UNIT 4 PERTUMBUHAN DAN PENYEBARAN BAHASA MELAYU.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KERAJAAN SRIWIJAYA.
Advertisements

Assalamualaikum Wr. WB SRIWIJAYA.
A.    SEJARAH MASUKNYA ISLAM DI INDONESIA.
BAB I Kompetensi Dasar: Mahasiswa dapat menjelaskan tentang sejarah perkembangan dan eksposisi perkembangan bahasa Indonesia Bahasa Indonesia berasal.
1. PENGENALAN TAMADUN MELAYU
TUGAS SEJARAH TENTANG : KERAJAAN SRIWIJAYA.
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU SEMINAR TAMADUN dan TUNJUK AJAR MELAYU Judul Topik : Agama Kelompok 5 : 1. NADIA WAHYU W EBET OKTAFIANSAH.
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUSIA
PENYEBARAN BAHASA MELAYU  .
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PENGENALAN.
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU
Bab 7.
KONSEP TAMADUN MELAYU.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Dr. Hirman Mohamed Khamis
KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU  .
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Disediakan oleh: Dr. Mohd Daud
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati.
BBM 5201 PEMBANGUNAN BM Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Bin Daing Melebek
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Perancangan Korpus Bahasa Melayu
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
1. KETERANGAN BERDASARKAN ILMU BAHASA LINGUISTIK Bahasa melayu termasuk rumpun austronesia. Kata Malaya dan Melayu sering dikacaukan dengan kata “mlaya”
PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA N. AINI PUSPITASARI.
UNIT 6 BAHASA MELAYU KLASIK.
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Transcript presentasi:

UNIT 4 PERTUMBUHAN DAN PENYEBARAN BAHASA MELAYU

Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pertumbuhan dan bentuk awal bahasa Melayu > penyebaran bahasa Melayu > faktor penyebaran bahasa Melayu

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Pertumbuhan dan bentuk awal bahasa Melayu digarap berasaskan bukti sejarah yang berupa prasasti yang wujud pada zaman kerajaan Melayu awal. Daripada prasasti ini kita mengenali bentuk bahasa Melayu dari segi fonetik, morfologi, sintaksis, leksikon, semantik... Antara kerajaan Melayu yang awal ialah Kerajaan Melayu Campa. Kerajaan ini telah wujud sejak abad kedua Masihi, terletak di Vietnam Tengah sekarang ini Pendiri kerajaan tersebut ialah bangsa Melayu. Pada masa itu, terdapat sebuah prasasti (batu bersurat) yang bertarikh pada abad ke-4 M. Prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Ia ditemukan di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Tulisan yang terpahat pada prasasti itu ringkas sahaja. prasasti itu berbunyi: Siddham ni yan naga pun putnav ya uran spuy di ko kurun ko jmay labuh nari svarggah ya uran peribhu di ko, kurun saribu thun ko davan di naraka dnan tijuh kulo ko

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Terjemahannya: Salam sejahtera inilah Naga dewa kepunyaan Raja. Sesiapa yang menghormatinya, orang itu akan beroleh anugerah dari syurga, sesiapa yang mengkhianatnya, orang itu akan masuk neraka selama seribu tahun sehingga tujuh keturunannya Kalau kita teliti perkataan pada teks asal di atas terdapat perkataan yang ada kesamaannya dengan bahasa Melayu kini. Contohnya: yan = yang naraka = neraka naga = naga dnan = dengan ni = ini tijuh = tujuh uran = orang svarggah = syurga saribu = seribu thun = tahun

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Daripada contoh yang diberikan di atas, terdapat beberapa persamaan dan perbedaannya. Senarai kata di sebelah kiri itu merupakan transliterasi daripada huruf Hindu (tulisan Pallava di India) ke dalam tulisan rumi. Transliterasi berdasarkan huruf Hindu tidak dapat memenuhi kehendak sebutan fonem Melayu Tulisan Hindu digunakan hanya untuk mencatat tetapi tidak dapat menggambarkan 100% sebutan Melayu. Oleh itu, terdapat perbedaan sebutan Namun, prasasti ini sudah dapat menggambarkan bahasa Melayu pada zaman awal. Dalam senarai kata pada prasasti terdapat kata pinjaman Sanskrit. Contohnya ialah svarggah dan naraka. Dalam bahasa Melayu klasik, svarggah disebut [sywarga], tetapi sekarang disebut syurga. Perkataan naraka disebut sebagai [naraka] juga; tetapi sekarang dilafazkan menjadi [neraka]

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Prasasti berbahasa Melayu tertua yang kedua ialah prasasti Sajamerta, iaitu sebuah prasasti yang ditemukan di sebuah tempat di bahagian utara Jawa Tengah, di satu tempat yang bernama Sajamerta [Sojomerto]. Prasasti ini bertarikh pada awal abad ketujuh Masihi, dan sifatnya agak ringkas juga Kandungannya adalah seperti yang berikut: …….. namah sysyaiva Bhatara para mesyva- ra sarvva daiva ku samvah hiya mih iman is - anda dapu - unta selendra namah santanu namanda bapanda bhadravti namanda ayanda sampula namanda vininda selendra namah

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Terjemahannya: Hormat takzim kepada Siwa Bhatara Parameswa - ra dan semua dewa. Kusungguh-sungguh menghormati …… mih Ialah …….. yang mulia Dapunta Selendra Santanu ialah nama ayahnya Bhadrawati idalah nama ibunya Sampula idalah nama isteri kepada yang mulia Selendra

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Daripada senarai di atas, kita dapat menganalisis kata yang telah di- transliterasikan itu Sysyaiva = Syaiva = Siwa Bhatara = Betara Paramesyvara = Parameswara Sarvva = Sarwa = Seru daiva = dewa Samvah = sembah namanda = nama + nda bapanda = bapa + nda = bapa ayahanda = ayah + nda = ayah = ibu vininda = vini + nda = bini

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Akhiran “nda” sama seperti yang kita gunakan dalam bahasa Melayu moden seperti pada kata: ayahanda = bapa ibunda = bonda = ibu nenekanda = ninda = nenek kakanda = kakak atau abang adinda = adik mamanda = bapa saudara Selain itu, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti yang berikut: Syaiva = Syiva = Siwa Bhatara = Betara Sarvva = sarwa = seru daiva = dewa

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Kenyataan di atas menunjukkan bahawa bahasa Sanskrit dan Hindu sangat kuat mempengaruhi bahasa Melayu awal abad ke-7M. Prasasti berbahasa Melayu tertua yang ketiga ialah Prasasti Kedukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah kampung yang bernama Kedukan Bukit, di tepi sungai Tatung dan di kaki Bukit Seguntang Nama Bukit Seguntang ada tercatat dalam buku sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin). Tempatnya tidak jauh dari kota Palembang, ibu kota Propinsi Sumatera Selatan. Prasasti Kedukan Bukit bertarikh pada 605 tahun Syaka bersamaan dengan 683 M (605 + 78 = 683) sebab tahun Syaka dikira mengikut tahun syamsiah atau matahari dan berselisih 78 tahun kemudian daripada tahun Masihi.

