Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
Sejarah Perkembangan AK Dari segi sejarahnya, analisis bezaan ini juga disebut sebagai analisis kontrastif (AK). diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887-1948), seorang pengasas aliran strukturalisme di Amerika. Beliau yang terkenal dengan buku Language itu, pada mulanya menggunakan teknik menganalisis linguistik ini untuk menganalisis bahasa-bahasa Indo-Eropah. Kemudian hala tuju kajiannya ditumpukan kepada pelbagai bahasa yang terdapat di Amerika, lebih-lebih lagi apabila bahasa yang dikaji itu dianggap amat istimewa atau luar biasa( eksotik).
Analisis bezaan/ analisis kontrastif ini kemudiannya diterap dan dikembangkan oleh ahli-ahli linguistik lain pada tahun lima puluhan. Ahli-ahli linguistik seperti Fries dan Lado mengatakan bahawa proses pemelajaran bahasa kedua pelajar, banyak dipengaruhi atau diganggu oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda pelajar. Kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dalam penggunaan bahasa pertama seseorang pelajar itu dengan menggunakan analisis kontrastif ini.
Usia perbandingan bahasa sama dengan timbulnya ilmu bahasa itu sendiri Keinginan untuk masyarakat mengetahui tentang bahasa yang lain Keinginan untuk mengetahui bentuk kata, makna, bunyi, dan ayat serta unsur bahasa yang lain. Lahirnya ilmu bahasa bandingan.
Mulanya hanya untuk mencari-cari kekurangan bahasa-bahasa lain Tambah pula adanya anggapan bahawa bahasa Latin, Yunani, Eropah lebih baik daripada bahasa di Nusantara. Rumusan: Linguistik bezaan ialah subdisiplin linguistik yang berkaitan dengan perbandingan dua atau lebih bahasa atau subsistem bahasa agar dapat menentukan kedua-duanya, iaitu perbezaan ataupun persamaan di antara bahasa tersebut.
AK merupakan satu kaedah sinkronis dalam analisis bahasa untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek bagi mencari prinsip yang dapat diterapkan dalam masalah praktis seperti pengajaran bahasa, penyelidikan linguistik dan penterjemahan
Istilah Analisis Bezaan Terbahagi kepada tiga istilah Analisis perbezaan Analisis kontrastif Analisis diferensial Tiga nama Konfrontatif linguistik (Jerman) Komparatif deskriptif linguistik (Ellis,1966) Linguistic confrontation (Akhmanova and Melencuk, 1977)
Objektif Analisis Kontrastif Analisis kontrastif sebagai satu pendekatan dalam pengajaran bahasa termasuk dalam lingkungan linguistik terapan. Linguistik terapan pula termasuk dalam subdisiplin linguistik. Oleh sebab linguistik berobjekkan bahasa, maka analisis kontrastif turut berobjekkan bahasa. Bahasa sebagai objek analisis kontrastif bukanlah untuk kepentingan bahasa itu sendiri, tetapi untuk kepentingan pengajaran bahasa. Oleh yang demikian, bahasa sebagai objek dapat dilihat dari bahasa itu sendiri atau sebagai bahan pengajaran guru iaitu yang bertindak sebagai objek yang mengajarkan bahasa, dan pelajar yang mempelajari bahasa.
Sekian, terima kasih