TATABAHASA KONSEP IMBUHAN Imbuhan ialah unsur bahasa yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Imbuhan tidak boleh wujud bersendirian, sebaliknya hanya hadir secara bergabung dengan kata dasar. Proses penggabungan imbuhan dengan kata dasar disebut PROSES PENGIMBUHAN / MORFORLOGI
PELBAGAI JENIS IMBUHAN AWALAN – yang hadir sebelum kata dasar, contoh: terambil, dibaca, memperindah AKHIRAN – yang hadir sesudah kata dasar, contoh: dagangan, jalankan, dekati APITAN – yang hadir secara mengapit kata dasar, contoh: kediaman, diusahakan, mempertingkatkan SISIPAN – yang hadir di celahan kata dasar, contoh: sinambung, gemerlap, telunjuk
PROSES PENGIMBUHAN Proses pengimbuhan ialah proses yang menggabungkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk perkataan baru. Perkataan yang terbentuk itu disebut kata terbitan. Contoh: Kata dasar + Imbuhan = Kata Terbitan jalan ber- berjalan beli -an belian guru per…-an perguruan
AKTIVITI BERKUMPULAN Setiap kumpulan memilih 4 kata dasar kemudian beri imbuhan pada kata dasar yang dipilih dengan imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bina 4 ayat dengan menggunakan kata berimbuhan yang telah dibentuk. Membentangkan hasil kepada kelas Membincangkan hasil kumpulan
Mengenal pasti Kata terbitan dan Proses Pengimbuhan. Kenal pasti semua kata terbitan dalam petikan berikut. Bagi setiap perkataan nyatakan kata dasarnya serta imbuhan yang digunakan
Sejarah dan perkembangan bahasa Melayu memang sedia wujud bersama-sama dengan kewujudan bangsa Melayu. Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai unsur budaya dominan sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam semua aspek kehidupan bangsa Melayu, bukan hanya untu sekelompok golongan sahaja. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 merupakan satu pengiktirafan yang tegas bagi kepentingan politik, sosial dan agama Islam yang menjadi unsur dalam konsep Melayu Islam Beraja. Oleh itu negara akan menjadi gemilang.
Per…an ber- Ke…an se- Me…kan peN…an meN-
MOTIVASI DIRI KEKAYAAN YANG HILANG BOLEH DIKEJAR DENGAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubat yang BAIK, tetapi MASA yang hilang sekali hilang akan terus HILANG. Jadilah seperti POHON KAYU yang berbuah lebat yang dapat MENYUMBANG kepada makhluk yang memakannya.