Fiqh Wanita Minggu Dua
Wudhuk - Tayammum - Mandi - Istinja’ Thoharah Wudhuk - Tayammum - Mandi - Istinja’
Wudhu Fiqh Wanita
Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah …” (Al-Maidah:6) Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan putih (cahaya) di wajahnya, kedua tangan dan kakinya dari bekas-bekas wudhu, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk memanjangkan warna putihnya maka hendaklah dia melakukannya,” (HR Muslim: 2/225, Imam Ahmad: 2/400).
FARDHU (WAJIB) WUDHU : Niat, iaitu menyengajakan untuk berwudhu. Niat tersebut dalam hati dan dilakukan pada permulaan wudhu. Membasuh seluruh permukaan wajah dengan air yang suci, satu kali. Adapun basuhan berikutnya bukanlah fardhu. Membasuh kedua tangan hingga ke siku, satu kali tetapi merata. Mengusap kepala satu kali. Membasuh satu kali kedua kaki hingga ke mata kaki, iaitu dua tulang yang menonjol pada ujung betis, terletak di atas telapak kaki. Tertib dalam mensucikan keempat anggota tersebut.
SUNNAH WUDHU: Membasuh tangan hingga pergelangan tangan dengan air suci, tiga kali. Membaca basmalah ketika mulai berwudhu. Berkumur, membersihkan hidung (istinsyaq), dengan cara menghirup air ke dalam hidung dan mengeluarkannya. Mengusap daun telinga, bagian luar maupun dalamnya, termasuk lubang telinga. Menyela-nyela jari tangan dan kaki serta menggerak-gerakkan cincin. Mendahulukan tangan dan kaki kanan daripada kiri.
SUNNAH WUDHU: Mulai dari bahagian depan setiap anggota wudhu. Memperpanjang basuhan pada wajah (ghurrah) dan juga pada tangan dan kaki (tahjil). Basuhan kedua dan ketiga setelah sempurnanya basuhan pertama. Menghadap kiblat ketika berwudhu. Segera, ertinya berturut-turut dengan segera dalam mensucikan 4 anggota wudhu. Membaca doa selepas wudhuk
BATAL WUDHUK Keluar sesuatu dari qubul dan dubur. Sama ada yang keluar itu adalah benda yang biasa atau yang luar biasa seperti batu, ulat dsbg. Hilang akal kerana tertidur, gila, mabuk(pitam) atau pengsan. Bersentuh kulit lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa alas. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau jari jemari.
Tayammum Fiqh Wanita
SEBAB/ALASAN DIBOLEHKAN TAYAMUM 1) Dalam perjalanan jauh. 2) Jumlah air tidak mencukupi kerana jumlahnya sedikit. 3) Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan. 4) Air yang ada suhu atau keadaannya mengundang kemudharatan. 5) Air yang ada hanya untuk keperluan sebagai minuman. 6) Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat terlepas waktu solat. 7) Sumber air yang ada terdapat perkara-perkara yang boleh membahayakan. 8) Sakit yang tidak boleh terkena air.
SYARAT SAH TAYAMUM Telah masuk waktu solat. Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran. Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum. Sudah berusaha mencari air namun tidak ketemu. Tidak haid mahupun nifas bagi wanita. Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh.
