U. Mohamad Zahir Bin Kasir USUL AL - TAFSIR KULIAH KEEMPAT U. Mohamad Zahir Bin Kasir
PRINSIP SEORANG PENTAFSIR Semasa mentafsirkan al-Quran, seorang muslim wajib merasakan bahawa dia adalah penterjemah bagi Allah Ta‘ala dan saksi terhadap apa yang Allah Ta‘ala maksudkan daripada kata-kataNya. Dia mestilah menghormati kesaksian ini dan takut untuk mengatakan sesuatu tentang Allah Ta‘ala tanpa ilmu kerana perbuatan itu menjadikannya terjerebak dalam perkara haram lalu dicela pada hari kiamat. Imam Ibnul Qayyim ada mengarang sebuah buku dinamakan sebagai “ilaamul Muwaqqi’iin ‘an rabbil ‘aalameen. yang melarang seseorang melakukan seperti ini.
LARANGAN MENYATAKAN SESUATU DIDALAM ALQURAN TANPA ILMU (وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوىً لِلْمُتَكَبِّرِينَ) (الزمر:60) Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombong diri?'
LARANGAN MENYATAKAN SESUATU DIDALAM ALQURAN TANPA ILMU وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ Dan janganlah kamu mengatakan sebagaimana yang disifatkan lidah-lidah kamu suatu pendustaan ini halal dan ini haram untuk kamu berdusta keatas Allah suatu pendustaan, sesungguhnya mereka yang mendusta keatas Allah S.W.T. suatu pendustaan tidak akan berjaya. أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ atau adakah bagi mereka ini perkongsian mensyariatkan bagi mereka perkara agama atas apa yang Allah tidak izinkan.
LARANGAN MENYATAKAN SESUATU DIDALAM ALQURAN TANPA ILMU وعن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قال في القرآن برأيه - وفي رواية: من غير علم - فليتبوأ مقعده من النار رواه الترمذي وحسنه. Daripada Ibnu Abbas r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda Barangsiapa yang berkata dalam Al Quran dengan pandangannya dengan tanpa ilmu maka sediakanlah tempatnya duduknya didalam neraka. وعن جندب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال في القرآن بِرَأْيِهِ فأصاب فقد أخطأ رواه أبو داود والترمذي وقال: غريب . Daripada Jundub r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda; Barangsiapa yang berkata didalam Al Quran dengan pandangannya maka bertepatan maka telah tersilap.
RUJUKAN TAFSIR Kalam Allah Ta‘ala sendiri iaitu dengan mentafsir al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. Allah Ta‘ala lebih mengetahui tentang apa yang dikehendakiNya dalam ayat-ayat al-Quran Kata-kata Rasulullah s.a.w. iaitu dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah. Rasulullah s.a.w. adalah penyampai bagi pihak Allah Ta‘ala. Bagindalah orang yang paling mengetahui tentang maksud Allah Ta‘ala. Kata-kata sahabat khususnya cendekiawan dan yang mendalami ilmu tafsir. Al-Quran telah turun dalam bahasa mereka dan pada zaman mereka. Mereka merupakan manusia yang paling bersungguh-sungguh mencari kebenaran selepas para Nabi. Mereka paling terselamat daripada hawa nafsu dan kesesatan, dan paling suci daripada menyalahi kebenaran yang akan menghalang daripada mendapat petunjuk kepada al-haq. Kata Kunci: Al-Quran/ Al-Hadith/ Kata para sahabat/ tabiin
RUJUKAN TAFSIR Kata-kata para tabi‘in yang bersungguh-sungguh mempelajari tafsir daripada para sahabat. Para tabi‘in adalah sebaik-baik manusia selepas para sahabat dan paling terselamat daripada hawa nafsu dan kesesatan. Bahasa Arab pada zaman mereka masih belum banyak bertukar. Mereka lebih dekat kepada kebenaran dalam kefahaman berbanding orang selepas mereka. Erti-erti perkataan samada dari sudut agama mahupun bahasa berdasarkan konteks ayat. Sekiranya maksud Syarak bercanggahan dengan maksud bahasa Arab, maksud Syarak diutamakan kerana al Quran turun untuk menerangkan Syarak bukannya untuk menerangkan bahasa Arab kecuali sekiranya ada dalil yang mengutamakan maksud bahasa Arab.
KAEDAH PENTAFSIRAN Kaedah pentafsiran amat bergantung kepada rujukan tafsir Sebagaimana ulama telah membahagikan tafsir kepada 2 bahagian iaitu; Bil Ma’thur / Melalui sandaran rujukan Dasar awal Tafsiran Tidak beralih daripadanya sekiranya boleh diperolehi daripadanya. Bir Ra’y / Dengan melalui pendapat & pandangan. Boleh dirujuk sekiranya pendapat itu disokong oleh kekuatan dalil-dalil yang lain selain dalil syar’ie. Seperti Bahasa dan sebagainya Tidak keluar daripada tafsiran menggunakan pendapat yang dilarang.