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Batu bersurat ini telah dikaji oleh Coedes, dan transliterasinya adalah seperti yang berikut: Swasti syri Syakawarsatita 605 ekadasyi syu Klapaksa wulan waisyaka dapunta hiyam nayik di swanwau mangalap siddhayatra di saptami syuklapaksa wulan jyestha dapunta hiyam marlapas dari minanga tamwan mamawa yam wala dua laksna dangan kosya dua ratus cara di samvau dangan jalan sariwu tlu ratus sapulu dua wanyakna datam di mata yap sukhasyita di pancami syukla-paksa wulan laghu mudita datam marwuat wanua…. Syriwijaya jaya sidda yatra subhiksa….

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Maksudnya Selamat tahun Syaka telah berjalan 605 tanggal II separuh terang bulan Waisaka, yang Dipertuan Hyang naik di perahu mengambil perjalanan suci. Pada tanggal 7 separuh terang bulan Jyestra Yang Dipertuan Hyang berangkat dari Minanga tamwan membawa bala (tentera) dua puluh ribu dengan tempat (tempat barang bekal) Dua ratus berjalan di perahu dengan jalan (darat) seribu tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang mata yap (?) bersuka-suka pada tanggal lima bulan (dengan) mudah dan senang datang membuat kota… Sriwijaya (dari sebab dapat) menang (kerana) perjalanan suci (yang menyebabkan) kemakmuran

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Daripada teks di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa perkataan yang kita boleh cari asal-usulnya dan pengertiannya. Contohnya ialah: syri = seri, sri dua ratus = dua ratus syaka = saka jalan = jalan wulan = bulan sariwu = seribu Dapunta hiyam = Dipertuan Hiyang nayik = naik tlu ratus = telu ratus marlapas = berlepas sapulu dua = sepuluh dua = dua belas dari = dari datam = datang mamawa = membawa sukhasyita = sukacita yam = yang marwuat = berbuat wala = bala (tentera) wanua = benua dua laksa = dua laksa Syriwijaya = Seriwijaya dangan = dengan

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Daripada senarai di atas, kita dapat menganalisis perkataan tertentu termasuk fonem dan imbuhan yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya fonem /w/ bahasa Melayu klasik sama dengan fonem /b/ dalam bahasa Melayu moden. Ini boleh dibuktikan daripada bahan yang berikut: wulan = bulan mamawa = membawa wala = bala sariwu = seribu wanyaknya = banyaknya marwuat = berbuat wanua = benua

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Fonem /m/ bahasa Melayu kuno sama dengan /ng/ bahasa Melayu moden. Ini terbukti pada contoh yang berikut: yam = yang datam = datang hiyam = hiyang Awalan /maN-/ bahasa Melayu kuno sama dengan awalan /MeN-/ dalam bahasa Melayu moden. Contohnya: mangalap = mengalap mamawa = membawa Awalan /mar-/ bahasa Melayu kuno sama dengan awalan /ber-/ dalam bahasa Melayu moden. Contohnya: marlapas = berlepas marwuat = berbuat 

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Awalan /sa-/ bahasa Melayu kuno sama dengan awalan /se/ dalam bahasa Melayu moden. Contohnya: sa - (riwu) = se(ribu) sa - (pulu) = se(puluh) Akhiran /-na/ (bahasa Melayu kuno) sama dengan /-nya/ bahasa Melayu Moden Selain itu, terdapat perkataan yang sama seperti dua, ratus, laksa dan jalan Perkataan /tlu/ atau /telu/ sekarang ini masih dipakai dalam bahasa Jawa, Tagalog, Dusun… Begitu juga dalam teks ini terdapat kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti Sukhasyita (sukacita), Syaka, warsa, eka, sapta, waisyakha, panca, Syriwijaya, jaya, siddayathra…

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL Selain prasasti Kedukan Bukit ini, masih banyak lagi prasasti yang lain, seperti prasasti Kota Kapur, Karang Berahi, Ligor, Bukateja, Dang Pu Hawang Glis, Dong Yen Chau, Vietnam, Laguna Copperplate, Filipina, Manjusyrigrha, Manila dan lain lagi Berdasarkan bahan contoh di atas, kita dapat merumuskan bahawa pada zaman awal pertumbuhan bahasa Melayu yang kita kesan melalui teks tulisan yang dipahat pada batu, bahawa bahasa Melayu kuno mempunyai ciri berikut:

PERTUMBUHAN DAN BENTUK AWAL > Kata asli Melayu seperti dua, ratus, telu, lapas (lepas), bawa, datam (datang), wuat (buat), wanua (benua), wulan (bulan)… > Kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit > Morfem terikat atau imbuhan seperti mar-(ber), maN-(meN-), na > Kata bilangan seperti dua ratus, sariwu tlu ratus sapulu dua (seribu tiga ratus dua belas), dan lain lagi > Kata yang tidak banyak berubah seperti, ratus, di, cara, dua, dll. > Fonem seperti s, c, d, k, p, t, w, a, u, l, m, n, y, ng, ny, j, r. > Fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti: bh, kh, sy, dh, th Yang nyata ialah bahasa Melayu kuno tidak terdapat pengaruh daripada bahasa Arab, sama ada fonemnya mahupun kosa katanya. Sebaliknya, pengaruh Sanskrit lebih menonjol seperti pada kosa kata, fonem dan juga tulisan

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Walaupun pada prasasti itu digunakan bahasa Melayu tetapi nama “bahasa Melayu” atau “bangsa Melayu” masih belum wujud. Nama Melayu sebagai bangsa dan bahasa, baru wujud dalam zaman kemudian, terutama setelah terdiri Kerajaan Melayu Melaka Kita menamakan bahasa Melayu kerana bahasa yang digunakan pada prastasi itu mirip dengan bahasa Melayu, dan dengan itu, penuturnya dipanggil bangsa Melayu Orang Cina pada zaman awal yang rajin menulis segala peristiwa yang berlaku di Timur termasuk di Asia Tenggara, menamakan penduduk di Asia Tenggara sebagai bangsa “Kun L’un” dan bahasanya juga disebut bahasa Kun L’un

