USUL AL - TAFSIR KULIAH KEDUA U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KODIFIKASI AL-QUR’AN (PEMELIHARAAN, PEMBUKUAN, PERCETAKAN)
Advertisements

BAB IV SUMBER HUKUM ISLAM.
Wahyu tuhan, teks dan ijtihad akal manusia; aspek ushul dan Furu’ dalam Islam Muhlisin.
Materi Pertemuan 10 Sejarah Hukum Islam I
Pendidikan Agama Hadits sebagai ajaran islam February 28,
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
Hk Acara Perdata Peradilan Agama Dr. Gemala Dewi,SH.,LL.M
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & SUNNAH
BELAJAR TAJWID تجويد تجويد.
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SUMBER HUKUM ISLAM.
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Permasalahan Yang Berhubungan Dengan Nuzul al-Qur’an
Al-Qur’an Kelompok 6.
Sumber Hukum Islam Al-Qur’an Al hadist Ijtihad. ALQURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM PERTAMA ISLAM DAN SEJARAH PEMBUKUAN ALQURAN.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Sejarah Hukum Islam I : masa kenabian dan khulafaurrasyidin
Al-Fath (Lari Dari Perang)
MEDIA PENDIDIKAN Disusun oleh : NUR AMIN : KLS : D/4
Menemani Rasulullah di Surga
AZAS-AZAS HUKUM ISLAM.
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
Materi Pertemuan 10 Sejarah Hukum Islam I
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
KEMULIAAN AL-QURAN.
PENDIDIKAN ISLAM HAJI DAN UMRAH TINGKATAN 4 IBADAT.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus
MODUL SIRAH NABAWIYAH.
Perundangan Zaman Rasulullah
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
U. Mohamad Zahir Bin Kasir
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
U. Mohamad Zahir Bin Kasir
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran
JUAL BELI SALAM Definisi
Adab Ziarah dan Meminta Izin
Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
Ict dan media dalam pendidikan islam
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
USUL FIQH SESSI 3 SUMBER-SUMBER HUKUM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
BAB 5 : BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB ALLAH
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Sirah KBK 6 Modul 1.
Perundangan Zaman Rasulullah
Tafsir Ahkam DPI Andalus
Modul: Tafsir KBD.
KELOMPOK. Pengertian Hukum Islam. Pengertian Hukum Islam Menurut Ahmad Rofiq, Pengertian Hukum Islam adalah seperangkat kaidah-kaidah hukum yang didasarkan.
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
Transcript presentasi:

USUL AL - TAFSIR KULIAH KEDUA U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR Dikemaskini oleh Siti Fairuz Bte Ramlan

NUZUL AL QURAN SECARA BERANSUR

Ayat diturunkan secara beransur-ansur / berperingkat-peringkat   Al-Quran turun ke atas Nabi s.a.w. secara beransur-ansur selama 23 tahun, kebanyakan waktunya Nabi s.a.w. berada di Mekah. )وَقُرْآناً فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلاً) (الإسراء :106( Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian. Kata kunci: di Mekah, beransur-ansur selama 23 tahun

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur Melalui pembahagian al-Quran kepada Madaniyyah dan Makkiyyah, dapat diketahui bahawa al-Quran turun ke atas Nabi s.a.w. secara beransur-ansur mempunyai hikmah-hikmah tertentu seperti: Meneguhkan hati Nabi s.a.w.  berdasarkan firman Allah Ta‘ala (al-Furqan 25:32-33) - Maksudnya: Dan berkatalah orang-orang kafir “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun sahaja?” Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar). Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya. Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap al-Quran kepada manusia dengan membacanya sedikit demi sedikit. Firman Allah Ta‘ala (al-Isra 17:106) - Maksudnya: Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian. Kata kunci: teguhkan hati nabi, mudahkan hafalan

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal dengan ayat-ayat yang turun. Cara beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan penuh semangat dan kerinduan terhadap penurunan ayat khususnya apabila keadaan amat memerlukan seperti peristiwa al-Ifk (fitnah/pendustaan) dan al-Li‘an (laknat melaknati). Pensyariatan secara berperingkat sehinggalah sampai ke tahap sempurna seperti dalam ayat-ayat pengharaman arak yang mana meminum arak itu merupakan amalan dan kebiasaan manusia. Adalah berat bagi mereka sekiranya turun ayat yang serta-merta mengharamkan arak.) Kata kunci: motivasi/ pensyariatan yang berperingkat

Contoh hikmah ke empat Ayat pertama turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:219) - Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya.” Ayat ini membuka penerimaan mereka terhadap pengharaman arak kerana akal yang waras menuntut supaya meninggalkan perkara yang dosanya lebih besar daripada manfaatnya.   Ayat kedua turun ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Nisa 4:43) - Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan. Ayat ini melatih mereka supaya meninggalkan arak pada masa-masa tertentu iaitu masa solat.      