Tafsir Bil Ma’thur Keutamaan perlu diberikan kepada kaedah pentafsiran ini mengikut keutamaan rujukan tafsir itu sendiri. Kalam Allah Ta‘ala sendiri iaitu dengan mentafsir al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. Seperti firman Allah S.W.T. (أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ) (يونس:62) Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. )الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ) (يونس:63( Perkataan “auliya’ Allah” telah ditafsirkan sendiri oleh Allah selepas ayat itu ( Yunus 10:63) - Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.
Tafsir Bil Ma’thur (وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ) (الطارق:2) Tahukah kamu apa yang datang pada malam itu? (النَّجْمُ الثَّاقِبُ) (الطارق:3) . (Iaitu) bintang yang cahayanya menembus (وَالأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا) (النازعـات:30) Dan bumi sesudah itu dihamparkannya. (أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا) (النازعـات:31)(وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا) (النازعـات:32). Perkataan “Dahaha” telah ditafsirkan sendiri oleh ayat selepasnya, : Dia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung dipancangkannya dengan teguh.
Tafsir Bil Ma’thur Kata-kata Rasulullah s.a.w. iaitu dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah. Rasulullah s.a.w. adalah penyampai bagi pihak Allah Ta‘ala. Bagindalah orang yang paling mengetahui tentang maksud Allah Ta‘ala sebagai contoh : (لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ )(يونس: الآية 26) Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. رواه ابن جرير وابن أبي حاتم صريحا من حديث أبي موسى (1) وأبي بن كعب (2) . ورواه جرير من حديث كعب بن عجرة (3) في " صحيح مسلم " (4)عن صهيب بن سنان عن النبي صلى الله عليه وسلم في حديث قال فيه : " فيكشف الحجاب فما أعطوا شيئا أحب إليهم من النظر إلى ربهم عز وجل " ، ثم تلا هذه الآية ( لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ) (يونس:26) “Kemudian Allah menyelak penghadang. Mereka tidak pernah diberikan nikmat yang lebih disukai daripada melihat Tuhan mereka Yang Maha Mulia dan Agung.”
Tafsir Bil Ma’thur (وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ )(لأنفال: الآية 60) Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi. حديث عقبة بن عامر رضي الله فقد فسر النبي صلى الله عليه وسلم القوة بالرمي Nabi s.a.w. telah mentafsir perkataan “Quwwah” dengan lontaran (seperti memanah dan melontar lembing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ‘Uqbah bin ‘Amir
Tafsir Bil Ma’thur Kata-kata sahabat khususnya cendekiawan dan yang mendalami ilmu tafsir. Al-Quran telah turun dalam bahasa mereka dan pada zaman mereka. Mereka merupakan manusia yang paling bersungguh-sungguh mencari kebenaran selepas para Nabi. )وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ ) (النساء: الآية 43) Dan jika kamu sakit atau dalam pengembaraan atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan. Ibnu Abbas mentafsirkan sentuhan itu dengan jimak.[
Tafsir Bil Ma’thur Kata-kata para tabi‘in yang bersungguh-sungguh mempelajari tafsir daripada para sahabat. Ibnu Taimiyah berkata:[6] Sekiranya para tabi‘in bersepakat (ijmak) terhadap sesuatu perkara, ianya menjadi hujah tanpa ragu. Sekiranya mereka berselisih pendapat, tidak boleh diterima satu pendapat dan menolak pendapat lain kecuali selepas dirujuk kepada al-Quran atau al-Sunnah atau bahasa Arab atau kata-kata para sahabat. Sesiapa yang menyimpang dan menyalahi mazhab dan tafsiran para sahabat dan tabi‘in, dia telah melakukan kesalahan, bahkan dia adalah pelaku bid‘ah (mubtadi‘) dalam perkara itu, walaupun dia seorang mujtahid yang diampunkan kesalahannya Sesiapa yang menyalahi kata-kata dan tafsiran mereka, dia telah melakukan kesalahan dalam dalil dan juga dalam pendalilan (istidlal).
Perselisihan Dalam Pentafsiran Dengan Al-Ma’thur Perselisihan yang wujud dalam tafsir dengan al-Ma’thur (riwayat) terbahagi kepada tiga bentuk ; Perselisihan pertama: perselisihan dalam lafaz tanpa makna. Jenis ini tidak memberi kesan kepada erti ayat. Contohnya: Firman Allah Ta‘ala ( al-Isra’ 17:23) Ibnu Abbas berkata, “Qadha’ bererti memerintah.” Mujahid berkata, “Menasihat.” al-Rabi‘ bin Anas berkata, “Mewajibkan.” Tafsiran-rafsiran ini membawa erti yang serupa atau seakan-akan sama dan perselisihan ini tidak memberi kesan kepada erti ayat.