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kita tidak mengetahui mengapa mereka memanggil orang di Asia Tenggara sebagai Kun L’un. Namun, dipercayai bahawa nama Kun L’un itu diambil daripada perkataan gunung dalam bahasa Cina, kerana pada masa dahulu, orang Cina yang belayar ke laut selatan telah singgah di tempat yang didiami oleh orang Kun L’un tadi dan secara kebetulan di tempat itu terdapat gunung seperti Gunung Daik, Gunung Jerai, Bukit Siguntang, Santubung, gunung di Pulau Jawa, Sabah, Filipina… Dengan itu, ia dipanggil sebagai Kun L’un, dan orangnya juga di panggil sebagai Kun L’un. Selain itu, semua orang yang datang dari selatan serta berbahasa dan berkebudayaan yang sama dengan penduduk di Kun L’un dipanggil juga sebagai Kun L’un

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Ada juga teori lain tentang asal-usul perkataan Kun L’un ini. Dalam teori ini, dikatakan bahawa Kun L’un berasal daripada perkataan Kundur, iaitu nama sebuah pulau di Kuala Sungai Mekong di Vietnam Selatan. Pulau Kundur (Pulo Condor) dalam tulisan orang Barat disebut oleh orang Cina sebagai Kun L’un, iaitu bunyi pelat orang Cina Pada masa dahulu, orang Melayu pernah menduduki pulau ini bahkan di beberapa tempat lain di Pantai Vietnam Selatan hingga ke Vietnam Tengah seperti di Pandurangga, Dharawati, dan Phanrang. Orang ini memang bangsa pelaut. Mereka belayar di kawasan Asia Tenggara, terutama di daerah kepulauan dan juga di pantai daratan Asia Tenggara Orang Cina yang datang dari Utara telah bertembung dan berjumpa dengan orang Melayu ini di Pulo Condor. Dan menamakan mereka sebagai orang Kundur atau pelatnya Kun L’un

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Nama Kun L’un bukan sahaja diberikan kepada penduduk pulau Kundur, tetapi juga orang lain yang datang dari Selatan, terutama kepulauan Asia Tenggara. Ini disebabkan bangsa, bahasa dan kebudayaan serta adat resam mereka adalah sama Dengan itu, panggilan Kun L’un adalah untuk orang Melayu keseluruhannya dan panggilan ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi, iaitu pada zaman selepas tarikh Masihi Selain panggilan di atas, bangsa Melayu juga biasa dipanggil sebagai orang Jawa. Panggilan ini dibuat oleh penduduk di daratan Asia Tenggara seperti di Vietnam dan Kemboja terhadap penduduk yang ada di kepulauan Asia Tenggara. Panggilan seumpama itu masih kekal sampai kini

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Selain itu, orang di Asia Barat, terutama Arab juga memanggil penduduk di Asia Tenggara sebagai Jawa atau Jawi. Nama Jawa bukan sahaja untuk orang Jawa tetapi juga kepada suku bangsa Melayu yang lain seperti Melayu, Madura, Bugis, Aceh, Makassar, Filipino dan lain lagi Nama Jawa ini diambil daripada nama Java dwipa, iaitu nama yang diberikan kepada daerah Asia Tenggara pada zaman dahulu kala. Setelah berlangsung beberapa lama, perkataan Java atau Jawa sahaja yang kekal, sedangkan dwipanya hilang Oleh sebab itu, banyak ulama kita pada zaman dahulu menggunakan nama al-Jawi di hujung nama mereka seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari al-Jawi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Sejak awal, bahasa Melayu telah tersebar ke beberapa daerah di Asia Tenggara. Buktinya ialah terdapatnya pelbagai prasasti di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Bahasa Melayu yang tersebar ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu daripada satu zaman kepada satu zaman Kita boleh membahagikan perkembangan zaman bahasa Melayu itu kepada lima, iaitu:   > zaman bahasa Melayu Purba >zaman bahasa Melayu Kuno > zaman bahasa Melayu Klasik > zaman bahasa Melayu Pramoden > zaman bahasa Melayu Moden

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Purba: Bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam Untuk mengetahui keadaan dan kedudukan bahasa Melayu pada zaman purba, ahli bahasa membuat rekonstruksi bahasa berdasarkan maklumat pada bahasa dan dialek Melayu yang wujud pada masa ini Contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat nama pokok gajus (Anacardium accidentale) yang mempunyai pelbagai nama dan sebutan dalam dialek Melayu, seperti gajus, jagus, janggus, kajus, ketereh, jambu golok dan jambu monyet Antara gajus dan kajus berbeda kerana perubahan bunyi bersuara kepada tak bersuara (/g/ kepada /k/); bunyi gajus ke jagus hanya merupakan proses metatesis (bunyi terbalik). Sebutan janggus merupakan satu penyimpangan bunyi, iaitu penyengauan bunyi. Dengan cara begitu kita dapat mencari sebutan asal bagi nama ini. Hal ini dikatakan sebagai proses rekonstruksi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Kuno: Bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 M, iaitu berdasarkan penemuan sebuah prasasti berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M. Selepas tarikh ini, terdapat pelbagai prasasti yang ditemukan di beberapa banyak tempat di Asia Tenggara, terutama di Sumatera dan Jawa, dan prasasti ini kebanyakannya bertarikh pada abad ke-7 M dan selepasnya. Prasasti yang ditemukan, kebanyakannya menggunakan tulisan dari India atau tulisan pengaruh tulisan India, seperti tulisan Devanagari, Pallava, Vangki, Jawa Kuno, Kawi… Di Pulau Jawa, prasasti berbahasa Melayu yang tertua bertarikh pada awal abad ke-7 M, dan ditemukan di Sajamerta, sebuah tempat di pantai utara Jawa Tengah. Prasasti lain yang ditemukan di Pulau Jawa ialah di Bukateja, Dang Pu Hawang Galis., Manjusyrigraha, Sang Hyang Wintang, Gunung Sundoro, Kebun Kopi (Jawa Barat)…

