Kursus pengurusan jenazah & Amali sembelihan

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAB KE-6   SHOLAT WAJIB.
Advertisements

FADHILA SEPTIYANING (9) FATIMAH AEWANI PUTRI (10)
TATA CARA PENGURUSAN JENAZAH
ShALAT.
By: NaNa Careyna CARA MEMANDIKAN MAYAT.
Tugas Fiqh PBI 1E kelompok 7 MENGURUS JENAZAH
Penyelenggaraan Jenazah
Melaksanakan Sholat Wajib Selain Salat Lima Waktu
Penyelenggaraan Penanganan Jenazah
Upacara Kematian pada Masyarakat Banjar (Kalimantan Selatan)
ﺍﻠﻟﻬﻢﱠﺒﺎﻋﺩﺒﻳﻨﻰﻭﺒﻳﻦﺧﻄﺎﻴﺎﻲﻜﻤﺎﺒﺎﻋﺩﺖﺒﻳﻦﺍﻠﻣﺸﺮﻖﻭﺍﻠﻣﻐﺮﺏ ﺍﻠﻠﻬﻢﱠﻨﻘﻧﻰﻣﻦﺍﻠﺨﻄﺎﻴﺎﻛﻣﺎﻴﻧﻘﻰﺍﻠﺸﱠﻭﺏﺍﻻﺒﻴﺽﻣﻦﺍﻠﺪﱠﻧﺱ ﺍﻠﻠﻬﻢﱠﺍﻏﺳﻝﺨﻄﺎﻳﺎﻯﺑﺎﻠﻣﺎﺀﻭﺍﻠﺸﱠﻠﺞﻭﺍﻠﺒﺮﺪ Bila kamu hendak melakukan.
STUDI ISLAM 3 FIKIH IBADAH
PENGERTIAN MANDI Mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat menghilangkan hadas besar .Mandi wajib dilakukan dengan cara menyiram seluruh angggota.
Imam Syafi’i Imam Maliki Imam Ahmad bin Hanbal Imam Abu Hanifah
Shalat Jum’at.
PENYELENGGARAN JENAZAH MENURUT SUNNAH RASUL
SEMBELIHAN (TOPIK 14).
BAB X Salat Jum’at.
Siti Dzakirotus Shufiyah
Welcome By; Irsyam Bin Syamsul.
Perawatan jenazah TIM GPAI SMA KUR 2013 BATU, LANJUT.
PENGURUSAN JENAZAH Rian Hidayat, S.Pd.I.
BAB VIII.
Materi Wudhu Rizki pambudi
WUDHU Pendahuluan: Wudhu adalah thaharah yang wajib dari hadats kecil, seperti buang air kecil, buang air besar, keluar angin dari dubur (kentut), tidur.
Shalat.
Untuk Siswa Sekolah Dasar
L/O/G/O  Miftahul Muniroh ( )  M. Farkhan ( ) Kelompok 2:
HAJI PAI 5 B KELOMPOK VIII 1. Agus Munip Pidianto 2. Agung Priyambodo
BAHAN AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
MANDI WAJIB Ibadah BAB 3 Kelas VII smt ganjil.
Kepedulian Umat Islam terhadap Jenazah
Disusun oleh: Arman Dede Fajar Japar Siddik
MENYALATKAN JENAZAH KELOMPOK 7.
بسم الله الرحمن الرحيم TATA CARA MERAWAT JENAZAH
Membasuh anggota yang tertentu dengan AIR beserta NIAT yang tertentu
Hukum Mengiring jenazah
Fikih sehari-hari.
Solat Berjemaah Masbuq, Muwafiq, Istikhlaf & Mufaraqah.
Kod 10 Solat.
Tuntutan solat berjemaah
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SOLAT FARDU. PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SOLAT FARDU.
ADAB BERHIAS DIRI.
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Andalus Corporation Pte Ltd
SOLAT SUNAT TAHAJJUD.
MODUL SOLAT Solat Berjemaah
Ict dan media dalam pendidikan islam
BAB 8: TAWAF, SA’I DAN TAHALUL
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
BAB 7: IHRAM UNTUK UMRAH DAN HAJI
Sijil Pengajian Al-Quran
Kursus pengurusan jenazah & Amali sembelihan
Faraidh.
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
MODUL SOLAT Perkara Yang Membatalkan Solat
PERSEDIAAN MENGAJAR Hari/ Tarikh: rabu / 20 Zulkaedah 1431-
Andalus Corporation Pte Ltd
Kelas Bimbingan Dewasa Unit 6 Bersuci Dari Hadas
BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT
PANDUAN PERKARA ASAS FARDU AIN.
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 BACAAN DALAM SOLAT. PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 BACAAN DALAM SOLAT.
MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI NEGERI SELANGOR
MODUL SOLAT Solat Qasar dan Jamak
TATA CARA PENGURUSAN JENAZAH “ كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ” Adyin Whan Sandy ( )
Kelas Bimbingan Dewasa
Marilah kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah S. W
Transcript presentasi:

Kursus pengurusan jenazah & Amali sembelihan Dr Ahmad Dahlan b Salleh Pensyarah Jabatan Syariah

PENDAHULUAN Kematian merupakan satu kejadian yang mesti ditempuhi oleh setiap manusia. Kita sebagai makhluk baru di muka bumi sudah pastinya akan mengalami kerosakan dan kemusnahan samaada dalam keadaan sihat walafiat , kaya raya ataupaun sedang berkuasa.

ISI KANDUNGAN Apabila sah matinya Mengurus Jenazah Orang yang berhak menguruskan Jenazah  perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah   Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah   Cara memandikan Jenazah Cara-cara mengkafankan jenazah Solat Jenazah

Apabila sah matinya Pabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan: إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya. Rapatkan kedua belah matanya. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang. Rapatkan mulutnya. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. Luruskan kakinya. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.  Letakkan di tempat yang tinggi. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah : Memandikannya. Mengkafankan jenazah. Solat ke atas jenazah. Mengebumikannya.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya

perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. Urusan menggali kubur. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah  Sifat berani. Sabar. Amanah. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah Sediakan tempat mandi. Sabun mandi. Air daun bidara. Air bersih. Sugi – 7 batang. Sarung tangan – 3 atau 5. Sedikit kapas. Air kapur barus. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti : Kain putih (bidang 45″)  – 20 meter bagi dewasa Gunting Kapas Cendana Kapur barus Air mawar Minyak wangi (Minyak Attar) Tikar jerami Bantal (dari daun pandan) Tempat mandi yang khas.

Cara memandikan Jenazah Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri. Sediakan air sabun. Sediakan air kapur barus. Istinjakkan mayat terlebih dahulu. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.  

Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat : Lafaz niat memandikan jenazah lelaki : نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِهَذَاالْمَيِّتِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala” Lafaz niat memandikan jenazah perempuan : نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِهَذِهِ الْمَيِّتَةِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala”

Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih. Siram sebelah kanan 3 kali. Siram sebelah kiri 3 kali. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

Setelah itu jenazahnya diwudukkan . Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki : نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِهَذَاالْمَيِّتِ للهِ تَعَالَى "aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t" نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِهَذِهِ الْمَيِّتَةِ للهِ تَعَالَى "aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t" Cara mewudukkan jenazah ini yaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu mulai dari muka dan terakhir pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

Siram dengan air sembilan. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll). Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Cara-cara mengkafankan jenazah Pertama :Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua :Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga :Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya

Keempat :Angkatlah mayat tersebut dengan berhati- hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

kelima :Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam :Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah “ALLAH dan MUHAMMAD” di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Solat Jenazah Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya. Cara mengerjakan Solat Jenazah Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

Rukun Solat Jenazah Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii.  Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam

Lafaz niat solat jenazah  Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan. أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”. Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki. أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”. Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki. أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan. أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى “Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”. Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا. أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى “Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”. Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى “Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

1 Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah. Takbiratul ihram اَ للهُ اَكْبَرُ “Allah Maha Besar”. Beserta dengan niat “Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”. Membaca Surah Al-Fatihah

2 Takbir kedua baca selawat. أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

3 Takbir ketiga berdoa untuk si mati. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi. أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

Memberi salam ke kanan dan ke kiri Bacaan sesudah salam Surah Al-Ikhlas 3 kali. Surah Al-Falaq 1 kali. Surah An-Nas 1 kali. Surah Al-Fatihah 1 kali. Surah Al-Baqarah ayat 1-5. Ayat Kursi 1 kali. Doa yang sesuai.