KEMENTERIAN PELAJARAN BIASISWA SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia. 2. Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. 3. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang terlibat Dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia: dan 4. Tidak menerima sebarang BIASISWA daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain,
BAGAIMANA PENCALONAN DILAKUKAN????? Borang akan diedarkan kepada setiap sekolah (Borang Permohonan Biasiswa Sukan 2013) mulai Januari 2013; 2. JPN menerima borang permohonan lengkap daripada sekolah pada atau sebelum 31 Mac 2013. 3. JPN mengunci masuk data permohonan secara atas talian dalam Sistem Biasiswa Sukan (SBS) seperti di alamat berikut; http://10.22.70.2/SBS mulai 01 hingga 30 April 2012; dan 4. Menghantar satu salinan borang permohonan setiap murid ke Bahagian Sukan.