Sambungan Contoh hikmah ke4 Ayat terakhir turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:90-92) - Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasulNya dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesunguhnya kewajipan rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.   Ayat ini melarang sama sekali minum arak pada semua ketika selepas hati-hati manusia terbuka untuk menerima pengharaman arak dan juga selepas jiwa-jiwa dilatih meninggalkannya pada masa-masa tertentu.

Tertib susunan Al-Quran Susunan al-Quran ialah bacaannya satu persatu sepertimana yang termaktub dalam mushaf dan dihafal dalam dada. Susunan al-Quran terbahagi kepada 3 jenis:   Susunan perkataan di mana setiap perkataan diberi tempatnya dalam satu-satu ayat. Susunan ini sabit dengan nas dan ijmak. Setakat ini, kami masih belum jumpa dengan orang yang menyalahi kewajipan susunan ini dan pengharaman menyalahinya. Tidak dibenarkan membaca: لله الحمد رب العالمين.      untuk menggantikan ayat kedua surah al-Fatihah: الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Kata kunci: susunan perkataan-mengikut nas dan ijma’

Tertib susunan Al-Quran   Susunan ayat-ayat di mana setiap ayat diberi tempatnya dalam satu-satu surah. Susunan ini ditetapkan melalui nas dan ijmak. Ianya wajib menurut pendapat (lebih kuat) dan haram menyalahinya. Tidak dibenarkan membaca:  مالك يوم الدين. الرحمن الرحيم. untuk menggantikan ayat 3 dan 4 surah al-Fatihah :الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ Dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa: ففي صحيح البخاري (14)أن عبد الله بن الزبير قال لعثمان بن عفان رضي الله عنهم في قوله تعالى : (وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعاً إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ )(البقرة: الآية 240) قد نسخها الآية الأخرى يعني قوله تعالى: ( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً )(البقرة: الآية 234) وهذه قبلها في التلاوة قال : فلم تكتبها ؟ فقال عثمان رضي الله عنه : يا ابن أخي لا أغير شيئا منه من مكانه . Kata kunci: susunan ayat-mengikut nas dan ijmak

-Tertib susunan Al-Quran Maksudnya:  Abdullah bin al-Zubair telah berkata kepada Uthman bin Affan berkenaan ayat (al-Baqarah 2:240, yang bermaksud): “Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya).”Bagaimanakah ayat ini dinasakhkan oleh ayat (al-Baqarah 2:234, yang bermaksud): “Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.”Sedangkan ayat kedua ini susunannya sebelum ayat pertama. Abdullah berkata, “Kenapa kamu menulisnya?” Jawab Uthman, “Wahai anak saudaraku, aku tidak akan mengubah satupun ayat-ayat itu daripada tempatnya.”

-Tertib susunan Al-Quran حديث عثمان رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم كان ينزل عليه السور ذوات العدد ، فكان إذا نزل عليه الشيء ، دعا بعض من كان يكتب،فيقول ، ضعوا هذه الآيات في السورة التي يذكر فيها كذا وكذا. م Maksudnya: Daripada Uthman r.a. bahawa beberapa surah turun ke atas Nabi s.a.w. Apabila turun ke atasnya sesuatu daripada al-Quran, Baginda akan memanggil mereka yang menulis seraya berkata, “Letakkan ayat-ayat ini dalam surah yang menerangkan tentang sekian dan sekian.”

