Fiqh wanita Minggu Kelapan.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Advertisements

HADITS KEDUAPULUH TUJUH
“Adab berprilaku istri kpd suami”
Kelompok Agama Bagus,Arip,Rio,Hafiz
BAB III SYARAT DAN RUKUN PERKAWINAN YANG SYAH
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
SIFAT-SIFAT TERPUJI ADIL Pengertian Adil
Pengajar: IRDANURAPRIDA IDRIS, SH, MH
BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
Fiqh wanita Minggu Kesembilan.
Macam-Macam Wanita Di Dalam Al Qur’an
HUBUNGAN HUKUM ANTARA ORANG TUA DAN ANAK
LARANGAN PERKAWINAN DALAM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
Larangan Pergaulan Bebas dan Perzinaan
19 Hadis nabi mengenai wanita.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
ASAS-ASAS HUKUM PERKAWINAN & HUKUM KEWARISAN
Etika Islam Dalam Penerapan Ilmu
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
PERNIKAHAN Lanjutan.
ASAS-ASAS HUKUM PERKAWINAN
SISTEM KEKELUARGAAN DALAM ISLAM
ASAS-ASAS HUKUM PERKAWINAN & HUKUM KEWARISAN
Oleh Dr. tgk anwar ali, st. m.Ag. mt.
TALAK Secara etimologi kata talak الطلاقbermakna yaitu melepas, mengurai, atau meninggalkan; melepas atau mengurai tali pengikat, baik tali pengikat itu.
ASAS-ASAS HUKUM PERKAWINAN & HUKUM KEWARISAN
Kekerasan Dalam Rumah Tangga ( KDRT )
HADANAH. HADANAH Pengertian Hadanah Hadhanah → hadhnuash-sabhiy : mengasuh atau memelihara anak Terminologis : menjaga anak yang belum bisa mengatur.
KELOMPOK 10 M. Yusuf Fahmi S NPM Desi Rahmawatie NPM Dian Viona NPM Annisa Febrianti NPM Fauziah Nurul Laksmi NPM.
TALAK Disusun Oleh: Ahmad Fauzi Anindya Dwi Utami Ansori Nur Aziz
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM Semester I Kelas XII Sekolah Menengah Atas
19 Hadis nabi mengenai wanita.
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
Fiqh Munakahat.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
PERKARA HALAL TAPI ALLAH MURKA KITA LAKUKAN ?
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI (Sesi Ke-4)
PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
ASAS-ASAS HUKUM PERKAWINAN & HUKUM KEWARISAN
Perundangan Zaman Rasulullah
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Transcript presentasi:

Fiqh wanita Minggu Kelapan

Isu keganasan rumah tangga Fiqh Wanita

Definasi Penganiayaan Jika dilihat istilah ini dalam konteks bahasa Arab, ia lebih sinonim dengan istilah (zulm) iaitu menjauhi atau mengurangkan hak seseorang atau melakukan sesuatu yang ditegah. Dari sudut istilah syara’ penganiayaan terhadap wanita adalah satu bentuk perbuatan yang menidakkan hak seseorang wanita atau mengambil hak wanita secara kekerasan serta melakukan kexaliman terhadap mereka sehingga mendatangkan dharar syari’e. Dharar syari’e merupakan kemudharatan terhadap isteri dalam bentuk fizikal dan mental yang merupakan salah satu lima perkara yang penting dalam Islam di antaranya; adalah agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran dan jiwa, maruah , keturunan dan harta benda

Dalil Pengharaman Penganiayaan Firman Allah s.w.t : “Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik.” (An-Nisa: 19) Firman Allah s.w.t. lagi. “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh- sungguh hendak melakukannya. Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awing-awangan), dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri (perbuatan zalim) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa’:129)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Terdapat banyak hadis yang memperingatkan tindak tanduk agar tidak menzalimi golongan  wanita khususnya para isteri antaranya : “Bertaqwalah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telahdihalalkan dengan perkataan- perkataan Allah”.(Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” (HR. Ahmad) “Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR. Tirmizi) “Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” (HR. Al-Bukhari)

Jenis-Jenis Penganiyaan Fiqh Wanita

Jenis-Jenis Penganiayaan Penganiayaan Psikologi dan Emosi (jiwa) Penganiayaan  Fizikal Penganiayaan Seksual (maruah dan keturunan) Penganiayaan dalam Beragama Penganiayaan  Kewangan (harta) Penganiayaan  Sosial

Penganiayaan Psikologi dan Emosi Penderaan psikologi dan emosi adalah melibatkan perasaan wanita dan keupayaan beliau ubtuk mengawal kehidupan sendiri. Contoh penderaan bentuk psikologi dan emosi ialah, dengan menggugat, menghina atau memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya atau menjatuhkan maruahnya, sehingga meninggalkan kesan buruk. Ianya sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita tersebut.

