiti barangan rendah. Contohnya, mesin yang usang dan selalu rosak, kekurangan mesin serta lain masalah berkaitan mesin boleh dinyatakan sebagai penyumbang kepada masalah.

Hasil perbincangan dan penelitian mungkin dapat diilustrasikan menurut gambarajah berikut:

Kesimpulan Analisis Tekanan Lapangan Lewin dan Teknik Tulang Ikan Ishikawa merupakan dua alatan yang boleh digunakan untuk menganalisi perubahan. Kedua dua alatan tersebut membolehkan masalah perubahan dikenalpasti, dinyatakan dan dianalisis supaya tindakan wajar dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan. Dengan menggunakan alatan tersebut pengurus serta pekerja dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

SEKIAN TERIMA KASIH