PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM TASAWWUR ISLAM PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
AL-Sunnah & kepentingannya Nabi Muhammad saw adalah : - rasul terakhir yang diutuskan untuk mengajar dan membawa manusia kepada jalan yang benar - ikutan dan contoh bagi manusia untuk mencari keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat Hadith Nabi merupakan: - sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran - bertujuan menjelaskan kandungan al-Quran - membawa banyak pengajaran kepada manusia dan masalah :
Ibadah Aqidah Sosial Muamalat Ekonomi Pentadbiran contoh
Pengertian al-sunnah Dari segi bahasa : Sirah dan perjalanan Dari segi istilah: segala ucapan, perbuatan, pengakuan (ikrar) dan sifat- sifat Rasulullah saw. Al-Sunnah dinamakan dengan Hadith dan Athar Apa sahaja yang terdapat pada Nabi dikatakan Hadith Mengikutinya dan mengambilnya sebagai panduan hidup Ditegah menghina atau mencaci Hadith Apa yang keluar dan terdapat pada Nabi adalah wahyu daripada Allah Firman : “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau Hadith) tidak lain hanyalah wahyu-Nya yang diwahyukan kepadanya.” Surah al-Najm 3-4
Kandungan al-sunnah Al-sunnah merupakan panduan yang baik untuk manusia dan petunjuk ke arah jalan yang benar Hadith Nabi saw : “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu sekali- kali tidak akan tersesat selagi mana kamu berpegang kepadanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku.” Antara intisari kanduangan al-Sunnah ialah mengenai aspek: Aqidah Ibadah Akhlak Muamalat
Aqidah Allah Kitab-kitab malaikat Hari Akhirat Qada’ dan Qadar Rasul suatu pegangan kuat yang bersemi di dalam jiwa yang diyakini sepenuhnya Perkara yang berkaitan dengan keimanan dan kepercayaan kepada Al-Sunnah memainkan peranan penting dalam membentuk aqidah manusia Allah Kitab-kitab malaikat Hari Akhirat Qada’ dan Qadar Rasul contoh
Al-Sunnah menjelaskan manusia cara menegnal Allah menerusi konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah Al-Sunnah mengikis jiwa dan pegangan manusia terutamanya adat dan pegangan dan segala bentuk kepercayaan yang salah dan karut Memperbetulkan pegangan aqidah yang menolah sebarang kepercayaan ada Tuhan selain Allah contoh
IBADAT Segala amalan dan perbuatan yang bertujuan serta mengharapkan keredhaan Allah dan pengabdian kepada-Nya Al-Sunnah memainkan peranan memperjelaskan nas al-Quran yang berbentuk umum, khusus dalam perkara ibadah Al-Sunnah berperannan memperjelas dalam perlaksanaan tanggungjawab syarak iaitu : - Sunnah yang membawa maksud wajib - Sunnah yang membawa pengertian sunat - Sunnah yang membawa pengertian harus - Sunnah yang membawa pengertian makruh - Sunnah yang membawa pengertian haram
1) Sunnah yang membawa maksud wajib Al-Sunnah yang menunjukkan serta membawa pengertian yang mesti dilakukan dan dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf Tidak boleh diingkar atau diragukan kewajipannya Sesiapa yang menolak dianggap menolak al-Quran – rosak aqidah dan keimanannya Sabda Rasulullah saw : “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam.” contoh
2) Sunnah yang membawa pengertian harus Segala hadith yang membawa maksud perbuatan pilihan yang mana semua ibadat yang boleh dilakukan atau ditinggalkan Setiap perkara harus jika dilakukan atau ditinggalkan tidak mendapat apa-apa Al-Sunnah yang membawa pengertian harus boleh dilakukan atau ditinggalkan, namun lebih baik kita lakukan dan laksanakan contoh
3) Sunnah yang membawa pengertian sunat Suruhan dan pengertian yang tidak diwajibkan dan merupakan amalan yang boleh dipilih oleh manusia sama ada melaksanakannya atau meninggalkannya Diberikan pahala jika melaksanakannya Dikenakan dosa jika meninggalkannya Nabi saw tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia Nabi saw adalah ikutan dan contoh terbaik kepada umat manusia contoh
4) Sunnah yang membawa pengertian makruh Hadith yang membawa maksud perkara-perkara yang tidak digemari oleh Rasulullah saw Perkara makruh tidak mendapat apa-apa dosa jika dilakukan Jika ditinggalkan mendapat pahala Walaupun boleh kita lakukan namun adalah lebih baik kita tinggalkan contoh
