BBM 3107 : Pengantar Stilistik– Bersemuka Kedua 12 Mei 2018

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Advertisements

BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA
APLIKASI BAHASA DALAM ANALISIS TEKS SASTERA
PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD
AIMAN DANIEL & AMMAR SUFI
Jenis-jenis Wacana Lisan
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
BBM 3107 : Pengantar Stilistik– Bersemuka Kedua
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD
Estetika Logik dalam Teks Sastera
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
KULIAH 1: KONSEP SASTERA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
BBM 3107 : Pengantar Stilistik– Bersemuka Kedua 12 April 2014
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kuliah 4 Seni Bahasa dalam Karya Sastera
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
PROSEDUR KLOZ.
Kepelbagaian Perubahan Makna
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
KULIAH 1: KONSEP SASTERA
APLIKASI BAHASA DALAM ANALISIS TEKS SASTERA
Kuliah 14 Stilistika : Penelitian Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Kuliah 13 Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Kuliah 6 APLIKASI BAHAN SASTERA DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
PEMIKIRAN KRITIS.
BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

BBM 3107 : Pengantar Stilistik– Bersemuka Kedua 12 Mei 2018 PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD JBM, FBMK,UPM. arbaie@upm.edu.my 013-3641145, 03-89468662

Fokus Perbincangan Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera Bahasa Dan Sastera: Dari Prespektif Kajian Bahasa Bahasa Sastera Cerminan Budaya Masyarakat Teks Sastera Berdasarkan Penelitian Linguistik Format Peperiksaan Akhir

Bahan Pembelajaran Modul Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – BBM 3107 (Unit-unit tertentu) Arba’ie Sujud. 2010 . Apresiasi Bahasa: Interpretasi dan Ekspresi.Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

Hubungan dan Sastera B A H N S T E R Bahasa Sastera KEHALUSAN

Hubungan Bahasa dan Sastera Perkaitan Bahasa dan Sastera? Komunikasi Kesenian/Kehalusan Kuasa Bahasa. Berfungsinya bahasa, sehingga dapat merobah tanggapan, perasaan dan keperibadian seseorang. Bahasa mempunyai kuasa -Aristotle

Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’.

Deviasi dari Prespektif Stilistik Deviasi bahasa semakin jelas dilihat jika sistem dalam sesuatu bahasa semakin terperinci. Deviasi - penggunaan bahasa yang terkeluar daripada sistem peraturan tatabahasa. Penyimpang diklasifikasikan mengikut bidang/disiplin bahasa.

Aspek Deviasi Bahasa Penyimpangan Morfologi - Morfologi bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Penyimpangan Sintaksis- Ayat yang tidak selamanya mengikut rumus tatabahasa. Penyimpangan Semantik - kata yang digunakan menyimpang daripada rumus tatabahasa tetapi sesuai digunakan untuk mendapatkan ketepatan dengan pernyataan perasaan serta pengalaman penulis.

Repitasi Perulangan dilakukan dengan sengaja dan mempunyai tujuan tertentu. Perulangan- rima, diksi, baris dan frasa, sintaksis dan rangkap. Perulangan -rima adalah perulangan bunyi akan menghasilkan bentuk tertentu- bentuk konvensional, semi-konvensional atau bebas.

Perulangan Baris- bertujuan menambah keindahan, bentuk dan pola puisi. Perulangan baris panjang, baris pendek dan baris seimbang. Perulangan baris menghasilkan bentuk dan pola puisi tradisional / moden / bebas Menghasilkan kebebasan & keterbukaan pemikiran idea yang digagaskan.

Penggabungan teknik perulangan baris dengan embjement dilakukan untuk menghasilkan bentuk visual sajak. Perulangan baris - menghasilkan bentuk lihatan sajak bebas dengan baris-barisnya tidak seimbang. Menghasilkan bentuk / pola sajak konkrit atau visual (RB&AS:101)

Pemilihan kata atau diksi menghasilkan bentuk lihatan.(RBAS:104). Pemilihan diksi, penyusunan kalimat serta bentuk-bentuk ada kaitan dengan makna. Perulangan kata sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesebuah sajak bertujuan tertentu. Perulangan merupakan teknik -menerapkan elemen bahasa secara maksimum melalui kata, frasa dan kalimat mengikut kesesuaian untuk menyampaikan pemikiran. (RBAS:105)

Perulangan perulangan bertujuan untuk mempertegas sesuatu penyataan atau pemikiran. Kepelbagaian perulangan menimbulkan keragaman. Perulangan bukanlah sesuatu pembaziran tetapi merupakan satu daripada ragam bahasa dalam karya kreatif imaginatif.

