Tatabahasa (9) Kata Kerja
Kata Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menyatakan perbuatan. Kata kerja boleh hadir dalam bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bentuk Kata Kerja Tunggal Terbitan Majmuk Ganda pergi tidur terbang naik duduk berjalan menangis terambil mempercepat dianjurkan ambil alih tunjuk ajar campur aduk tolak ansur bersatu padu pusing-pusing berlari-lari kejar-mengejar tergelak-gelak dipukul-pukul
**Maka, tanpa objek, maksud sesuatu ayat itu tidak lengkap** Jenis Kata Kerja Dalam sistem Bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata kerja, iaitu; a) Kata Kerja Transitif (KKT) - KKT perlu diikuti oleh objek sebagai penyambut untuk melengkapkan ayat. - Contoh : i. Syarikat itu memperkenalkan model telefon bimbit baru. ii. Ibu membuka pintu seluas-luasnya. **Maka, tanpa objek, maksud sesuatu ayat itu tidak lengkap**
- KKT juga boleh dipasifkan.
b) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) - KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksud sesuatu ayat. KKTT tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa unsur keterangan untuk melengkapkan unsur ayat Mereka sudah pulang. Kami sekeluarga sedang berehat. boleh juga diikuti unsur keterangan sebagai maklumat tambahan bagi ayat tersebut. Mereka sudah pulang dari sekolah. Kami sekeluarga sedang berehat di ruang tamu.
Pada pendapat kamu, adakah KKTT berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk melengkapkan ayat Cikgu Rosmi menjadi guru kelas kami. Rohini tinggal di Temburong. tanpa pelengkap, sesuatu ayat itu tidak sempurna maksudnya Cikgu Rosmi menjadi Rohini tinggal Pada pendapat kamu, adakah KKTT boleh dipasifkan?
Objek atau penyambutTIDAK SAMA dengan unsur pelengkap **Objek atau penyambutTIDAK SAMA dengan unsur pelengkap** Perhatikan jadual di bawah untuk membezakan objek/penyambut dan unsur pelengkap. Ayat Subjek Predikat Unsur Keterangan Kata Kerja Objek 1. Syarikat itu memperkenalkan model telefon bimbit baru. 2. Ibu membuka pintu seluas-luasnya. 3. Mereka sudah pulang. dari sekolah. 4. Kami sekeluarga sedang berehat. di ruang tamu. 5. Cikgu Rosmi menjadi guru kelas kami. 6. Rohini tinggal di Temburong.
Latihan : Nyatakan perkataan yang bergaris dalam setiap ayat sama ada KKT atau KKTT. 1. Anisa memperolehi markah penuh dalam matapelajaran Bahasa Melayu. 2. Gigi susu adik yang patah tempoh hari sudah tumbuh. 3. Ayah mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke rumah. 4. Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak $300 kepada Tabung Dana Al-Muthadee Billah. 5. Mereka terkejut dan saling berpandangan setelah mendengar bunyi yang ganjil itu. 6. Air sungai di Kampung Katok mengalir dengan derasnya. 7. Penyakit Kumar semakin beransur baik. 8. Cikgu sedang membacakan buku cerita hantu kepada kami. 9. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya semalam. 10. Kita mestilah berbuat baik kepada orang lain.