PERINTAH AM BAB ‘E’: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PERINTAH AM BAB E RUMAH & BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
Advertisements

PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH AM KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF 26 MAC 2014 DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM.
WAKTU BEKERJA DAN WAKTU BEKERJA LEBIH MASA 1974
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN
DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
UNIT PENYELIDIKAN DAN TUNTUTAN STAF SEKSYEN BAYARAN
Bengkel Modul Penamatan Perkhidmatan
TAKLIMAT KEWANGAN OLEH : BAHAGIAN KEWANGAN JKR PAHANG
KEMUDAHAN & ELAUN.
ASPEK-ASPEK PERKHIDMATAN
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012
Gaji, Elaun dan Faedah Persaraan
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA, elaun pemangkuan dan elaun penanggungan kerja Oleh : JANM Negeri Kedah.
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
SEKSYEN BAYARAN PENGENALAN
TATACARA SURCAJ.
ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
PENGELASAN SURATAN RASMI
TAKLIMAT KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
TAKLIMAT PENDAFTARAN STPM MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA DENGAN
PERINTAH AM BAB A, B, C, D, E, F DAN G
SYARAT & KRITERIA PELANTIKAN STAF AKADEMIK UTM.
MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD.
TATACARA SURCAJ.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP
ISU-ISU KOKURIKULUM.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012 {P.U.(A) 1}
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
TUJUAN Melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi Gred 1 hingga Gred 54 di bawah Sistem.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013
PENGURUSAN KEHILANGAN ASET ALIH KERAJAAN
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS.
PERINTAH AM BAB ‘C’ JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Peraturan Dalam Pendidikan
Penukaran Skim KWSP Ke Skim Pencen
SEKSYEN BAYARAN PENGENALAN
PERMOHONAN PEMILIHAN ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) ATAU
TAKLIMAT MENGENAI TUNTUTAN PERJALANAN
TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652)
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI AWAM.
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2012
Tatacara Pengeluaran Bayaran
ELAUN ELAUN DALAM PERKHIDMATAN [PERINTAH AM BAB ‘B’]
LEBIH MASA.
JABATAN PELAJARAN JOHOR SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
SISTEM PERAKAUNAN [TERIMAAN] INTURA, Sungai Petani, Kedah
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
TATACARA SURCAJ.
PERINTAH AM.
Sub Modul Keberadaan Guru
Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi
TUJUAN Melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi Gred 1 hingga Gred 54 di bawah Sistem.
TATACARA PROSIDING JENAYAH DAN PERINTAH TAHANAN.
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
Pengurusan Tunai dan Hutang
PRINSIP TAHAN KERJA DAN GANTUNG KERJA.
SISTEM PEMBAYARAN.
PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH.
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
Highlights PR1.1/2013.
HUKUMAN TATATERTIB.
PENGENALAN DAN PENGURUSAN KEHILANGAN WANG TUNAI KERAJAAN
RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
17 Julai pagi Auditorium Sekolah PK Pentadbiran
ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)
SISTEM TERIMAAN 5/24/2019.
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2012 NUR FADZLIANA BINTI HASAN.
Transcript presentasi:

PERINTAH AM BAB ‘E’: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PERINTAH AM BAB ‘E’: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN Latar Belakang Jenis-jenis Rumah Kerajaan Peraturan-Peraturan Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Am Yang Berkaitan

LATAR BELAKANG Bukan tanggungjawab Kerajaan untuk menyediakan perumahan melainkan bagi anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Bagi anggota yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja, berdasarkan kemampuan Kerajaan, perumahan masih disediakan bagi pegawai tertentu i.e; hospital, sekolah berasrama dan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja.

Jenis-Jenis Rumah Kerajaan? Rumah Kediaman Luar Negeri Rumah Biasa Kerajaan Kediaman Rasmi Jenis-Jenis Rumah Kerajaan? Rumah Khas Jawatan Rumah Biasa Jabatan Rumah Khas Jabatan

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Rumah Biasa Kerajaan Rumah selain daripada rumah khas Jawatan dan rumah khas Jabatan (pool quarters) Pegawai Yang Layak: semua pegawai yang sedang berkhidmat layak memohon rumah biasa kerajaan. Pegawai perlu memohon kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN Rumah Khas Jawatan Rumah yang dikhaskan kepada pegawai-pegawai atasan yang diperuntukkan rumah khas berdasarkan jawatan yang disandang oleh pegawai. Pegawai Yang Layak: Pegawai Daerah Pengetua Rujukan: Perintah Am Bab ‘E”

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Rumah Khas Jabatan (RKJ) Rumah Kerajaan yang didirikan khas oleh Jabatan untuk seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja kerana kepentingan perkhidmatan pegawai. Pegawai Yang Layak: pegawai yang dikehendaki tinggal atas panggilan (on-call) contoh: Pegawai Perubatan atau Pegawai Paramedik Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Rumah Biasa Jabatan Rumah biasa kerajaan yang dimiliki oleh sesuatu Jabatan Kerajaan (departmental pool quuarters). Pegawai Yang Layak: semua pegawai dalam agensi berkenaan layak memohon rumah biasa Jabatan. pegawai perlu memohon kepada Pegawai Perumahan agensi masing-masing .

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Rumah Kediaman Luar Negeri Rumah yang disewa atau dimiliki oleh Kerajaan untuk kediaman pegawai-pegawai yang ditempatkan berkhidmat di kedutaan-kedutaan atau Pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. Pegawai Yang Layak: Semua pegawai Kerajaan yang berkhidmat di luar negeri layak disediakan rumah kerajaan di luar negeri. Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1994

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Kediaman Rasmi Rumah yang disediakan bagi Ketua Perkhidmatan dan pegawai tinggi tertentu yang dikenalpasti oleh Kerajaan boleh disediakan kediaman lengkap dengan kelengkapan dan perabot rumah. Pegawai Yang Layak: Ketua Perkhidmatan dan pegawai tinggi yang dikenalpasti oleh Kerajaan. Rujukan: Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1997, Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Mes Kerajaan Pada biasanya Mes disediakan di dalam sesuatu daerah Polis atau Tentera. Pegawai Yang Layak: Pegawai Kanan (termasuk Inspektor Polis) dan Pegawai Rendah untuk anggota Polis atau Tentera. Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’

JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN (samb.) Asrama Kerajaan Kemudahan ini biasanya disediakan khas untuk Jururawat pelatih di hospital atau pusat latihan. Pegawai Yang Layak: Jururawat atau Pembantu Jururawat di hospital atau pusat latihan Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’

PERATURAN Kerajaan berhak memperuntuk rumah Perintah Am 5 (a) Bab ‘E’- Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini, Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk mendapat rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah.

PERATURAN Pegawai boleh diarah kosongkan rumah Perintah Am 5 (b) Bab ‘E’- Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang pegawai itu mengosongkan sesebuah rumah untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya.

PERATURAN Rumah yang diperuntukkan boleh ditarik balik Perintah Am 5 (c) Bab ‘E’- Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-mana rumah yang telah diuntukkan kepada seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang ditetapkan olehnya, yang biasanya tidak akan melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana lain yang telah memohon.

PERATURAN Sewa Rumah Rujukan: Perintah Am 6 Bab ‘E’- Seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya. Rujukan: Perintah Am Bab ‘E’, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996 dan Bil. 4 Tahun 2002

PERATURAN Pegawai mesti mematuhi peraturan Perintah Am 7 Bab ‘E’- Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

PERATURAN Dilarang meminda rumah Perintah Am 8 Bab ‘E’- Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya tempatan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya.

PERATURAN Dilarang menyewakan rumah Perintah Am 9 Bab ‘E’- Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain melainkan sebagai tempat kediaman pegawai sendiri.

PERATURAN Larangan berternak binatang Perintah Am 10 Bab ‘E’- Pegawai-pegawai juga adalah dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya.

PERATURAN Tanggungjawab membersih kawasan Perintah Am 11 Bab ‘E’- Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

PERATURAN Melaporkan kerosakan Perintah Am 12(a) Bab ‘E’- Setiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkan pegawai membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan.

PERATURAN Pegawai kena membayar kerosakan Perintah Am 12(b) Bab ‘E’- Di mana kerosakan atau kekurangan di (a) atau ke atas perabot-perabot atau alat-alat perkakas Kerajaan telah disebabkan bukan kerana penggunaan yang berpatutan maka pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau menggantikannya seperti yang ditaksirkan oleh Pengarah Keraja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrak.

PERATURAN Laporan memasuki rumah Perintah Am 13 (a) Bab ‘E’- Seseorang pegawai yang telah diperuntukkan sebuah rumah Kerajaan oleh Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dengan menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut. Pegawai akan dikehendaki untuk menandatangani satu sijil akuan masuk rumah mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabot-perabot dalam rumah tersebut.

PERATURAN Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan Perintah Am 13 (b) Bab ‘E’- Pegawai adalah dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa daripada gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan pemberitahuan pegawai perumahan itu hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara dan Juru Audit Negara.

PERATURAN Laporan Mengosongkan Rumah Perintah Am 14 (a) Bab ‘E’- Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklah melaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut.

PERATURAN Pegawai mesti menyerah kunci Perintah Am 14 (b) Bab ‘E’- Pegawai dikehendaki untuk menyerahkan kunci rumah tersebut dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah.