Perselisihan Dalam Pentafsiran Dengan Al-Ma’thur Perselisihan kedua: perselisihan dalam lafaz dan makna tetapi ayat itu boleh menerima kedua-duanya kerana tidak berlawanan. Di sini, ayat itu boleh ditafsirkan dengan kedua-duanya sekali dengan menyatakan bahawa setiap satu adalah contoh atau huraian bagi ayat itu. )وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ) (الأعراف:175( (وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ )الأعراف:176( Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikut hawa nafsunya yang rendah. Ibnu Mas‘ud berkata, “Dia adalah seorang lelaki dari Bani Isra'il.” Ibnu Abbas berkata, “Dia adalah seorang lelaki dari penduduk Yaman.” Ada juga yang mengatakan, “Dia adalah seorang lelaki dari al-Balqa.” Pendapat-pendapat ini boleh dikumpul untuk mentafsirkan ayat ini kerana ianya tidak berlawanan
Perselisihan ketiga: perselisihan dalam lafaz dan makna di mana ayat itu hanya boleh menerima salah satu daripadanya sahaja kerana wujud percanggahan. Di sini, ayat ditafsirkan dengan makna yang lebih rajih (kuat) antara kedua-duanya. )إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ) (البقرة:173( Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang Ibnu Abbas berkata, “Maksudnya tidak melampau dalam bangkai dan tidak melebihi semasa memakannya.” Pendapat lain mengatakan maksudnya ialah tidak memberontak terhadap pemerintah dan tidak melakukan maksiat dengan pengembaraannya. Pendapat pertama lebih rajih (kuat) kerana ayat ini tiada kaitan dengan pendapat kedua
(وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلا أَنْ يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ)(البقرة: الآية 237) Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan itu kecuali jika isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Saydina Ali berkata, “Orang yang memegang simpulan perkahwinan ialah suami.” Ibnu Abbas berkata, “Dia ialah wali.” Pendapat yang rajih ialah pendapat pertama kerana ia adalah maksud ayat dan juga terdapat hadith Nabi s.a.w. yang menerangkannya.
TERJEMAHAN AL QURAN Terjemahan” dari sudut bahasa ialah: penerangan dan penjelasan. Terjemahan dari sudut istilah ialah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain. Terjemahan al-Quran ialah: penjelasan erti al-Quran dalam selain bahasa Arab Kata kunci: Penjelasan
TERJEMAHAN AL QURAN )إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآناً عَرَبِيّاً لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ) (الزخرف:3( Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahaminya. Yaitu diterjemahkan apakah makna Innaa , ja’alnaahu, qur’aana arabiya la’allakum, ta’qilun.
TERJEMAHAN AL QURAN Ia terbahagi kepada 2 bahagian: Terjemahan harfiyah: iaitu menukar perkataan dengan perkataan. Terjemahan harfiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan satu persatu perkataan dalam ayat ini iaitu ‘inna’ kemudian ‘ja‘alna’ kemudian ‘qara’na’ kemudian ‘arabiyan’ dan seterusnya. 2. Terjemahan ma’nawiyah atau tafsiriyah: iaitu penjelasan erti percakapan dengan bahasa lain tanpa menghiraukan susunan tertib perkataan. Terjemahan ma‘nawiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan erti keseluruhan ayat ini tanpa melihat secara spesifik erti setiap perkataan dan susunan perkataan-perkataannya. Dalam erti kata lain, ianya lebih kepada tafsir secara ringkas
HUKUM TERJEMAHANNYA Di sisi kebanyakan ulamak, terjemahan harfiyah adalah mustahil kerana ianya mempunyai syarat-syarat yang tidak boleh dipenuhi iaitu : Mempunyai perbendaharaan kata yang serupa dalam dua bahasa. Mempunyai alat-alat yang membawa erti-erti tertentu yang serupa antara dua bahasa. Mempunyai persamaan antara dua bahasa dalam susunan perkataan daripada konteks ayat, sifat dan sandaran.
HUKUM TERJEMAHANNYA Sesetengah ulamak pula mengatakan bahawa terjemahan harfiyah boleh dilaksanakan pada sesetengah ayat. Akan tetapi, walaupun ianya boleh dilaksanakan, hukumnya tetap haram kerana ianya tidak mungkin dapat menyampaikan maksud dengan sempurna, tidak memberi kesan pada jiwa-jiwa seperti kesan al-Quran yang berbahasa Arab yang jelas dan tiada keperluan (darurat) kepadanya kerana terjemahan ma‘nawiyah sudah mencukupi. Dengan itu, walaupun terjemahan harfiyah dapat dilaksanakan pada sesetengah perkataan, ianya tetap dilarang oleh Syarak kecuali sekiranya diterjemahkan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa untuk difahami orang yang mendengar dan bukannya diterjemahkan keseluruhan konteks ayat.