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Di Pulau Sumatera, prasasti berbahasa Melayu yang tertua ialah di Kedukan Bukit (683 M) iaitu sebuah tempat di daerah Palembang, Sumatera Selatan Selain itu, terdapat banyak lagi prasasti berbahasa Melayu seperti di Talang Tuwo (684M), Telaga Batu (685M), Kota Kapor (686M.), Karang Berahi (686M.), Palas Pasemah dan Bungkuk di Lampung, Pagar ruyung dan Bukit Gombak, di Sumatera Barat. Tempat yang ditemukan prasasti ini tersebar luas di Propinsi Lampung, Sumatera Selatan, Jambi, Bengkulu, Sumatera Barat, Riau dan Sumatera Utara Di Tanah Semenanjung juga terdapat beberapa prasasti zaman bahasa Melayu kuno seperti di Seberang Perai dan Kedah, dan juga di Chaiya, Takua Pa, dan Ligor di Thailand Selatan. Prasasti yang ditemukan di Ligor ini bertarikh pada 775 M

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Di Tanah Besar Asia Tenggara, terdapat beberapa prasasti zaman bahasa Melayu kuno, iaitu selain prasasti Dong Yen Chau. Antaranya ialah prasasti yang ditemukan di Vietnam Tengah. iaitu di Phutuan. Zaman Bahasa Melayu kuno berakhir pada akhir abad ke-13M Selepas itu, muncul pula prasasti berbahasa Melayu dalam kategori bahasa Melayu klasik Bahasa Melayu kuno ditandai dengan beberapa ciri: > Tulisan yang digunakan ialah tulisan yang berasal dari India seperti Devanagari, Vangki, dan Pallava dan tulisan yang berasal daripada pengaruh tulisan India seperti Jawa kuno dan Kawi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU > Pada prasasti ini, terdapat banyak kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, terutama kata yang berkaitan rapat dengan kebudayaan India, dan agama Hindu dan Buddha > Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai pengaruh bahasa Arab, sama ada tulisan atau kosa kata > Kosa kata bahasa Melayu kuno masih banyak yang kekal sampai kini > Imbuhan kata bahasa Melayu kuno ada yang berbeda dengan bahasa Melayu kini disebabkan oleh peredaran zaman > Bahasa Melayu kuno ada yang meminjam fonem bahasa Sanskrit, terutama untuk kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Daripada perbincangan di atas, serta bukti sahih yang diperoleh dan dikemukakan dengan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu kuno tersebar luas dalam zaman terdirinya beberapa buah kerajaan dan empayar di Nusantara dan sekitarnya Antaranya ialah: > Kerajaan Campa dan empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Cambodia, Thailand Tengah dan Selatan > Kerajaan Syailendra dan Sanjaya di Pulau Jawa > Kerajaan Malayu dan Empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Klasik: Zaman Bahasa Melayu Klasik bermula dari awal abad ke-14 M hingga ke akhir abad ke-18 M. Zaman permulaannya, ditandai dengan prasasti Terengganu yang bertarikh pada 702 H bersamaan dengan tahun 1303 M Prasasti ini menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya dan mempunyai kata pinjaman daripada bahasa Arab. Bahasa Melayu Klasik ini muncul dan terpisah daripada bahasa Melayu Kuno apabila wujud penggunaan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14 Sebelum itu, memang ada penggunaan tulisan Arab, tetapi hanya untuk tulisan dalam bahasa Arab, khususnya bagi penulisan ayat Al-Qur’an pada batu nisan. Bahasa Melayu klasik ini juga mula mendapat pengaruh kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Farsi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Prasasti berbahasa Melayu klasik banyak terdapat di Tanah Semenanjung seperti di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan di beberapa tempat lain, di samping di Terengganu seperti yang telah dinyatakan di atas Di Sumatera juga terdapat banyak prasasti berbahasa Melayu klasik seperti di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh Di Pulau Borneo atau Kalimantan, banyak didapati prasasti berbahasa Melayu Klasik, terutama di Negara Brunei Darussalam. Di luar dari daerah yang disebutkan di atas, masih banyak lagi prasasti berbahasa Melayu Klasik

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Selain tulisan pada prasasti, tulisan berbahasa Melayu klasik banyak yang terabadi dalam bentuk manuskrip Melayu lama yang ditulis pada kulit kambing, kertas, kain, ukiran pada kayu, gading, batang buluh, daun lontar… Jumlahnya sangat banyak, iaitu lebih daripada 12,000 naskhah dan kebanyakannya tersimpan di 14 buah negara dunia, terutama di Barat. Manuskrip Melayu yang tertua, berbentuk surat yang dikirim oleh Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugis bertarikh pada 1521 dan 1522M Manuskrip dalam bentuk buku yang paling tua, yang ditemukan ialah kitab Aqa’id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Sekarang ini, kitab ini dimiliki oleh Prof. Diraja Ungku Aziz

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kemudian barulah muncul manuskrip yang lain seperti Tutinameh (1600 M.), Hikayat Seri Rama (1633 M.), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602 M.), dan Surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King James I (1615 M) Bahasa Melayu klasik tersebar luas di beberapa bahagian dunia timur. Ia bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu, tetapi juga oleh orang bukan Melayu, terutama di Asia Tenggara. Dengan itu, bahasa Melayu klasik telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara Selain sebagai bahasa lingua franca, bahasa Melayu juga dijadikan bahasa yang penting untuk menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara ini. Ini dibuktikan oleh kewujudan banyak kitab agama yang dikarang oleh ulama Asia Tenggara

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Antaranya yang terkenal ialah Sabil al-Muhtadin (oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dari negeri Banjar); Furu’ al-Masa’il (oleh Syeikh Muhammad Daud al-Fatani, dari Patani, Thailand); Siyar al-Salikin dan Hidayat al-Salikin (oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, dari Palembang, Sumatera Selatan); Siratal-Mustaqim dan lain lagi (oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri, dari Acheh dan Gujerat, India); Terjemahan Tafsir al-Quran al-Badhawi (oleh Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri atrau Singkil), dan banyak yang lain lagi Kitab dan buku itu bukan sahaja tentang agama seperti fiqh, al-hadith, tafsir al-Qur’an, tasawwuf… tetapi juga bidang yang lain seperti sejarah, hikayat, bintang dua belas, hal ehwal haiwan, perdukunan dan perubatan Melayu, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah, pengembaraan dan pelbagai lagi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Selain itu, banyak ditemukan kitab dan buku dalam bentuk manuskrip di merata tempat di Asia Tenggara, seperti di Campa (Vietnam), Cambodia, Thailand Tengah dan Pattani, Filipina Selatan, Sabah, Brunei Darussalam, kepulauan Indonesia dari Maluku, Makassar dan Bima sampai ke Jawa, Sumatera, Malaysia dan juga di luar Asia Tenggara seperti di Sri Lanka, Tennaserrim (Myanmar), dan Afrika Selatan Terdapat juga kitab Melayu klasik yang dikarang di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah) oleh ulama Melayu yang bermastautin di sana, dan kitabnya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa

PENYEBARAN BAHASA MELAYU dalam zaman bahasa Melayu klasik ini juga, bahasa Melayu banyak dipelajari oleh orang bukan Melayu seperti orang Cina, India, Arab, Farsi dan juga orang dari Barat seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis dan Sepanyol, iaitu untuk tujuan perniagaan, perhubungan antara negara-negara dan raja-raja dan pengembangan ajaran agama, terutama Islam dan Kristian Dengan itu, dalam zaman ini lahir beberapa banyak buku dalam bentuk daftar kata (word-list) seperti Cina-Melayu, Itali-Melayu, Melayu-Belanda, Melayu-Inggeris; buku kamus, buku tatabahasa dan pelbagai genre hasil karya sastera Melayu

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Ada antara buku ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa barat seperti ke dalam bahasa Latin, seperti Kamus Melayu-Latin dan Latin-Melayu Terdapat juga buku atau kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti kitab tafsir al-Qur’an (contohnya Tafsir al-Baydawi), al-Hadith, kitab Fiqh, kitab Tasawwuf, kitab ilmu Tawhid dan lain lagi Terjemahan kitab agama Kristian, iaitu The Old Testament and The New Testament dan The Acts of the Apostles, daripada bahasa Barat ke dalam bahasa Melayu, menjadi El-Kitab, iaitu Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru serta Kisah Perbuatan Rasul-Rasul

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu menyebar dan meningkat dengan pesat dalam zaman bahasa Melayu klasik ini. Ini Demikian, kerana bahasa Melayu sudah berkemampuan jika dibandingkan dengan bahasa lain di Asia Tenggara ini, dalam menangani masalah yang berkaitan perhubungan antara negara di Asia Tenggara, sebagai alat perhubungan perniagaan dan perdagangan, dan juga sebagai bahasa untuk pentadbiran dan pemerintahan Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja terbatas kepada orang Melayu tetapi juga dalam kalangan orang bukan Melayu daripada kelompok Asia, bahkan juga daripada kelompok Eropah dan Asia Barat dan Selatan yang datang ke Asia Tenggara

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Dalam zaman bahasa Melayu klasik, banyak berdiri kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Brunei yang menyebar luas di daerah Kalimantan Utara hingga ke Filipina Selatan; Patani, Ligor, Palembang, Jambi, Siak Sri Inderapura, Langkat, Deli-Serdang, Asahan, Haru, Banjarmasin, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak dan lain lagi. Ada juga empayar atau kerajaan bukan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan. Contohnya, kerajaan Aceh di Sumatera bahagian Utara. Orang Barat yang berkuasa di banyak tempat di Asia Tenggara juga telah menggunakan bahasa Melayu apabila berhubungan dengan kerajaan peribumi atau rakyat peribuminya. Bahasa Melayu klasik sampai di puncak keagungannya pada kira-kira 1750 M

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan kecendekiaan dalam bahasa Melayu mencapai ke tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, sudah lahir karya falsafah tasawuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ke-17 M, berlaku pula polemik ilmiah tentang falsafah, tasawuf dan ilmu agama yang lain, khususnya polemik yang berlaku antara Hamzah Fansuri dan Syamsudin Pasai dengan Nuruddin Al-Raniri yang datang dari India Kemudian kritik Abdul Rauf terhadap Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kelahiran karya bersifat kecendekiaan ini berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu. Keadaan ini tidak pernah berlaku pada zaman Hindu. Dengan itu, terdapat perbedaan besar antara karya pengaruh Hindu dengan Islam. Karya pengaruh Hindu hanya berupa terjemahan cerita dan epik seperti Hikayat Seri Rama, dan Hikayat Pandawa Lima, tanpa terjemahan falsafahnya, tetapi tidak begitu bagi karya pengaruh Islam

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Banyak karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud pengaruh Islam. Bahkan tafsir al-Qur’an yang lengkap dalam bahasa Melayu telah wujud dalam abad ke-17 M. sejak itu, perkembangan ilmu pengetahuan, terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat dalam bahasa Melayu Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan menjadi salah satu antara enam bahasa dunia Islam, selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi Oleh itu, orang Kristian telah menggunakan bahasa Melayu untuk penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara hingga kini, terutama dalam bahasa Melayu Indonesia. Pada masa yang sama, bahasa Melayu telah dibawa oleh orang Melayu ke Sri Lanka, dan Afrika Selatan pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Zaman Pramoden: Abad ke-19 Ialah abad kebanjiran pendatang luar ke Asia Tenggara. Pada masa ini, pelbagai bangsa, terutama dari Barat datang untuk menguasai Asia Tenggara Orang Belanda menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu yang kemudian dikenali sebagai Kepulauan Hindia Timur Belanda atau Indonesia Inggeris pula menguasai negeri Melayu, terutama di Semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara Orang Perancis menguasai Indo-China, orang Portugis di Timor Timur, sedangkan Sepanyol dan kemudian Amerika menguasai Filipina

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bangsa Barat ini bukan sahaja menguasai perdagangan, tetapi juga politik. Negara yang telah mereka datangi itu telah ditakluki terus dijadikan tanah jajahan mereka. Untuk meneguhkan penguasaan mereka, pihak penjajah telah mengkaji bahasa dan budaya peribumi, sehingga timbul pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya peribumi, terutama Melayu di universiti di Barat, seperti misalnya di Universiti Leiden, Belanda dan Universiti London di Inggeris Manuskrip Melayu dan bahan tinggalan sejarah, budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan di barat ini. Mereka juga memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat pencetak, kapal api, termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal serta percetakan buku dan kitab

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Perkataan daripada bahasa Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu sedikit demi sedikit. Akibatnya pusat kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana raja seperti dalam zaman bahasa Melayu Klasik ke dalam masyarakat umum Kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. Keadaan ini dapat berlaku kerana alat cetak yang dibawa masuk oleh orang Barat telah dapat menjadikan jumlah salinan naskhahnya banyak, dan harga bagi satu-satu tulisan menjadi jauh lebih murah dan dapat dijangkau oleh golongan marhaen Alat komunikasi juga sudah mula diperkenalkan sehingga memberikan peluang kepada masyarakat untuk menerima maklumat dengan lebih cepat

