Pelupusan Bahan Perpustakaan

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAYARAN.
Advertisements

(2007 – 2012) : ISU DAN CABARAN OLEH:
Pengurusan Kewangan di Sekolah
DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
Bengkel Modul Penamatan Perkhidmatan
TAKLIMAT KEWANGAN OLEH : BAHAGIAN KEWANGAN JKR PAHANG
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
TATACARA SURCAJ.
PENGELASAN SURATAN RASMI
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGURUSAN SISTEM FAIL
TATACARA SURCAJ.
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN PERDANA MENTERI
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP
PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN REKOD
PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM)
FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SISTEM FAIL DAN DOKUMENTASI.
HAK CIPTA DAN PERPUSTAKAAN
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2003
Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013
sistemfail/ashah/perkembanganstaf/2--5
PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
PENGURUSAN KEHILANGAN ASET ALIH KERAJAAN
TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA DI UniMAP
Selamat Sejahtera Pusat Sumber.
TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652)
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KURSUS INDUKSI UMUM
KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
TAKLIMAT PENGGUNAAN UTM-EMS
MODUL 2 PENGURUSAN STOK.
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
PERSEKITARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Tatacara Pengeluaran Bayaran
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA KERAJAAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته DAN SELAMAT PAGI
Pengurusan Koleksi Perpustakaan
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)
menghadiri kegiatan kokurikulum di sekolah?
SISTEM PERAKAUNAN [TERIMAAN] INTURA, Sungai Petani, Kedah
Oleh Aznur Umiza Abu Kassim Pustakawan
KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
PEKELILING PERBENDAHARAAN
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
TATACARA SURCAJ.
PERNIAGAAN DALAM NEGERI BAHAGIAN III
PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP) BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN
PENYELARASAN TERHADAP ASPEK KEWANGAN
TATACARA PROSIDING JENAYAH DAN PERINTAH TAHANAN.
PENGENDALIAN STOR DAN STOK
Pengurusan Tunai dan Hutang
SISTEM PEMBAYARAN.
PENGURUSAN PEROLEHAN Konsep perolehan Kaedah perolehan
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
SISTEM PENGURUSAN INVENTORI
PENGENALAN DAN PENGURUSAN KEHILANGAN WANG TUNAI KERAJAAN
PENGKATALOGAN DISEDIAKAN OLEH: Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
DOKUMEN PERNIAGAAN DAN SISTEM FAIL
FAIL MEJA.
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
PELUPUSAN BARANG-BARANG AWAM
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2 Tahun 1991
BENGKEL PENGURUSAN FAIL PANITIA SEKOLAH RENDAH
Transcript presentasi:

Pelupusan Bahan Perpustakaan Mesyuarat Penyelarasan Perpustakaan BTP/BTPN/PTPB & PKG: Perpustakaan Cemerlang Program Galakan Membaca & Galak Guna Perpustakaan

Latarbelakang Bahagian IV, Akta Arkib Negara 2003, (Akta 629), Larangan terhadap pemusnahan rekod awam, perkara 25. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

Latarbelakang (2) Seseorang yang berniat untuk memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam hendaklah: memberitahu Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan tentang niat untuk berbuat demikian: dan (b) dalam pemberitahuan itu, menyatakan sifat rekod awam yang berkenaan.

Latarbelakang Bagi maksud pelupusan bahan perpustakaan, peraturan adalah merujuk kepada peraturan pelupusan dalam Akta Arkib Negara 2003, (Akta 629), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 22/1975, Pelupusan Alatulis, Bahan Bercetak, Buku dan Sebagainya serta Surat Kementerian Kewangan, 3 November 1993, Pelupusan Bahan-bahan bercetak / Kertas Terpakai daripada Kementerian / Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun yang berkuatkuasa pada masa  ini.

Tafsiran Pelupusan adalah satu proses dimana sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan dan perlu dikeluarkan dari simpanan dan rekod. Mengikut Undang-undang Malaysia, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) pelupusan ertinya cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya.

Tafsiran Rekod pula mengikut undang-undang dan akta yang sama bererti bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya.

Kuasa Melulus Mengikut Undang-undang Malaysia, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Arahan Perbendaharaan 299, Kelulusan Arkib Negara dan Jabatan Audit Negara hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum tindakan pelupusan dan pemusnahan bahan perpustakaan dilaksanakan. Permohonan kelulusan hendaklah di alamatkan kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia dan cawangan negeri yang berdekatan disetiap negeri. Begitu juga dengan Jabatan Audit Negara.

