BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia arbaie@upm.edu.my, asmidar63@gmail.com 013-3641145, 03-89468662 8-Nov-18
Sistem Penilaian Tugasan Individu - 30 % Pep Pertengahan Sem - 30 % Pep Akhir Sem. - 40 % Jumlah 100 % 8-Nov-18
Pensyarah/Pengajar Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr) Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar/Prof Madya) Email : arbaie@upm.edu.my, asmidar63@gmail.com No Tel Pejabat : 03-89468662,(HP) : 013-3641145 8-Nov-18
Rujukan Kursus Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd. Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa: Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd. Arba’ie Sujud & Arbak Othman. Stilistik. Serdang:UPM Press Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT. Gramedia. 8-Nov-18
Kertas Kerja Individu Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja. Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*. Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa persetujuan pengendali kursus. Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat gambaran terhadap skop tugasan yang diberikan. Pemberatan markah adalah 25 %. 8-Nov-18
Peraturan Umum Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan). Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah. Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu ke-10 Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah. 8-Nov-18
Format Penaipan Jenis Times New Roman atau Arial Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih. Jarak taipan dua langkau. Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak termasuk bibliografi. Saiz huruf 12 Jenis Times New Roman atau Arial 8-Nov-18
Esei Ilmiah Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan tajuk tidak dibenarkan. Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan Bibliografi 8-Nov-18
Pendahuluan Pengertian dan konsep bagi tajuk yng dibincangkan. Objektif Kajian. Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk perenggan. Pendahuluan 1-3 halaman. 8-Nov-18
Isi dan Perbincangan Berkaitan dengan skop atau batasan kajian yang dinyatakan dalam pendahuluan. Gunakan bahan atau teks untuk tujuan menganalisis. 8-Nov-18
Rumusan Kesimpulan Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja Merumuskan aspek-aspek yang telah dibincangkan. Dapatan kajian yang diperoleh. Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif kertas kerja. 8-Nov-18
Bibliografi 8-Nov-18
Apa itu stilistik? Ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa bahasa sebagai wahana pengucapan.
Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai medium. Stilistik sebagai ilmu gaya yang merujuk kepada penggunaan bahasa.
Memahami Stilistik Ilmu gaya = pemakaian bahasa Bagaimana sesuatu bahasa digunakan Bagaimana sesuatu bahasa dapat berfungsi secara maksimum Sebagai alat komunikasi Sebagai medium yang memberikan kesan emosi Sebagai rangsangan yang memberikan tindak balas Sebagai saluran untuk melahirkan/meluahkan 8-Nov-18
Ruang Lingkup Stilistik Melepasi aturan sistem bahasa Merangkumi seni bahasa Sesuatu yang di luar daripada aturan sistem bahasa masih boleh diwajarkan melalui bidang stilistik. Stilistik juga tidak menekankan aspek seni bahasa tetapi berada pada lapisan tersendiri yang sewajarnya difahami secara ilmiah. 8-Nov-18
Fikir-Fikirkan Semanis apa pun masa lalu, tetap sudah berlalu.Sepahit apa pun masa lalu, masih tetap ada masa depan yang manis.Hadapi hidup ini dengan tabah. 8-Nov-18
Stilistik sebagai Disiplin Ilmu Prof Madya Dr Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Perihal Stilistik Stilistik diambil dari kata dalam bahasa Inggeris iaitu style atau gaya Cabang ilmu linguistik yang berfokus kepada analisis gaya bahasa. Kajian stilistika lebih menjurus kepada kajian bahasa tulis termasuk karya sastra. Stilistika turut meneliti perbedaan penggunaan kata-kata yang lazim digunkan oleh seseorang berbangding dengan orang lain walaupun rangsangan atau maklumat yang dipaparkan sama. Mengapa dan kenapa hal ini boleh berlaku?