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Terdapat beberapa buku Melayu yang terkenal yang sempat dicetak seperti buku Sejarah Melayu, Taj al-Salatin, Hikayat Abdullah… Bahkan banyak juga kitab agama yang terkenal mula dicetak bukan sahaja di Asia Tenggara ini tetapi juga di Asia Barat, terutama di Istanbul dan Masir Akhbar dan majalah Melayu juga mula diterbitkan. Contohnya Soerat Kabar Bahasa Malaijoe telah diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur pada 1856, akhbar Bintang Timor di Padang, Sumatera Barat pada 1865, Jawi Peranakan yang terbit di Singapura pada 1876. Bahkan ada akhbar Melayu yang terbit di Colombo, Sri Lanka pada tahun 1869, iaitu Alamat Langkapuri Sebelum itu, telah terbit majalah Melayu yang pertama iaitu Bustan Arifin pada 1821 di Melaka, yang diusahakan oleh seorang Paderi Kristian bernama Claudius Thomsen. Ada juga majalah Melayu yang terbit di Barat, iaitu di Rotterdam, Belanda. Judulnya ialah Bintang Oetara yang terbit pada 1856 M

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Peristiwa yang berlaku pada abad ke-19 ini seperti pertembungan budaya Melayu dengan Barat, penaklukan negara rumpun Melayu oleh orang Barat, perkembangan teknologi cetak dan teknologi yang lain, serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah, menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat. sedikit demi sedikit bahasa Melayu diresapi unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. Apa lagi, kebanyakan akhbar dan majalah Melayu yang terbit pada abad ke-19 dikendalikan oleh orang Barat, khususnya para mubaligh Kristian dan orang Indo-Belanda dan peranakan yang lain, terutamanya India dan Cina. Mereka juga menerbitkan buku cerita berbahasa Melayu

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Para penjajah telah membantu secara tidak langsung perkembangan penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara, terutama generasi penerus kepada bahasa yang digunakan di Johor Lama dan empayar Melaka Contohnya, dalam pemerintahan Inggeris, sekolah Melayu telah dibuka mulai 1821 di Pulau Pinang, dan kemudian di negeri Selat yang lain seperti Singapura dan Melaka, dan seterusnya ke negeri Melayu yang terdapat di semenanjung, sama ada negeri Melayu Bersekutu atau yang tidak bersekutu

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Di Indonesia, kerajaan Belanda telah mengiktiraf bahasa Melayu Riau sebagai bahasa Melayu tinggi, dan yang menjadi alat perhubungan utama antara orang Belanda dengan peribumi dan juga bagi golongan peribumi Indonesia itu sendiri Bahasa Melayu Riau telah diajar di sekolah bukan sahaja di Riau tetapi juga di Sumatera Timur dan juga di Pulau Jawa. Bahkan ada juga yang diajar di daerah lain termasuk di Indonesia Timur Dengan itu, bahasa Melayu telah mendapat tapak yang kukuh pada abad yang ke-19 ini. Apa lagi ia turut sama secara tidak langsung, dipupuk oleh penjajah baik Inggeris mahupun Belanda

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Moden: Bahasa Melayu berubah menuju ke bentuk yang baharu, iaitu bahasa Melayu Moden. Prosesnya berjalan lancar. Pertama, negeri dan kesultanan Melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya, terutama yang berkaitan adat istiadat Melayu dan agama Islam Ini bukan sahaja di negeri yang dijajah oleh Inggeris, tetapi juga di negeri yang ditakluki oleh Belanda. Sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak oleh Inggeris dan Belanda Syarikat percetakan semakin banyak didirikan oleh orang Barat, orang peranakan India dan Cina danorang Melayu sendiri. Dengan itu, banyak buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara ini Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan, sama ada dalam tanah jajahan Inggeris ataupun Belanda

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Pada awal abad ke-20, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa anak jajahan yang penting di Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara Hal yang sama berlaku juga di Indonesia. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam kalangan peribumi. Pada tahun 1928, iaitu dalam Kongres Pemuda seluruh Indonesia, telah diadakan Sumpah Pemuda yang menyatakan bahawa bahasa Melayu (yang ditukar namanya menjadi bahasa Indonesia) menjadi bahasa kesatuan bagi negara dan bangsa Indonesia Pada 1945, bahasa Indonesia menjadi bahasa negara dalam perlembagaan atau UUD negara Indonesia merdeka Pada 1957, bahasa Melayu pula menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu antara dua bahasa rasmi negara Malaya Merdeka dan kemudian pada 1967 ia menjadi bahasa rasmi yang tunggal bagi Malaysia

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Di negara Brunei Darussalam, bahasa Melayu telah ditetapkan menjadi bahasa rasmi negeri Brunei yang mendapat kerajaan sendiri pada 1959. Ketika Singapura terpisah dari Malaysia pada 1965, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara Singapura dan salah satu daripada empat bahasa rasmi Untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu, banyak akhbar, buku, majalah, dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura ataupun di Brunei Darussalam, terutama selepas Perang Dunia Kedua Dalam terbitan ini pelbagai maklumat, pengetahuan dan ilmu disajikan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kecerdasan berfikir dan peluasan ilmu para pembacanya. Majalah dan akhbar seperti al-Imam (terbit 1906), Panji Poestaka, Poedjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu… telah terbit pada separuh awal abad kedua puluh. Selepas Perang Dunia Kedua, jumlah terbitan semakin banyak dan mutunya tetap meningkat dari semasa ke semasa

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Dalam bidang persekolahan, jumlah sekolah Melayu semakin bertambah bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia, tetapi juga di Brunei Darussalam dan Sarawak serta Borneo Utara Selepas negara-negara ini mencapai kemerdekaannya, sekolah menengah berpengantar bahasa Melayu pula yang dibuka dengan banyaknya. Universiti yang menggunakan bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utamanya telah didirikan, terutama sekali selepas negara ini mencapai kemerdekaannya. Contohnya seperti yang berlaku di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan ditubuhkan sebagai klimaks mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Untuk memajukan bahasa Melayu dan meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden yang penuh cabaran ini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu. Antara langkah yang dijalankan ialah perancangan korpus bahasa Melayu Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (tertubuh pada 1888 dan kemudian berubah namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu Pesuratan Buku Diraja Johor) atau yang lebih terkenal dengan sinkatan Pa. Ba. Mim. Pa. Ba. telah memulakan perancangan korpus bahasa, iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda bacaan, surat kiriman, karangan, peristilahan… Kemudian barulah timbul badan perancangan daripada persatuan dan badan yang lain dan akhir sekali ialah badan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, institusi pengajian tinggi dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya usaha ini, maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain lagi yang berkaitan