PAKSAAN PERKAHWINAN. Memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya adalah perbuatan yang merupakan satu kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya”.(Riwayat Al-Bukhari)

Apakah hak wanita dalam paksaan perkahwinan. Dalam peruntukan Undang-Undang Syariah jika seseorang wanita jika dipaksa berkahwin oleh wali mujbir, maka mereka berhak mengutarakannya ke Mahkamah Syariah. Ini bertujuan bagi mengelakkan kemudharatan yang timbul akibat tidak wujud rasa kasih sayang dan cinta dalam rumahtangga tersebut sehingga menimbulkan dendam dan permusuhanyang berpanjangan antara suami isteri keluarga yang dipaksa. Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas.  

Syarat-syarat paksaan Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuannya, hukumnya adalah sah dengan syarat: Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada. Suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu. Suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin. Pastikan tiada permusuhanan antara anak dan bapa dan dengan bakal suami. Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

Penganiayaan Fizikal Contoh penderaan fizikal ialah memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata. Menghalangkan seseorang wanita dari mendapatkan keperluan asas seperti makanan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga termasuk dalam bentuk penderaan fizikal. Di dalam Islam seorang suami dilarang memukul isteri apatah lagi menyebabkan kecederaan yang parah sehingga meragut nyawa pasangannya. Pukulan yang dibenarkan hanya secara lembut yang tidak menimbulkan kecederaan sekadar memperingati dan suatu bentuk pengajaran.

PENGERTIAN NUSYUZ Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak  suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut agama.  Tindakan itulah dikira derhaka, maka suami hendaklah: Menasihati dengan cara  yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah s.w.t. sehingga isteri yang nusyuz boleh tidak diberi sara hidupnya, Jika nasihat itu tidak sedikit pun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan isteri dari tidur bersama. Larangan ini tidak termasuk meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari  adalah haram,  Jika ianya pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan

TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ 1 TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ 1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami. 2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut. 3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat). 4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

Penganiayaan Seksual (maruah dan keturunan) Penderaan berbentuk seksual adalah dengan cara memaksa isteri melakukan atau melihat sesuatu yang berbentuk seksual tanpa kemahuan dan kerelaan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan, dengan mengarahkan mereka melakukannya di luar tabii kemanuasiaan.

Dalil melakukan dari Dubur “Dan mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran (najis).” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222-223) “Dilaknat, orang yang mendatangi perempuan pada duburnya.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasaa’i) “Allah tidak akan melihat orang laki-laki yang bersetubuh dengan sesama laki-laki atau orang laki- laki yang menyetubuhi perempuan di duburnya.” (Sanad kedua hadits tersebut shahih).

Penganiayaan Kewangan (harta) Banyak berlaku dalam masyarakat keadaan apabila suami mengambil dan mempergunakan harta isteri sesuka hati tanpa dapat ditegah oleh isteri kerana bimbang berlakunya pergaduhan dan penceraian. Contoh penderaan tersebut seperti: Suami menjual tanah atau rumah milik isteri untuk kegunaannya berseronok dan melakukan maksiat. Suami memaksa isteri berkerja sedangkan wang gaji hendaklah diserahkan kepadanya. Suami memaksa isteri menjual barang-barang kemas untuk tujuan peribadinya bukan untuk keluarga dan lain-lain lagi.

Keengganan Memberi Nafkah Keingkaran pihak suami dalam menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri merupakan satu bentuk penganiayaan fizikal dan mental. Isteri yang kelaparan akan mengakibatkan gangguan kesihatan dan kerungsingan pemikiran. Isteri tidak akan berupayaan mengurus rumahtangga dan menjaga anak-anak dengan baik. Kepentingan menunaikan nafkah sama ada zahir mahupun batin telah diingatkan oleh Allah s.a.w dalam firmannya yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mamberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekiny a, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya ( sekadar yang mamp) Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.(orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahwa) Allah s.w.t. akan memberikan kesenangansesudah berlakunya kesusahan” At-talaq:7)

Keengganan Memberi Nafkah Jika suami enggan memberi nafkah, maka isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga. Hal ini dibenarkan oleh syara’. Ini berdalilkan kepada riwayat berikut. Rasulullah SAW telah ditanya oleh isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah bin Rabi’ah yang datang mengadu kepada Baginda SAW, “Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah aku mengambil sebahagian hartanya untuk keperluan keluarga kami?” Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.” (riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari) “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud)

Dari Kuraib, bekas budak dari Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Maimunah binti al Harits pernah bercerita kepada Ibnu ‘Abbas bahwa dia memerdekakan budak perempuannya tanpa meminta izin kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terlebih dahulu. Pada saat hari giliran Nabi s.a.w. menginap di rumah istrinya, Maimunah barulah Maimunah berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, apakah kau tahu bahwa aku telah memerdekakan budak perempuan yang kumiliki?”. Komentar Nabi, “Benarkah kau telah melakukannya?”. “Ya”, jawab Maimunah. Sabda Nabi, “Jika kau berikan budak perempuan tersebut kepada pamanmu tentu pahalanya lebih besar” (Bukhari dan Muslim). Dalam hadits ini, Nabi tidak menyalahkan perbuatan istrinya, Maimunah yang menginfakkan harta pribadinya tanpa sepengetahuan dan seizin beliau.