HUKUM TERJEMAHANNYA Terjemahan ma‘nawiyah dibenarkan kerana tidak terdapat perkara yang melarangnya. Bahkan ianya wajib apabila merupakan perantaraan untuk menyampaikan al-Quran dan Islam kepada orang yang tidak bertutur dalam bahasa Arab. Ini kerana menyampaikan al-Quran dan Islam adalah wajib, dan apa yang tidak sempurna satu kewajipan kecuali dengannya, ianya juga menjadi wajib.
TERJEMAHAN MA’NAWIYAH Terjemahan ma‘nawiyah mestilah mempunyai syarat-syarat berikut : Ianya tidak boleh dijadikan pengganti kepada al-Quran dengan menggunakannya sahaja sehingga meninggalkan al-Quran. Oleh itu, hendaklah ditulis terjemahan di sebelah teks Arab al-Quran supaya menjadi sebagai tafsiran kepadanya. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui erti lafaz-lafaz dan tuntutannya dalam dua bahasa yang digunakan dalam perterjemahan. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui erti lafaz Syarak dalam al-Quran. Di samping itu, terjemahan al-Quran tidak boleh diterima kecuali daripada orang yang dipercayai iaitu muslim yang teguh agamanya.
PERBEZAAN ANTARA TERJEMAHAN & TAFSIR Perbezaan antara Terjemahan dan tafsir ialah seperti berikut: Tafsir menjelaskan makna ayat manakala terjemahan menerangkan Al Quran didalam bahasa selain B. Arab Tafsir menjelaskan mesej atau hukum yang berkaitan dengan sesuatu ayat, manakala terjemahan tidak, ia hanya pengungkapan selain dari sudut bahasa Arab kepada bahasa lain.
MUKJIZAT AL QURAN Al Quran telah diturunkan dikalangan ahli Bahasa arab yang fasih dan tinggi kesusasteraan mereka. Sebelum Kedatangan Islam di sekeliling Ka’bah disangkut syair-syair / pantun-pantun yang tertinggi nilainya agar menjadi tatapan orang ramai. Mu’allaqatus sab’ah (The nomadic odes) Sehingga dengan pembacaan Nabi sahaja cukup memberikan rasa terpegun dan kagum kepada mereka sehingga menyebabkan sesiapa yang inginkan kebenaran akan pasti menerima Al Quran sebagai Kalamulllah dan Risalah Allah kepada Nabinya.
Definasi MUKJIZAT AL QURAN I’jaz dari segi bahasa: mensabitkan sesuatu kelemahan (pada orang lain) A‘l-’ajzu dari segi bahasa: Kekurangan atau kelemahan dalam melakukan sesuatu Mukjizat bererti yang melemahkan atau menonjolkan kelemahan orang lain/ Sesuatu yang luar biasa Mukjizat al-quran dari segi istilah ialah menonjolkan kebenaran nabi dalam dakwahnya dengan melemahkan hujah-hujah orang Arab pada ketika itu dengan ayat-ayat al-Quran
MUKJIZAT AL QURAN DARI SUDUT BAHASA Diantara ciri-ciri khusus ialah Gaya bahasa yang baik. Susunan yang teratur Penggunaan gaya sajak Lafaz yang membawa makna yang jawami’ul kalim (ketepatan dan kepadatan makna) Digunakan oleh Orang Arab sebagai rujukan bahasa yang fasih & lain-lain lagi (مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وَجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً) [الفتح آية: 29
Syarat-Syarat Mukjizat Sesuatu yang tidak dimampui kecuali Allah S.W.T Sesuatu yang luar dari kebiasaan atau kemampuan Sesuai dengan dakwah nabi (mencabar kemampuan) Sebagai saksi di atas kebenaran kata-kata nabi Tiada satu pun yang mampu melakukan serupa dengannya
Aspek-aspek mukjizat Susunan ayat yang bercanggah dengan susunan biasa dalam bahasa Arab Metodologi/ gaya bahasa yang menakjubkan Bahasa yang kaya dan penuh bermakna Pensyariatan yang sempurna dan tepat Perkhabaran tentang alam ghaib cth hari kiamat Tidak bercanggah dengan penemuan sains tabi’I Bertepatan dengan ganjaran dan amaran yang dikhabarkan dalam al-Quran Ilmu pengetahuan yang meliputi berbagai aspek Memenuhi keperluan manusia pada setiap zaman Memberi kesan pada pengikut dan musuh-musuhnya
Sentuhan Minggu Hadapan Syarat-syarat mentafsir Al Quran Adab-adab mentafsir Al Quran Syubuhat-syubuhat dalam pentafsiran