Kuliah Bersemuka Kedua Stilistika : Penelitian Bahasa dan Sastera 11/13/2018

Hubungan Bahasa dan Sastera Bahasa sebagai medium – alat untuk menyampaikan maksud/maklumat. Sifat bahasa sastera Emotif Diskriptif dan imaginatif Kepelbagaian makna Tersirat dan tersurat Ragam kreatif 11/13/2018

Bahasa Sastera Lambang yang digunakan mengandungi makna-makna tertentu yang dapat mewakili maksud atau garapan idea penulis dan khalayak. Setiap lambang mempunyai makna. Lambang adalah sistem bahasa. Bahasa sastera hidup dan sentiasa berkembang. 11/13/2018

Fungsi Bahasa Kepada Penulis Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Apakah maksud pernyataan tersebut? Nyatakan rasionalnya, seorang penulis perlu menjadi tukang sibuk? Bagaiamana bahasa berfungsi memperjelas maksud. 11/13/2018

Bahasa Penulis Retorik Idealisme. Imaginasi dan fantasi Cerminan dan lontaran idea. Tanggung jawab sosial 11/13/2018

Tanggapan “Bahasa Sastera” Bahasa jiwa. Bersifat emosional Orang seni / santun Bagaimana penerimaan anda jika dikatakan begitu? Mengapa? Bagaimana? Kenapa? 11/13/2018

Kekuatan Bahasa dan Sastera Makna yang disampaikan. Kehalusan penyampaian Keluhuran penafsiran Kebijaksanaan Kebenaran Ketulusan dan ketelusan 11/13/2018

Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA DAN SASTERA 11/13/2018

FOKUS Pengajaran Bahasa – SISTEM BAHASA Penggunaan bahan Sastera – SENI BAHASA 13-Nov-18

SISTEM BAHASA Tatabahasa Morfologi penggolongan kata Pembentukan kata KN, KK, KA Pembentukan kata Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan, pengimbuhan Struktur kata Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku kata 13-Nov-18

Sintaksis Frasa Klausa Pola ayat Jenis ayat FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS Jenis ayat Ayat Penyata Ayat tanya Ayat Perintah Ayat seruan 13-Nov-18

Bentuk ayat Ragam ayat Ayat tunggal Ayat majmuk Ayat pasif Ayat aktif 13-Nov-18

Sistem Ejaan Sebutan dan Intonasi Kosa Kata Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Sebutan dan Intonasi Kosa Kata sinonim antonim 13-Nov-18

PERIBAHASA Simpulan bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan Lidah pendita Tamsil Ibarat 13-Nov-18

Peluasan Untuk tujuan pengayaan bahasa dan penilaian bahasa dari sudut makna dan taraf peribahasa dapat berfungsi sebagai SENI BAHASA . Penekanan bercirikan komponen dalam disiplin bahasa yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. 13-Nov-18

Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA DAN SASTERA: DARI PRESPEKTIF KAJIAN BAHASA 11/13/2018

Bahan Sastera dalam P&P Bahasa Penggunaan bahasa Seni bahasa Unsur Nilai / pengajaran / nilai murn Tersurat / tersirat Struktur bahan (tema / persoalan/ watak dan perwatakan / latar / gaya bahasa / nilai

PENGGUNAAN BAHASA Seni Bahasa – unsur bahasa sastera yang memiliki nilai estetik / berseni / mengandungi pemikiran tersurat dan tersirat yang diungkapkan melalui : Bahasa kiasan Ragam bahasa

Bahasa Kiasan Bentuk bahasa yang merujuk sesutu dengan mengkiaskan dengan pekara lain secara penyebutan perbandingan langsung atau tidak Kurus macam lidi Lebai Malang

Kiasan Asal Kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang Cantik bagai bidadari Kulitnya halus, sehalus telur dikupas

Kiasan berpindah Kiasan yang tidak menyebut bandingan secara langsung Telinga kuali Tidur ayam

Kiasan Terus Kiasan yang mempunyai makna yang berlainan dengan makna asal Kutu embun Harimau berantai

Kiasan bersajak Kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbungga atau bersajak . Sudah gaharu, cendana pula, Sudah tahu bertanya pula

Kiasan Berbunga Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang berbunga / diksi indah Dunia ini luas bagi mereka yang bercinta (Hujang Pagi)

Kiasan Pemanis Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis mengikut kesesuaian budaya Kamar kecil Pergi ke sungai besar Meninggal dunia

Kiasan berkacau Kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara bahagian tertentu yang mengandungi unsur tidak logik. Diam seribu bahasa

Percambahan Idea 1 Berdasarkan genre sastera yang anda kenal pasti : Tentukan contoh-contoh bahasa kiasan yang dapat dikesan. Berikan maksud / interpretasi maksud bahasa kiasan yang dikenal pasti Apakah tujuan penggunaan bahasa kiasan yang dikenal pasti?

