TERAS BAHASA MELAYU Pengucapan Awam.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
PENGUCAPAN UMUM.
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada
Ini Pilihan Kami.
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
PENULISAN MINIT MESYUARAT
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENGURUSAN PELANGGAN.
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENGUCAPAN AWAM.
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
KOMUNIKASI.
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGAJARAN MIKRO.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Komunikasi Lisan.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Memahami tingkah laku manusia
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
Asas Psikologi & Kaunseling
UNIT 5 MENGATUR BAHAN UCAPAN
Dr. nor azura binti adzharuddin
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
Interaksi Dalam Bilik Darjah
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
UNIT 7 UCAPAN PERSUASIF F2F KEDUA.
Penulisan Karangan.
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
UNIT 6 PENYAMPAIAN UCAPAN.
PENGUCAPAN AWAM MOHD ZUKI BIN ABDUL RAHMAN
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
Memahami tingkah laku manusia
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
Transcript presentasi:

TERAS BAHASA MELAYU Pengucapan Awam

PIDATO

DEFINISI PIDATO Seni pengucapan yang menggunakan bahasa yang indah dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengar untuk terus mendengar apa yang diperkatakan. Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan bukan satu keistimewaan semula jadi atau diwarisi secara turun temurun. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif terhadap pendengar pidato tersebut.

FORMAT PIDATO 1) Pembuka kata 2) Pendahuluan 3) Isi Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato berkenaan. 2) Pendahuluan Menarik minat dan membina keyakinan pendengar. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato perlu diberikan dalam bahagian ini. 3) Isi Isi pidato merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

4) Penutup Isi 5) Penutup Pidato Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato. 5) Penutup Pidato Pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato tadi akan memanfaatkan para hadirin.

CIRI-CIRI PIDATO 1) Kelancaran Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato. Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap merujuk kepada nota. ‘pause’- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti ‘eh’,’em’, atau ‘ya’. Menyampaikan pidatomengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

2) Nada dan Intonasi Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya, Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

3) Kecekapan Berbahasa Pidato yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut : Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

4) Gaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta. Jangan kaku dan beraksi berlebihan Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

JENIS-JENIS PIDATO Pidato Pembukaan Pidato Pengarahan Pidato Sambutan Pidato singkat yang dibawakan oleh pembaca acara atau MC. Pidato Pengarahan Pidato untuk mengarahkan pada suatu pertemuan. Pidato Sambutan Pidato yang disampaikan pada suatu acara kegiatan atau peristiwa tertentu yang dapat dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu yang terbatas secara bergantian

Pidato Pertanggungjawapan Pidato Perasmian Pidato yang dilakukan oleh orang yang berpengaruh untuk merasmikan sesuatu. Pidato Laporan Pidato yang isinya adalah melaporkan sesuatu tugas atau kegiatan. Pidato Pertanggungjawapan Pidato yang berisi suatu laporan.

CERAMAH

DEFINISI CERAMAH Ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu dalam majlis yang formal. Ceramah dibahagikan kepada dua :- Bahagian pertama dimana penceramah akan membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para audien mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Ceramah mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman manakala audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk.

FORMAT CERAMAH 1) Bahagian Awal Menyatakan penghargaan kepada pengerusi majlis. Menyatakan penghargaan kepada orang berkedudukan tinggi dalam majlis. Menyatakan penghargaan kepada orang ramai yang hadir. Mengucapkan terima kasih kerana sudi diberi kesempatan atau kepercayaan untuk menyampaikan ceramah. Membuat penegasan yang kontroversi pada permulaan ceramah. Memulakan ceramah dengan memetik ucapan-ucapan atau kata-kata orang ternama. Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada yang hadir. Menyatakan isi ceramah yang diberi

2) Bahagian Isi Amat penting kerana isi akan menentukan nilai ceramah. Isi adalah butir-butir sokongan kapada isi utama yang telah dikemukakan pada bahagian awal ceramah. Mesti ada lima atau enam isi. Isi mesti diikuti dengan huraian dan pembuktian sama ada dengan mengemukakan contoh atau kes.

