BBM 3206 Unit 5 Kuliah 1 Kepelbagaian Makna dan Makna Perkataan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Zazh/UPM
Pengenalan Kepelbagaian makna : Sinonim Antonim Homonim Polisemi Hiponim Homofon Zazh/UPM
Sinonim Mempunyai makna yang sama bagi kebanyakan himpunan perkataan. Contoh sedih,pilu,luluh. Tetapi tidak sama seratus peratus. Contoh- kecewa, kecundang, gagal, hampa,tumpas, kalah dsb. Kata-kata sama makna selalunya terdiri daripada pasangan kata yang dipinjam dengan perkataan yang asalnya. Contoh jemput-undang, warung-gerai dsb. Makna yang tidak sama seratus peratus- Contoh kereta-motokar, ekonomi-iktisad, politik dan siasah. Zazh/UPM
Perkataan daripada dialek Perkataan daripada dialek. Contoh pepatung-cikcibau, batas-jalan raya, ibu-emak-encik-umi. dsb. Mengubah makna mengikut konteks dan kawasan geografi. Contoh mangkat, wafat, mati, kojol, mampus, kejang, kerpus. Sinonim yang mewakili nilai yang berlainan. Contoh penyanyi-biduan, pelakon-seniman. Biduan dan seniman- sudah mencapai tahap yang tinggi dari segi kerjayanya. Zazh/UPM
Sinonim-kesamaan makna 1 Kesamaan makna /sinonim Contoh: tiba – sampai Bila dia tiba? Bila dia sampai Sampai bila keadaannya begitu? Tiba bila keadaannya begitu? Zazh/UPM
Kata –kata sama makna itu selalunya terdiri daripada pasangan kata yang dipinjam dengan perkataan asal yang ada dalam bahasa tersebut. Contoh: jemput(an) - undang(an) Kereta - motokar Zazh/UPM
Antonim- pertentangan makna Kata adjektif sejuk – panas tinggi – rendah hitam - putih Kata kerja menolak – menerima menangis – ketawa bangun – tidur membeli – menjual kerat - sambung Kata nama langit – bumi kakak - abang Pertentangan yang sukar * berjalan - berlari - berdiam duduk - berdiri - berbaring memasak – mandi, parang, bakul, tali dsb. Zazh/UPM
Antonim daripada awalan Progresif - regresif Prolog - epilog Prefiks - sifiks Ekspresi - impresi Induktif - deduktif Zazh/UPM
Antonim dari akhiran Seniman – Seniwati Olahragawan – Olahragawati Pemuda- Pemudi Siswa – Siswi Zazh/UPM
Ragam antonim Antonim komplementar (saling melengkapi) jahat - baik miskin – kaya hidup - mati Antonim berperingkat (pasangan yang berperingkat) lebih besar - kurang kecil lebih tinggi – lebih rendah c. Antonim Relasional (makna simetrikal) guru - murid penyuruh - pesuruh pengajar – pelajar employer - employee Antonim resiprokal ( pasangan yang bertentangan) memberi - menerima membina - meruntuh Zazh/UPM
Taringan, 1985:37 Kajian tentang antonim ini adalah satu cara yang efektif juga untuk meningkatkan perbendaharaan kata serta memperkembangkan atau meluaskan kosa kata kita. Dengan menggolongkan antonim-antonim, membantu kita berfikir dalam istilah-istilah yang memperbezakan atau konsep-konsep serta pernyataan yang bertentangan. Zazh/UPM
b. luka - cedera, tersinggung 1. Hiponim (Kekeluargaan)- perkataan yang mempunyai hubungan inklusif atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan. a. Kenderaan – kereta, lori, bas, basikal, kereta api dll. b. Serangga - lalat, lipas, semut dll. 2. Polisem ( mempunyai dua atau lebih makna. Bunyi dan ejaannya sama tetapi berbeza makna mengikut konteks tetapi mempunyai pertalian). a. badan - tubuh, lembaga b. luka - cedera, tersinggung c. telur. Ahli semantik tradisional mengatakan kaki manusia, kaki langit, kaki judi, kaki wayang adalah tidak sama, sebaliknya mempunyai makna yang berkaitan. Contoh dalam bahasa Inggeris : flash – pancaran cahaya, sekilas, berita kilat (newsflash) jalur warna. bright – shining , intelligent Zazh/UPM
3.Homonim – (dua kata yang ejaannya dan sebutannya sama/ entri yang maknanya tidak ada sangkut pautnya, daripada dua kata yang berlainan) – daki, kaki, * Dalam kamus, polisemi, segala makna akan disenaraikan sebagai satu kata masukan sahaja, sedangkan kata-kata yang homonim diletakkan sebagai kata-kata masukan yang berlainan. 4. Homograf – perang – perang semak – semak sepak - sepak selak - selak rendang-rendang perak -perak Zazh/UPM
5. Homofon - massa - masa, wat –wad, blue - blew 6. Mironim (hubungan sebahagian daripada)- atap, bumbung, dinding, lantai - rumah Zazh/UPM
Latihan Senaraikan ragam antonim dan berikan 5 contoh setiap satu. Terangkan maksud istilah dan berikan 5 contoh bagi setiap satu: a. Homonim b. Homofon c. Homograf d. Hiponim e. Polisemi Apakah maksud akronim? Zazh/UPM
TAMAT Sekian, terima kasih… Zazh/UPM