-Tertib susunan Al-Quran Susunan surah di mana setiap surah diberi tempatnya dalam mushaf. Susunan ini ditetapkan melalui ijtihad dan tidak wajib. Terdapat sebuah hadith diterangkan:  عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه: أنه صلى الله عليه وسلم ذات ليلة، فقرأ النبي صلى الله عليه وسلم البقرة ، ثم النساء ، ثم آل عمران.[3] Maksudnya: Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. bahawa beliau pernah solat bersama Nabi s.a.w. suatu malam di mana Nabi s.a.w. telah membaca al-Baqarah, kemudian al-Nisa, kemudian Ali Imran. Kata kunci: susunan surah-mengikut ijtihad ulama’

-Tertib susunan Al-Quran Dalam riwayat lain disebut:   عن الأحنف: أنه قرأ في الأولى بالكهف، وفي الثانية بيوسف أو يونس، وذكر أن صلى مع عمر بن الخطاب الصبح بهما  Maksudnya: Daripada al-Ahnaf bahawa beliau membaca surah al-Kahf pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau Yunus pada rakaat kedua. Beliau mengatakan bahawa beliau solat subuh bersama Umar bin al-Khattab dengan dua surah itu. Ibnu Taimiyah berkata,: “Dibenarkan membaca satu surah sebelum surah lain dan begitu jugalah didalam penulisan. Disebabkan inilah, mushaf-mushaf para sahabat berbeza-beza dalam penulisan. Akan tetapi selepas mereka bersepakat atas satu mushaf pada zaman Uthman, perkara ini menjadi salah satu daripada sunnah al-Khulafa’ al-Rashidin. Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa mengikut sunnah mereka adalah wajib.”

Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran Penulisan dan pengumpulan al-Quran terbahagi kepada 3 peringkat: Peringkat pertama: pada zaman Nabi s.a.w. dimana cara yang dipentingkan ialah hafalan melebihi penulisan kerana ingatan kuat dan hafalan cepat Peringkat kedua: pada zaman Abu Bakar pada tahun 12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al-Qurra’ (para hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah di samping kekurangan orang yang tahu menulis dan alat-alat tulis. Peringkat ketiga: pada zaman Amir al-mukminin Uthman bin Affan pada tahun 25 Hijrah. Sebabnya ialah berlakunya perselisihan manusia dalam bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan lembaran-lembaran al-Quran yang berada dalam tangan para sahabat.

NUZUL AL QURAN IBTIDA’I DAN SABABIY Penurunan Ibtidaiy, iaitu yang tidak didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran adalah di bawah bahagian ini. Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:75) Penurunan bersebab (berpunca), iaitu yang didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Sebab (punca) itu pula terdiri daripada beberapa bentuk Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala Peristiwa yang memerlukan keterangan dan peringatan Perbuatan atau kejadian yang memerlukan hukum.

Nuzul As Sababiy/ Asbabun Nuzul Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:189) - Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji.” Peristiwa yang memerlukan keterangan dan peringatan. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:65) - Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab “Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja” Ayat ini turun dalam peperangan Tabuk berkaitan seorang lelaki munafik yang berkata, “Tidak pernah kami lihat orang-orang yang perutnya lahap, lidahnya penipu dan pengecut pula semasa bertempur seperti qari-qari kita itu.” Orang yang dia maksudkan ialah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Perkara ini kemudiannya sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu ayat al-Quran turun berkaitannya. Lelaki tersebut datang dan memberi alasan kepada Nabi s.a.w.. Baginda hanya menjawab (dengan membaca potongan ayat ini (al-Taubah 9:65) - Maksudnya: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?”[1] Perbuatan yang memerlukan hukum. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Mujadilah 58:1) - Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab denganmu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar perbincangan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.

Faedah mengenal Asbabun Nuzul Penjelasan bahawa al-Quran itu turun daripada Allah Ta‘ala. Kadang-kadang apabila Nabi s.a.w. ditanya tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab. Sebaliknya, Baginda menunggu penurunan wahyu. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Isra’ 17:85) - Maksudnya أن رجلا من اليهود قال: يا أبا القاسم ما الروح؟ فسكت، وفي لفظ: فأمسك النبي صلى الله عليه وسلم، فلم يرد عليهم شيئا، فعلمت أنه يوحى إليه، فقمت مقامي، فلما نزل الوحي قال)وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً( Penjelasan bahawa Allah Ta‘ala mengambil berat tentang rasulNya dengan mempertahankannya. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Furqan 25:32)- Maksudnya أنه سمع عبد الله ابن أبى رأس المنافقين يقول ذلك، يريد أنه الأعز ورسوله الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه الأزل، فأخبر زيد عمه بذلك، فأخبر به النبي صلى الله عليه وسلم، فدعا النبي صلى الله عليه وسلم زيدا فأخبره بما سمع ثم أرسل إلى عبد الله ابن أبيه وأصحابه، فحلفوا ما قالوا، فصدقهم رسول الله صلى الله عليه وسلم،  فأنزل الله تصديق زيد في هذه الآية ؛ فاستبان الأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم

Faedah mengenal Asbabun Nuzul Penjelasan dari Allah S.W.T atas sesuatu masalah. Contohnya hadis mengenai tayammum: أنه ضاع عقد لعائشة رضي الله عنها   ، وهي مع النبي صلى الله عليه وسلم في بعض أسفاره فأقام النبي  صلى الله عليه وسلم لطلبه، وأقام الناس على غير ماء، فشكوا ذلك إلى أبي بكر، فذكر الحديث وفيه:  فأنزل الله أية التيمم فتيمموا فقال أسيد بن حضير: ما هي بأول بركتكم يا آل أبي بكر Kefahaman ayat dengan tepat. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:158) - Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa‘i antara keduanya. سألت أنس بن مالك رضي الله عنه عن الصفا والمروة، قال: كنا نرى أنهما من أمر الجاهلية، فلما كان الإسلام أمسكنا عنهما،فأنزل الله تعالى: ( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ ) إلى قوله: (أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا( Dengan ini jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan “tiada keberatan” bukanlah penjelasan asal hukum sa‘i, akan tetapi yang dimaksudkan ialah penolakan rasa berat untuk melakukan sa‘i antara keduanya kerana menganggap sa‘i adalah amalan jahiliyah. Hukum sa‘i telah dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya (al-Baqarah 2:158) yang bermaksud: Sebahagian dari syiar Allah. Kata kunci: penjelasan / kefahaman

Kekuatan Hafalan Para Salafus Solehin Sekiranya seorang membaca syair sehingga 1000 rangkap syair, sekiranya ia didengar oleh seorang yang lain maka dapat diulangi syair tersebut tanpa ada kesilapan. Ini dilakukan oleh Ibnu Abbas Maka penghafalan Al Quran suatu perkara yang lumrah dikalangan umat Islam Penghafalan Hadits Nabi s.a.w. juga diambil berat oleh ulama.

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Peringkat pertama: pada zaman Nabi s.a.w. dimana cara yang dipentingkan ialah hafalan melebihi penulisan kerana ingatan kuat dan hafalan cepat di samping kekurangan orang yang tahu menulis dan alat-alat tulis. Oleh itu al-Quran tidak dikumpul dalam mushaf. Apabila mendengar ayat, ada yang menghafalnya dan ada yang menulisnya pada apa-apa sahaja objek yang ada seperti pelepah kurma, kulit kering, batu dan tulang. Orang yang alim dalam bacaan dan ilmu al-Quran banyak jumlahnya. Selain daripada mereka terdapat ramai lagi al-Qurra’ (para hafiz) seperti empat khulafa’, Abdullah bin Mas‘ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubai bin Ka‘b, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit dan Abu al-Darda’. " صحيح البخاري " أن حذيفة بن اليمان قدم على عثمان من فتح أرمينية وأذربيجان ، وقد أفزعه اختلافهم في القراءة ، فقال : يا أمير المؤمنين أدرك هذه الأمة قبل أن يختلفوا في الكتاب اختلاف اليهود والنصارى ، فأرسل عثمان إلى حفصة أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف ثم نردها إليك ، ففعلت ، فأمر زيد بن ثابت ، وعبد الله بن الزبير ، وسعيد بن العاص ، وعبد الرحمن بن الحارث بن هشام فنسخوها في المصاحف . وكان زيد بن ثابت أنصاريا والثلاثة قرشيين – وقال عثمان للرهط الثلاثة القرشيين : إذا اختلفتم أنتم وزيد بن ثابت في شئ من القرآن فاكتبوه بلسان قريش ؛ فإنما نزل بلسانهم ، ففعلوا حتى إذا نسخوا الصحف في المصاحف ، رد عثمان الصحف إلى حفصة ، وأرسل إلى كل أفق بمصحف مما نسخوا ، وأمر بما سواه من القرآن في كل صحيفة أو مصحف أن يحرق . Kata kunci: menggunakan peralatan tuli s yang mudah

