Bahasa bersifat global dan unik berasaskan definisi bahasa

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BUDAYA ORGANISASI.
Advertisements

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pengertian Tatabahasa,
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
EKSPOSITORI KARANGAN EKSPOSITORI.
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Teori-teori Hubungan Etnik
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Memahami tingkah laku manusia
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
DSKP SEJARAH.
KOMUNIKASI.
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014
Memahami tingkah laku manusia
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Apa itu inovasi ?.
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
PEMIKIRAN KRITIS.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
Memahami tingkah laku manusia
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

Bahasa bersifat global dan unik berasaskan definisi bahasa HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat merumuskan bahawa: Bahasa bersifat global dan unik berasaskan definisi bahasa Budaya bahasa dan pemikiran mempunyai hubungan timbal balik berasaskan analisis hakikat bahasa

BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL

BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL Persoalan tentang bahasa tidak pernah berakhir kerana bahasa sentiasa berkembang dan berubah sesuai dengan perubahan budaya dalam kehidupan manusia. Bahasalah satu-satunya alat yang paling ampuh, baik dan jitu untuk berkomunikasi dalam pelbagai konteks. Pewujudan bahasa yang menjadi milik manusia inilah yang membedakannya dengan haiwan. Untuk memahami manusia dan kemanusiaannya, seseorang itu mesti memahami sifat bahasa kerana bahasa menjadi sumber kehidupan dan kuasa manusia. Salah satu sifat luaran bahasa ialah kewujudan hubungan antara bahasa dengan etnologi, iaitu hubungan sejarah bahasa dengan sejarah bangsa dan ketamadunan bangsa itu. Ketamadunan akan memberikan kesan pada perkembangan bahasa dari pelbagai aspek. Bahasa juga bersifat global dan unik. Sifat inilah yang menjadikan bahasa berkuasa dalam kehidupan manusia. Ini dijelmakan dalam ungkapan bahasa membentuk bangsa, bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, hilang bahasa pupuslah bangsa, rosak bahasa binasalah bangsa…

DEFINISI BAHASA Alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Satu sistem tabiat yang amat rumit. Sintesis daripada bunyi yang terbentuk dari aspek luaran dan dalaman. Aktiviti yang dapat dihuraikan berdasarkan set prinsip yang terbatas, tetapi mengandung pelbagai ragam ucapan yang tidak terbatas. Sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Hubungan makna dengan bunyi dalam rentetan ucapan mengikut hukum tatabahasa. Sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi secara arbitrari untuk berkomunikasi.

RUMUSAN DEFINISI BAHASA Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan ummah. Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang menyeru (kamu) ke (jalan) Allah, serta berimanlah kamu kepada-Nya. (supaya dengan ini) Ia akan mengampunkan dosa kamu, dan menyelamatkan kamu daripada azab yang tidak terperi sakitnya (ayat 31, surah al-ahqaf) Terdapat dua amanat di dalamnya, iaitu kita dikehendaki bersatu dan mempercayai agama, dan jika ingkar, azab dan sengsara balasannya. Bahasa yang telah digunakan itu telah berjaya menyampaikan mesej dan berupaya untuk mengubah persepsi masyarakat dan bertindak balas dengannya.

RUMUSAN DEFINISI BAHASA Bahasa merujuk pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Kata merujuk entiti tertentu berasaskan konteks. Misalnya kata dalam boleh menduduki posisi kata nama, kata sendi dan kata adjektif. Kata pen ialah kata tunggal satu suku kata, kata nama am, alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat basah atau kering, dan boleh didapati di mana-mana kedai dalam pelbagai bentuk dan warna. Ini menunjukkan bahawa kata merujuk simbol bunyi yang mendukung hubungan secara arbitrari dengan objeknya.

RUMUSAN DEFINISI BAHASA Bahasa ialah satu institusi sosial yang menjadi alat ujaran, dan wadah percakapan hanyalah kebetulan. Bahasa ialah sesuatu yang diujarkan. Idea yang disampaikan perlulah diperdengarkan agar terjadi komunikasi, iaitu proses pengiriman idea dan penerimaan idea daripada pengirim kepada penerima melalui bahasa. Sesuatu yang diujarkan itu merupakan simbol, dan simbol itu dapat mewakili dan melambangkan perasaan, fikiran, idea dan maksud pembicara yang dapat diterima pendengar.

RUMUSAN DEFINISI BAHASA Bahasa ialah perakaman pemikiran dan pengalaman. Bagi pengguna bahasa kedua dan bahasa asing, bukan sahaja bentuk bahasa ibunda mereka turut berubah, tetapi juga pandangan hidup dan apresiasi budaya juga mengalami perubahan dan memperoleh matra baharu, lebih-lebih lagi dalam konteks IT dan globalisasi. Sesetengah perkataan diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian tertentu, iaitu bentuk kata dikekalkan, dan lafaznya mengikut kudrat dan sistem bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Inggeris tidak lagi dianggap prasyarat untuk memperoleh pengetahuan, tetapi yang lebih menonjol ialah rasa kebanggaan, dan kelemahan dalam bahasa itu dianggap tidak cendekia dan ketinggalan zaman. Keadaan ini akan memberi kan kesan terhadap budaya, ekonomi dan pentadbiran.

