RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tarikh Tahun Masa Bidang Kemahiran Hidup 03.09.2013 Tahun 4 60 minit Reka Bentuk dan Teknologi Unit 1.3 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK Tajuk Pembelajaran REKABENTUK DAN MENGHASILKAN PROJEK GABUNGAN DENGAN BAHAN KITAR SEMULA BUKAN LOGAM – PROJEK DAPUR SERBAGUNA Hasil pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Menyatakan dan menyenaraikan 3 bahan kitar semula yang boleh dimanfaatkan. Melakarkan lukisan projek Menyenaraikan bahan dan alatan yang diperlukan bagi menjalankan projek. Menghasilkan projek berpandukan lakaran yang telah dibuat. Penerapan Nilai Berhati-hati Tanggungjawab Berjimat-cermat Pengetahuan sedia ada Murid tahu tentang fungsi dapur. Bahan Bantuan Mengajar Modul aktiviti, Power Point, cat hitam, pembalut lutsinar, kotak
SET INDUKSI (5 MINIT) Isi Pelajaran: Penjanaan idea Aktiviti Pembelajaran: 1.Guru menyoal murid apakah alat yang digunakan untuk memasak. 2.Perbincangan dua hala antara guru dan murid tentang perkara di atas. 3.Guru mengaitkan alatan dapur dengan topik pembelajaran. BBM: Gambar bahan-bahan terbuang
LANGKAH PERTAMA (10MINIT) Isi Pelajaran: Gambar bahan kitar semula: Kotak dan kerajang aluminium Aktiviti Pembelajaran: Murid diarahkan oleh guru untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 bahan kitar semula yang boleh digunakan untuk membuat dapur serbaguna secara berkumpulan. BBM: Gambar, powerpoint, bahan kitar semula.
LANGKAH KEDUA (5 MINIT) Isi Pelajaran:Lakaran projek dapur serbaguna. Aktiviti Pembelajaran: Guru mengedarkan kertas lukisan kepada setiap kumpulan. Murid-murid diarahkan untuk membuat lakaran projek dapur serbaguna dengan bimbingan guru. BBM: Kertas Lukisan
LANGKAH 3 (10 MINIT) Isi Pelajaran: Hasil perbincangan murid: penyembur cat, kerajang aluminium, kotak, gunting, pembaris Aktiviti Pembelajaran: 1.Murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan semua bahan dan peralatan untuk membina dapur serbaguna. BBM: penyembur cat, kerajang aluminium, kotak, gunting, pembaris
LANGKAH KEEMPAT (20 MINIT) Isi Pelajaran: Penghasilan projek Aktiviti Pembelajaran: Guru menyediakan bahan dan alatan berdasarkan lakaran dan bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh murid. Murid menghasilkan projek dengan berpandukan lakaran dalam kumpulan. BBM: penyembur cat, kerajang aluminium, kotak, gunting, pembaris
LANGKAH KELIMA (5 MINIT) Isi Pelajaran: Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membina dapur serbaguna. Aktiviti Pembelajaran: 1. Setelah menghasilkan projek, murid diminta untuk menjawab soalan latihan pengukuhan yang diedarkan oleh guru. BBM: Buku Latihan
PENUTUP (5 MINIT) Isi Pelajaran: Rumusan, penyimpanan peralatan dan pembersihan bengkel. Aktiviti Pembelajaran: Guru membuat rumusan dan mengaitkannya dengan kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di mana tenaga solar boleh digunakan untuk memanaskan dapur. Tenaga solar juga boleh digunakan untuk memasak makanan di dapur serbaguna. Murid menyimpan dan menyusun semua peralatan yang telah digunakan di tempat penyimpanan.
BAHAN KITAR SEMULA
HASIL KERJA
SEKIAN TERIMA KASIH