Tujuan Pelupusan Pelupusan dilakukan ke atas bahan / koleksi yang mengalami kerosakan, kehilangan muka surat, kehilangan komponen, lebihan, usang atau ketinggalan dari segi teknologi. Oleh yang demikian, kelulusan dari badan yang bertanggungjawab atau perturunkan kuasa adalah perlu bagi bahan tersebut di lupus dan mengeluarkannya dari simpanan atau rekod pendaftaran. Pelupusan perlu dilakukan bertujuan; a. untuk menjimatkan ruang simpanan / stor yang terhad b. mengakaun / merekod kedudukan sebenar koleksi bahan c. kemaskini koleksi simpanan sedia ada.

Kriteria Pelupusan Kriteria pelupusan rekod terbitan, bahan bercetak dan audio visua adalah tertakluk dan merujuk kepada dasar dan polisi pilih buang (weeding process) bahan sesebuah perpustakaan. Antara kriteria yang diambil kira adalah; a. keadaan fizikal bahan yang rosak dan usang. b. Usia bahan yang lama dan maklumat yang tidak sah lagi. c. Bahan yang tidak pernah di pinjam dan guna oleh pengguna. d. Salinan bahan yang berlebihan. e. Bahan edisi lama dan akan terbit edisi baru. f. Bahan yang mengandungi unsur hasutan dan lucah.

Tatacara Pelupusan. Tatacara yang harus dipatuhi untuk melaksanakan proses pelupusan adalah: Melakukan proses pilih buang (weeding process) terlebih dahulu untuk menentukan bahan yang hendak dilupus benar-benar sesuai untuk dimusnahkan dan dikeluarkan dari rekod simpanan. Menyenaraikan bahan pustaka yang hendak dilupus menggunakan borang yang disediakan. ( Borang Permohonan Pelupusan Rekod Terbitan dan Bahan Bercetak atau Borang Permohonan Pelupusan Bahan Audio Visual)

Tatacara Pelupusan. Menghantar surat permohonan pelupusan kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara bersama senarai pelupusan bahan untuk kelulusan. Melaksanakan tindakan pelupusan setelah mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara. Menghantar borang maklumat pemusnahan ke Arkib Negara Malaysia setelah selesai proses pemusnahan / pelupusan dijalankan.

Kaedah Pelupusan Kaedah untuk melaksana cara pelupusan adalah tertakluk kepada Surat Kementerian Kewangan, bertarikh 3 November 1993, Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak / Kertas Terpakai Daripada Kementerian / Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun iaitu; Jualan melalui sebutharga bagi kuantiti yang banyak. Hasil jualan akan dikreditkan ke dalam akaun hasil jabatan. Jual terus kepada kilang-kilang kitar semula bagi kuantiti yang sedikit. Hasil jualan juga akan dikreditkan ke dalam akaun hasil jabatan. Pembakaran hendaklah dibuat mengikut peraturan semasa mengenai kualiti alam sekeliling dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kaedah Pelupusan Bahan yang mengandungi maklumat peribadi orang perseorangan hendaklah dikoyak atau dirincih sebelum tindakan penjualan. Pelupusan secara tanam hendaklah dilaksanakan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya sebarang benda hidup termasuk tumbuh-tumbuhan serta keadan alam sekitar tidak terancam. Cara-cara lain yang difikirkan sesuai.

Borang yang diguna pakai. Borang Permohonan Pelupusan Rekod Terbitan dan Bahan Bercetak. Borang Permohonan Pelupusan Alat Pandang Dengar. Borang Maklumat Pemusnahan Rekod

Rujukan; Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 22/1975. Pelupusan Alatulis, Bahan Bercetak, Buku dan Sebagainya. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1997. Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. Arahan Perbendaharaan, Bab C. ( A.P. 299) Buku yang belum digunakan dan usang. Surat Kementerian Kewangan, 3 November 1993. Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak / Kertas Terpakai Daripada Kementerian / Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun. Akta Arkib Negara 2003, ( Akta 629 )

Sekian & Terima Kasih Penolong Pengarah Unit Perpustakaan BTP & Rangkaian Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 03-2098 6612