TIPS MENDAPAT A+ DALAM SUBJEK Tasawwur islam
1. Buat nota sendiri Nota mestilah berdasarkan buku teks sepenuhnya Nota ringkas, senang difahami, senang dibawa kemana sahaja Guna warna yang menarik supaya mudah ingat Jika boleh, buat nota melalui peta minda
2. Beli buku Koleksi Soalan SPM yang sebenar Habiskan buat satu buku Kalau ada kemusykilan tentang jawapan yang diberikan oleh buku tersebut, boleh rujuk kepada ustazah Lepas habiskan latihan dalam buku tersebut, jangan lupa untuk menelaah semula buku tersebut sebelum peperiksaan
3. Kumpulkan soalan-soalan dari negeri-negeri lain Terutamanya dari Kelantan, Terengganu, Kedah Soalan dari SBP dan MRSM Siapkan soalan tersebut Kalau boleh, buat sendiri tanpa merujuk buku teks kerana kita akan dapat lebih mengingati apa yang kita jawab.
4. Buat ‘Study Group’ Adakan sesi soal jawab bersama rakan-rakan terutamanya tentang maksud istilah-istilah yang sukar difahami
5. Jangan ulangkaji disaat-saat akhir Harus bijak mengatur masa dalam pembahagian subjek Jangan anggap Tasawwur Islam subjek yang mudah lalu mengabaikannya
6. Beri jawapan yang tepat Pilih soalan yang paling mudah bagi diri kita untuk jawab Jika keliru / tak ingat kata kunci soalan yang memerlukan kita untuk membuat huraian, maka ambillah jalan selamat dengan membuat huraian untuk soalan tersebut Huraian tak perlu panjang : - Kita hendaklah menghormati ibubapa SUPAYA diberkati Allah SWT
7. Semasa Peperiksaan Berdoa, berusaha, bertawakal Gunakan pen Gunakan pen yang berlainan warna untuk kata kunci soalan dan jawapan Tulis dengan kemas Satu soalan satu kertas
8. Jangan keluar awal masa SPM Walaupun anda sudah menjawab kesemua soalan dan berpuas hati dengan jawapan anda, jangan keluar dewan sehingga belum tamat masa menjawab Semak berkali-kali, jangan gopoh gapah Siapa tahu dengan berkat kesabaran kita, Allah memberikan petunjuk untuk soalan yang kita tidak pasti akan jawapannya.
9. Selepas Peperiksaan Berdoa Jangan over-confident Tawakal
Petikan Ayat “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Al Baqarah : 216)
Sekian, Terima Kasih Disediakan oleh Nurul Iman bt Ariffin Pelajar yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islam tahun 2010