3) Bahagian Penutup Mengulas perkara-perkara utama dalam ceramah iaitu dengan menekankan idea-idea pokok tanpa membuat perincian. Memberi penekanan kepada hujah-hujah yang penting. Menyuarakan gagasan untuk bertindak. Mengukuhkan hujah yang lemah. Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar para pendengar dapat bertindak balas. Menutup ceramah dengan ungkapan ‘demikian tadi…’, ‘daripada penjelasan tadi…..’, ‘begitulah serba sedikit tentang ….’, dan sebagainya. Mengucapkan terima kasih dan memohon maaf serta menyatakan harapan kepada pendengar.

CIRI-CIRI CERAMAH Dalam melahirkan pendapat, penceramah 1) Cara Melahirkan Pendapat Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut: Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah. Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan. Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat. Mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami. Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret. Menunjukkan keyakinan diri.

2) Cara Mempengaruhi Audien Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti yang berikut : Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan profesion audien. Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dikalangan audien. Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik. Menyelitkan unsur humor. Memastikan suara anda didengar oleh semua audien. Menjagka had/batas tumpuan audien.

3) Nada dan Intonasi Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian adalah seperti berikut : Meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian. Menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak merayu. Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan. Pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah anda. Menggunakan bahasa baku. Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun.

JENIS-JENIS CERAMAH 1. Ceramah untuk kempen – iaitu menyampaikan maklumat untuk kempen bertujuan mendapat sokongan dari orang ramai bagi sesuatu tujuan. Contoh (i) Ceramah menjaga kesihatan (ii) Menderma darah (iii) Kempen politik (iv) Semangat kejiranan

2. Ceramah untuk menyampaikan maklumat – bertujuan untuk menyampaikan penerangan dan pemahaman kepada orang ramai mengenai sesuatu idea, konsep atau perkara-perkara yang memerlukan kesedaran mereka dan dapat memberikan manfaat. Contoh: (i) Ceramah agama (ii) Ceramah kesedaran. (iii) Ceramah meningkatkan produktiviti (iv) Ceramah tanggungjawab keibubapaan

UCAPAN

DEFINISI UCAPAN Ucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang hendak disampaikan telah dilakukan. Ucapan lebih kepada situasi mengalu-alukan, meraikan, merasmikan majlis, pembukaan atau penutupan dan sebagainya. Menurut Mua’ti Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum menggunakan anggota verbal dan bukan verbal.

Menurut Rahimah Yeop, (2001) pengucapan ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seseorang pengucap dan sekumpulan pendengar dengan tujuan untuk memindahkan dan menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Menurut Maimunah Haji Omar, (1993) ucapan merupakan sebahagian daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan.

Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa yang diucapkan atau cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu kata. Lazimnya ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi. Ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala.

FORMAT UCAPAN Permulaan ucapan Ucapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi. Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut status pangkat tetamu yang disebut seperti nama, gelaran, pangkat atau jawatan daripada yang tertiggi kepada yang terendah.

2) Bahagian isi 3) Penutup ucapan Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik. Teks ucapan juga harus disertai dengan penerangan, penjelasan, pujian, atau sanjungan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan daalm teks harus mudah, tepat, tegas dan berkesan. 3) Penutup ucapan Ucapan terima kasih Meminta maaf atas sekiranya tersilap kata

CIRI-CIRI UCAPAN Bahasa mudah difahami 2) Isi ucapan yang sesuai Bahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan menyakinkan. 2) Isi ucapan yang sesuai Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan. 3) Ucapan harus tersusun Ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan tertentu dalam ucapan. 4) Suara yang jelas Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas, lantang supaya mudah didengar oleh pihak penonton atau pendengar.

7) Gerak- geri yang berkesan 5) Cara penyampaian Penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan yang kurang. 6) Keyakinan diri Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga pengetahuan yang sedia ada. 7) Gerak- geri yang berkesan Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan, kepala mimik muka, senyuman, mata serta badan perlu sesuai. Membolehkan penonton berasa lebih selesa mendengar ucapan yang disampaikan. Gerak geri dapat membantu menguatkan lagi butiran yang hendak ditegaskan.

JENIS-JENIS UCAPAN Ucapan Spontan (Impromptu) Ucapan yang disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan yang “terbuka”. Ucapan Ekstemporanas (Extemporanoues) Kelihatan seperti ucapan spontan tetapi pada kebiasaanya penceramah sudah bersedia dari sudut mental, emosi dan kandungan ucapan yang disampaikan.

Ucapan Manuskrip Ucapan Hafalan Ucapan yang disampaikan dengan membaca bahan yang telah disediakan. Biasanya disampaikan oleh penceramah atau jurucakap yang ingin memastikan kandungan ucapannya tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan. Ucapan Hafalan Ucapan yang disampaikan dalam sesuatu majlis khas seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan ucapan.

SYARAHAN

DEFINISI SYARAHAN Dikenali juga sebagai pidato. Syarahan lebih kepada matlamat untuk menyakinkan pendengar atau pembaca terhadap sesuatu isu yang dikemukakan. Memperlihatkan usaha untuk menegaskan sesuatu pendirian terhadap isu yang dikemukakan.

Satu pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disyarahankan.

FORMAT SYARAHAN 1)Pengenalan 2) Isi-isi karangan 3) Penutup Kata alu-aluan Perkenalkan tajuk syarahan  Jelaskan ungkapan tersebut  2) Isi-isi karangan 3) Penutup Kesimpulan isi Ucapan terima kasih

CIRI-CIRI SYARAHAN 1) Kelancaran Memulakan syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan syarahan. Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap merujuk kepada nota. ‘pause’- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. kawalan masa, iaitu memulakan syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti ‘eh’,’em’, atau ‘ya’. Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

2) Nada dan Intonasi Semasa bersyarahan, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya, Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

3) Kecekapan Berbahasa Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Penyampai syarahan perlu menguasai bahasa denganbaik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalahseperti berikut : Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

4) Gaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta. Jangan kaku dan beraksi berlebihan Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

JENIS-JENIS SYARAHAN Terdapat dua jenis syarahan iaitu:- Syarahan berbentuk pertandingan Syarahan Bukan berbentuk pertandingan

Syarahan berbentuk pertandingan Jenis tajuk syarahan ini selalunya dikemukakan peperiksaan. Pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Bagi syarahan jenis ini sahaja, perlu menujukan ucapan kepada “barisan panel hakim”.

Syarahan bukan berbentuk pertandingan Syarahan biasa secara tidak formal Tidak perlu menujukan ucapan kepada panel hakim

TAKLIMAT

DEFINISI TAKLIMAT Taklimat ialah keterangan secara ringkas megenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Satu ucapan dimaklumkan dan disampaikan secara dua hala di dalam situasi formal dan tidak formal kerana diakhir sesi taklimat akan diadakan sesi soal jawab. Fokus diberikan kepada tujuan kumpulan yang memerlukan taklimat. Taklimat disampaikan di tempat yang luas dan disampaikan oleh penonton yang ramai.

FORMAT TAKLIMAT 1) Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi: Tajuk Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol Kata alu-aluan Pengenalan diri, organisasi, jawatan Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

2) Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi: Tajuk Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan penyampaian taklimat Kandungan Sesi soal jawab

CIRI-CIRI TAKLIMAT 1) Pertimbangan Khalayak/Hadirin  Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan. Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat. Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu dalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.

2)Pertimbangan Suasana  Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan ada D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.  Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya. Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks manakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.

Taraf Khalayak 4) Gaya Bahasa Taklimat Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi. 4) Gaya Bahasa Taklimat    Disampaikan dalam keadaan formal dan rasmi Pemilihan atau penggunaan kata mestilah tepat supaya mudah difahami oleh pendengar.  Susunan ayat lebih ringkas dan tidak meleret-leret.  Sebutan, intonasi, dan gaya pengucapan yang betul akan dapat menarik minat pendengar.

JENIS TAKLIMAT Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) Ini melibatkan para tetamu yang hadir yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya. Taklimat Dua Taraf Khalayak Tetamu bagi dua taraf khalayak pula terdiri daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

Sekian, Terima Kasih