KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BERBICARA Berbicara adalah proses perubahan wujud pikiran atau perasaan menjadi wujud ujaran atau bunyi bahasa yang bermakna yang disampaikan kepada.
Advertisements

SENI DAN GAYA BERBICARA
BERBICARA Berbicara adalah proses perubahan wujud pikiran atau perasaan menjadi wujud ujaran atau bunyi bahasa yang bermakna yang disampaikan kepada orang.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENYAJIAN LISAN Penyajian lisan atau kemampuan berbicara adalah kemampuan mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau mengucapkan kata-kata untuk mengekspresikan,
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
MODUL 4 – PENDEKATAN PENULISAN SKRIP RANCANGAN TUTURAN
PENGUCAPAN UMUM.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada
Selamat berpartisipasi
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
FACE TO FACE TWO.
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
TERAS BAHASA MELAYU Pengucapan Awam.
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
KOMUNIKASI.
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Komunikasi Lisan.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM KUMPULAN KECIL
KOMUNIKASI DALAM SUKAN
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
Dr. nor azura binti adzharuddin
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
Jenis-jenis Wacana Lisan
BAHASA MELAYU TINGGI(BBM3401) PEMBAKUAN BAHASA
Interaksi Dalam Bilik Darjah
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
PENGUCAPAN AWAM MOHD ZUKI BIN ABDUL RAHMAN
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan (Bab 1)
Penyajian Lisan Berbicara adalah kemampuan mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan, menyatakan serta menyampaikan fikiran,
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PEMIKIRAN KRITIS.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Transcript presentasi:

KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401) Dr. Hasnah binti Mohamad 03-89468741 hasnah_m@upm.edu.my

Penyajian Lisan

Penyajian Lisan – adanya aktiviti bercakap-cakap Berbicara/bercakap adalah kemampuan mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengungkapkan, menyatakan serta menyampaikan fikiran, gagasan, dan perasaan (Henry Guntur Tarigan, 1986: 15). Berbicara/bercakap juga merupakan satu subsistem tanda-tanda yang dapat didengar (audible) dan yang kelihatan (visible). Dengan kata lain, berbicara adalah proses pengucapan bunyi-bunyi atau kata-kata.

Tujuan utama berbicara/bercakap adalah untuk berkomunikasi. Untuk memastikan sesuatu yang ingin disampaikan itu dapat dilakukan secara efektif, seseorang penutur atau pembicara mestilah: Memahami makna sesuatu yang ingin disampaikan. Mampu menilai kesan yang disampaikan kepada pendengarnya. Mengetahui prinsip yang menjadi latar belakang sesuatu situasi pembicaraan, baik secara umum mahupun secara perseorangan. Tiga tujuan: Melapor atau memberitahu Menghibur Membujuk, mengajak atau meyakinkan

Prinsip-prinsip Umum Penyajian Lisan Memerlukan peserta yang terlibat ; paling sedikit dua orang, iaitu pembicara dan pendengar. Menggunakan wahana linguistik yang dapat difahami bersama. Menerima atau mengalami rujukan yang sama. Melibatkan pertukaran peranan antara pihak yang terlibat , misalnya pihak yang berbicara dengan pihak yang mendengar. Mewujudkan hubungan timbal-balik antara pembicara dengan pendengar. Memerlukan bantuan alat untuk memungkinkan penyajian lisan dapat dilakukan dengan berkesan (alat pandang-dengar).

Jenis Seni Berbicara Di khalayak ramai (public speaking): a. dalam situasi yang bersifat memberitahukan atau melaporkan; bersifat informatif (bermaklumat). b. dalam situasi yang bersifat kekeluargaan. c. berbicara dalam situasi yang bersifat membujuk, mengajak atau meyakinkan. d. berbicara dalam situasi yang bersifat rundingan dengan tenang dan berhati-hati.

3. Melalui Media Elektronik seperti e-mel dan telefon 2. Dalam Persidangan a. Diskusi Kelompok/kumpulan b. Persidangan Parlimen c. Debat atau Perbahasan 3. Melalui Media Elektronik seperti e-mel dan telefon

Jenis-jenis Wacana Lisan

Jenis-jenis Wacana Lisan Perbahasan Perbincangan Perundingan Ceramah Ucapan Taklimat

Perbahasan Kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan perbincangan yang ditimbulkan dengan wujudnya konflik antara orang yang mengambil bahagian (Asmah Haji Omar, 1996). Perbahasan meliputi perbincangan biasa, perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal, perundingan, seminar, persidangan, muzakarah, perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah. Perbincangan Kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha untuk mempertahankan, menyokong atau menentang sesuatu hujah yang dikemukakan.

