SAMBUNGAN CIRI BAHASA, ASPEK DAN FUNGSI BAHASA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Aryani Widyaningsih, S.Pd.
Advertisements

KOMUNIKASI BAHASA.
BAHASA Bahasa adalah alat komunikasi antar anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
KELOMPOK 1 Andre Tika Diana Riko yozi.
JALAN SIWALANKERTO PERMAI NO. 1-A SURABAYA
BAHASA Bahasa adalah alat komunikasi antar anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
hakikat dan ciri bahasa, aspek dan fungsi bahasa.
Pengertian Tatabahasa,
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL
Bahasa bersifat global dan unik berasaskan definisi bahasa
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

SAMBUNGAN CIRI BAHASA, ASPEK DAN FUNGSI BAHASA MINGGU 4 SAMBUNGAN CIRI BAHASA, ASPEK DAN FUNGSI BAHASA

Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > ciri bahasa (dalaman dan luaran) > aspek bahasa > fungsi bahasa

ALAT KOMUNIKASI SELAIN BAHASA KERLINGAN / JELINGAN LAMBAIAN GERAK GERI TANGAN GERAK BADAN BATUK, DEHEM…

BAHASA ISYARAT TIDAK MENGIKUT KAEDAH TATABAHASA / PEMBENTUKAN AYAT KOSA KATA TERHAD KONSEP PENGLIHATAN DAN KEJADIAN / PERISTIWA TIADA KATA MUJARAD DAN AYAT TAKSA

BAHASA TUBUH Bahasa tubuh ialah komunikasi tanpa kata Apa yang orang katakan terhadap anda seringkali amat berbeda dengan apa yang orang fikirkan atau rasakan terhadap anda Bahasa tubuh membolehkan anda mentafsirkan alur fikiran orang lain melalui gerak isyarat Antara isyarat bahasa tubuh yang popular ialah: isyarat tapak tangan, isyarat tangan dan lengan, isyarat kepala, isyarat mata, isyarat tiruan dan bayangan cermin, isyarat pelukan, isyarat ciuman, isyarat jabat tangan, isyarat memegang kipas

BAHASA TUBUH Contoh memegang kipas: memegang kipas terbuka dengan tangan kiri = datanglah kita berbual-bual membuka kipas lebar-lebar = tunggu aku kipas setengah tertutup ditekan ke bibir = kamu boleh cium aku memutar kipas dengan tangan kiri = awas, kita sedang diperhatikan! *menjatuhkan kipas = kita berteman sahaja ye, tidak lebih daripada itu

BAHASA TUBUH Fikiran seseorang dapat dibaca melalui gerak isyarat Bahasa tubuh akan mengajarkan anda dengan cepat tentang perkara yang berikut: * Bagaimana mengetahui apakah seseorang itu bercakap bohong atau tidak * Bagaimana menjadikan diri anda digemari oleh orang lain * Bagaimana memperoleh kerjasama daripada orang lain * Bagaimana untuk menjadikan wawancara dan perundingan lebih berkesan untuk mencapai sesuatu objektif * Bagaimana memilih pasangan yang sesuai

BAHASA DAN FAKTOR LUAR BAHASA Faktor di luar bahasa bermaksud segala hal yang berkait dengan kegiatan manusia dalam masyarakat, kerana tiada kegiatan yang berlaku tanpa bahasa Objek yang menjadi fokus linguistik makro amat luas dan beragam, namun yang akan ditumpukan hanyalah aspek hubungan bahasa dengan masyarakat

MASYARAKAT BAHASA Masyarakat bahasa bermaksud sekelompok orang yang berasa satu kesatuan dengan menggunakan bahasa yang sama Masyarakat bahasa boleh melampaui batas daerah, negeri, negara malah batas benua Pengertian linguistik umum tentang bahasa menjadi lebih longgar. Mengikut kaca mata linguistik, sesuatu bahasa mungkin sama tetapi bukanlah masyarakat bahasa yang sama Pewujudan masyarakat bahasa yang dwibahasa dan jamak bahasa menjadi dominan dalam zaman moden

MASYARAKAT BAHASA Secara linguistik, bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia ialah bahasa yang sama, kerana kedua-dua bahasa itu banyak sekali persamaannya Orang Malaysia dapat mengerti dengan baik bahasa Indonesia dan orang Indonesia juga dapat mengerti dengan baik bahasa Malaysia. Namun, orang Malaysia tidak pula berasa berbahasa Indonesia dan orang Indonesia juga tidak berasa berbahasa Malaysia. Kedua-duanya mempunyai masyarakat bahasa yang berbeda Bahasa Denmark, bahasa Swedia dan bahasa Norwegia secara linguistik juga merupakan bahasa yang sama, iaitu mereka dapat berkomunikasi tanpa hambatan. Namun, mereka mempunyai bahasa masing-masing, iaitu bahasa Denmark, bahasa Swedia dan bahasa Norwegia