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Peringkat kedua: pada zaman Abu Bakar pada tahun 12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al-Qurra’ (para hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah. Di antara mereka ialah Salim Maula Abi Huzaifah yang mana Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan supaya belajar al-Quran daripadanya. Abu Bakar mengeluarkan perintah supaya al-Quran dikumpul agar tidak luput. أن عمر بن الخطاب أشار على أبي بكر رضي الله عنهما بجمع القرآن بعد وقعة اليمامة ، فتوقف تورعا ، فلم يزل عمر يراجعه حتى شرح الله صدر أبي بكر لذلك ، فأرسل إلى زيد بن ثابت فأتاه ، وعنده عمر فقال له أبو بكر : إنك رجل شاب عاقل لا نتهمك ، وقد كنت تكتب الوحي لرسول الله صلى الله عليه وسلم فتتبع القرآن فاجمعه ، قال : فتتبعت القرآن أجمعه من العسب واللخاف وصدور الرجال ، فكانت الصحف عند أبي بكر حتى توفاه الله ، ثم عند عمر حياته ، ثم عند حفصة بنت عمر رضي الله عنهما . رواه البخاري مطولا Umar bin al-Khattab telah mencadangkan supaya Abu Bakar mengumpulkan al-Quran selepas peperangan al-Yamamah. Pada mulanya, Abu Bakar tidak menerima cadangan ini kerana beliau sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan. Umar pula tidak putus-putus mengulangi cadangannya sehinggalah Allah Ta‘ala melapangkan dada Abu Bakar untuk menerima cadangan itu. Abu Bakar terus memanggil Zaid bin Thabit lalu berkata sambil didengar oleh Umar, “Sesungguhnya kamu seorang pemuda yang berakal dan kami tidak mensyakimu. Kamu juga sering menulis wahyu daripada Rasulullah s.a.w.. Carilah dan kumpullah ayat-ayat al-Quran.”  Zaid berkata, “Akupun bergegas mencari al-Quran dan mengumpulnya daripada pelepah kurma, batu-bata dan dada manusia. Mushaf yang terkumpul itu berada dalam tangan Abu Bakar sehingga beliau wafat. Kemudian dipegang oleh Umar sepanjang hayatnya. Kemudian dipegang oleh Hafsah.” Kata kunci: inisiatif dari saydina umar

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Peringkat ketiga: pada zaman Amir al-mukminin Uthman bin Affan pada tahun 25 Hijrah. Sebabnya ialah berlakunya perselisihan manusia dalam bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan lembaran-lembaran al-Quran yang berada dalam tangan para sahabat. Apabila ditakuti berlaku fitnah, Uthman telah memerintahkan supaya lembaran-lembaran ini dikumpulkan ke dalam satu mushaf supaya manusia tidak berselisihan lalu bertelagah dalam kitab Allah Ta‘ala dan berpecah belah. أن حذيفة بن اليمان قدم على عثمان من فتح أرمينية وأذربيجان ، وقد أفزعه اختلافهم في القراءة ، فقال : يا أمير المؤمنين أدرك هذه الأمة قبل أن يختلفوا في الكتاب اختلاف اليهود والنصارى ، فأرسل عثمان إلى حفصة أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف ثم نردها إليك ، ففعلت ، فأمر زيد بن ثابت ، وعبد الله بن الزبير ، وسعيد بن العاص ، وعبد الرحمن بن الحارث بن هشام فنسخوها في المصاحف . وكان زيد بن ثابت أنصاريا والثلاثة قرشيين – وقال عثمان للرهط الثلاثة القرشيين : إذا اختلفتم أنتم وزيد بن ثابت في شئ من القرآن فاكتبوه بلسان قريش ؛ فإنما نزل بلسانهم ، ففعلوا حتى إذا نسخوا الصحف في المصاحف ، رد عثمان الصحف إلى حفصة ، وأرسل إلى كل أفق بمصحف مما نسخوا ، وأمر بما سواه من القرآن في كل صحيفة أو مصحف أن يحرق . وقد فعل عثمان رضي الله عنه هذا بعد أن استشار الصحابة رضي الله عنهم ، لما روي أبن أبي داود (21)عن على رضي الله عنه أنه قال : والله ما فعل الذي فعل في المصاحف إلا عن ملاء منا ، قال : أرى أن نجمع الناس على مصحف واحد ، فلا تكون فرقة ولا اختلاف، قلنا ، فنعم ما رأيت . Kata kunci: perselisihan dalam bacaan/ tulisan mengikut lahjah

