Program Kesihatan Mulut Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Program Kesihatan Pergigian Perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid sekolah dikendalikan oleh Bahagian Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini: menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi. menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah membekalkan pegawai melatih guru-guru pelatih di Institut-Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Program Kesihatan Pergigian Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid darjah satu hingga darjah tiga setiap tahun. Program ini selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Akiviti Program Kesihatan Pergigian Rawatan Pergigian keutamaan adalah kepada murid-murid pra sekolah, murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pencegahan Pergigian Pemflouridaan bekalan air Latihan memberus gigi murid sekolah rendah dan tadika.
Program Kesihatan Pergigian Objektif Program Kesihatan Pergigian; Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk di negara ini melalui perkhidmatan pergigian, penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemuliharaan serta memberi keutamaan kepada kumpulan sasar iaitu bayi, kanak-kanak pra sekolah, murid sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, warga istimewa, warga tua dan mereka yang kurang berkemampuan. Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut serta melakukan perubahan sikap.
Penglibatan Pihak Sekolah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di sekolah menekankan Prinsip-prinsip `Primary Health Care’ Peranan sekolah di dalam program ini adalah: Kebenaran untuk rawatan; Kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga murid utk sebarang rawatan ke atas murid sekolah. Penjadualan program pergigian: masa dan tarikh lawatan dan rawatan pergigian. Penyediaan tempat rawatan di sekolah; Kementerian pendidikan akan menyediakan bilik yang sesuai dan Kementerian Kesihatan akan menyumbangkan peralatan.
Penglibatan Pihak Sekolah Penglibatan sekolah di dalam aktiviti promosi kesihatan pergigian: Menerapkan unsur-unsur kesihatan di dalam pengajaran PJK. Latihan memberus gigi utk menanamkan tabiat memberus gigi dgn betul di kalangan murid. Membantu jururawat semasa ceramah pergigian Implementasikan polisi kantin di mana penjualan makanan yang tidak berkhasiat diharamkan. Kempen Kesihatan Pergigian Mingguan bersama, dengan pihak pergigian untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kesihatan pergigian.
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui: Klinik Pergigian Sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah Pasukan Pergigian Bergerak Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid sek. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sek, menggunakan peralatan mudah alih. Klinik Pergigian Bergerak Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian.
SEKIAN, TERIMA KASIH