KULIAH M10 SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU (BBM3401)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Menyimak lafal, tekanan, intonasi, dan jeda yang baku dan yang tidak
Advertisements

Kelompok 4 Anom Sulton Iskandar ( )
Assalamu’alaikum Wr. Wb…
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
Kesantunan ejaan dan istilah
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN
Bahasa lisan dan tulisan Kelompok 2 : Arie stiawan Chania gusna devi Darmaji Edih suaedih.
Assalamu’alaikum Wr. Wb…
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
pemenggalannya--yang dilengkapi juga
Persembahan dari kelompok 1
PENGERTIAN KURIKULUM Kurikulum adalah seperangkat rencana dan pengaturan mengenai tujuan, isi, dan bahan pelajaran serta cara yang digunakan sebagai pedoman.
Ejaan dan Tanda Baca dalam Bahasa Indonesia
Bahasa Tulisan.
Kuliah III: EYD BAHASA JURNALISTIK
Pertemuan 4 EJAAN.
EJAAN BAHASA INDONESIA
Persembahan dari kelompok 1
PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA INDONESIA
PENGGUNAAN BAHASA INDONESIA DALAM PENULISAN KARYA ILMIAH
 Pada awal permulaannya, bahasa Indonesia ini berasal dari bahasa melayu, yang kemudian resmi dijadikan sebagai bahasa Nasional Negara Indonesia, karena.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Norfatinah Binti Jiamil PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010
PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4.
Jenis-jenis Wacana Lisan
BAHASA MELAYU MOHD SUFRI YAKUP PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011
Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
DSKP SEJARAH.
PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4.
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
UNIT 1: PROSES PENULISAN
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
BUNYI DIFTONG Diftong ialah dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu bunyi dan satu hembusan nafas sahaja Dilambangkan dalam dua huruf vokal. 3 jenis.
BUNYI KONSONAN Terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. 1. Bibir 7. Gigi Gusi - Lelangit keras 2.
Jenis-jenis Wacana Lisan
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3401 : BAHASA MELAYU TINGGI
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Isu-isu Bahasa Melayu Adi Yasran Abdul Aziz.
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Dr. Hasnah binti Mohamad /
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
Kursus kelestarian linus
Renungkan bersama Jika kita gagal untuk merancang, bermakna kita merancang untuk gagal…
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

KULIAH M10 SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU (BBM3401) DR. HASNAH BINTI MOHAMAD 03-89468741/0122078911 hasnah_m@upm.edu.my

DEFINISI SEBUTAN BAKU Sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi, termasuklah; Pengajaran dan pembelajaran Ucapan di khalayak – pidato, ceramah, perbahasan, forum Komunikasi rasmi di sektor awam – mesyuarat, temu duga, ucapan perasmian Siaran media – berita, ulasan, komentar, pengacaraan

DASAR SEBUTAN BAKU Sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan – kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.

CIRI-CIRI SEBUTAN BAKU Setiap huruf dilafazkan dengan jelas Sebutan berdasarkan ejaan secara keseluruhan, sama ada kata dasar atau kata terbitan Nada suara ketika bercakap berdasarkan ayat serta keperihalan keadaan

Penyebutan bunyi Vokal Vokal <a> diucapkan sebagai [a] – [ada], [astaka], [nota], [apabila] Vokal <e> diucapkan sebagai [e] atau [Ə] – [petak], [berat] Vokal <i> diucapkan sebagai [i] – [adi?] Vokal <o> diucapkan sebagai [o] – [botol] Vokal <u> diucapkan sebagai [u] – [jujur]

Bunyi diftong /ai/ dilafazkan sebagai [ai] pada semua kedudukan suku kata terbuka – pan.dai, tu.pai, ke.dai, hai.ran /au/ dilafazkan sebagai [au] pada semua kedudukan suku kata terbuka – pu.lau, ha.ri.mau, sau.da.ra /oi/ - ka.loi, se.poi

Bunyi konsonan Huruf-huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah, atau akhir kata ; penyebutan dua konsonan dengan satu nilai bunyi Penyebutan kata dasar Penyebutan kata terbitan

PENYEBUTAN KATA SERAPAN

Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris Cara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga. Contohnya: Ejaan Sebutan album [ al.bum ] data [ da.ta ] popular [ po.pu.lar ] radio [ ra.dio ]

Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ Ə ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan Sebutan kabaret [ ka.ba.ret ] sen [ sen ] telefon [ te.le.fon ] sel [ sel ] atau [ sƏl ] beg [ beg ] atau [ bƏg ] Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya: artikel [ ar.ti.kel ] meter [ me.ter ] sistem [ sis.tem ]