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Untuk mengukuhkan usaha ini, pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan. Contohnya, di Indonesia diadakan Kongres Bahasa Indonesia yang dimulai pada 1938 di Solo, kemudian diadakan Kongres Bahasa Indonesia Kedua (1954), Kongres Ke-lll (1978), Kongres Ke-IV (1983), Kongres Ke-V (1988) dan Kongres Bahasa Ke-VI (1993), dan seterusnya. Di Malaysia, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada 1952 hingga Kongres Keempat pada tahun 1984, dan seterusnya kongres yang lain Dengan adanya kegiatan seumpama ini, maka bahasa Melayu terus menanjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa penghantar di institusi pengajian tinggi, dalam tulisan ilmiah dan dalam aktiviti keilmuan yang lain

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Penggunaan bahasa Melayu semakin meningkat lagi apabila diadakan kerjasama kebahasaan, terutama antara Malaya dengan Indonesia yang dimulai pada 1959, dan kemudian diperkukuh pada 1972 apabila diwujudkan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) Pada 1985, kedudukannya semakin meningkat lagi apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia, dan Singapura menjadi negara pemerhati yang setia Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini digunakan dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi. Jurnal pelbagai ilmu yang berbobot terbit seperti cendawan tumbuh selepas hujan di pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Indonesia

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Di luar daerah dunia Melayu, bahasa dan kesusasteraan Melayu juga dikembangkan melalui kajian yang dilakukan di pelbagai institusi seperti di Universiti Leiden, Universiti London, Universiti Hawaii, Ohio dan Cornell, Universiti Moscow, Universiti Monash dan ANU di Australia, di Universiti Beijing dan di beberapa buah universiti lain di banyak negara di dunia ini Apabila diadakan seminar antarabangsa tentang bahasa dan sastera Melayu, maka wakil daripada pelbagai institusi dari seluruh dunia akan hadir. Dari situ, kita dapat mengukur peri terkenalnya bahasa Melayu dan peri pentingnya kedudukan bahasa Melayu di mata pelbagai ilmuwan sama ada di timur mahupun di barat. Ini dapat disaksikan dalam persidangan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang diadakan di Kuala Lumpur sejak 2000

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kedudukan bahasa Melayu demikian tinggi kerana pengaruh bahasa dari luar, terutama dari barat seperti Inggeris dan Belanda, yang mula meresap ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-19. Pengaruh ini membuahkan hasil yang baik kepada bahasa Melayu pada abad ke-20 ini. Pengaruh tersebut, terutamanya dari segi kosa kata baharu dan istilah moden, menjadikan bahasa Melayu berubah menjadi bahasa moden Kalau dalam zaman pengaruh Islam, bahasa Melayu mampu untuk membahas ilmu falsafah dan agama yang tinggi-tinggi, maka pengaruh bahasa Barat ini menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden yang mampu untuk membahas ilmu moden, terutamanya ilmu sains dan teknologi. Dengan itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama di institusi pengajian tinggi, terutama di Indonesia dan Malaysia. Jika ada pihak yang masih mempertikaikan hal ini, maka itu sebenarnya, bukanlah bahasa Melayu yang tidak mampu tetapi orang yang mempertikaikannyalah yang tidak mampu  

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Perpindahan penutur bahasa Melayu: Penutur bahasa Melayu berpindah dari semenanjung Tanah Melayu ke pulau-pulau, dan sebaliknya. Mereka membina komuniti baharu. Contohnya, orang Brunei dikatakan berasal dari Johor Contoh lain, orang Kampar di Perak, dan Batang Kali di Selangor, berasal dari Sumatera. Orang Minangkabau, banyak yang berpindah ke Negeri Sembilan, dengan membawa adat perpatih, dan secara tidak langsung mempelbagaikan dialek Melayu Orang Jawa, Bugis, Mandailing, Batak, Sunda… banyak yang datang meneroka penempatan baharu di semenanjung, terutama di pantai barat. Mereka membawa bersama adat istiadat dan bahasa masing-masing. Ini akan memperkaya khazanah bahasa Melayu

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Perpindahan juga berlaku secara paksa kerana sebab tertentu. Contohnya, perpindahan paksa untuk melakukan kerja tertentu atas arahan kuasa tertentu Penjajah Portugis dan Belanda pernah membawa orang Melayu dari semenanjung ke Betawi (Jakarta) dan Menado pada abad ke-16 dan ke-17, untuk bekerja di ladang mereka. Orang Jepun pernah memaksa orang Melayu bekerja membina landasan kereta api di Thailand, dan lain lagi Perdagangan hamba juga pernah terjadi di Nusantara. Keturunan Melayu ada yang dibawa ke Sri Lanka, Afrika Selatan, Pulau Cocos… Mereka telah membina komuniti Melayu di sana. Di sana, komuniti bahasa Melayu, masih wujud, walaupun berbeda dengan bahasa Melayu di Nusantara, terutama dari segi fonetik dan semantik

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Perdagangan: Nusantara pernah menjadi pusat perdagangan penting di rantau ini. Pedagang dari pelbagai pelosok dunia datang berniaga. Mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung dan berkomunikasi dengan penduduk tempatan dalam semua urusan, terutama perniagaan Penjajah Barat, orang Arab, Cina, India dan lain lagi, terpaksa menggunakan bahasa Melayu untuk keselesaan dan keselamatan semasa berurusan dengan orang tempatan. Aktiviti perdagangan mula berkembang pesat, dan seterusnya mewujudkan kota pelabuhan yang semakin kompleks Bahasa Melayu kemudiannya menjadi dominan, malah bahasa perantaraan antara pelbagai bangsa. Keadaan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Diplomasi: Diplomasi menjadi penting apabila kerajaan sesebuah negara perlu berhubung dengan kerajaan negara lain dalam suasana persahabatan untuk kedamaian sejagat Dalam konteks ini, bahasa Melayulah yang dipilih dan digunakan sebagai wahana yang paling ampuh. Contohnya, hubungan kerajaan Ternate dengan kerajaan di pulau Jawa pada abad silam menggunakan bahasa Melayu, walaupun bahasa Jawa juga agak dominan masa itu Demikian juga surat raja Melayu kepada kuasa Barat, dan sebaliknya. Mereka menggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi sepenuhnya, dengan gaya bahasa Melayu lama