Stilistik dirujuk sebagai ‘pemakaian atau penggayaan’ bahasa oleh seseorang seseorang untuk tujuan tertentu yang dapat memberikan kesan tertentu. Stilistik atau stylistics adalah ilmu “ilmu gabung” yang menerapkan disiplin linguistik yang digunakan untuk mengkaji dan meneliti karya-karya sastera (Umar Junus, 1989:xvii). Kesan penerapan daripada disiplin linguistik ini tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Mengapa dan bagaimana?
Pemakaian & Penggayaan bahasa Kenapa penanda bahasa demikian digunakan/ Apa tujuan penggunaannya? Apakah kesan yang terhasil daripada penggunaan yang sedemikian?
Kata kunci Pemakaian dan penggayaan; menggunakan sesuatu dengan cara atau kaedah tertentu berdasarkan kebebasan yang diberikan tetapi masih dalam lingkungan diizinkan. Tujuan tertentu ; Bahasa yang digunakan mempunyai tujuan tertentu penggunaannya. Satu rumus bahasa boleh terhasil untuk dua tujuan yang berlainan. Tujuan memberikan maklumat; maklumat sedia ada dan baharu. Tujuan penghayatan / apresiasi Tujuan komunikasi dua hala. Kesan; kesan kognitif dan kesan emotif.
Memahami stilistik Gaya 1 : (Saya sangat lapar) (Rumus bahasa S+P) Berasa hendak makan kerana perut kosong) 1. Saya sangat lapar 2 Sangat lapar saya 3. Lapar sangat saya 4. Saya lapar sangat
Gaya 2 : Hatinya resah tidak karuan. Tumpuannya juga terbatas. Sesekali kedengaran jeritan suara kepedihan yang tahu dari mana datangnya. Dia cukup tahu tanda-tanda seperti itu. Segera dia teringat bungkusan kemas dengan daun pisang yang terletak di atas meja yang tak sempat dijamahnya tadi. Terbayang-bayang dan bermain-main di ruang minda yang membangkitkan selera.
Pengaruh Bahasa Bayangkan jika manusia tidak memiliki bahasa, bagaimana mereka berinteraksi? Apakah sebabnya kita boleh menerima seseorang yang telah menghancurkan hati dan perasaan dengan hanya satu perkataan iaitu MAAF. Mengapa? Bagaimanakah kita berinteraksi dengan otak untuk menggunakan bahasa yang bagaimana untuk menyatakan sesuatu? 8-Nov-18
Arnab dan Kura-kura
Fikir bersama Ambil teladan- Cerita “Kura-kura berlumba Lari dengan Arnab” Nyanyian “Bangau oh Bangau”
PERBEZAAN TANGGAPAN
Stilistik - Pengenalan Tumpuan Bidang – Bahasa atau Sastera? Apa itu Bahasa? Apa kata sarjana? Apa itu SASTERA? Apa yang dapat anda fahami? 8-Nov-18
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka” “Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”
Kalau kita tidak ada apa-apa, kita dak dapat beri apa-apa. Berkata ilmu akulah sultan,berkata nafsu, akulah syaitan. 8-Nov-18
Pengenalan Stilistik
Stalistik dari Sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.
Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.
Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis
Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
Sekian, terima kasih
Hubungan Bahasa dan Sastera Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik) Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan moden Prosa dan Puisi Aliran dan Pemikiran 8-Nov-18
Kedudukan Bahasa dalam Sastera Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’. 45
Penulis & Bahasa? Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)
Bahasa teks Sastera Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka. Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian. Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka” “Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”
Analisis Bahasa Suasana tegang/ situasi berkonflik. Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis) Ayat yang digunakan pendek. Ayat tunggal (satu S+P) 1. “Bagi abang / peluang” 2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”
Kenapa? Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”
Morfologi Perulangan kata Tak sangka Peluang Tak ada pilihan Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.
Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera Pendekatan Stilistik Pendekatan Analisis Wacana Teori Semiotik 8-Nov-18
Bahasa dan Batas Makna Manusia menggunakan bahasa untuk : menyatakan maksud, menjelaskan sesuatu, mewujudkan kemesraan, mendapatkan kepastian dan membuat keputusan. 8-Nov-18
Penentuan Makna Tidak semua perkara sama diterima. Faktor perbezaan makna lambang bahasa. Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’. Memahami maksud yang diterima melalui isyarat bahasa. 8-Nov-18
Faktor Pemahaman Antaranya dipengaruhi oleh : intonasi, aliran fikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan, hubungan. 8-Nov-18
Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 8-Nov-18
Bahasa Sastera Kuliah 3 dan4 11/8/2018
Konsep Laras Bahasa LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsinya. Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB yang berbeza mengikut keperluannya. Semakin banyak LB yang digunakan, semakin berkesan komunikasi seseorang itu. LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin. 11/8/2018
Laras Bahasa Sastera Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan. Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. 11/8/2018
Ciri LB Sastera Bersifat Imaginatif dan Figuratif Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi. Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya. Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran. 11/8/2018
Menggunakan Bahasa Hiasan Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut. Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan. Tujuan lain penggunaan : Sebagai hiasan karya Penyeri jalan terhadap isi cerita. Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering, hambar atau menjemukan. Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya. 11/8/2018
Perlukisan Gambaran yang Jelas Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas. Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut: Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim. 11/8/2018
Penggunaan Bahasa Baku Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya. Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian. Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat. Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni: Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. 11/8/2018
Bernada Puitis Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa yang puitis dan indah. Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan. Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda. 11/8/2018
11/8/2018
Pemilihan Diksi Berkesan Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan. Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca. 11/8/2018
Bersifat Komunikatif LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan penulis dengan pembaca. Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembaca. Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif membentuk hubungan langsung antara penulis dengan pembaca. Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak pembaca. 11/8/2018
Bersifat Ambiguiti (ketaksaan) Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan. Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas. Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang. Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi. 11/8/2018
Bersifat Stilistik Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca supaya terus mengikut serta menghayati cerita yang disampaikan. Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya. Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya. Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu, penekanan utama akan dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan. Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan kepada cita rasa telinga. 11/8/2018
Bersifat Simbolik Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan kepada sesuatu benda. Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis manakala kumbang pula lambang bagi lelaki. Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan secara lebih serius bagi menunjukkan maksud 11/8/2018
Unsur-Unsur Bahasa LS Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif. Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain. Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :- 11/8/2018
Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut : Unsur Personifikasi Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad. menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah, Angin yang meraung …. Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan …. Kasih yang bersayap …. 11/8/2018
Unsur Hiperbola Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal. Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah. Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:- Pijak semutpun tidak mati …. Hajat hati hendak memeluk gunung …. 11/8/2018
Unsur Simile Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya sastera. Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang hampir sama. Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud pengarang. Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah, Pipinya laksana pauh dilayang …. Betisnya bagai bunting padi …. Giginya seperti mutiara …. 11/8/2018
Unsur Metafora Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya. Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh: Perempuan itu burung murai, kuat berleter …. Perasaannya api yang menyala …. Kata adalah pedang tajam 11/8/2018
Unsur Analogi Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan. Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara. Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu, Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia. 11/8/2018
