APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA? FIKIRKAN & BINCANGKAN APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA? APAKAH FUNGSI PERIBAHASA? APAKAH PERIBAHASA MASIH RELEVAN?
APA ITU PERIBAHASA? Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Susunan perkataannya mengandungi maksud tersirat.
APA ITU PERIBAHASA? Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu Digunakan dalam pertuturan harian Menggambarkan Sifat Kelakuan Keadaan
JENIS-JENIS PERIBAHASA Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan
Simpulan Bahasa Maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan Ajak-ajak ayam Pecah tembelang Tembelang
Perumpamaan Mengandungi makna tersurat dan tersirat Bagai tikus membaiki labu Laksana wau melawan angin Genggam bara api biar sampai jadi arang
Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Bidalan Berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan (kekata ‘kalau’, ‘jika’) Ada makna dua lapis Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua menasihati orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
Pepatah atau Perbilangan Perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi Ia berkait rapat dengan peraturan, adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Air dicencang tiada putus (pepatah) Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
Bagai harimau beranak muda (perumpamaan) Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya
Bagai itik berebutkan tembolok (perumpamaan) (a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil (b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit Tembolok = kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll):
ACUAN
Bagaimana acuan begitulah kuihnya (pepatah) (a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya (b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya
Bagai Belanda minta tanah (perumpamaan) Seorang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.
Bagai kaduk naik junjung (perumpamaan) Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada