KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 3: HATI YANG MATI Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 3: HATI YANG MATI
HATI YANG MATI Hati yang mati ialah hati yang tiada cahaya kehidupan di dalamnya. Hati tersebut mengutamakan hawa nafsu dan kelazatannya walaupun ia dimurkai Allah. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
HATI YANG MATI Tanda-tanda hati yang mati ialah: Fitnah Zalim Dusta Marah Mengumpat Mungkir janji 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
1. FITNAH Fitnah ialah menyampaikan keburukan orang lain di khalayak ramai dengan tujuan agar mereka dibenci atau dimusuhi. Dalam Islam, fitnah ialah tindakan yang lebih kejam dari pembunuhan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan hilangnya rasa kasih sayang, hormat serta boleh mencetuskan pergaduhan. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
1. FITNAH Perbuatan buruk memfitnah akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan azab yang pedih. Ia juga perbuatan yang tercela dalam Islam kerana ia boleh menganggu keharmonian masyarakat. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
2. ZALIM Bermaksud menganiaya diri sendiri ataupun orang lain. Ia cenderung kepada bentuk penindasan dan penganiyaan yang melampaui batas kemanusiaan. Hukumnya berdosa yang akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan azab yang pedih. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
2. ZALIM Perbuatan zalim terbahagi kepada 3 aspek: Zalim terhadap Allah s.w.t kezaliman yang berupa perbuatan syirik, kufur dan nifak 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
2. ZALIM Zalim terhadap sesama manusia iaitu pelbagai jenis kezaliman yang boleh menyebabkan manusia lain merana, menderita, terkorban dan seumpamanya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
2. ZALIM Zalim terhadap diri sendiri Iaitu kezaliman yang boleh merugikan atau merosakkan diri sendiri seperti berzina, berjudi, menghisap dadah, minum arak dan sebagainya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
3. DUSTA Perbuatan dusta adalah perbuatan yang amat keji disisi Islam kerana ia adalah induk dari pelbagai sifat tercela yang merugikan diri dan masyarakat. Orang yang berdusta tidak diberi petunjuk oleh Allah s.w.t dan tidak dipercayai orang lain serta tidak dapat kemenangan dunia dan akhirat. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
4. MARAH Sifat marah lahir kerana tidak dapat mengawal perasaan akibat perbuatan orang lain yang tidak diingini. Marah terbahagi kepada dua: Marah yang tercela Marah yang terpuji 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
4. MARAH Sikap marah yang dibolehkan iaitu terhadap orang yang melakukan maksiat, kerosakkan dan menentang ajaran Allah s.w.t dan rasul-Nya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
4. MARAH Menurut Imam al-Ghazali, sifat marah disebabkan oleh sepuluh perkara: Bantah dalam sesuatu perkara Rasa bangga diri Berkhianat Takjub kepada diri sendiri Tamak pada harta/pangkat Gurau senda melampaui batas Tidak dapat kendalikan nafsu dan emosi Bercakap sia-sia Dengki dan irihati Membuat fitnah 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
5. MENGUMPAT Ertinya menceritakan keburukan peribadi dan tindakan seseorang yang tidak disuka kepada orang lain. Islam melarang keras kerana perbuatan ini mendatangkan akibat yang buruk dan menyinggung hati, perasaan dan kehormatan orang yang diumpat. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
5. MENGUMPAT Di antara sebab-sebab berlakunya perbuatan mengumpat di kalangan manusia ialah: Untuk memuaskan hati yang sedang marah Bergurau senda dengan berlebihan Menunjuk-nunjuk kelebihan diri sendiri Perasaan hasad dengki Perasaan sombong dalam diri sehingga memandang rendah orang lain 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3
6. MUNGKIR JANJI Mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain. Hukum menetapi janji adalah wajib. Ciri-ciri sifat orang munafik. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 3