Konsep & Kaedah Penyelidikan

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAB II. KAJIAN TEORI MENGANALISIS DAN MENSITESIS BERBAGAI REFERENSI SEHINGGA TERBENTUK KERANGKA PIKIR YANG MEMANDU ARAH PENELITIAN WUJUD REFERENSI: Buku.
Advertisements

PENULISAN SEJARAH: PANDUAN MENULIS
Kaedah Penyelidikan PSM
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROSES
KPR :4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Kaedah Penyelidikan PSM
CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL)
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
PENDEKATAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN
Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah.
KAJIAN TINDAKAN SEJARAH. KAJIAN TINDAKAN SEJARAH.
APA ITU JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
Pembelajaran Secara Kontekstual
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan
DISEDIAKAN OLEH : NORDIANA BT MOHAMMED MOHAYADDIN KELAS : BM 4.11
PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
KPT 6044 Ulasan Jurnal KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN.
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
FORMAT KERTAS SAINS UPSR 2016 Science 038 BY EN.P.NADARAJAN
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
Format Penulisan Terdapat dua jenis iaitu Format A dan Format B.
EDU 3105 BAB 4 Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Tinjauan (Survey) 11/12/2018.
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) Penyebaran DSKP KSSR Tahun
MINGGU 1 Objektif Pengajaran: Di akhir minggu ini, pelajar dapat:
Kaedah Pengumpulan Data
Perjumpaan Bersemuka Pertama MBMPJJ Semester Kedua Sesi 2010/2011
Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Jabatan Bahasa Melayu
KAJIAN TEMPATAN APA ITU KERJA KURSUS
Konstruktivisme.
MINGGU 3 Objektif Pengajaran: Di akhir minggu ini pelajar dapat:
Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Jabatan Bahasa Melayu
PRT 4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir Final Year Academic Project (FYP)
TAKLIMAT EDU5988 KERTAS PROJEK pelajar semester 3 dan 4
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
TEORI TRET DAN FAKTOR PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
KEMAHIRAN PROSES SAINS
Moniza Waheed, Ph.D KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Pertama 1 September 2018 Moniza Waheed, Ph.D.
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
BBM3413 Sharil Nizam Sha’ri UPM Serdang
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
FORMAT PEMBENTANGAN 2: PENAMBAHBAIKAN IDEA
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
BBM 4999A & 4999B PEMBENTANGAN SEMINAR PITA
KULIAH KETIGA.
MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
MINGGU 2.
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Jenis Penyelidikan BBM3413
Kaedah Penyelidikan BM
Kaedah Penyelidikan BM
Moniza Waheed, Ph.D KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Kedua 14 Oktober 2018 Moniza Waheed, Ph.D.
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR FEM4999A
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
TEORI TRET DAN FAKTOR PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Bab 1 : Pengenalan kepada Statistik
PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR FEM4999A
EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
Transcript presentasi:

Konsep & Kaedah Penyelidikan BBM3413 Sharil Nizam Sha’ri, Ph.D UPM Serdang

KONSEP PENYELIDIKAN Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?

Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan? [1] Encik Haq menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian [2] Pn. Ani mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran [3] En. Setha (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain. KONSEP PENYELIDIKAN• Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!MENGAPA ?Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan”

KONSEP PENYELIDIKAN Pertimbangkan kes di bawah iaitu satu contoh penyelidikan: • Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan. • Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut. • Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis).• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan

KONSEP PENYELIDIKAN Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik. • Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan •Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik

DEFINISI PENYELIDIKAN • Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena Ahmad Mahdzan (1992) Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan

DEFINISI PENYELIDIKAN • Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. • Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis • Membina atau merekacipta produk yang baru

APAKAH PENYELIDIKAN? Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah: - Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan -Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut -Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah -Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji -Membuat kesimpulan dan generalisasi

Kenapa kita melakukan penyelidikan?  Mendapatkan ijazah  Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)  Mendapatkan kepuasan intelektual  Mendapatkan produk yang baru  Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat  Mendapat pengiktirafan (kehormatan)  Untuk memperbaiki kehidupan sejagat

PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI • Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain • Ia boleh direplikasi (duplicated) • Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain • Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori • Ia mampu untuk dilaksanakan!!! • Ia menjana soalan baru

PENYELIDIKAN YANG BURUK Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai. • Plagiat kerja orang lain • Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu. • Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan

Soalan yang perlu ditanya (5w)  What /APA penyelidikan anda?  Why /KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?  Who/ SIAPAKAH yang terlibat?  Where /DI MANA anda akan melaksanakan penyelidikan?  When/ BILA anda akan melaksankan penyelidikan?

PROSES PENYELIDIKAN  Mengenal pasti masalah  Sorotan/ Kajian literatur  Pembentukan masalah  Merekabentuk kajian  Pengumpulan data  Pemprosesan data  Interpretasi data  Penulisan laporan

STRUKTUR TESIS/DISERTASI ABSTRAK PENGENALAN KAJIAN LITERATUR TEORI METODOLOGI ANALISIS DATA DISKUSI PERBINCANGAN KESIMPULAN / PENUTUP RUJUKAN / APPENDIK

ABSTRAK Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel. Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan

ABSTRAK  Abstrak  Tujuan penyelidikan  Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena  Apakah keputusan utama yang diperolehi

SOROTAN LITERATUR  Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu  Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan  Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.

SOROTAN LITERATUR  Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita  Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama.  Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri

PERANAN KAJIAN LITERATUR  Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih  Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji  Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian  Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah  Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai  Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan

CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK •Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda. • Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama • Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK • Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi • Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda

MASALAH PENYELIDIKAN  Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya.  Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian  Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka

SUMBER-SUMBER MASALAH  Media cetak dan elektronik  Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan  Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui  Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji  Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannya  Pengalaman individu lain  Perbincangan antara individu atau kumpulan

Pertimbangan dalam memilih masalah kajian  Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan?  Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?  Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?  Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?  Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan- bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?

Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan  Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan  Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian  Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji  Sesuai dengan seorang penyelidik  Berkaitan dengan masalah terkini  Dilakukan dengan etika yg sempurna

Makna Pernyataan Masalah  Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah  Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak  Boleh diuji setiap pemboleh ubah

HIPOTESIS  Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan  Dibentuk selepas objektif wujud

Ciri-ciri hipotesis  Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah  Dinyatakan secara logik, jelas dan terang  Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkan  Bersifat khusus bukan umum  Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan  Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika  Secara konsepsi sahaja  Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji  Spesifik

Sekian, Terima kasih