LATIHAN SALIN SOALAN DAN TERUS JAWAB BUAT DALAM BUKU LATIHAN MIB HANTAR HARI INI JUGA MALAY LANGUAGE IS BRUNEI NUMBER ONE PRIORITY
Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan perkataan-perkataan yang paling sesuai yang disediakan di dalam kotak beriku: Lutanan Khusyuk Amanah 1 Januari 1984 Keharmonian Benar Perhubungan Hina Menutup aurat pengiran sombong ditegah Gendang jaga-jaga wajib berdikari Bersimpati 27 rejab Bersopan santun Silaturahim tulah
Orang yang memperbanyakkan berdoa ketika ia berada dalam keadaan senang maka Allah Taala akan mengabulkan doanya ketika ia dalam keadaan ________________________. Orang yang tidak bersopan santun akan dipandang ______________________ dan tidak dihormati. Bercakap _______________________ bermaksud tidak memperkatakan sesuatu perkara yang bohong atau rekaan dan tidak menokok tambah sesuatu cerita
4) Peraturan dan undang-undang adalah suatu perintah atau arahan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu dan ____________________ dipatuhi. 5) Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada _____________________. 6) Tarikh _____________________ merupakan tarikh keramat bagi negara kita kerana ia merupakan tarikh kemerdekaan dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam yang pertama 7)Dalam majlis perkahwinan diraja misalnya, akan diadakan istiadat membuka ________________ bagi menandakan majlis sudah bermula.
8)Sikap atau perbuatan membuli biasanya dilakukan oleh orang-orang yang _____________ dan angkuh. 9)_________________ dalam melakukan sesuatu pekerjaan bererti sempurna, teratur, tersusun, kemas, bersih dan memuaskan. 10) Orang yang _______________ sangat disenangi dan disayangi oleh orang-orang sekeliling yang bergaul dengannya. 11)Dalam agama Islam, pakaian yang dipakai oleh seseorang muslim itu khususnya apabila menghadiri sesuatu majlis hendaklah sentiasa _______________, bersih dan kemas.
12)Kita haruslah _________________ kepada ahli dan kaum keluarga yang menerima musibah seperti kematian, bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan seumpamanya. 13) Masyarakat Melayu Brunei beranggapan bahawa seseorang anak yang menjamah makanan mendahului ibu bapanya itu boleh mendatangkan ________________. 14)Sebutan ________________ adalah khusus, bagi Awangku lelaki dan Dayangku perempuan yang telah berkahwin dan dikurniakan anak
15.Bahasa Dalam digunakan sebagai bahasa _________________ di antara raja dengan rakyat atau kerabat diraja dan orang-orang yang disampiri gelaran. 16) ___________________ bermaksud mampu menyelesaikan masalah diri sendiri, boleh membuat keputusan dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. 17)Perbuatan meminum arak atau minuman yang memabukkan adalah perbuatan yang ___________________ keras oleh agama Islam serta undang-undang negara
18)kegiatan-kegiatan berkebajikan sangat digalakkan bagi mengeratkan hubungan _______________________ 19) ______________________ bermaksud sikap bertanggungjawab bagi menjalankan tugas, menyimpan rahsia, harta benda, menjaga dan memelihara sesuatu tugas. 20) Setiap ahli keluarga perlu mempunyai sifat-sifat terpuji bagi mengekalkan __________________ dan kesejahteraan hidup berkeluarga.