PELAJARAN 3 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH
FIRMAN ALLAH HAFAZAN (surah Al-Imran,26)
MAKSUDNYA Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ALLAH MAHA BERKUASA Maksud “Kuasa Pemerintahan” Kerajaan Maksud Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan Memiliki kuasa sepenuhnya terhadap seluruh makhluk di alam semesta ini.
ALLAH PENENTU KEMULIAAN Allah SWT berhak memulia atau menghina sesiapa yang dikehendaki Sebagai hamba , kita hendaklah patuh dan tunduk kepada Allah SWT
SEBAB-SEBAB KEMULIAAN DAN KEHINAAN. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Berdoa,berusaha dan bertawakal. Berbuat baik sesama manusia Berusaha bersungguh-sungguh ke arah kebaikan
KEHINAAN Tidak melaksanakan perintah ALLAH SWT. Melanggar larangan ALLAH SWT. Tidak menjaga hubungan baik sesama manusia. Tidak mahu berubah.
CARA MENGHARGAI NIKMAT ALLAH SWT Rezeki kurniaan Allah SWT hendaklah digunakan untuk: 1 Menyara kehidupan diri dan keluarga 2 Melakukan kebajikan (sedekah). 3 Berusaha memajukan diri, masyarakat dan negara.
AKIBAT TIDAK MENGHARGAI NIKMAT ALLAH SWT INDIVIDU 1-Kehidupan menjadi sia-sia 2-Menjadi makhluk perosak yang dibenci Allah SWT
MASYARAKAT DAN NEGARA 1 Masyarakat porak peranda 2 Negara hancur dan musnah
ALAM SEKITAR 1 Pencemaran berlaku dan membahayakan 2 Negara hancur dan musnah
PENGAJARAN AYAT 1. Sentiasa meyakini kekuasaan Allah dalam kehidupan. 2. Redha dengan segala Qadha’ dan Qadar Allah. 3. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dan masyarakat. 4. Memberi sumbangan untuk kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara.