DISEDIAKAN OLEH : MOHD RIZAL BIN MOHTAR
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.
Bukan Lokomotor ( kestabilan ) Membengkok Meregang Mengilas Memusing Menghayun Berbuai – buai Rebah Bangkit Menolak Menarik Mendekam Pergerakan Asas Bukan Lokomotor ( kestabilan ) PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR a) MENGHAYUN Menghayunkan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang b) MEMBENGKOK Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan – lahan menegakkan badan. PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR c) MEMUSING Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR d) MENDEKAM Dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat Dekam dengan tangan menyentuh lantai PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR e) MENYOKONG Sokongan kaki Sokongan sisi Sokongan dua lutut Sokongan pada lantai Sokongan pada bangku Sokongan satu lutut Sokongan dua tangan satu kaki Sokongan belakang Sokongan satu tangan satu kaki Sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Perlaku berubah mengikut pergerakan. Kemampuan dan keupayaan kanak-kanak dalam memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemumpukan kemahiran-kemahiran / teknik tertentu. Antara kemahiran / tekniknya seperti Berjalan, Berlari, Melonjak,Melompat (hop), Melongsor, Galop ( berlari seperti kuda) & Skip.
Kedudukan imbangan yang betul semasa BERJALAN Berjalan ialah kemahiran yang paling asas, di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain,selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.
BERJALAN Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedu-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan melenggang bebas berselang seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.
KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN Berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar. Berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. BERJALAN : KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan. Melenggang berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan. PERGERAKAN LOKOMOTOR
BERJALAN PERGERAKAN LOKOMOTOR
BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP) Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari. Cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memcecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. PERGERAKAN LOKOMOTOR
KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP) : KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN Gagal memperoleh lanjuran permulaan yang dapat menggerakkan badan ke udara dengan baik. Gagal mengangkat badan di udara. Gagal melunjurkan kaki. Gagal menggunakan lengan. Kedua-dua belah kaki mencecah tanah yang seharusnya cuma sebelah. PERGERAKAN LOKOMOTOR
BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP) PERGERAKAN LOKOMOTOR
CADANGAN UNTUK PENELITIAN BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP) : CADANGAN UNTUK PENELITIAN Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memadai perlu dikuasai: PERGERAKAN LOKOMOTOR
LOMPATAN Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan LOMPAT JARAK LOMPAT KETINGGIAN LOMPAT KANGGARU
KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN LOMPATAN : KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN PERGERAKAN LOKOMOTOR
LOMPATAN PERGERAKAN LOKOMOTOR
SKIP Skip adalah gabungan berjalan dan melompat ketinggian. Melangkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah. Tangan hendaklah dilenggangkan mengikut arah yang bertentangan dengan kaki yang melangkah, bagi mengawal imbangan. PERGERAKAN LOKOMOTOR
KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN SKIP : KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN PERGERAKAN LOKOMOTOR
SKIP PERGERAKAN LOKOMOTOR
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid-murid sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan.
Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti berikut :
MEMBALING MELAMBUNG MENAMPAR MENGGOLEK