ANALISIS HAKIKAT BAHASA Bahasa mencakupi aktiviti manusia yang sangat luas dan tidak terbatas. Ini demikian kerana budaya bahasa dan pemikiran mempunyai hubungan timbal balik yang sangat erat. Pada masa hadapan, keadaan akan menjadi lebih tidak menentu kerana banyak warga Malaysia yang belajar, melawat dan menetap di manca negara. Kerancakan MoA dan MoU dalam pelbagai bidang kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta membuka peluang yang seluas-luasnya kepada warga asing masuk ke Malaysia. Sebarang perubahan yang terjadi pada bahasa akan memberikan kesan besar tehadap budaya, dan cukup untuk merobah akar umbi budaya, jati diri dan ketamadun bangsa.

ANALISIS BAHASA Petikan 1: Apa-apa yang kita bincang orang tak faham. Sebaris ayat dalam petikan 1 dapat menggerakkan perkara berikut: Ahli dalam kumpulan perbincangan tidak mempunyai ketrampilan bahasa yang berpada, istilah terlalu teknikal, tidak tekal dan diksinya tidak sesuai atau faktor lain yang relevan. Keinginan untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkara yang dibincangkan, sama ada untuk difahami, disahkan kebenaran maklumat atau untuk panduan masa hadapan. Tindakan mencari dan mendapat maklumat dari premis ke premis, menghubungi penerbit, membelinya, mengeluarkan kos pembelian, membaca, memahami, menganalisis, mengkritik, menghayati dan mengamalkannya dengan mengorbankan banyak masa dan tenaga. Ini menunjukkan bahawa kuasa bahasa ke atas manusia begitu hebat.

ANALISIS BAHASA Petikan 2: “e – e – e – e – e – mak”. Dia menjerit. Sambil berjalan terhenyut-henyut, dia menghampiri meja besar di tengah rumah. Tangannnya terkapar-kapar untuk mencapai gelas air. “e – e – e – e – e – mak, a – a – a – a – a – air”. Tangannya dapat mencapai gelas, dan dia mula ketawa menunjukkan giginya yang rongak. Petikan di atas dapat mewujudkan perkara berikut: Simpati kita terhadap penghidap penyakit afasia, iaitu kehilangan keupayaan bertutur secara menyeluruh atau sebahagian akibat kecacatan, penyakit atau kecederaan otak. Maklumat yang ingin dikemukakan amat mudah, tetapi amat sukar bagi penghidap afasia ini. Kemampuan berbahasa masih wujud dalam kalangan penghidap penyakit ini. Keadaan ini menarik perhatian ahli psikolinguistik untuk mengkaji dan mencari jalan penyelesaiannya.

ANALISIS BAHASA Petikan 3: Sekurang-kurangnya 90% kematian daripada penyakit paru-paru yang kronik disebabkan rokok. Kajian mendapati bahawa keupayaan paru-paru kanak-kanak akan berkurangan jika ibu mereka merokok. Mereka juga mengalami risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan respiratori seperti demam, selesema, bronkitis, asma dan pneumonia. Petikan 3 akan mewujudkan perkara berikut: Apabila mengetahui bahaya rokok, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pihak lain, terutama kanak-kanak, maka perokok akan cuba meninggalkan tabiat buruk itu. Pakar perubatan juga akan berusaha untuk mengenal pasti penyakit lain yang wujud akibat merokok, dan mencari rumusan ubat untuk menghentikan tabiat merokok itu, di samping mengatasi masalah penyakit sampingan yang lain.

RUMUSAN BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL Kepelbagaian dan skop pemikiran manusia memerlukan penglibatan aktif bahasa. Bahasa perlu dilengkapi dengan sistem dan leksikon baharu untuk membolehkan manusia memahami kata, frasa, klausa, ayat dan wacana dalam pelbagai konteks. Bahasa perlu kreatif, imaginatif, dinamik dan luwes demi inovasi yang selaras dengan pengetahuan, pengalaman, pemikiran dan suasana baharu dunia tanpa sempadan. Penguasaan tatabahasa formal dan tatabahasa sosial perlu diberikan keutamaan. Hubungan antara ketrampilan berbahasa dengan kudrat dan kuasa bahasa amat mengagumkan. Penyelidikan kebahasaan perlu mengambil kira individu, bahasa, dan sosial. Bahasa, penutur dan dunia merupakan satu sistem yang sebati dan bertaut erat.

RUMUSAN BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL Persoalan tentang bahasa tidak pernah berakhir kerana bahasa sentiasa berkembang dan berubah sesuai dengan perubahan budaya dalam kehidupan manusia. Bahasalah satu-satunya alat yang paling ampuh, baik dan jitu untuk berkomunikasi dalam pelbagai konteks. Pewujudan bahasa yang menjadi milik manusia inilah yang membedakannya dengan haiwan. Untuk memahami manusia dan kemanusiaannya, seseorang itu mesti memahami sifat bahasa kerana bahasa menjadi sumber kehidupan dan kuasa manusia. Salah satu sifat luaran bahasa ialah kewujudan hubungan antara bahasa dengan etnologi, iaitu hubungan sejarah bahasa dengan sejarah bangsa dan ketamadunan bangsa itu. Ketamadunan akan memberikan kesan pada perkembangan bahasa dari pelbagai aspek. Bahasa juga bersifat global dan unik. Sifat inilah yang menjadikan bahasa berkuasa dalam kehidupan manusia. Ini dijelmakan dalam ungkapan bahasa membentuk bangsa, bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, hilang bahasa pupuslah bangsa, rosak bahasa binasalah bangsa…

KATA BIJAK PANDAI ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG DAPAT MELAWAN KEKALAHAN DAN KESENGSARAAN TANPA PERNAH MENYERAH DAN KECEWA