Dari Asma’, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepadanya, “Berinfaklah dan jangan dihitung-hitung (sehingga engkau merasa sudah banyak berinfak dan pada akhirnya kau berhenti berinfak). Jika demikian maka Allah akan perhitungan denganmu dalam anugrahNya dan jangan kau simpan kelebihan hartanya sehingga Allah akan menyimpan (baca: menahan) anugrahNya kepadamu” (HR Bukhari dan Muslim). Dalam hadith ini Nabi s.a.w. memerintahkan Asma’ untuk banyak berinfak dan Baginda tidak memerintahkannya untuk minta izin terlebih dahulu kepada suaminya iaitu az Zubair. Andai itu sebuah keharusan tentu Nabi akan memerintahkannya.

Penganiayaan dalam Beragama Suami memaksa isteri untuk keluar dari Agama Islam,melarang isteri beribadat dan menutup aurat, melacurkan isteri, memaksa isteri minum arak dan membawa isteri menyertai ajaran sesat. Selain itu penderaan emosi juga boleh mendorong kepada penderaan agama berlaku seperti paksaan agar isteri keluar dari agama Islam atau cubaan untuk memurtadnya dengan mengamcam akan membatalkan perkahwinan.

Penganiayaan  Sosial Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangannya dan diasingkan daripada sokongan luar. Contoh penderaan seperti ini ialah seperti memutuskan perhubungan wanita tersebut dengan kawan-kawannya, saudara maranya atau menyekat mereka daripada menggunakan telefon atau kereta atau mengasingkan dari mendapatkan apa sahaja jenis sokongan yang mereka perlukan.

Penganiayaan dalam berpoligami Walaupun poligami suatu keharusan dalam Hukum Syarak, namun penganiayaan dan ketidakadilan sewaktu pengamalannya telah meletakkan titik negatif atau sikap buruk sangka di dalam pemikiran masyarakat khususnya wanita. Dalam konteks perlaksanaan amalan poligami di Nusantara, keharusan ini wujud namun penetapan syarat-syarat telahdi perketatkan dan digubal begitu baik bagi memastikan keadilan dan kebajikan kedua-dua pihak suami dan isteri.

Penganiayaan kerana ditinggalkan suami Terdapat kes dalam masyarakat yang menghadapi kemelut rumah tangga dengan cara meninggalkan rumah tangga tersebut tanpa khabar berita dlam jangka masa yang agak panjang. Ini sering dilakukan sama ada dari pihak suami atau pun isteri. Namun isnya kurang berlaku di pihak isteri, kerana kebiasaanya isteri sukar meninggalkan rumah perkahwinan mereka kerana belas kasihan terhadap anak-anak. Berbeza dari pihak suami yang lebih mudah berkelakuan beginidengan alasan keluar b erkerja dan tidak pulang-pulang. Isteriditinggalkan dalam keadaan teraniaya tanpa nafkah bahkan terpaksamenanggung anak-anak yang ditinggalkan.

Cara mengatasi Penganiyaan Fiqh Wanita

Cara-cara Mengatasi Penganiayaan Perlantikan hakam: Dalam konteks ini, "tahkim" merupakan satu medium dengan pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang sebagai hakam untuk menyelesaikan pertikaian antara suami isteri berlandaskan hukum syarak. Isteri juga boleh memohon pembubaran perkahwinan melalui ta’liq atau fasakh bergantung kepada tempoh ditinggalkan atau khul’ Ini berikutan kemudharatan (dharar syar’i) yang lebih besar apabila ditinggalkan ibarat digantung tanpa bertali.

Jenis-Jenis Talak dalam Islam Talak raj’i: talak yang boleh rujuk jikabelum habis idah Talak sunni: talak terhadap isteri ketikasedang suci yang tidak disetubuhinyadalam tempoh suci itu dengan talak satuatau talak dua. Talak bid’i: talak terhadap isteri ketika haidatau yang suci tetapi disetubuhinya atau talak tiga sekaligus. Talak bain: talak yang tidak tidak boleh rujuk. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Talak bain sughra dan bain kubra

perbezaan antara bain kubra dan bain sughra Talak bain terbahagi kepada dua jenis keadaan perceraian yang berbeza: Talak Bain Sughra: Suami tidak boleh kembali kecuali dengan akad dan mas kahwin yang baharu. Ianya apabila seorang suami yang meceraikan isterinya dengan talak satu/dua tanpa merujuknya dalam jangka masa iddah sehingga selesai iddah isterinya. Lalu beliau ingin kembali semula kepada bekas isterinya. Talak Bain Kubra: Suami yang menceraikan isteri dengan talak tiga, maka beliau tidak boleh rujuk semula kecuali sekiranya isteri sudah berkahwin dengan lelaki lain dalam satu perkahwinan yang sah, telah bersatu bersama suami barunya kemudian bercerai dengan suami barunya serta tamat iddahnya.