Ragam Bahasa Ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang penggunaan yang bertujuan untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memperoleh kesan

Bahasa Sindiran Pernyataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang yang tidak ditujukan secara tepat / dikias-kias. Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga (sindiran)

Bahasa Menggiat Seperti bahasa sindiran yang lazim bertujuan mengusik, bergurau atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan. Boleh tahan jugak orang tua ni! Amboi, besarnya hati kawan kita nak kahwin dengan puteri raja.

Bahasa Mengejek Bahasa yang mengata / mengejek seseorang atau kumpulan dengan penggunaan kata yang memperlihatkan keburukan. Kata tersebut boleh menerbitkan rasa marah kepada mereka yang berkenaan. Cerminlah betul-betul muka tu dulu. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dalam.

Bahasa Terbalik Diksi yang mempunyai maksud yang berlainan. Hai, awal bangun, ayam pun tak masud reban lagi. Makanlah jangan malu-malu. Kat dalam tu ada banyak lagi!

Bahasa turun Bahasa yang menurun daripada beremotif tegang ke kendur. Lazim mengungkapkan unsur kelucuan. Malang benar nasibnya. Dah jatuh ditimpa tangga, terhempap pula dek pasu bunga. Mula-mula hilang kereta, lepas tu tunang, dan baru ni hilang kawan…

Bahasa Naik Diksi yang mengungkapkan emotif dari kendur ke emotif tegang untuk menuju puncak makna. Sesuatu bangsa yang maju tidak cukup hanya dengan pemimpin yang bijak dan bercita-cita, tetapi memerlukan angkatan muda yang bukan saja cergas, tetapi juga bercita-cita. (Usman Awang)

Bahasa Besar Bahasa yang mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan dan ada ketikanya tidak masuk akal. Merdu suaranya tiada tolak banding, burung yang terbang, terhenti terbangnya, air yang mengalir terhenti alirnya…

Bahasa Kecil Bahasa yang menggambarkan sesuatu yang kecil untuk tujuan merendahkan diri walaupun hakikatnya tidak. Makanlah seadanya, inilah yang mampu dihidangkan.

Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA SASTERA CERMINAN BUDAYA MASYARAKAT

Ciri-Ciri Bahasa Sastera Emotif / Ekspresif Menimbulkan kesan emosi yang pelbagai Mengandung kepelbagaian makna Kesesuaian mengikut konteks & situasi

Gambaran masyarakat Berbudi & Membalas budi Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik di kenang juga.

Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjung; Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

Penelitian Bahasa Pemilihan kata / diksi Kesepadanan pola rima (abab) Makna khusus k konsep budi bahasa

Unsur Nasihat “Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga” “Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah dia” “Ikut hati mati, Ikut nafsu lesu Ikut rasa binasa”.

Kesatuan/Keakraban “Yang capik datang bertongkat, Yang buta meraba Yang pekak leka bertanya Yang jarak tolak tolakan, Yang kurap mengekor angin”.

Pertanggungjawapan “Yang capik penghalau ayam, Yang buta penghembus lesung, Yang pekak pembakar meriam, Yang kurap pemikul buluh, Yang pekung di penjemuran”.

Kritik / Ejekan “Puas sudah ku tanam ubi, Nanas datang dari seberang Puas sudah ku tanam budi Emas juga dipandang orang”.

“Apa guna kepok di ladang, kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati”.