Unsur-unsur Sindiran Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya. Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu. Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus. Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:- 11/8/2018
Unsur Ironi Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai makna yang tajam. Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya. Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth: Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai. 11/8/2018
Unsur Sarkastik Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut. Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang. Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh: Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi…. Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini…. Nyah kamu dari rumah aku…. 11/8/2018
Unsur Sinisme Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi. Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi. Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya: Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya …. Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya….. 11/8/2018
Unsur-unsur Penegasan Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang beberapa kali. Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata, ayat atau seumpamanya. Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah seperti berikut;- 11/8/2018
Unsur Repetisi Unsur repetisi atau pengulangan bunyi. Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan. Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh: Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga berjaya…. Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ….. 11/8/2018
Unsur Klimaks Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan. Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa. Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks, ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis ….. 11/8/2018
Unsur Antiklimaks Unsur antiklimaks VS konsep klimaks. Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada yang kurang utama atau kurang penting. Cth: Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah. 11/8/2018
Unsur-unsur Pertentangan Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut. Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan. Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu: 11/8/2018
Unsur Paradoks Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata dalam ayat. Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada. Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth: Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala Lumpur… Aku kesepian di tengah keramaian…. 11/8/2018
Unsur Antitesis Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth: Kecantikannya yang mencelakakannya…. Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi bahasanya yang baik…, Dia bergembira atas kesedihan orang lain…. 11/8/2018
Unsur Kontradiksi Unsur yang bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan sebelumnya. Pernyataan yang dinyatakan pada permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth: Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin… 11/8/2018
Sekian, terima kasih 11/8/2018
Pep. Pertengahan Sem Pemberatan – 30 % Skop – Nota Bersemuka Pertama Nota-nota Kuliah 1- kuliah 5 Format -Objektif dan Subjektif (Struktur) Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %) Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %) 8-Nov-18
Contoh Format Subjektif 1. Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif imaginatif. I. II.______________________________________________________III______________________________________________________ (3 markah) 2. Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya kreatif imaginatif? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.( 2 markah) 8-Nov-18
XXI . Ciri-ciri berikut berkaitan dengan laras bahasa sastera, KECUALI : A. Bernada patriotik C. Diksi terpilih B. Menggunakan bahasa kiasan D. Bersifat imaginatif dan figuratif 8-Nov-18
Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 8-Nov-18
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
Makna Denotatif Makna kognatif, makna konseptual. Berkaitan pengetahuan dan bahasa ilmiah. – pembuktian yang konkrit. Fakta yang khusus. Tidak memerlukan interpretasi tambahan
Fikirkan bersama Rumah itu luasnya 250 meter persegi (denotatif) Rumah itu luas sekali (konotatif) Ada seribu orang menghadiri majlis itu (denotatif) Banyak sekali orang yang menghadiri pertemuan itu. (konotatif)
Setiap kata memiliki denotasi iaitu ketepatan makna. Bagaimana kata dipilih. Sesuai? Berkaitan? Memilih kata denotasi lebih mudah. Jika kesalahan berlaku mungkin disebabkan kekeliruan dengan kata yang mirip bentuknya.- gajih – gaji, bahwa – bawa, darah – dara
Makna Konotatif Makna emotif atau makna ebaluatif. Makna yang mengandungi nilai-nilai emosional. Makna konotatif berlaku kerana pembicara ingin menimbulkan perasaan setuju - tidak setuju, senang – tidak senang kepada pihak pendengar.
Pilihan kata atau diksi lebih berkaitan dengan makna konotatif. Kata ‘Kurus kering’ bagi menggantikan ‘ramping’ jelas maknanya. Sinonim yang mempunyai makna konotatif – mati, meninggal, wafat, gugur, mangkat, berpulang memiliki denotasi yang sama iaitu ‘jiwa seseorang telah meninggalkan badannya’.
Teliti bersama ‘Meninggal’, ‘wafat’, ‘berpulang’ – mempunyai konotasi tertentu – ada nilai kesopanan / lebih sopan. ‘Mangkat’ – konotasi nilai ‘kebesaran’ ‘Gugur’ – mengandungi nilai keagungan dan keluhuran.
Bahasa dan Penentuan Makna Konotasi Bahasa digunakan berdasarkan fungsinya sama ada pertanyaan, pernyataan atau perintah. Kalimat tanya ada hubungan dengan informasi iaitu sosial dan interpersonal yang memasukkan nilai emotif atau konotatif. Boleh saya tahu nama saudara?
