EPILEPSI DEFINISI : Gangguan paroksimal keatas fungsi otak yang mengakibatkan sawan yang bermula & berakhir dengan spontan.
ETIOLOGI : Deprivasi tidur Tekanan emosi Keletihan fizikal & mental infeksi & demam Pengambilan atau penarikan dadah & alkohol Cahaya yg berkedipan spt pendedahan kpd cahaya TV yg berdekatan Gangguan pendengaran akibat bunyi bising spt muzik Hot bath Terlalu banyak membaca
PATOFISIOLOGI : Secara am, sawan adalah akibat daripada pengeluaran elektrikal neuronal yang berlebihan & tidak terkawal
MANIFESTASI KLNIKAL : EPILEPSI GRAN MAL Fasa aura sesuatu fenomena pesakit tidak senang seketika sahaja Fasa tonik Ketidaksedaran diri & kontraksi otot Fasa klonik Pergerakan tersentak-sentak, tarikan & kekejangan otot. Fasa Relaksasi/koma Pesakit tertidur kerana keletihan, otot-ototnya flasid & lemah.
EPILEPSI PETIT MAL Tidak ada fasa tonik & klonik Pesakit hanya berhenti dgn tiba-tiba utk melalukan sesuatu & hanya merenung sesuatu utk seketika ( 10- 15 saat ) Kemungkinan pesakit tidak sedarkan diri semasa serangan. Epilepsi jenis ini adalah tinggi
INVESTIGASI : Blood for FBC, ESR, BUSE, LFT Serologi utk sifilis & HIV X’ray dada & kranium EEG CT scan & MRI
DIAGNOSA &DIAGNOSA PERBEZAAN : EPILEPSI GRAND MAL Serangan sawan adalah berperingkat. EPILEPSI PETIT MAL semasa serangan pesakit tidak sedarkan diri tetapi peskit tidak jatuh ke tanah MENINGITIS Demam & Tanda-tanda iritasi meningeal KETUMBUHAN INTRAKRANIUM Serangan didahului oleh sakit kepala yang teruk
PENGURUSAN : Baringkan pesakit ke tempat yang selamat Longgarkan pakaian yang ketat Pandukan pergerakan sawan Selepas serangan sawan, pastikan pesakit dibaringkan ke posisi lateral Ubat anti epileptik seperti DIAZEPAM boleh diberi 5 – 10mg intra vena secara perlahan-lahan.
KOMPLIKASI: Status epileptikus Gangguan mental PROGNOSIS: Prognosis untuk epilepsi adalah tidak baik kerana ia tidak dapat dipulihkan & status epileptikus boleh mengakibatkan maut.
PENDIDIKAN PESAKIT : Pesakit digalakkan supaya tidur dengan cukup Menghindarkan diri daripada tekanan emosi, keletihan fizikal & mental Elakkan daripada mengambil alkohol & dadah yang merbahaya Pastikan tidak menonton TV terlalu dekat dengan skrin Dilarang memandu, mengendalikan mesin & mandi dalam kolam air seorang diri.