KADAR SEWA Perintah Am 16 - Sewa dikira dari hari masuk Perintah Am 17 - Sewa dipotong dari gaji Perintah Am 18 - Letrik, air dll. adalah tanggungan pegawai Perintah Am 19 - Sekiranya menduduki rumah kelas tinggi dari kelayakan pegawai, sewa yang dikenakan adalah mengikut kadar sewa rumah yang pegawai layak.

KADAR SEWA Perintah Am 21 - sekiranya pegawai ingkar berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian, pegawai akan dikehendaki untuk membayar sewa dua kali ganda dari sewa yang sedang ia membayar dikira dari tarikh ia diberi notis berpindah.

KADAR SEWA Perintah Am 22 - seseorang pegawai yang telah diberikan pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah Kerajaan bila rumahnya telah siap dibina boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda yang patut dibayarnya.

LAYAK ITP? SEWA? LAYAK PERBEZAAN ITP? Berdasarkan perenggan 19, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996, pegawai yang menerima kemudahan perumahan tidak akan layak Imbuhan Tetap Perumahan dan tidak dikenakan bayaran sewa.

PELBAGAI: Kadar sewa rumah Kerajaan yang terpakai adalah seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977. Penetapan kelayakan kelas rumah kerajaan mengikut lingkungan gaji adalah seperti di perenggan C1, Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 Pegawai yang telah dikenalpasti dan disediakan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk menduduki rumah tersebut dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya ingkar.

PELBAGAI: Pegawai yang bercuti sebelum bersara dibenarkan untuk menduduki rumah tersebut selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari cutinya (bukan untuk RKJ atau Rumah Khas Jawatan) Pegawai yang mendiami RKJ hendaklah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi dibenarkan tinggal selama tidak lebih 30 hari lagi, sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak.

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dicatatkan sebagai pendapatan dalam Penyata Gaji dan dikontra dengan potongan kadar sewa bagi merekodkan hasil kepada Kerajaan, walaupun sewa tidak dikenakan kepada pegawai yang menduduki rumah kerajaan. Jabatan Akauntan Negara

CONTOH 1 : ITP lebih daripada kadar sewa rumah Pendapatan Potongan Kelas Rumah - C Sewa Rumah - RM350 sebulan ITP - RM700/RM900 sebulan Slip gaji - Sewa Kuarters Putrajaya Kod - 1065 Pendapatan Potongan ITP - RM350 Bayaran Sewa Rumah - RM350

CONTOH 2: ITP kurang daripada kadar sewa rumah Pendapatan Potongan Kelas Rumah - C Sewa Rumah - RM350 sebulan ITP - RM165 sebulan Slip gaji - Sewa Kuarters Putrajaya Kod - 1065 Pendapatan Potongan ITP - RM165 Bayaran Sewa Rumah - RM165

BAYARAN PERUMAHAN KHAS Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001

BAYARAN PERUMAHAN KHAS Kadar yang pegawai layak ialah 50% daripada kadar ITP bagi pegawai yang menduduki - Rumah Khas Jawatan; Rumah Khas Jabatan; dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan Dengan syarat pegawai tidak menyewakan rumah sendiri; Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan Unit Pencegah Penyeludupan tidak layak bayaran ini.

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002

Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Menggantikan kemudahan Had Kadar Sewa Rumah yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 EPW diperkenalkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 Pegawai yang bertukar Wilayah antara Sabah (termasuk labuan), Semenanjung dan Sarawak layak EPW

Pegawai yang bertukar Wilayah ertinya: Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di abah (termasuk Labuan) atau Sarawak; atau Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan Pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan)

Takrif berasal pegawai ditentukan berasaskan asal pegawai dengan memberi perhatian kepada asal ibu dan bapa pegawai: Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah yang sama diangap berasal dari Wilayah yang sama; Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau tempat lahir ibu bapanya; Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang berbeza boleh memilih untuk menentukan Wilayah asalnya berdasarkan kepada tempat lahir ibu atau bapanya; dan Jika terdapat kes-kes selain di atas, bolehlah dikemukakan kepada JPA untuk dipertimbangkan JPA(S)63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2001

Bagaimana menentukan asal pegawai?

Pegawai Yang Bertukar Wilayah Yang Tidak Layak: Menduduki rumah kerajaan (termasuk menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri) pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan; pegawai bercuti tanpa gaji; dan pegawai berkursus melebihi 3 bulan

Tanggungjawab Pegawai - Pegawai hendaklah mengisi Borang JPA(EPW) yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 Borang tersebut dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pertimbangan

Tanggungjawab Ketua Jabatan - Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa pegawai yang bertukar Wilayah layak dibayar EPW Merekodkan takrif berasal pegawai dan penerimaan EPW dalam Buku Perkhidmatan pegawai

TERIMA KASIH