Kata-kata yang berfungsi mengiringi kegiatan juga bervariasi Bahasa yang digunakan berkaitan dengan fungsi untuk meyakinkan, membujuk, mengingatkan, menyindir orang lain. Kata-kata yang berfungsi mengiringi kegiatan juga bervariasi Saya berjanji akan datang esok. Pasti saya akan ke sini.
Pemilihan kata dengan penilaian makna. Kata yang digunakan mempengaruhi sikap orang yang mendengar atau terlibat. Gagah-berani,, berani, mulia – nilai yang baik jika dihubungkan dengan tanggapan. Penakut, pengecut pengkhianat mengandungi konotasi yang kurang menyenangkan. Nilai emotif mempengaruhi situasi perbualan atau pembicaraan.
Dua contoh yang diberi mempunyai perbezaan penerimaan atau status. Bahasa dikaitkan dengan tanggapan sosial masyarakat iaitu nilai kesopanan. Kata mengandung, hamil bunting, berbadan dua mempunyai makna emotif tertentu dalam konteks masyarakat. Diam!, Tutup mulut! vs Minta tenang sedikit, Perhatian! Dua contoh yang diberi mempunyai perbezaan penerimaan atau status.
Peranan intonasi dapat mengubah makna. Perbezaan-perbezaan makna – Apa yang dikatakan berlainan sekali dengan apa yang dimaksudkan. Peranan intonasi dapat mengubah makna. Anda memang sangat pintar! Andalah gadis yang paling cantik di antero dunia.
HUBUNGAN BAHASA DENGAN MASYARAKAT
Pengaruh bahasa terhadap kehidupan masyarakat. Bagaimana Bahasa mencerminkan jati diri Teks sastera vs laporan Pengaruh Bahasa terhadap pembentukan jati diri Bagaimana pengarang membawa dalam karya Bagaimana pengungkapan seorang wartawan melaporkan dalam akhbar/berita.
Pengaruh bahasa dalam dunia kerjaya Bagaimana seorang watak berkomunikasi dengan orang lain melalui satu peristiwa dalam sebuah karya sastera. Bagaimana dialog dalam suatu temu duga Pengaruh Bahasa dalam pembinaan nilai Kenal pasti nilai yang diungkapkan dalam teks sastera. Bagaimana ungkapan nilai diwujudkan dalam situasi rasmi.
Ciri-Ciri Bahasa Sastera Emotif / Ekspresif Menimbulkan kesan emosi yang pelbagai Mengandung kepelbagaian makna Kesesuaian mengikut konteks & situasi
Gambaran masyarakat Berbudi & Membalas budi Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik di kenang juga.
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjung; Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
Penelitian Bahasa Pemilihan kata / diksi Kesepadanan pola rima (abab) Makna khusus k konsep budi bahasa
Unsur Nasihat “Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga” “Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah dia” “Ikut hati mati, Ikut nafsu lesu Ikut rasa binasa”.
Kesatuan/Keakraban “Yang capik datang bertongkat, Yang buta meraba Yang pekak leka bertanya Yang jarak tolak tolakan, Yang kurap mengekor angin”.
Pertanggungjawapan “Yang capik penghalau ayam, Yang buta penghembus lesung, Yang pekak pembakar meriam, Yang kurap pemikul buluh, Yang pekung di penjemuran”.
Kritik / Ejekan “Puas sudah ku tanam ubi, Nanas datang dari seberang Puas sudah ku tanam budi Emas juga dipandang orang”.
“Apa guna kepok di ladang, kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati”.
“Sepandai-pandai tupai melompat, ada kalanya jatuh ke tanah jua”. “Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke pantai jua”
Sekian, terima kasih
Pep. Pertengahan Sem Pemberatan – 30 % Skop – Nota Bersemuka Pertama Nota-nota Kuliah Format -Objektif dan Subjektif (Struktur) Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %) Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %) 8-Nov-18
Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 8-Nov-18