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Antara surat tersebut adalah seperti yang berikut: > Surat daripada Sultan Muhammad Jiwa Mu’adzam Shah kepada Francis Light bertarikh 29 Oktober 1773 > Surat daripada Sultan Mahmud Mudzaffat Shah Lingga kepada Sultan Omar, Sultan Terengganu bertarikh 1856M (1273H) > Surat daripada Yang di Pertuan Besar Pahang kepada Sultan Omar, Sultan Terengganu bertarikh 1859M (1276H) > Surat daripada Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Ahmad, Sultan Terengganu kepada Major Matt WT Taylor MJ Kolenal Sekretari di Singapura bertarikh 20 Oktober 1903 (1324H)

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Penyebaran agama: Nusantara menjadi tumpuan utama agama besar dunia, iaitu agama Hindu dam Buddha, Islam dan Kristian. Agama-agama ini menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana penyebarannya Bahasa asli agama tersebut kurang popular dan kurang berkesan, iaitu bahasa Sanskrit bagi Hindu dan Buddha, bahasa Arab bagi agama Islam dan bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris bagi agama Kristian Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran agama, bukan sahaja memberikan impak terhadap perkembangan bahasa, tetapi juga meningkatkan ilmu yang mencandrakan sistem kepercayaan yang lebih mujarad daripada animisme, yang dianuti masyarakat Melayu turun temurun

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Pada zaman kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Majapahit, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam penyebaran agama Hindu dan Buddha. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa utama dalam penyebaran agama Islam, di samping bahasa Arab Demikian juga, bahasa Melayu berperanan penting dalam penyebaran agama Kristian kepada kaum pribumi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di semenanjung Yang pasti, Islam menerusi bahasa Melayu bukan sahaja memberikan dampak terhadap hal jasmani, tetapi juga dampak/mengubah aspek rohani dan pandangan sarwa orang Melayu, yang mencengkam hati nurani

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kembara menuntut ilmu: Di pelbagai tempat di dunia, terdapat komuniti kecil Melayu, seperti di Mekah, Madinah, Mesir, Jordan… Komuniti ini terbina hasil daripada kembara menuntut ilmu, terutama ilmu agama Orang Melayu beranggapan bahawa menuntut ilmu agama di tempat asalnya adalah lebih afdal dan berkesan, dari segi kesahan dan kebolehpercayaannya. Oleh itu, bermula abad ke-19, banyak penuntut ilmu dalam kalangan lelaki Melayu berhijrah ke sana. Mereka membina keluarga dan menyebarkan bahasa Melayu Melayu juga mula menunjukkan minat mempelajari ilmu di luar Nusantara, seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand… Terdapat dalam kalangan mereka, terus bermastautin di sana, berkahwin dengan wanita tempatan, tetapi tidak meninggalkan bahasa dan budaya Melayu

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kembara mencari rezeki: Kembara orang Melayu mencari rezeki bermula secara aktif pada abad ke-20. Contohnya, terdapat komuniti Melayu di Liverpool, England; Hamburg, Jerman; Afrika Selatan… Melayu yang bermastautin di sana, asalnya mereka yang mencari rezeki di atas kapal. Mereka akhirnya terdampar di tempat tertentu, dan atas beberapa sebab, mereka memilih untuk bermastautin di sana Mereka membina keluarga di sana, dengan memperisteri wanita tempatan. Ada juga yang pulang mencari isteri, dan kemudiannya merantau ke sana lagi Ada antara mereka yang masih menggunakan bahasa dan budaya asal, yang diperturunkan kepada generasi penerus, tetapi ada juga yang melupakannya terus asal usul mereka

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Dasar bahasa: Dasar bahasa, terutamanya di Malaysia dan Indonesia menjadi faktor penting penyebaran bahasa Melayu Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Malaysia, dan menjadi bahasa penyatuan di Indonesia. Di semenanjung, dasar bahasa tidak mengubah keluasan kawasan, tetapi mengubah jumlah penutur dalam kalangan bukan Melayu. Di Sabah dan Sarawak, dasar bahasa mengubah jumlah penutur dan kawasannya Dasar bahasa di Indonesia mengubah kawasan keluasan dan jumlah penutur. Awalnya, bahasa Melayu tersebar di kota pelabuhan dan pusat perdagangan, iaitu tempat pertemuan penduduk dari pelbagai pulau yang mempunyai bahasanya sendiri Pelaksanaan dasar bahasa, menyebabkan semua rakyat Indonesia perlu menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan pada peringkat kemahiran yang lebih berpada, yang memungkinkannya menjalani pendidikan, menguruskan pentadbiran, dan sebagainya

FAKTOR PENYEBARAN BAHASA MELAYU Minat terhadap bahasa asing: Sejak dahulu, orang asing amat berminat terhadap bahasa Melayu. Kosa kata Melayu dikumpulkan dalam bentuk daftar kata, kamus ekabahasa dan dwibahasa Manuskrip sastera Melayu dibawa ke England dan Belanda, dan ke negara Eropah yang lain untuk penerokaan ilmu Melayu. Kajian terhadap khazanah Melayu ini, mendorong sarjana Barat mempelajari bahasa Melayu Dengan itu, program pengajaran bahasa Melayu mula wujud di institusi pengajian tinggi di Eropah, seperti di Leiden, London, Hamburg, Moscow, Paris, Itali, Amerika Syarikat, Korea, China, Jepun, Thailand dam lain lagi

KESIMPULAN Pertumbuhan dan bentuk awal bahasa Melayu dapat dilacak berasaskan prasasti yang wujud pada zaman awal kerajaan Melayu. Daripada prasasti ini, kita mengenali bentuk awal bahasa Melayu dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Penyebaran bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima zaman, iaitu zaman bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu pramoden dan bahasa Melayu moden Antara faktor penyebaran bahasa Melayu yang dikenal pasti ialah perpindahan penutur bahasa Melayu, perdagangan, diplomasi, penyebaran agama, kembara menuntut ilmu, kembara mencari rezeki, dasar bahasa dan minat terhadap bahasa sing

MADAH PUJANGGA HIDUP INI PENUH DENGAN KEMANISAN, TETAPI UNTUK MENCAPAINYA PERLU SERIBU PENGORBANAN Wahai anakanda cahaya mata Tahu diri menjauhkan nista Tahu bercakap tidak berdusta Tahu berbual tidak mengata