BBM 3212 Unit 6 Keperihalan Keadaan dan Peranan Konteks

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Advertisements

AYAT PASIF.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
Jenis-jenis Wacana Lisan
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
Lima Dimensi Pembelajaran Bahasa Kedua
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
BBM 3206 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
BBM 3212 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
Kesalahan Umum Tatabahasa
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kemahiran Asas Kaunseling
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3206 Unit 7 Keperihalan Keadaan dan Peranan Perlakuan
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
Asas Psikologi & Kaunseling
ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3206 Unit 7 Keperihalan Keadaan dan Peranan Perlakuan
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Kemahiran Asas Kaunseling
Jenis-jenis Wacana Lisan
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
BBM 3212 Unit 6 Kuliah 1 Faktor Perubahan Makna
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

BBM 3212 Unit 6 Keperihalan Keadaan dan Peranan Konteks Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Makna juga sebahagian besar adalah berhubungan antara bahasa dengan dunia bahasa itu. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melatari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

Peranan konteks Banyak perkataan yang maknanya sangat bergantung kepada konteks. Merujuk situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan, Makna konteks ialah makna yang dihubungkan antara satu pertuturan (perkataan) dengan situasi pertuturan itu diucapkan, ( Hartman & Strok, 1973:138). Contoh: a. Dia terbeli ikan yang sudah busuk. b. Ali busuk hati terhadap adiknya. c. Air matanya jatuh berderai apabila mengenangkan peristiwa semalam. d. Terdapat tiga mata air di dalam perigi itu. e. Ali datang ke majlis itu bersama dengan mata airnya.

Konteks keadaan juga merujuk keperihalan keadaan. Malinowski dan John Rupert Firth – makna dalam bahasa menjadi jelas dalam konteks bahasa itu digunakan. 3 kategori cadangan Firth untuk memahami keperihalan keadaan:- a) Ciri-ciri relevan mengenai peserta; orang, keperibadiannya :– (i). gerak ujaran peserta. (ii) gerak bukan ujaran peserta b) objek-objek yang relevan c) Kesan gerak ujaran tersebut

Makna dan penggunaan Wittgenstein, “ Jangan melihat kepada makna sesuatu kata itu, lihatlah penggunaan kata itu” (dlm buku Lyons, 1968). Penggunaan perlakuan bahasa atau kata itu bergantung kepada penggunaannya yang pelbagai dalam kehidupan sebenar penutur. Contoh: - “ Ambilkan saya buku nota yang terletak di atas meja itu”. - “ Pandai kau nak berkhutbah dengan aku ya. Kau ni ustaz ke? - “ Janganlah bersedih sangat. Tak akan lari gunung dikejar..”.

Ilmu semantik adalah berkait dengan keseragaman dalam ‘penggunaan’ bahasa yang mungkin wujud dalam proses komunikasi. Jika kita tidak dapat menerangkan sesuatu kata itu dengan maknanya, maka terangkanlah dari segi penggunaannya. Contoh punah, hancur, pilu, sedih,lebur, luluh, kecewa dsb. Punah – binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah. Hancur- pecah menjadi kecil-kecil/ pecah berderai/ hilang atau tidak ada sama sekali.

Pilu –berasa sangat terharu/rawan atau berasa sangat hiba/sedih Sedih- hati berasa pilu, hiba Hiba- haru/ sedih, pilu, sayu Lebur-hancur/luluh/rosak langsung/jahanam/ teramat dukacita Luluh-hancur menjadi serbuk/ remuk-redam/sedih sekali Kecewa- berasa dukacita kerana tidak tercapai cita-cita atau harapan/kehendak/tidak berjaya atau gagal. remuk- hancur berkecai/luluh rasa hati/sedih sekali

Peranan Perlakuan Bukan Linguistik Makna bukan linguistik – intonasi, nada, mimik muka, isyarat dan sebagainya. Pergerakan anggota semasa mengucapkan sesuatu kata atau ayat boleh juga menentukan makna kata atau ungkapan tersebut. Contoh: “Banyak duit”. “Tak payah basuh pinggan itu”.

Konsep Keperihalan Keadaan Konsep ini diperkenalkan oleh Malinowski (1923). Malinowski mendapati sukar untuk menterjemah dengan tepat perkataan-perkataan yang dituturkan oleh penduduk di kepulauan Trobriand di Pasifik selatan lalu beliau mendapati “ujaran akan menjadi bererti jika dilihat dalam konteks penggunaannya”. Ullman (1954) juga berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya. Firth (1957:82) menggunakan konsep keperihalan keadaan dalam kajian linguistik, khususnya bidang semantik. Keperihalan keadaan ini paling sesuai digunakan sebagai suatu kerangka tersusun yang baik bagi memahami peristiwa bahasa.

Menurut Firth, makna adalah sama dengan fungsi, dan gejala makna dapat dilihat dalam setiap peringkat struktur sesuatu bahasa. Firth mencadangkan kategori yang berikut untuk memahami keperihalan keadaan. Menurut Firth, tiga perkara terlibat dalam konteks situasi ialah: a. Peserta dalam pertuturan - Ciri relevan mengenai peserta: orang,keperibadiannya i. gerak ujaran peserta ii. gerak bukan ujaran peserta b. Perkara yang diperkatakan atau objek-objek yang relevan. c. Kesan daripada pertuturan .

Konteks dan makna Konteks lazimnya merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan. Contoh: “Ahmad! Burung!” Makna yang ingin disampaikan; 1. Halau burung itu Ahmad 2. Ahmad, burung dah masuk jerat 3. Ahmad, burung terlepas Konteks - faktor penting untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakjelasan makna sebarang ujaran atau tulisan.

Contoh lain Aspek Fonologi badi, tadi, padi, jadi Morfologi - morfem terikat+morfem bebas jatuh – terjatuh, menjatuhkan, menjatuhi,kejatuhan, Sintaksis- Aku sudah lama di sini.

Duduk Terduduk- terjatuh duduk/ duduk dengan tidak sengaja Berpenduduk –mempunyai penduduk Berkedudukan-mempunyai kedudukan Bersekedudukan-tinggal bersama tanpa bernikah Berdudukan –sedang duduk di atas kerusi/bangku, Kedudukan- tempat tinggal/ tempat letak/tingkatan taraf Kependudukan-segala hal mengenai penduduk di sesuatu tempat/daerah/negeri Mendudukkan- meletakkan/mempersilakan duduk/mendapatkan penyelesaian sesuatu perkara Menduduki- mengambil tempat duduk, Mengeduduki- mendiami atau tinggal/menakluki dan menguasai sesebuah negeri Penduduk- orang yang menduduki sesuatu tempat/daerah/negeri Pendudukan-perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah/negara

Contoh lain Haus – 1. Haus? 2. Kasut awak sudah haus. 3. Kedua-dua beradik itu kelihatan haus akan kasih sayang ibu mereka.

Penutur Contoh penggunaan kata sapaan dan panggilan – saya, aku, ‘nama’, encik, puan, dan kata panggilan yang lain. Tajuk perbincangan Contoh: pasang: pasang badan, pasang pukat, pasang lampu dsbnya. Kuasa : kuasa membeli, kuasa memerintah… 1. Kuasa aku melayan kerenahnya 2. Tak kuasa aku melayan kerenahnya Kesan pertuturan contoh: “Baguslah” - tiba-tiba berlaku pertengkaran - atau mereka berjabat tangan.

Behaviourisme Malinowski dan Firth- deskripsi sesuatu bahasa itu tidak lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteks keadaan ujaran itu. Tapi, Bloomfield- mengambil kira seluruh keadaan itu, iaitu membuat generalisasi induktif. Bloomfield – mendefinisikan makna sesuatu bentuk linguistik itu sebagai ‘lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan gerak balas yang ditimbulkan oleh pendengar. Gerak balas barangkali jadi suatu tindakan atau pemahaman

Bloomfield (1933) - makna kepada sesuatu bentuk bahasa ialah situasi ketika penutur mengeluarkan ujaran dan tindak balas yang ditimbulkan kepada pendengar. Menurut Bloomfield, rangsangan ® (stimulus) menyebabkan seseorang memberi gerak balas (G) (respons) Makna terdiri daripada pertalian antara pertuturan (yang ditunjukkan dengan g…..r) dan peristiwa praktik R dan G yang terjadi sebelum dan selepasnya. Bloomfield memberi contoh peranan rangsangan dan gerak balas linguistik. “Jill lapar dan ternampak sebiji epal, dan menerusi penggunaan bahasa, Jill menyuruh Jack memetik epal untuknya”. R g……….r G g= bentuk pertuturan kepada Jack r = rangsangan yang melahirkan gerak balas

Konteks Kebudayaan dan Gaya Ciri-ciri konteks dikenal pasti melalui sistem deiksis. Deiksis B. Inggeris Bahasa Melayu Kata Ganti Nama I, we, you Saya, aku, beta Kami, kita Sistem kala Present tense, past tense kata bantu – sudah, belum, selepas, masih Adverba lokasi Here, there This that Kata tunjuk itu, ini, situ, sini Kata adverba – sekarang kelmarin, esok, lusa, tulat dll Status sosial Sir, Madam Tuan, Puan, Yang Berhormat

Implikatur Konsep implikatur yang dikemukakan oleh Grice (1975). Gerald Gazdar (1979) - implikatur merupakan satu bentuk proposisi yang diimplikasikan oleh ujaran bagi ayat yang berkonteks, walaupun proposisi ini bukan merupakan sebahagiaan daripada atau pencakupan daripada yang sedang diperkatakan. Carston (1988) - implikatur ialah mesej yang tersirat yang cuba disampaikan dengan ujaran tersurat. Implikatur melibatkan apa- apa yang diujarkan secara eksplisit dan juga apa- apa yang dilahirkan secara implisit.

Implikatur dibahagikan kepada dua bahagiaan iaitu implikatur khusus dan implikatur umum. Implikatur khusus adalah yang ada faktor istimewa yang dimiliki dalam konteks ujaran dan selalunya tidak hadir secara terang dalam ayat yang diujarkan. Contoh; B: Nak keluar makan? D: Diet # Yang diimplikasikan = tidak mahu / ??? Alasan tidak Implikatur umum pula ialah penggunaan sesetengah perkataan dalam ujaran akan selalu (walaupun tanpa kehadiran persekitaran yang istimewa) membawa implikatur tertentu atau jenis implikaturnya. ( Nor Hashimah: 1995). Contoh; J: Ali bujang lagi.

Lima ciri implikatur (Gazdar,1979) 1) Bukan merupakan sebahagian daripada yang diujarkan. Contoh: - Saya kedinginan. - Letak kasut itu di situ. - Dia bersikap dingin. - Ini kasut baru. 2) Bersifat peka konteks dan mempunyai ciri yang boleh dibatalkan. 3) Tidak boleh digantikan dengan ungkapan lain jika maksud asal implikatur lari kecuali jika pengganti ujaran itu membawa makna yang sama. 4) Tidak boleh mempunyai syarat benar yang sama, jika ayat (1) salah dan mencakup ayat (2), bermakna juga salah maka ayat (2) tidak boleh dianggap sebagai implikatur kerana implikatur tidak mengizinkan proses pencakupan berlaku. 5) Satu ayat boleh mempunyai lebih daripada satu interpretasi dan menghasilkan ketidaktentuan interpretasi.

Implikatur memerlukan usaha memproses maklumat yang tinggi. Mula- mula perlu menyingkap makna tersurat, kemudian baru disingkap pula maklumat tersirat. Lapisan pertama mencari eksplikaturnya, kemudian lapisan kedua pula implikaturnya.  Contoh A: Susah tak subjek ni? B: Nak dapat A, kena kerja keraslah sikit.

Contoh 1 A: Eh, kasut baru ke? B: Setengah semester dah beli. A: Beli di mana? Tentu mahal B: Beli di kedai barangan terpakai je.

Contoh 2 A: dengar kata banyak duit. Pinjam sikit?. Hendak beli telefon la. B: hendak pinjam? Saya bukan budak JPA. A: nak pinjam sikit je. B: hujung bulan pun saya harap duit dari ayah.

Latihan Jelaskan takrifan makna menurut behaviourisme dengan contohnya sekali. Jelaskan sistem deiksis yang wujud dalam bahasa Melayu Bincangkan kelebihan menggunakan implikatur dalam percakapan.

Selamat Tinggal.doc

Sekian, Terima Kasih