KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN BAB 2 KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Objektif Menerangkan tentang langkah-langkah dalam pembangunan sistem multimedia. Memberi contoh bagaimana fasa ini berfungsi dengan menggunakan sebuah contoh aplikasi.
Kitar Hayat Pembangunan Projek Multimedia Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Kitar Hayat Pembangunan Projek Multimedia Merupakan satu rangka kerja bagi setiap langkah yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek multimedia. Fasa-fasa yang terdapat di dalamnya akan menjadi panduan kepada setiap pembangun multimedia di sepanjang proses pembangunan Pembangunan projek multimedia ialah satu proses yang berterusan oleh itu setiap projek multimedia harus melalui fasa-fasa dalam kitaran ini.
Kitar Hayat Pembangunan Projek Multimedia Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Kitar Hayat Pembangunan Projek Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Fasa Rekabentuk Projek Fasa pembangunan dan Integrasi Projek Fasa Penyelenggaraan Fasa Pengujian atau Penilaian
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Dalam fasa ini , pembangun akan melaksanakan proses menganalisis terhadap keperluan perisian bagi memastikan pembangunan sesebuah perisian lebih terancang dan sistematik. Ini juga merupakan fasa yang utama kerana ianya membolehkan seseorang perekabentuk atau pembangun memahami dengan jelas ciri-ciri utama bagi sesebuah projek. Perekabentuk juga perlu mengetahui atau memahami pengetahuan pengguna sebenar (end user) sesebuah perisian yang akan dibangunkan.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Pada fasa ini keperluan sesuatu projek mengandungi 3 langkah utama seperti yang berikut: Pembinaan konsep perisian Menyatakan tujuan Mengenalpasti kumpulan sasaran
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Pembinaan konsep perisian Projek pembangunan perisian multimedia kebiasaannya bermula daripada suatu idea atau daripada satu imaginasi. Kebanyakan syarikat penerbitan multimedia juga dipengaruhi oleh pasaran, maka biasanya mereka bergantung kepada pengguna dan maklum balas daripada pekerja bagi penjanaan idea yang baru.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Menyatakan tujuan Setelah sesuatu konsep dapat dibangunkan, matlamat dan objektif projek perlu ditentu serta diperincikan. Matlamat dan objektif dapat menentukan hala tuju proses pembangunan perisian multimedia dan boleh digunakan untuk menilai kesesuaian sesuatu tajuk sama ada sebelum atau sesudah perisian di bangunkan. Objektif juga perlu dinyatakan dalam suatu pernyataan yang boleh diukur dan perlu ditentukan had masanya.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Matlamat Objektif Pernyataan matlamat biasanya lebih meluas terhadap apa yang ingin dicapai. Ia juga merujuk kepada sesuatu yang ingin diperolehi dalam satu tempoh masa yang panjang. Contohnya : - Boleh menerajui bidang penghasilan cakera padat bercorak pendidikan Mencipta produk yang menggunakan kemudahan teknologi terkini seperti internet dan sebagainya. Menggunakan perisian multimedia untuk mengurangkan kos latihan secara tradisi. Pernyataan objektif biasanya lebih spesifik dan bertumpu terhadap apa yang ingin dicapai. Ia juga merujuk kepada sesuatu yang ingin diperolehi dalam satu tempoh masa yang terdekat. Objektif pengajaran merupakan perkara-perkara yang diharapkan berlaku dalam diri pelajar setelah mereka menjelajahi perisian yang dibina.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Mengenalpasti kumpulan sasaran Para pengguna secara amnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti mengikut faktor demografik (penempatan, umur, jantina, taraf perkahwinan, pendidikan dan sebagainya). Individu yang ingin membangunkan perisian multimedia perlu menentukan maklumat yang diperlukan dan bagaimana ia bersesuaian dengan para pengguna.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Definisi dan Perancangan Mengenalpasti kumpulan sasaran Selain dari itu, fasa menganalisis keperluan perisian juga melibatkan langkah kerja seperti yang berikut: Mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan Menentukan jalan penyelesaian ke atas masalah tersebut Membuat kajian ke atas masalah yang dikenalpasti, mengumpul data berkaitan dan menyenaraikan bahan rujukan yang akan digunakan. Menentukan objektif yang ingin dicapai melalui perisian yang dibina. Menentukan ciri-ciri pengguna yang akan menggunakan perisian Menentu serta memilih isi kandungan yang akan dimasukkan ke dalam perisian. Memilih strategi atau pendekatan pengajaran yang digunakan dalam perisian. Menentukan kesesuaian rekabentuk perisian Menentukan persekitaran di mana perisian yang dibangunkan akan digunakan Menentukan perjalan proses pembinaan sesebuah perisian.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Rekabentuk Projek Dalam fasa rekabentuk ini, beberapa langkah kerja sering dilaksanakan. Antara langkah kerja yang utama ialah menentukan cara pelaksanaan, menentukan spesifikasi dan menghasilkan carta alir serta papan cerita.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Rekabentuk Projek Menentukan cara pelaksanaan Dengan mengambil kira konsep, objektif dan terutama sekali pengguna, akan dapat membantu menentukan bagaimana sesuatu tajuk perlu atau akan dipersembahkan kepada pengguna. Perkara-perkara seperti corak, pendekatan, metafora dan keutamaan sesuatu tajuk perlu dimasukkan ke dalam sesebuah perisian bagi membolehkan pengguna melihat dan merasai keadaan yang sebenar.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Rekabentuk Projek Corak Kebanyakan perisian mm yang dibangunkan untuk kegunaan di rumah spt permainan dan hiburan biasanya tidak formal serta mempunyai unsur-unsur jenaka. Perisian untuk perniagaan atau latihan pula biasanya menggunakan corak yang lebih formal, rasmi serta serius. Tajuk perisian untuk kanak-kanak juga biasanya cenderung corak yang pelbagai dengan tajuk perisian untuk skim latihan
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Fasa Rekabentuk Projek Pendekatan Sesetengah tajuk terutama yang berbentuk permainan untuk kanak-kanak dan buku yang interaktif, memfokuskan kepada teknik penjelajahan. Metafora Metafora atau Metaphor merupakan sejenis peta imej istimewa yang menggunakan imej dalam konteks yang lebih bermakna. Ianya kaan mempersembahkan informasi dalam bentuk objek (spt buku), lokasi (bangunan pejabat) atau peranti elektronik (spt VCR) yang telah biasa digunakan pada persekitaran bukan komputer.