VARIASI DAN STATUS SOSIAL BAHASA Bahasa itu bervariasi kerana ahli masyarakat penutur bahasa itu rencam dan beragam, dan bahasa itu digunakan untuk maksud yang pelbagai ragam pula Berdasarkan penutur, kita nenemukan dialek daerah dan dialek sosial. Berdasarkan penggunaannya, kta menemukan ragam jurnalistik, ragam sastera, ragam ilmiah, dan sebagainya Dalam masyarakat tertentu, terdapat variasi bahasa yang dibedakan berdasarkan status penggunaannya, iaitu variasi bahasa tinggi dan variasi bahasa rendah

VARIASI DAN STATUS SOSIAL BAHASA Variasi tinggi digunakan dalam situasi rasmi, seperti pidato kenegaraan, pengantar pendidikan, khutbah, surat menyurat rasmi, lokakarya, seminar, persidangan, dan sebagainya. Variasi tinggi ini mesti dipelajari secara formal di sekolah Variasi rendah digunakan dalam situasi tidak formal di rumah, di warung, di jalan, surat peribadi dan catatan sendiri. Variasi ini dipelajari secara tidak formal dalam masyarakat umum Perbedaan bahasa tinggi dengan bahasa rendah, iaitu kehadiran dua kelainan Bahasa baku, dinamakan diglosia. Contohnya, bahasa Arab dalam situasi rasmi dengan bahasa Arab dalam situasi tidak rasmi

VARIASI BAHASA tinggi rendah bahasa Yunani katherevusa dhimotiki bahasa Arab al-fusya d-darij bahasa Jerman-Swiss schriftsdrache schweizerdeutsch bahasa Melayu baku tidak baku

KOSA KATA tinggi rendah bahasa Yunani ikos spiti rumah idhor nero air ala ma tetapi bahasa Arab ma eh apa anfun manaxir hidung al’ana dilwa’ti sekarang bahasa Melayu wang duit tidak tak suami laki

PENGGUNAAN BAHASA Pelbagai ragam bahasa menimbulkan masalah. Walaupun terdapat peraturan bahasa (tatabahasa), namun penggunaannya bergantung pada budaya bahasa. Misalnya dalam sistem penggunaan kata ganti diri dan panggilan Contoh: aku, kamu, kita, engkau, saudara, anda, kami, beliau, haji, pak cik, mak cik…

UNSUR KOMUNIKASI latar tempat dan waktu percakapan penglibatan dalam percakapan maksud dan hasil percakapan bentuk dan isi percakapan tatacara dan teknik percakapan jalur percakapan norma perilaku penutur kategori dan ragam percakapan

KONTAK BAHASA Kontak bahasa mudah terjadi dalam masyarakat terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme dan multilingualisme dengan pelbagai ragam kasusnya seperti interferensi, integrasi, alih kod dan campur kod Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu, terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan untuk maksud tertentu Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan monolingual, unilingual atau monoglot. Yang menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan yang menguasai lebih daripada dua bahasa dinamakan multilingual, plurilingual atau poliglot Bilingual bermaksud: penguasaan dua bahasa yang sama baik, penggunaan dua bahasa secara bergantian, dan kemampuan seseorang menghasilkan pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya

PERISTIWA BAHASA interferensi: kemasukan unsur bahasa lain telah menyebabkan penyelewengan dalam kaedah bahasa yang digunakan dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon integrasi: unsur daripada bahasa lain sudah digarap, diperlakukan dan digunakan sebagai sebahagian daripada bahasa sasaran. Unsur yang diintegrasikan itu termasuklah sebutan, ejaan dan tatabahasanya alih kod: penggunaan suatu kod (bahasa atau ragam bahasa tertentu) ke dalam kod yang lain (bahasa atau ragam bahasa lain). Alih kod boleh juga terjadi kerana perubahan situasi atau perubahan topik perbincangan, bergantung pada hakikat dengan siapa seseorang itu bercakap atau di mana dia bercakap campur kod: dua kod atau lebih digunakan bersama tanpa alasan yang munasabah, dan terjadi dalam suasana santai. Campur kod yang terjadi dalam situasi formal disebabkan oleh ketiadaan perkataan dalam bahasa sasaran

BAHASA DAN BUDAYA Bahasa dan budaya juga menjadi objek kajian linguistik makro, iaitu dari segi bagaimanakah bentuk hubungannya Hipotesis Sapir-Whorf mengatakan bahawa bahasa mempengaruhi kebudayaan, iaitu bahasa mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Dalam bahasa yang mempunyai kategori kala dan waktu, masyarakat sangat prihatin tentang perkara itu Kebalikan daripada hipotesis Sapir-Whorf ialah pendapat yang mengatakan bahawa kebudayaanlah yang mempengaruhi bahasa. Misalnya konsep nasi dan salji berbeda dalam beberapa bahasa di dunia Masyarakat yang kegiatannya terbatas, mempunyai kosa kata yang terbatas jumlahnya. Masyarakat yang terbuka mempunyai kosa kata yang sangat banyak. Misalnya bahasa Inggeris mempunyai 600 ribu kata masukan dan bahasa Melayu mempunyai 160 ribu kata masukan