Mandi Fiqh Wanita
SEBAB MANDI WAJIB Bersetubuh, walaupun tidak keluar mani. Keluar mani, walaupun tidak bersetubuh. Meninggal dunia, kecuali mati syahid, yaitu mati di medan pertempuran berperang melawan kafir harbi, dan mati karena uzur. Apabila berlakunya 3 perkara di bawah ini hanya untuk kaum wanita: Sebab mengeluarkan darah haid Sebab mengeluarkan darah nifas Sebab melahirkan anak, meskipun masih berupa segumpal darah, atau segumpal daging, yang belum membentuk rupa manusia
PERBEZAAN DI ANTARA WADI & MAZI Wadi: Wadi adalah cecair pekat yang biasanya keluar setelah seseorang selesai dari buang air kecil (kencing). Wadi ini dihukum najis dan harus disucikan seperti halnya kencing, akan tetapi tidak diwajibkan mandi. Mazi: Mazi adalah cecair yang bening dan pekat yang keluar dari zakar atau faraj ketika bercumbu atau ketika nafsu syahwat. Hal ini sama-sama dialami oleh lelaki dan juga wanita, akan tetapi pada wanita jumlahnya lebih banyak. Menurut kesepakatan para ulama, mazi ini dihukum najis. Apabila mazi ini mengenai badan maka wajib dibersihkan.
PERKARA YANG DIHARAMKAN BAGI ORANG YANG BERJUNUB (WAJIB MANDI) Solat Puasa Tawaf Menyentuh al-Quran Membaca al-Quran dengan niat untuk tilawah/ibadah Masuk ke dalam masjid jika ditakuti mengotorinya
Haidh - Nifas - Istihadha
Haidh Fiqh Wanita
Sebagaimana firman Allah SWT : “Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". (Al-Baqarah : 222) Menurut ahli fikah mengatakan bahawa : “Haid adalah suatu darah yang keluar dari rahim perempuan melalui farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.”
Usia Wanita Haidh Umur wanita yang didatangi haid sekurang-kurangnya sembilan tahun ke atas. Dari Aisyah ra yang mengatakan bahawa : “Apabila kanak-kanak perempuan sudah berumur Sembilan tahun bererti dia sudah termasuk wanita yang baliqh.” Wanita belum bersedia untuk hamil dan belum sanggup untuk mendidik anak-anak mereka jika kurang dari sembilan tahun.
Usia Berhenti Haidh Batasan usia wanita yang berhenti atau putus haid mempunyai dua pendapat: Menurut jumhur ulamak wanita yang putus haid itu mempunyai batasan umur wanita tsekurang-kurangnya 60 tahun. Wanita yang berumur 60 tahun, seandainya masih keluar darah dari kemaluannya lagi, maka itu tidak dinamakan sebagai darah haid dan darah itu adalah darah istihadhah. Ada sebahagian ulamak berpendapat bahawa tiada batasan haid bagi wanita. Darah haid mungkin akan berterusan hingga akhir hayat mereka.
Sifat & Warna Darah Haidh Darah yang keluar dari faraj wanita itu mempunyai lima jenis dan peringkat: Darah bewarna hitam keluar dari faraj wanita yang berbau busuk dan keluarnya agak panas. Darah bewarna merah yang keluar dari faraj wanita, ia berbau busuk dan keluarnya agak panas. Darah bewarna kelabu yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan keluarnya agak panas. Darah kuning tua atau coklat yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan terasa agak panas. Warna kuning cair atau kuning keputihan, darah seperti ini keluar kebiasaannya tidak begitu terasa dan tak berbau sangat. Darah seperti ini adalah darah dipenghujung haid.
Tempoh Masa Wanita Haidh Ulamak Fiqh telah menetapkan tempoh keluarkan darah haidh: Masa keluarnya haid adalah selama 24 jam selama satu hari dan malamnya. Bagi wanita yang keluar darah tidak sampai 24 jam, maka ia tidak dikira sebagai darah haidh dan ia dikira sebagai darah istihadhah atau darah penyakit. Lazim atau kebiasaan bagi wanita yang didatangi haid adalah sebanyak 6 atau 7 hari dan malamnya. Masa paling panjang bagi wanita yang didatangi darah haidh adalah selama 15 hari dan malamnya.
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s. a. w Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai seorang perempuan yang selalu keluar darah. Nabi SAW bersabda : “Hendaklah perempuan itu mengenalpasti terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haidh dan kadarnya itu, maka hendaklah dia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. sesudah waktu haid itu berakhir, dia dikehendaki menampal kemaluannya dengan sehelai kain, lalu kerjakanlah solat.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Seorang wanita dapat mengetahui dirinya suci ataupun tidak dari darah haidh dengan memasukkan kapas di dalam farajnya. Jika cecair basah yang melekat dikapas tersebut berwarna putih jernih dan tidak terdapat warna darah haid, maka ia sudah dianggap suci dan wanita tersebut boleh mandi hadas. Kalau dikapas itu masih melekat warna darah yang cair walaupun sedikit sekalipun, maka ia dianggap masih tidak suci lagi. Aisyah ra berkata : “Sekumpulan kaum wanita mengirimkan dirjah kepada Aisyah yang berisikan kapas, yang di dalamnya didapati sesuatu yang berwarna kuning. Melihat itu, Aisyah berkata : Jangan kamu tergesa-gesa untuk mengerjakan solat hingga kamu melihat warna kapas itu putih bersih.”
Haidh Pada Awal Waktu Solat Wanita yang didatangi darah haidh pada masa waktu solat telah masuk dan wanita tersebut belum melakukan solat waktu tersebut, maka ia wajib menggqadha solat yang telah ditinggalkannya. Cara mengqadha solat: Pastikan tiada darah lagi yang keluar atau pasti keluarnya cecair putih jernih yang tiada mengandungi sebarang warna darah. Mandi dan terus mengqadhakan solat yang telah ditinggalkan ketika waktu datangnya haidh yang pertama dahulu. Daripada Abi Mas’ud ra berkata : “Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik amal itu adalah mengerjakan solat pada awal waktunya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Hakim)
Hukum Makan Ubat Supaya Datang Haidh Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang mendatangkan haid dengan syarat: Bukan sebagai helah untuk meninggalkan ibadah seperti tidak solat dan berbuka pada bulan Ramadhan. Mendapat izin suami kerana sengaja mendatangkan haid akan menggugurkan hak suami dari dua sudut Pertamanya ialah menghalangnya daripada bersetubuh dengan isterinya. Keduanya menghalangnya untuk merujuk semula dalam kes penceraian, iaitu isteri sengaja mendatangkan haidh supaya tempoh iddah berlalu dengan cepat sehingga seandainya suami ingin merujuk semula, dia tidak sempat untuk berbuat demikian.
Makan Ubat Supaya Datang Haidh Boleh bagi wanita yang memakan ubat untuk menghalang keluarnya darah haid dengan tujuan supaya ia dapat menghabiskan puasa Ramadhannya, boleh mengerjakan segala amalan haji dan sebagainya. Tetapi, sekiranya darah masih keluar, maka ia tetap dikira sebagai darah haid. Hukumnya: Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang menegah haidh dengan dua syarat tidak berlaku mudarat ke atas dirinya. Jika mengakibatkan mudarat maka ia diharamkan berdasarkan firman Allah s.w.t. yang berbunyi : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Al-Baqarah : 195)
Nifas & Istihadhah Fiqh Wanita
Paling sedikit sebentar sahaja Kebiasaannya 40 hari DARAH NIFAS Nifas dalah darah yang keluar dari Rahim wanita sesudah melahirkan. Masa keluar darah tersebut: Paling sedikit sebentar sahaja Kebiasaannya 40 hari Paling lama 60 hari
DARAH ISTIHADHAH Darah yang keluar dari Rahim wanita bukan pada waktu haidh dan nifas serta kurang dari satu hari dan satu malam. Hukum darah tersebut adalah suci dan tidak menghalang para wanita dari melakukan sebarangf ibadah. Wanita yang beristihadah ketika ingin melakukan ibadah solat mestilah membersihkan kemaluannya dan menahan darah tersebut dengan tuala wanita atau yang seumpamanya. Wudhuk dan istinja’ bagi wanita yang beristihadhah hendaklah diperbaharui bagi setiap waktu solat.