6 Proses Dalam Membentuk Aplikasi Multimedia Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan 6 Proses Dalam Membentuk Aplikasi Multimedia Terdapat 6 proses dalam mebentuk projek multimedia: (Vaughan, 2001) Analisis Idea Pra-Pengujian Pembangunan Prototaip Pembangunan Alpha Pembangunan Beta Penghantaran
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Pengenalan Pembangun akan menafsirkan idea yang telah mereka rancang dalam bentuk fasa-fasa produksi yang nyata. Setiap fasa-fasa yang terlibat akan dikenalpasti dan dipecahkan lagi kepada proses-proses yang lebih kecil dan mudah difahami. Perancangan perlu dilakukan dengan teliti kerana ia boleh memberikan impak yang besar kepada proses seterusnya. Setiap tugasan yang telah dirancangkan akan diberikan tempoh yang sesuai bagi menyiapkan tugasan tersebut.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Pengenalan Merupakan satu fasa dimana semua pengetahuan akan di integrasikan bagi membentuk satu projek yang di inginkan. Proses ini melibatkan banyak perbincangan, pembentukan lakaran dan ujian supaya semua pihak berpuas hati. Papan cerita akan dibincangkan dengan pelanggan supaya kata persetujuan dapat dicapai di antara kedua-dua pihak.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Antaramuka Pengguna Antaramuka pengguna dapat memudahkan pengguna sistem multimedia menggunakan sistem tersebut. Penggunaan butang, ikon, hotspot dan sebagainya dapat membantu pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki. Pemilihan warna perlu disesuaikan dengan mesej disamping penggunaan ruang secara bijak dan efektif perlu diambilkira. Kreativiti pada masa ini memainkan peranan yang cukup penting.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Pengenalan Dalam fasa ini semua proses-proses yang telah dibuat dalam fasa perancangan dan fasa rekabentuk akan disatukan. Pelan projek yang telah dibuat dalam fasa perancangan akan digunakan sebagai panduan bagi membangunkan projek. Pelan kontigensi akan diwujudkan bagi menghadapi perkara-perkara yang tidak dijangkakan.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Pengenalan Ujian akan dilakukan keatasnya bagi memastikan produk atau prototaip itu memenuhi kehendak yang telah dirancangkan. Setiap produk perlu menjalani ujian sekerap mungkin sehingga tiada kesalahan ditemui keatas produk tersebut. Terdapat dua jenis ujian yang biasanya dilakukan iaitu ujian alpha dan ujian beta.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Ujian Alpha Ujian alpha adalah satu ujian yang dikenakan ke atas produk dimana produk tersebut akan diuji oleh pengguna dalaman. Hasil ujian akan dicatatkan akan digunakan bagi memperbaiki rekabentuk dan fungsi produk.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Ujian Beta Ujian beta pula merupakan satu ujian keatas produk yang telah menjalani ujian alpha. Dalam ujian ini, produk atau prototaip akan diuji oleh kumpulan pengguna sebenar yang lebih besar populasinya. Ujian daripada pembangun yang terlibat dalam projek perlu dielakkan supaya hasil ujian tidak bias. Hasil ujian perlu diteliti dengan serius supaya penambahbaikan sistem atau aplikasi multimedia tersebut memenuhi kehendak para pengguna.
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Ujian Alpha dan Beta Ujian Beta Ujian Alpha
Pengenalan Pembangunan Sistem Multimedia Perancangan Rekabentuk Pembangunan Pengujian Penyelenggaraan Penyelenggaraan Penyelenggaraan ialah satu proses yang dilakukan ke atas produk yang telah dihantar (delivered) kepada pelanggan. Penyelenggaraan akan memastikan kandungan produk terkemaskini. Kebiasaannya projek multimedia akan dihantar dalam bentuk cakera padat atau dimuatatas (upload) ke dalam internet.