Ciri-ciri dalam Perbahasan 1. Penggunaan ayat: ayat yang jelas. 2. Pemilihan perkataan: tepat dengan maksud yang ingin disampaikan. 3. Penyebutan: sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak yang lazim digunakan semasa orang bercakap atau berbincang. 4. Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan kesopanan dan kesantunan berbahasa semasa menyampaikan hujah. Kehalusan bahasa tidak sahaja terletak pada penggunaan ayat yang teratur tetapi terletak pada pemilihan kata atau ungkapan yang tidak menyinggung perasaan.

Penyampaian hujah: proses pembentukan dan pengeluaran buah fikiran - sebahagian besarnya bergantung kepada penguasaan bahasa. Gerak laku: peraturan paralinguistik yang sesuai dalam konteks budaya sesuatu masyarakat bahasa. Maklumat bersama, maklumat inti dan maklumat tambahan: merupakan jenis maklumat yang disampaikan atau diperoleh melalui perbahasan.

Jenis-jenis Perbahasan Seminar berbeza dengan perbahasan dari segi saiznya tetapi mempunyai persamaan dari segi struktur dan giliran bercakap. Seminar dan perbahasan berbeza dengan forum dari segi struktur dan dari segi keputusan. Simposium pula digunakan sebagai sinonim dengan seminar. Muzakarah mempunyai pengertian yang sama dengan seminar atau persidangan, tetapi hanya untuk membincangkan bidang keagamaan. Wacana mempunyai pengertian yang sama dengan seminar. Kolokium sama dengan forum dari segi struktur dan saiznya. Sidang pula ada kalanya merujuk kepada sesi perbincangan atau sama dengan makna persidangan.

Perundingan Antara teknik yang digunakan dalam perundingan ialah: Penggunaan ciri-ciri pragmatik. Penggunaan cerita Penggunaan bunga bahasa Pemilihan kod Penggunaan unsur humor atau jenaka

Ceramah, Ucapan dan Taklimat Kategori perucapan, umumnya dalam aspek perutusan (Maimunah Haji Omar, 1993). Perutusan boleh didefinisikan sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia. Bahasa yang digunakan dalam perucapan mestilah: 1. Jelas: a. Tepat dan konkrit b. Penggunaan bahasa yang bersifat teknikal secara berhati-hati. c. Berhati-hati menggunakan kata yang mempunyai makna konotatif. d. Membuat huraian untuk mengelakkan kekeliruan.

Menarik: a. mempelbagaikan corak percakapan atau mewujudkan variasi dalam penggunaan bahasa. b. menggunakan bahasa yang aktif, retorik, berbunga, dan imaginatif. Sesuai dengan audiens (pendengar atau khalayak); perlu mentafsir tahap kebijaksanaan audiens, dan menggunakan pelbagai laras bahasa semasa penyampaian. Berkaitan dengan sesuatu keadaan: mengenal pasti keadaan yang sesuai serta bersifat luwes(fleksibel).

Gaya Bahasa dalam Perucapan Tertib atau tatacara perucap menonjolkan diri. Antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan ialah: Tersendiri Hubungan gaya dengan apa-apa yang diperkatakan Menggunakan ayat aktif Menggunakan bahasa secara ekonomis

Ceramah Format Penyediaan Ceramah: 1. Protokol 2. Kandungan ceramah Cara mengemukakan fikiran atau idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah, terdapat penerangan daripada penceramah, dan diselang-selikan dengan soalan daripada penonton. Format Penyediaan Ceramah: 1. Protokol 2. Kandungan ceramah 3. Penutup

Antara perkara penting yang perlu diberikan pertimbangan dalam penyampaian ceramah ialah: Memberikan hujah yang ada kaitan dengan penonton untuk menyokong idea penceramah. Memastikan hujah-hujah penceramah mengandungi komponen logik dan emosi. Memilih strategi yang baik untuk mendapatkan sokongan. Memastikan semua hujah mempunyai bahan sokongan. Objektif penceramah adalah untuk mempengaruhi penonton, bukannya memaksa mereka. Selain menggunakan bukti dan hujah, emosi penonton juga perlu dirayu atau dipujuk. Mengelakkan penggunaan kaedah propaganda, misalnya menakut-nakutkan penonton. Menggunakan setiap kebolehan, termasuk mimik muka, nada suara, dan gerakan badan. Memberikan perhatian kepada keperluan manusia dan kedudukan budaya.

Ucapan Apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan ialah penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala. Format Ucapan 1. Kata alu-aluan atau sapaan 2. Kandungan 3. Penutup 4. Aspek kebahasaan

Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam menyampaikan ucapan ialah: meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan. ucapan pengenalan mestilah ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok. dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual. dalam ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh. dalam ucapan makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor. memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai.

Taklimat Keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak.

Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi: Tajuk Salam, kata sapaan biasa atau sapaan protokol Kata alu-aluan Pengenalan diri, organisasi, jawatan Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi: Salam, sapaan protokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan penyampaian taklimat Kandungan

BAHASA JIWA BANGSA SEKIAN, TERIMA KASIH