4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada. semua kedudukan, 4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan dinamo [ di.na.mo ] idea [ i.dea ] firma [ fir.ma ] krisis [ kri.sis ] 5. Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. bom [ bom ] hormon [ hor.mon ] ekonomi [ e.ko.no.mi ] sos [ sOs ] kos [ kOs ]

6. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan 6. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan industri [ in.dus.tri ] kurikulum [ ku.ri.ku.lum ] unik [ u.nik ] unit [ u.nit ] 7. Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata dalam bahasa Melayu: aileron [ ai.le.ron ] aising [ ai.sing ] trailer [ trai.ler ]

8. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan 8. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [ au.dit ] automatik [ au.to.ma.tik ] autograf [ au.to.graf ] 9. Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya: konvoi [ kon.voi ] koboi [ ko.boi ] boikot [ boi.kot ]

10. Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya: Kata Sebutan diesel [ di.sel ] protein [ pro.tin ] zoologi [ zu.lo.gi ] erobik [ e.ro.bik ] 11. Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan agenda [ a.gen.da ] agensi [ a.gen.si ] strategi [ stra.te.gi ] tragedi [ tra.ge.di ]

12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata 12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya, contohnya: Ejaan Sebutan deskriptif { des.krip.tif ] drama [ dra.ma ] klasik [ kla.sik ] struktur [ struk.tur ] 13. Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir suku kata, contohnya: ambulans [ am.bu.lans ] forseps [ for.seps ] insurans [ in.su.rans ] sains [ sains ]

14. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis ( atau 14. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis ( atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber, contohnya: Kata/ungkapan Sebutan ad hoc [ Ed.hOk] esprit de corps [ es.prit.de.kOp ] ex officio [ eks.e.fi.syio ] vis-à-vis [ vi.ze.vi ]

Sebutan Kata Serapan Bahasa Arab Kaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu: i. cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati. ii. cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber. 1. Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan sahabat [ sa.ha.bat ] darurat [ da.ru.rat ] izin [ i.zin ] zalim [ za.lim ]

2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya. ditulis menggunakan 2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Ejaan Sebutan alam [ a.lam ] atau [ a.lam ] ilmu [ il.mu ] atau [ il.mu ] ulama [ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ]

rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau 3. Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya: Ejaan Sebutan saat [ sa. at ] Jumaat [ ju.ma. at ] kaedah [ ka. e.dah ] 4. Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ], contohnya: rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau [ ma .lu.mat ]

5. Kata serapan yang berupa istilah agama. atau yang berkaitan 5. Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi: Ejaan Sebutan kadi [ qa.di ] hadis [ ha.dith ] Ramadan [ ra.ma.dan ] tawaf [ ta.waf ] 6. Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya: hadith [ ha.dith ] isti’mal [ is.ti .mal ] qunut [ qu.nut ]

Bunyi Sengau (Nasalisasi) Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ], contohnya: Ejaan Sebutan matang [ ma.tang ] nasi [ na. si ] nyaman [ nya.man ] nganga [ nga.nga ] Suku kata, sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [ w ] dan [ y ] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan, contohnya:

Sebutan Bagi Kata Nama Khas Ejaan Sebutan maya [ ma.ya ] aniaya [ a.nia.ya ] nyawa [ nya.wa ] menyahut [ me.nya.hut ] Sebutan Bagi Kata Nama Khas i. Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa, contohnya: Ejaan Sebutan Muhammad [ mu.ham. Hatta mad. hat.ta ]

Saad bin Said [ sa. ad bin [ sa. Id ] James Bond [ jems bOnd ] Nelson Mandela [ nEl. sen man. de.la ] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa: Ejaan Sebutan Selangor Darul [ se.la.ngor Ehsan da.rul. eh.san ] Bosnia Herze- [ bos.nia her.ze. govina go.vi.na ]

New Zealand [ niu.zi.lEnd ] Sunway Lagoon [ sun.wei.le.gun ] Kata nama khas lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan Bank Bumiputra [ bangk.bu.mi.pu.te.ra ] Radio Televisyen [ ra.dio.te.le.vi.syen. me. Malaysia le.sia ]

Penyebutan Kata dalam Bentuk Akronim Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam BM atau bukan BM) dilafazkan dengan dua cara, iaitu:cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan Sebutan Felda [ fel.da ] atau (Federal Land Deve- lopment Authority) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) UNESCO [ yu.ne.ko ] atau United Nations Edu- cational Scientifis and Cultural Organiasation) atau (Pertubuhan Pelajaran Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan Sebutan DBP [ di.bi.pi ] atau Dewan Bahasa dan Pustaka TLDM [ ti.el.di.em ] atau Tentera Laut Diraja Malaysia RTM ( ar.ti.em ] atau Radio Televisyen Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH BAHASA JIWA BANGSA