KONSEP BAHASA, MANUSIA DAN BUDAYA De Saussure menjelaskan konsep bahasa, manusia dan budaya dalam konteks hubungan benda / perkara / peristiwa dengan lambang seperti yang berikut: + GAMBARAN AKUSTIK KONSEP TANDA LINGUISTIK

ASPEK BAHASA Aspek bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu bentuk (arus ujaran), dan makna (isi) Aspek bahasa ini dilaksanakan melalui empat kegiatan berbahasa, iaitu keterampilan: > menyemak > bertutur > membaca > menulis

ASPEK BAHASA Menyemak ialah proses kegiatan mendengarkan lambang lisan dengan penuh perhatian, pemahaman, apresiasi serta pentafsiran untuk memperoleh maklumat, menanggap isi serta memahami makna komunikasi yang disampaikan melalui bahasa lisan Bertutur ialah keterampilan pengucapan kata, terutama dari segi ketepatan bunyi dan makna Membaca ialah proses memetik serta memahami makna yang terkandung dalam bahan bertulis, sama ada membaca kuat atau membaca senyap Menulis ialah suatu kegiatan yang produktif dan ekspresif. Struktur kata dan kosa kata dimanfaatkan secara tuntas bergantung pada fikiran, organisasi dan penggunaan kata atau struktur ayat

BENTUK BAHASA Bentuk bahasa ialah bahagian bahasa yang dapat dicerap oleh pancaindera melalui penyemakan (pendengaran) atau pembacaan Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua yang besar, iaitu bahasa lisan dan bahasa tulisan. Bentuk bahasa itu pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental dan unsur suprasegmental Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental

BENTUK BAHASA Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat dirincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran) Makna ialah isi yang terkandung dalam bentuk bahasa yang dapat mewujudkan reaksi tertentu. Bidang ini dikaji oleh semantik

FUNGSI BAHASA Fungsi bahasa secara umum: > Untuk tujuan praktis, iaitu bahasa sebagai alat komunikasi dalam pergaulan sehari-hari > Untuk tujuan estetika, iaitu sebagai alat pemuasan rasa estetika > Untuk tujuan kecendekiaan, iaitu sebagai alat pengajaran dan pemelajaran ilmu pengetahuan > Untuk tujuan filologi, iaitu sebagai alat mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa dan bangsa, budaya dan pengembangan bahasa > Untuk tujuan pelestarian kebudayaan > untuk tujuan ekspresif, iaitu bahasa digunakan untuk mengungkapkan idea dan perasaan individu Fungsi bahasa secara khusus bergantung pada kepentingan nasional sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, dan sebagai bahasa negara

FUNGSI BAHASA Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai: > lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya > lambang jati diri nasional yang mengekang kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu > alat pemersatu masyarakat yang berbeda latar budaya dengan pelbagai kepentingan > alat perhubungan antara daerah dan antara budaya yang saling merentasi

FUNGSI BAHASA Sebagai bahasa negara, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai: > bahasa rasmi negara yang digunakan dalam upacara, peristiwa dan aktiviti kenegaraan secara lisan atau tulisan > bahasa pengantar di institusi pendidikan dari peringkat dasar hingga institusi pengajian tinggi (IPT) > bahasa rasmi dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara, iaitu antara sektor awam dengan swasta, dan antara kerajaan dengan masyarakat umum > bahasa rami dalam pengembangan kebangsaan dan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam dunia globalisasi

Bahasa ialah maha jati diri manusia FUNGSI BAHASA Daripada fungsi tersebut, jelaslah bahawa dengan bahasalah manusia berkata benar, dusta, munafik, memfitnah, setia, idealisme, mengembangkan imu, sastera dan budaya, dan beramal saleh Bahasa ialah maha jati diri manusia

PERISTIWA BAHASA PENUTUR PENDENGAR MAKSUD PEMAHAMAN (perucap) (pascaucap) PENYANDIAN TRANSISI PEMBACAAN (encoding) (peralihan) FONASI AUDISI (pengucapan) (pendengaran)

PENGARUH BAHASA PENGIRIM PENERIMA BENTUK MAKLUMAT SALURAN SANDI (ubah suaian fonologi pada bentuk tatabahasa yang digandingkan dalam ucapan yang bersambungan, boleh berupa gradasi vokal, elipsis atau pemendekan. Contohnya dalam bahasa Inggeris don’t daripada do not) JUDUL TOPIK LATAR SITUASI

KESIMPULAN Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek dalaman dan luaran Aspek bahasa dapat digarap melalui bentuk dan makna Fungsi bahasa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi umum dan fungsi khusus yang dijelmakan melalui peristiwa bahasa dan pengaruh bahasa

MADAH PUJANGGA SAHABAT TERDEKAT TIDAK HANYA MEMBUATKAN HIDUP KITA , JADI PANCARONA, TETAPI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA KEHADIRAN KITA, BERERTI UNTUK ORANG LAIN Wahai anakanda ingatlah amanat cari olehmu ilmu bermanfaat jangan dikira jauh dan dekat supaya kelak hidupmu selamat