“Sepandai-pandai tupai melompat, ada kalanya jatuh ke tanah jua”. “Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke pantai jua”

Kuliah Bersemuka Kedua TEKS SASTERA BERDASARKAN PENELITIAN LINGUISTIK 11/13/2018

Aspek Linguistik Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik 13-Nov-18

’ Ibu seperti aku. Tidak dapat berbuat apa-apa ’ Ibu seperti aku. Tidak dapat berbuat apa-apa. Malah kami tidak dapat pergi ke tempat bapa rebah-rempah tersungkur sebab kami juga tentu akan menerima nasib yang sama seperti bapa. Tapi kami tak boleh hanya peluk tubuh saja. Berserah tanpa usaha macam mengalah. Hidup perlu diteruskan. Perlu. Aku perlu berbuat sesuatu 13-Nov-18

Analisis Morfologi Penggolongan kata Kata dasar ; rebah Kata terbitan ; tersungkur Kata ganda ; rebah-rempah Kata majmuk; peluk tubuh 13-Nov-18

Analisis Sentaksis Ayat tunggal – Ayat yang terbina daripada dua bahagian subjek dan predikat. “Ibu seperti aku” (S + P) Ayat majmuk – Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Malah kami tidak dapat pergi ke tempat bapa rebah-rempah tersungkur sebab kami juga tentu akan menerima nasib yang sama seperti bapa. 13-Nov-18

Analisis Ayat Majmuk Kenal pasti Jenis Ayat Majmuk AM gabungan (mencantumkan dengan kata hubung dan, atau, tetapi) AM pancangan (TBD;483) AM campuran Tentu mereka sedang mengikat kaki dan tangan bapa untuk mengusungnya pergi. 13-Nov-18

Analisis Semantik Penentuan makna Makna selapis Makna berlapis Tentu mereka sedang mengikat kaki dan tangan bapa untuk mengusungnya pergi. 13-Nov-18

Analisis makna Siapa watak yang digambarkan dalam petikan tersebut? Manusia Bukan Manusia “Dan kini aku teringat apa yang diceritakan oleh bapa bahawa kami adalah jenis makhluk yang lemah dan selalu malang” 13-Nov-18

Dalam kehidupan ini, bangsa kami dilahirkan untuk diburu, dikejar, dibunuh, dan daging kami dimakan.....’ 13-Nov-18

Manusia itu tentu masih ada di situ, tentu mereka sedang mengikat kaki dan tangan bapa untuk mengusungnya pergi. Dan kini aku teringat apa yang diceritakan oleh bapa bahawa kami adalah jenis makhluk yang lemah dan selalu malang. Dalam kehidupan ini, bangsa kami dilahirkan untuk diburu, dikejar, dibunuh, dan daging kami dimakan.....’ 13-Nov-18

BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA PEMBACA

Latar belakang Bahasa mula berkembang dan menjadi medium komunikasi semenjak wujudnya manusia di muka bumi ini. Hubungan antara bahasa dan manusia sangat erat. Manusia menggunakan bahasa untuk tujuan komunikatif.

Bahasa dalam Karya Sastera Perkaitan Bahasa dan Sastera? Komunikasi Kesenian/Kehalusan Kuasa Bahasa. Berfungsinya bahasa, sehingga dapat merobah tanggapan, perasaan dan keperibadian seseorang. Bahasa mempunyai kuasa -Aristotle

Kedudukan Bahasa dalam Sastera Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’.

Penulis & Bahasa? Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)

Bahasa teks Sastera Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka. Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian. Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.

Rangsangan “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka” “Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

Analisis Bahasa Suasana tegang/ situasi berkonflik. Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis) Ayat yang digunakan pendek. Ayat tunggal (satu S+P) 1. “Bagi abang / peluang” 2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”

Kenapa? Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”

Morfologi Perulangan kata Tak sangka Peluang Tak ada pilihan Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.

Sekian, terima kasih

Contoh Bahan Batang kelapa itu tumbang melintang arus. Pucuknya tersembam di tebing seberang. Patah. Terkobak kulit muda, berkecai umbut-umbut, berlipatan-lipatan mayang-mayang. Dan buah-buah-buah – tak kira tua tak kira dara – terpelanting berselerak bersepah. Di bawahnya terhampar arus keruh yang deras mengalir mengiringi sampah-sampah busuk, lumut-lumut berselut, bangkai kembung berumutan ulat, tin-tin kosong berkarat dan maut. 13-Nov-18

Kenal pasti Objektif Mengenal pasti jenis kata ganda dalam ayat. (Sistem Bahasa) Menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan. (Sistem Bahasa) Membincangkan penggolongan kata yang terdapat dalam petikan. (Sistem Bahasa) Menjelaskan nilai atau pengajaran yang dapat dikenal pasti dalam petikan yang diberikan. (Seni Bahasa) 13-Nov-18

