SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN HOTEL MERDEKA PALACE, KUCHING KEBANGSAAN 2007 HOTEL MERDEKA PALACE, KUCHING SARAWAK TAJUK KAJIAN Meningkatkan Keupayaan Mengingat Fakta untuk Menjawab Soalan Struktur dan Esei Sejarah Menggunakan Kaedah AKRONIM Dan “MNEMONIC”
Kajian Tindakan: En. Zahari Bin Awang Ketua Panitia Sejarah SMK Kompleks Seberang Takir Kuala Terengganu.
LATAR BELAKANG KAJIAN Sejarah satu mata pelajaran teras di sekolah menengah. Kemahiran mengingat fakta sangat penting kerana pelajar perlu menjawab soalan struktur dan esei dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mengingat dan menulis fakta semasa peperiksaan. Kajian ini hanya bersifat tempatan sahaja iaitu dalam konteks SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu.
SEJARAH KOMSTAR Mula beroperasi pada awal Jun 2002. Menerima pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 yang disenaraikan oleh sekolah yang berhampiran. Rata-rata pelajar mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang sederhana. Memulakan kelas untuk peperiksaan awam pertama dalam sejarah sekolah pada tahun 2003.
Objektif Umum Kajian Tindakan Untuk meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. Mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah yang dianggap sukar dan membosankan kepada sesuatu yang menarik dan seronok untuk dipelajari.
Objektif Khusus Membantu pelajar menggunakan cara yang berkesan untuk mengingat fakta. Meningkatkan pencapaian pelajar galus (gagal lulus) untuk mencapai minima lulus dengan gred 8E peperiksaan. Membantu pelajar berpotensi mencapai gred 1A, 2A atau sekurang-kurangnya 3B dalam peperiksaan SPM.
Respondan 10 respondan ialah pelajar Tingkatan 5 Arif yang mempunyai pencapaian sederhana dalam peperiksaan TOV. 10 lagi respondan ialah pelajar Tingkatan 5 Dedikasi yang pencapaiannya rendah dalam peperiksaan TOV.
Soalan kaji selidik mudah (contoh) Sejarah ialah satu mata pelajaran yang luas kandungan sukatannya. ( Ya / Tidak ) Saya berpendapat bahawa Sejarah ialah satu mata pelajaran yang sukar dikuasai. ( Ya / Tidak ) Saya menghadapi masalah untuk mengingat fakta sejarah. ( Ya / Tidak ) Saya mempunyai satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan pencapaian saya dalam Sejarah. ( Ya / Tidak ) Saya yakin guru anda dapat membantu mengubah dan meningkatkan pencapaian anda. ( Ya / Tidak )
Pernyataan masalah Pelajar tidak dapat menjawab soalan Sejarah disebabkan sukar mengingat fakta yang diperlukan. Teks Sejarah untuk Ting 4 dan Ting 5 mengandungi fakta yang banyak iaitu 19 bab. (10 bab Ting 4 dan 9 bab Ting 5) Bosan belajar Sejarah kerana sukar untuk mengingat fakta .
Kepentingan kajian Mengubah strategi pengajaran guru (murid membuat guru membimbing) Meningkatkan kemahiran dan teknik belajar serta menyediakan nota secara berkesan. Meningkatkan kemampuan mengingat fakta. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Memotivasi pelajar untuk belajar Sejarah secara berkesan.
Kaedah Akronim Dan Mnemonic Bukan kaedah baru tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan pelajar. Sesuai untuk mengingat fakta. Mudah dan menarik untuk dipraktikkan. Hanya dicatat dalam bentuk nota kecil sahaja. Tidak perlu keluar kos .(Kos sangat kecil)
Instrument/ Alat Buku teks sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Buku catatan pelajar/ nota Kad manila/ kertas mahjung Potongan kertas dalam ukuran lebih kurang 2 inci x 2 inci
Jadual 1: Analisis Markah Tingkatan 5 Arif Tahun 2006 (Respondan terpilih sebelum menggunakan AKRONIM) (Data adalah daripada rekod ujian anjuran JPNT) Bil Nama Respondan TOV OTI SPM 06 1. Ahmad Huzaifah Bin Yusof 22 ( 9G) 2. Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri 56 ( 5C) 3. Mohd Shaharuddin Abdul Rahman 42 ( 7D ) 4. Afidah Bt Abdul Wahab 50 ( 6C ) 5. Aimi Suhaili Bt Ahmad 54 ( 6C ) 6. Nadzirah Bt Mohamad 68 ( 3B ) 7. Nur Hazwani Bt Hanapi 56 ( 5C ) 8. Nor Kamaliah Bt Osman 9. Nor Zuriati Bt Mohd Rani 37 ( 8E ) 10. Nurhani Bt Azlan ** TOV > Take Off Value OTI > Operational Targeted Increment
Jadual 2: Analisis Markah Tingkatan 5 Dedikasi Tahun 2006 ( Respondan terpilih sebelum menggunakan AKRONIM.) (Data adalah daripada rekod ujian anjuran JPNT) Bil Nama Respondan TOV OTI SPM 06 1. Ahmad Shariman Bin Alwi 23 ( 9G ) 2. Mohd Nazrul bin Mamat 17 ( 9G ) 3. Mohd Safarudin Bin Shamsudin 4. Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman 31 ( 8E ) 5. Muhammad Arsyad Bin Shafii 19 ( 9G ) 6. Sufian Bin Rosli 44 ( 7D ) 7. Nor Maslinda Bt Che Musa 26 ( 9G ) 8. Nur Faznina Bt Ramli 11 ( 9G ) 9. Nurul Faziha Bt Ismail 14 ( 9G ) 10. Mohd Afendi Bin Ramli 09 ( 9G ) ** TOV > Take Off Value OTI > Operational Targeted Increment
Metodologi Tindakan Langkah 1: Gunakan kaedah kajian teks. Langkah 2: CARA PELAKSANAAN KAEDAH AKRONIM Contoh soalan bercorak struktur. Nyatakan dua sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. ( 2 M) – [ sifat-sifat nabi] Langkah 1: Gunakan kaedah kajian teks. Baca teks ms 105 ( Buku teks Sejarah Tingkatan 4) tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Langkah 2: Gariskan isi/fakta .[ sifat-sifat nabi] Langkah 3: Bina peta minda
Membina Peta Minda
SIFAT NABI MUHAMMAD SAW Siddiq ( benar) Tabligh (menyampaikan) Amanah Fatanah (bijaksana) AKRONIMNYA STAF/FATS Pelajar boleh menjadikan STAF sebagai peringatan dalam buku kecil atau kepingan kertas yang kecil sahaja
Negara kota yang paling menonjol di dalam Tamadun Yunani(bab2 Ting 4) Athens Sparta Corinth Akronimnya ASCo
Negara kota yang paling menonjol di dalam Tamadun Yunani (bab 2 Ting4) Sparta Athens Corinth Akronimnya SpACo/ CAS/SAC
Akronim UKM B dapat dijadikan rangka asas jawapan bagi soalan ini. Nyatakan kesan kedatangan Islam dalam bidang kesenian di Malaysia (bab 8 Ting 4) Pelajar hanya perlu ingat akronim UKM B Seni Ukiran U Seni Khat K Seni Muzik M Seni Bina B Akronim UKM B dapat dijadikan rangka asas jawapan bagi soalan ini.
Kutei Sungai Mas / Kedah Tua Palembang Akronimnya: KuSuT bang Nama-nama batu bersurat yang mencatat tentang agama,pemerintahan, raja dan undang-undang . Kutei Sungai Mas / Kedah Tua Palembang Akronimnya: KuSuT bang
Berikan sebab mengapa orang Quraisy menentang Islam. (Contoh struktur) Pelajar hanya perlu ingat akronim PAT B ( ms 111 buku teks ting 4) Perbezaan kepercayaan, Amalan persamaan taraf, Tanggapan salah terhadap tugas nabi Bimbang perusahaan berhala terjejas.
Pelajar hanya perlu ingat akronim PAT B Jelaskan mengapa orang arab Quraisy menentang penyebaran Islam? ( contoh soalan esei) ( 8 markah) Pelajar hanya perlu ingat akronim PAT B Contoh permarkahan F1 Perbezaan kepercayaan 1m H1a Orang arab Quraisy mengamalkan kepercayaan animisme 1m H1b Mereka juga menyembah berhala. 1m H1c Penganut Islam menyembah Allah yang Maha Esa. 1m F2 Amalan persamaan taraf 1m H1a Islam mengajar manusia adalah sama taraf 1m H1b Masyarakat arab Quraisy menentang amalan ini 1m H1c Masyarakat arab Quraisy mengamalkan sistem hamba 1m
Menggariskan/ tanda isi / fakta yang terdapat dalam teks. Terangkan 4 faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. (bab 2 Ting 5) Pelajar membuat kajian teks berkait dengan soalan yang dikemukakan. (Bab 1 Tingkatan 5 m.s 14 hingga17) Menggariskan/ tanda isi / fakta yang terdapat dalam teks. Bina peta minda Bina Akronim
Contoh peta minda yang dibina
Langkah 3: Membina AKRONIM Daripada peta minda yang dihasilkan pelajar diminta mereka satu singkatan atau akronim bagi memudahkan mereka mengingati faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. AKRONIM yang dicadangkan KIMBAL PP.
Contoh lain (Bab 6 Tingkatan 5 ms 138 - 140) Faktor pembentukan Malaysia - Komunis (ancaman) - Barisan sosialis (Singapura) - Kependudukan (Imbangan) - Kemerdekaan - Dekolonisasi - Ekonomi (pasaran) Akronimnya KBKK DE
Ciri-ciri Perjanjian Tanah Melayu 1948 Akronimnya : GPK KK Gabungan 11 negeri Pesuruhjaya Tinggi Ketuai (sultan) Kuasa ( Perkongsian) Ketuanan Melayu Bab 4 Tingkatan 5 ms 107- 108
Kaedah Mnemonic: Mengumpul Isi/Fakta Dalam Satu Ayat Langkah 1: Guru mahukan pelajar mengingat fakta penentangan Rentap di Sarawak. (ms 33 hingga 34 buku teks Sejarah Ting 5) Langkah 2: ( Sama seperti yang telah dijelaskan tadi) Langkah 3: Pelajar membina rangkai kata yang membawa makna bagi mengingat fakta mengenai penentangan Rentap.
PEMIMPIN IBAN MENYERANG , BROOKE BAKAR BUKIT SEKALI Rentap pemimpin orang Iban. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun. Rentap menyerang pasukan Brooke di Kubu Nanga Skrang. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke. Tentera James Brooke telah membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. James Brooke sekali lagi menyerang dan berjaya mengalahkan Rentap.
Contoh lain: Sebab-sebab Tok Janggut Menentang British (Bab 2 Teks Ting 5 ms 41-42.) mnemonicnya: PENASIHAT PAKSA PELAKSANAAN CUKAI DILAYAN POLIS. British memperkenalkan sistem penasihat tahun 1910 di Kelantan. British paksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem tersebut. Tok Janggut enggan membayar cukai. Bantahannya tidak dilayan oleh pegawai daerah Pasir Puteh. Pihak polis diarah menangkap Tok Janggut tetapi gagal.
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN KAEDAH INI AGAR LEBIH EFEKTIF KLINIK MENJAWAB KEPADA PELAJAR MARI KITA LIHAT
PERINGATAN Guru perlu menerangkan cara atau langkah yang perlu diikuti oleh pelajar. Konsep “pelajar membuat dan guru membimbing” perlu digunakan. Berikan kebebasan kepada pelajar untuk membentuk AKRONIM atau MEMBINA MNEMONIC tetapi perlu diawasi agar tidak timbul masalah seperti membina rangkai kata bercorak negatif atau ada unsur tidak bermoral.
Boleh berjaya ke dengan Akronim dan Mnemonic? Pelajar tetap perlu mentelaah bagi mengolah jawapan dalam peperiksaan. Jawapan esei perlukan fakta, huraian dan contoh.Dapat bantu jadi klu untuk jawapan. Kaedah ini membantu menyelesaikan masalah mengingat fakta dan amat sesuai digunakan menjelang hampir peperiksaan.
Jadual 3: Jadual perbandingan pencapaian sebelum, semasa dan setelah selesai mempraktik kaedah Akronim bagi responden terpilih tingkatan 5 Arif Bil Nama Respondan TOV OTI SPM06 1. Ahmad Huzaifah Bin Yusof 22 ( 9G) 27 ( 9G) 6C 2. Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri 56 ( 5C) 61 ( 4B ) 1A 3. Mohd ShaharuddinAbdul Rahman 42 ( 7D ) 48 ( 6C ) 2A 4. Afidah Bt Abdul Wahab 50 ( 6C ) 44 ( 7D ) 5. Aimi Suhaili Bt Ahmad 54 ( 6C ) 68 ( 3B ) 6. Nadzirah Bt Mohamad 64 ( 4B ) 7. Nur Hazwani Bt Hanapi 56 ( 5C ) 57 ( 5C ) 8. Nor Kamaliah Bt Osman 62 ( 4B ) 9. Nor Zuriati Bt Mohd Rani 37 ( 8E ) 52 ( 6C ) 10. Nurhani Bt Azlan
Jadual 4: Jadual perbandingan pencapaian sebelum, semasa dan setelah mempraktik kaedah Akronim bagi responden terpilih tingkatan 5 Dedikasi. Bil Nama Respondan TOV OTI SPM 06 1. Ahmad Shariman Bin Alwi 23 ( 9G ) 27 ( 9G ) 9G 2. Mohd Nazrul bin Mamat 17 ( 9G ) 39 ( 8E ) 8E 3. Mohd Safarudin Bin Shamsudin 26 ( 9G ) 7D 4. Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman 31 ( 8E ) 6C 5. Muhammad Arsyad Bin Shafii 19 ( 9G ) 20 ( 9G ) 6. Sufian Bin Rosli 44 ( 7D ) 48 ( 6C ) 4B 7. Nor Maslinda Bt Che Musa 41 ( 7D ) 8. Nur Faznina Bt Ramli 11 ( 9G ) 15 ( 9G ) 9. Nurul Faziha Bt Ismail 14( 9G ) 36 ( 8E ) 10. Mohd Afendi Bin Ramli 09 ( 9G ) 21 ( 9G )
Refleksi Kajian Kaedah ini bukanlah satu kaedah baru dan pelajar tiada masalah mempraktiknya dan tidak perlu kos.. Hasil yang didapati amat membanggakan. Pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah ini telah meningkat dengan baik. Pelajar jadi minat belajar Sejarah kerana mereka dapat mengingat fakta semasa peperiksaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk beberapa mata pelajaran lain.
Perbandingan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah dalam Peperiksaan SPM di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. Tahun Peratus Kelulusan 2003 (Pep SPM pertama) 42.31% 2004 87.01% 2005 87.80% 2006 80.10% PADA TAHUN 2006 BERLAKU PERUBAHAN FORMAT PERMARKAHAN
Cadangan/Syor Guru jangan abaikan metod-metod asas dalam pengajaran & pembelajaran. Berfikir sejenak tentang cara yang mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar lebih baik daripada mengajar semata-mata. Galakkan guru-guru mencuba kaedah ini dan sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja bagi memartabatkan pendidikan . Galakkan pelajar mereka sendiri akronim dan mnemonic bukan menyalin atau meniru hasil pelajar lain
Catatan/ renungan Pelajar memang sudah terdedah kepada penggunaan akronim dalam kehidupan seharian. Bukan semua inovasi perlukan peruntukan kewangan. Kreatif, kritis dan inovasi merupakan modal terbaik untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah apabila pelajarnya menyatakan cikgu memang hebat, terima kasih cikgu!
Bukan mengajar itik berenang Bukan mengajar helang terbang Hanya sekadar berkongsi peluang Agar pendidikan terus terbilang Salam hormat, ZAHARI BIN AWANG SMK KOMP SEBERANG TAKIR 21300 KUALA TERENGGANU.
TU AJELAH .....! TERIMA KASIH Tak nak cuba ke?