DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
Advertisements

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KEBERHASILAN 2016.
PENTAKSIRAN PENILAIAN
STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
KEBERHASILAN 2016.
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENGETUA DAN GURU BESAR
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
PGA103.
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENOLONG KANAN
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Hotel Gurney Pulau Pinang
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Memahami tingkah laku manusia
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Jalan Batu Bungkal, Ipoh, Perak
DSKP SEJARAH.
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
DASAR SOSIAL NEGARA.
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
TOPIK 2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam KBSR
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
ujian pencapaian sekolah rendah (upsr)
Bahagian Pendidikan Guru 2006
Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
ISU ISU PENDIDIKAN.
Instrumen Keberhasilan Guru PdP
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
KEBERHASILAN 2016.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENOLONG KANAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KEBERHASILAN 2016.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
IMPLIKASI PENDIDIKAN WAJIB
PROJEK SEKOLAH BESTARI
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Instrumen Keberhasilan Guru PdP
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM 946 PENGAJIAN PERNIAGAAN.
Instrumen Keberhasilan Guru PdP
Isu-isu Bahasa Melayu Adi Yasran Abdul Aziz.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENGENALAN Pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif terdapat di dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kajian Tabiat Membaca oleh Perpustakaan Negara 1996 mendapati
: DISEDIAKAN OLEH : FAIZAH BINTI OTHMAN ( P54507 ) TAJUK KURSUS:
PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
Memahami tingkah laku manusia
Transcript presentasi:

DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Apakah tujuan sesuatu dasar dibuat Dasar (policy) Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara. Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya.

Dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama Kawalan Solusi atau penyelesaian masalah Kebajikan atau perkhidmatan Inovasi (Sufean Hussin, 2002)

Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan Tujuan utama adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.

Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Dasar 60 : 40 Dasar 1 pelajar 1 sukan Dasar PPSMI Dasar MBMMBI Dasar Keciciran Sifar Dasar Integrasi Nasional.

Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan. Oleh itu , memerlukan peruntukan kewangan. Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Yuran pendidikan percuma, Pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh, Biasiswa RMT

Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan, cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Jenis sekolah: Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Tumpuan sekolah: Sekolah Sukan, Sekolah Seni Bahan pengajaran: Berasaskan IT dan multimedia Kurikulum: ICT dalam pendidikan Pentaksiran: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Dasar-dasar berkaitan pendidikan di Malaysia: Pembangunan Insan Guna tenaga Perpaduan Bahasa Pengantarabangsaan Teknologi Pembentukan Negara Bangsa Dasar Pendidikan Holistik

1. Pembangunan Insan Dasar Pendidikan Wajib Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. 1 Murid 1 Sukan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2. Guna Tenaga Selepas merdeka wujud keperluan untuk membangunkan negara. Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang (pendidikan, teknik/vokasional, perubatan, kejuruteran dll). Dasar 60:40 Menggalakkan murid yang memperolehi sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR mengambil aliran Sains &Teknikal. Dasar Pendidikan Seumur Hidup Memberi penekanan kepada usaha membangunkan tenaga manusia berpendidikan tinggi Membuka peluang mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

3. Perpaduan Dasar Pelajaran Kebangsaan Dasar Pelajaran Kebangsaan: Pendidikan menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan perpaduan Sekolah Wawasan Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

4. Bahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia. Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an untuk menyumbang kepada perpaduan negara. Penghapusan sekolah aliran Inggeris secara berperingkat Dasar MBMMBI Murid sekolah rendah dan sekolah menengah telah mengikuti PPSMI pada atau sebelum 2010 boleh meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Ting 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.

5. Pengantarabangsaan Konsep globalisasi : dunia sudah menjadi tanpa sempadan Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden. Pendidikan Bertaraf Dunia Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Sekolah-sekolah dijenamakan semula Penggredan universiti Pengkoporatan universiti Peranan Sekolah: Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri tertentu bagi menghadapi persaingan global:

6. Teknologi Cabaran Keenam Wawasan 2020: Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang memendang ke depan yang bukan menjadi pengguna teknologi malah penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi. Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi. Mata pelajaran KDP Penawaran mata pelajaran Teknologi Maklumat MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001 selaras dengan keperluan sains dan teknologi.

7. Pembentukan Negara Bangsa Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar RIMUP menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar.

8. Dasar Pendidikan Holistik Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan. Markah murid dari tahun 1 – tahun 6 dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian. Markah keseluruhan akan digabungkan dari markah empat penilaian psikometrik (kecenderungan & sikap) kokurikulum, peperiksaan sekolah peperiksaan kementerian (Kepentingan UPSR hanya 30%).

Kesimpulan Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Perubahan dasar & hala tuju dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan - arus perubahan global - modenisasi