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Perbuatan ini adalah salah satu kebaikan Amir al-mukminin Uthman r.a. yang dipersetujui oleh semua orang. Usaha ini menyempurnakan usaha pengganti Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. dalam mengumpulkan al-Quran.   Perbezaan antara usaha Uthman dan usaha Abu Bakar dalam mengumpul al-Quran ialah, tujuan mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar ialah mengumpul semua ayat-ayat al-Quran dalam satu mushaf supaya tidak luput sebahagian daripada ayat-ayat itu tanpa diperintahkan agar manusia bersatu atas mushaf tersebut. Ini kerana belum ada lagi kesan perbezaan bacaan yang menuntut supaya diperintahkan bersatu atas satu mushaf. Sementara tujuan mengumpul al-Quran pada zaman Uthman ialah mengumpul semua ayat-ayat al-Quran dalam satu mushaf dan diperintahkan agar manusia bersatu atas mushaf itu sahaja kerana kesan perbezaan bacaan amat menakutkan. Usaha mengumpul al-Quran ini menghasilkan kebaikan yang besar kepada umat Islam seperti kesatuan umat, kesatuan pemikiran dan wujudnya keharmonian. Ianya juga telah menolak kerosakan yang besar seperti perpecahan umat, perbezaan pemikiran dan menghindari daripada berlakunya kebencian dan permusuhan. Sejak daripada itu, al-Quran tetap dengan keadaannya, dipersetujui oleh semua umat Islam, diwarisi secara tawatur oleh yang muda daripada yang tua. Al-Quran tidak dapat dicemarkan oleh tangan-tangan pembuat kerosakan. Al-Quran tidak dapat juga dipupuskan oleh hawa nafsu orang yang sesat. Segala puji hanya bagi Allah Ta‘ala, Tuhan langit dan Tuhan bumi serta Tuhan sekalian alam. Kata kunci: bacaan secara tawatur

BerTajwid & Adab Tilawah al-Quran Tajwid –dari segi bahasa:memperelokkan sesuatu Dari segi istilah:memberikan kepada huruf akan hak-hak dan tertibnya, makhraj dan asalnya dengan sebaik mungkin. Ilmu Tajwid – satu disiplin ilmu atas kaidah2 berkisar pada cara waqaf, ikhfa’, iklab, idgham dan sebagainya.( tatacara membaca al-Quran) Kata kunci: memperelokkan bacaan dengan kaedah tertentu

Hukum Bertajwid Hukum mempelajari Tajwid. Ianya terbahagi kepada 2 sudut iaitu secara teori dan secara amali; Secara Teori hukumnya adalah seperti pembelajaran ilmu yang lain iaitu Fardhu Kifayah. Secara Amali hukumnya dikhilafkan ulama iaitu sebahagian mengatakan: Fardhu ‘Ain Sunnat / digalakkan.

Adab MemBaca al-Quran Sunnah berWuduk Tempat bersih & suci Khusyuk, tenang & hormat Bersiwak Basmalah Tartil – bacaan tenang, bertajwid MEMIKIRKAN/TADABBUR etc

Rasm Al Quran Definasinya dalam istilah ialah: الوضع الذي ارتضاه سيدنا عثمان رضي الله عنه في كتابة كلمات القرآن الكريم وحروفه Perletakan tulisan kalimat-kalimat Al Quran dan huruf-hurufnya sebagaimana yang telah Khalifah Uthman bin Affan telah setujui cthnya baris, ejaan perkataan di dalam al-quran. Penulisan dirujuk dari zaid bin thabit (penulisan klasik)

Sentuhan Minggu hadapan Nasikh & Mansukh Aam & Khas Definasi Tafsir Ahli Tafsir yang masyhur Mukjizat Al Quran dari aspek bahasa.