Aspek Bahasa Sistem bahasa Kata ganda Kata kerja Penggolongan kata Sintaksis Perbendaharaan kata 13-Nov-18

Contoh Kata Ganda Contoh Kata Ganda Dalam Teks umbut-umbut, berlipatan-lipatan mayang-mayang, buah-buah, sampah-sampah, lumut-lumut , tin-tin. Fungsi Kata Ganda Menunjukkan jamak/ banyak Kesesuaian penggunaan kata ganda dalam teks sastera / Analisis 13-Nov-18

Penggolongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Sendi 13-Nov-18

Penggolongan Kata dalam Teks Sastera - Kata Nama : [Batang kelapa , arus]. Kata Kerja : [terpelanting, mengalir] Kata Adjektif : [deras, berselut, berkarat] Kata Sendi : [di, dan] Kesesuaian penggunaan kata dalam teks yang diteliti. 13-Nov-18

Penerapan Seni Bahasa Seni bahasa merujuk kepada keindahan bahasa. Bahasa sastera memiliki nilai keindahan/ estetik. Keindahan bahasa sastera dikesan melalui diksi , ayat. Seni bahasa merangkumi aspek makna / makna konotasi. 13-Nov-18

Contoh Analisis Seni Bahasa Unsur perorangan / persenofikasi Nilai emotif Sampah-sampah busuk Lumut-lumut berselut Apresiasi bahasa Cipta puisi / sajak Slogan 13-Nov-18

Contoh bahan Pahlawan! jika hilangmu tanpa pusara jika hilangmu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya 13-Nov-18

Kenal pasti Objektif Mengenal pasti kata ganti nama diri dalam petikan. Menjelaskan maksud rangkap puisi yang diberikan secara lisan. Menjelaskan jenis perulangan yang terdapat dalam petikan puisi tersebut. 13-Nov-18

Aspek Bahasa Sistem bahasa Kata ganti nama diri Penulisan kata singkatan Fungsi kata Perbendaharaan kata 13-Nov-18

Seni bahasa Unsur penegasan Unsur perulangan Kontradiksi Nilai emotif Sebab dan akibat Ciri-ciri pahlawan Apresiasi bahasa Cipta prosa memprosakan 13-Nov-18

KEDUDUKAN BAHASA DALAM TEKS SASTERA 11/13/2018

Bahasa bagi pengarang - senjata ampuh yang dapat merentas dan menyaring setiap inci cebisan lara dan peristiwa (Croce : 2002). Medium komunikatif - berkongsi maklumat, menyampaikan maksud tersurat / tersirat. Membangkitkan kesan kepada pembaca atau khalayak sasar.

Bahasa Sastera Karya sastera - kreatif imaginatif dilingkungi aturan gaya bahasa tertentu. Antaranya, gaya berseni yang dipancarkan melalui kehalusan, ketertiban, bersistem dan nilai estetik. Nilai estetik merupakan eleman penting dalam sesebuah karya sastera.

Bahasa Sastera Lambang yang digunakan mengandungi makna-makna tertentu yang dapat mewakili maksud atau garapan idea penulis dan khalayak. Setiap lambang mempunyai makna. Lambang adalah sistem bahasa. Bahasa sastera hidup dan sentiasa berkembang. 11/13/2018

Penanda Bahasa dalam Teks Sastera “…Aristotle – Bahasa mempunyai kuasa yang mampu mengubah tanggapan seseorang”. Penanda Estetik Penanda Gaya Kepengarangan Penanda Fungsional

Penanda Estetik Dikesan melalui penggunaan kata atau diksi yang diungkapkan. Contoh novel SN Arena Wati - serius dalam menimbulkan kesan emotif terhadap watak-watak yang ditanganinya.

“Hum, apa kau tau. ” Jaya bersungut perlahan seorang diri “Hum, apa kau tau?” Jaya bersungut perlahan seorang diri. “Kau perempuan”. Besok kalau kau sendiri tidak berhasil mencari nafkah, kau akan diberi makan oleh lelaki. Tapi aku? Aku mesti menanggung diriku sendiri. Aku mesti menanggung emak dan adik-adikku. Dan kalau aku kawin kelak, isteri dan anak-anakku tertanggung atas bahuku.” (Gandaria:23)