5) Sunnah yang membawa pengertian haram Hadith yang membawa maksud larangan keras dan tegahan secara mutlak kecuali ada sebab-sebab tertentu yang dibenarkan oleh syarak Mesti mencegah orang lain daripada melakukan perkara yang dilarang Mesti menjauhi dan meninggalkannya Sabda Rasulullah saw : “Tolonglah saudara kamu yang berlaku zalim atau yang dizalimi.” contoh
Akhlak Akhlak ialah peraturan-peraturan dan sistem yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan manusia lain al-Sunnah membentuk peribadi dan syahsiah manusia supaya bersifat terpuji dan jauhi sifat keji dan tercela Antara sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan serta dididik oleh Rasulullah s.a.w. ialah: Jujur Amanah Tekun dan rajin Berkerjasama Bertolak ansur Bertanggungjawab Sabar dan tabah Firman Allah: “Dan Bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia” Surah al-Qalam :4
Galakkan mencontohi dan menanam semua sifat terpuji yang ditinggalkan serta ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui Hadith Baginda untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Jika beramal dengan sifat terpuji akan wujud negara dan masyarakat yang harmoni dan maju. Nabi saw menegah daripada melakukan dan mengikuti sifat-sifat tercela dan boleh membawa padah pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara seluruhnya. Antara sifat tercela ialah: Boros Bohong Malas Membazir Pecah amanah Sombong Kedekut dan bakhil Kita mestilah menjahi semua sifat tercela tersebut, kerana ia merugikan kita sendiri dan merosakkan orang lain. Sifat tercela ini akan menyebabkan kelemahan kepada sebuah negara dan melembapkan pembangunan sesebuah negara. Selain itu negara yang maju pun akan menjadi musnah dan hancur akibat rakyatnya bersifat dengan sifat-sifat tercela.
Menjauhi semua sifat tercela Sifat tercela akan menyebabkan kelemahan kepada sebuah negara dan melembapkan pembangunan sesebuah negara. Firman Allah: “Maka meraka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta pohon- pohon bidara”. (surah Saba’ 34:16)
KEPENTINGAN AL-SUNNAH Al-Sunnah memberi dan membawa kepentingan yang sangat banyak kepada umat manusia Antara kepentingan al-Sunnah kepada manusia ialah: Al-Sunnah merupakan sumber dan panduan yang penting kepada manusia di dalam menjalani kehidupan di dunia agar selari dengan tuntutan syarak dan kehendak agama Hadith menerangkan kepada manusia cara dan konsep ibadat yang sempurna dan betul, meliputi ibadat umum, seperti menjaga kebersihan dan ibadat khusus, seperti puasa,
Al-Sunnah menjadi penyokong dan mendidik manusia supaya bepegang dengan akidah yang betul yang terbentuk daripada tiga unsur, iaitu: Iman Islam Ihsan Iman ialah membenarkan dengan hati, berikrar dan mengakui dengan lidah serta melakukan amalan zahir. Islam pula ialah berserah diri kepada Allah dan melakukan ibadat kerana Allah semata-mata. Ihsan ialah melakukan ibadat dengan ikhlas kepada Allah sahaja tanpa mengharapkan sesuatu balasan atau tujuan lain.
PERANAN AL-SUNNAH Al-Sunnah memainkan peranan yang penting dalam perundangan Islam, penetapan hukum, ibadat, akhlak, muamalat, sosial, pentadbiran dan kekeluargaan. Antara peranan al-Sunnah yang lain ialah menjelaskan al- Qur’an, kerana terdapat dalil dan nas al-Qur’an yang berbentuk umum dan mesti dijelaskan melalui Hadith Al-Sunnah juga berfungsi sebagai pembawa hukum yang baru yang memerlukan ijtihad Baginda, sewaktu ketiadaan wahyu daripada Allah. Al-Sunnah juga bertindak dengan mengkhususkan hukum- hukum serta menjelaskannya secara terperinci hukun-hukun dan perundangan Islam daripada nas al-Qur’an yang bersifat umum.
JENIS-JENIS AL-SUNNAH Al-Sunnah secara lebih umumnya terbahagi kepada dua jenis: Ahad Mutawatir Hadith Ahad ialah Hadith yang diriwayatkan oleh dua orang atau lebih perawi yang mana melalui jalan-jalan yang terbatas tetapi tidak mencapai taraf Hadith Mutawatir. Hadith Mutawatir ialah Hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan para perawi yang mana mengikut jumlah itu tidak mungkin mereka melakukan pendustaan terhadap Hadith Rasulullah saw.
PENHAYATAN AL-SUNNAH Antara cara kita menghayati al-Sunnah dan tanda kasih kita kepada Nabi ialah: Mengikuti segala apa yang disuruhnya dan meninggalkan segala apa yang detegahnya Sentiasa menghormati Hadith Baginda Menghayati Hadith Baginda sepanjang masa dan ketika Berselawat kepada Baginda sebanyak mungkin. Mencontohi akhlak Baginda yang berupa sifat-sifat terpuji dan menjauhi segala sifat tercela.