Keputusan hari ini menentukan realiti hari esok.  Orang yang hanya leka berhati-hati, tidak akan sampai ke mana. Rebut peluang! Pegang pimpinan! Kendalikan!  Lebih baik membuat yang tidak sempurna daripada tidak membuat yang sempurna. (Begawan:17)

“Ambil secawan ehsan. Adun dengan kasih sayang “Ambil secawan ehsan. Adun dengan kasih sayang. Kukus dalam dandang kesabaran. Jerang atas tungku iman kepada Allah. Hidang dalam dulang senyum riang. Suap dengan tangan kemahiran. Kunyah dengan mulut yang bestari. Maka bergembira dan bersyukurlah, kerana dengan itu engkau telah menikmati rezeki yang direstui … “ (Begawan:81)

Penanda Gaya Kepengarangan Gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang menggambarkan diri pengarang itu sendiri yang menyediakan kerangka pemikiran mendalam. Contoh SN Muhammad Haji Salleh - Karyanya menyajikan wahana keilmuan yang bukan sekadar kreativiti kosong penulis tetapi dipadatkan dengan imaginasi.

Bahasa mempunyai fungsi yang besar dalam karya sastera. Setiap pengarang sedapat mungkin memilih kata yang cermat dan berhemah untuk diwajarkan dengan tujuannya. Misalnya menegur, mengkritik, menasihati atau memberi peringatan ada tatacara tertentu yang digunakan oleh pengarang.

“…bahasa pada dasarnya cukup lembut, tetapi kelembutan ini pula pelbagai jenis dan nilainya. Seseorang yang ingin menggunakannya dengan baik, tidak dapat tidak, harus mencari perkataan yang selari dengan perasaan, yang membawa konotasi melalui bunyinya. Pengisahan mula menjadi canggih apabila kemerduan muzik bahasa ditambah kepada bahasa dasar yang membawa maklumat”. (MHS:2000)

Penanda Fungsional Karya sastera adalah refleksi kehidupan masyarakat. Pengarang sewaktu menghasilkan karya mempunyai tujuan tertentu. Wujudnya perbezaan dalam mengetengahkan idea melalui olahan gaya bahasa yang tertentu. Kelainan persembahan walaupun yang dibincangkan sama atau hampir sama.

“…Langkah terawal untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menjadi pemerhati alam yang tekun dan pintar. Dia bukan sahaja harus mengenali musim dan pasang surut – rentak-rentak alam yang besar, tetapi harus melihat ke dalam rentak besar riak kecilnya – siput belitung, yang memanjat kayu sewaktu air pasang, belacak yang bermain di gigi air, pohon berembang dan bakau dekat pantainya. (MHS) …

Fungsi Bahasa Dalam Kajian Sastera Bahasa sebagai medium sastera (tradisional / moden). Tanpa bahasa karya sastera tidak berkembang / mati. Bahasa mencerminkan kekayaan makna yang diungkapkan dalam teks sastera. Bahasa sastera bertolak dari hakikat sesuatu yang biasa boleh menjadi luar biasa. Bahasa sastera bercirikan denotasi / konotasi 13-Nov-18

Kata Pujangga / Rumusan Kata-kata adalah cerminan jiwa. (Aristotle) Perkataan hanyalah perkataan, dan tanpa hati ia tidak mempunyai apa-apa makna. (Peribahasa Cina) Badan akan bercakap apa yang tidak diperkatakan oleh mulut (Confucius) Bahasa yang buruk merosakkan fikiran (James Adam)

Sekian, terima kasih

Skop Peperiksaan Akhir Dua Bahagian A dan Bahagian B Bahagian A – Soalan Objektif – Nota bersemuka 2, nota kuliah). Bahagian B – Esei – Jawab satu soalan sahaja daripada 6 pilihan soalan yang diberikan.

Format Menjawab Bahagian B Strukturkan Pendahuluan dan rangka jawapan perlu dinyatakan pada bahagian ini. Huraian – ayat topik, ayat huraian dan ayat contoh. Kesimpulan/rumusan. Elakkan menulis jawapan meleret-leret dan tidak berfokus. Jawapan hendaklah tepat dan padat. 11/13/2018

Keperluan Menjawab Penjelasan Konsep: Seni bahasa Sistem bahasa Deviasi / repitasi Sebaiknya perlu mengambil pandangan sarjana untuk memperkukuh hal tersebut. Fungsi / tujuan penggunaan aspek bahasa menggunakan teks sastera (Estetika/keindahan) 13-Nov-18

Sekian, terima kasih 11/13/2018