Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR"— Transcript presentasi:

1 MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

2

3 Kemahiran Berfikir: Setiap murid belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

4

5 Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran Berfikir aras Tinggi pada Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya murid dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi. (HOTS)

6 penghargaan Bahan ini dibangunkan dan diterjemahkan berdasar nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education, United Kingdom

7 Soalan… soalan soalan….

8 HASIL Soalan, soalan, soalan… Dalam bengkel ini,
kita akan meneroka ... Soalan yang berkesan Bagaimana soalan menjanakan pemikiran Soalan, soalan, soalan… Taksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi Bloom’s taxonomy and higher order thinking Tanya peserta peta pemikiran dan proses pemikiran yang manakah sedang digunakan. (Peta Pelbagai Alir – tetapi separuh, menunjukkan ‘kesan’ atau hasil) Menggunakan soalan dengan berkesan

9 Apakah tujuan bertanyakan soalan kepada murid?
Berfikir secara individu / berpasangan / perkongsian Kemudian dapatkan maklumbalas – catatkan maklumbalas yang baik dan berguna

10 TUJUAN MENYOAL Untuk menimbulkan minat Untuk membina pemahaman
Untuk menilai pengetahuan sedia ada Untuk menimbulkan minat Untuk membina pemahaman Untuk membina sikap dan penghayatan Untuk mengukuhkan pembelajaran Untuk merangsang pemikiran kritikal Gunakan ini untuk menyemak maklumbalas slaid sebelum ini. Adakah tujuan-tujuan (slaid ini) tercapai?

11 TUJUAN MENYOAL Untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid
Untuk menjelaskan pemikiran Untuk mencari sebab atau penjelasan Untuk meneroka pandangan alternatif Untuk menguji implikasi dan akibat TUJUAN MENYOAL Gunakan slaid ini untuk menilai hasil daripada slaid sebelumnya. Tujuan yang manakah (slaid ini) telah dicapai?

12 Tulis 3 soalan yang boleh ditanyakan kepada murid
Tonton video Tulis 3 soalan yang boleh ditanyakan kepada murid 1. Tonton video dan minta peserta dengar dan menghayati jalan cerita. 2. Tulis tiga soalan yang anda akan bertanyakan kepada murid anda selepas menunjukkan mereka video. 3. Dalam pasangan - berkongsi dan kritikkan soalan mengikut kriteria yang disediakan. Kemudian, kaji semula soalan yang disediakan jika perlu 4. Kemudian dalam kumpulan (4 orang) - dan kongsi soalan, bincangkan perubahan yang telah dibuat dan berikan sebab.

13 Soalan yang berkesan adalah:
Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu) Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan) Ringkas (dinyatakan dengan beberapa perkataan yang mungkin) Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindak balas) Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci) Skop terhad (berfokus - soalan yang bercapah akan mengelirukan) Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza) Art Costa and Bena Kallick Slaid ini adalah nota

14 Bersedia untuk berkongsi soalan dan pemikiran anda dengan semua
Pilih soalan yang paling mencabar yang telah ditimbulkan dalam kumpulan anda (4 orang) - dan justifikasikan jawapan anda Bersedia untuk berkongsi soalan dan pemikiran anda dengan semua Hasil dari latihan ini akan memberikan peluang kepada fasilitator untuk mengalih fokus dari soalan berkesan kepada soalan yang lebih mencabar. Tekankan kata kerja aktif / kata kunci yang merangsang proses berfikir. Anda mungkin akan merujuk kepada nota edaran dari Hari Pertama – Peta Pemikiran secara umum dan kata kunci.

15 AMALAN YANG BAIK UNTUK GURU-GURU
Soalan perlu: Dirancang Logik dan berturutan Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan Memberi murid masa untuk berfikir Seimbang antara fakta dan pemikiran Tidak berulang Ditanya dalam nada perbualan Direka untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan

16 Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness,
MEMBINA SOALAN "Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan merangsangkan, kita sebagai guru mesti menggalakkan murid bertanya soalan aras yang lebih tinggi." Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas Tambahan – jika kita mengharapkan pemikiran aras tinggi, kita juga harus memberikan peluang pembelajaran yang merangsang kepada respon beraras tinggi

17 Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness,
MEMBINA SOALAN Kajian menunjukkan bahawa: Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam   ujian dan peperiksaan Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta. Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas

18 Virginia Polytechnic Institute and State University
MEMBINA SOALAN “Penyoalan yang berkesan adalah satu aset yang penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik memilih alat yang tepat untuk kerja dan menggunakannya dengan betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap murid dan teknik penyoalan yang baik. " William G Camp Virginia Polytechnic Institute and State University Penekanan – terdapat kemahiran yang melibatkan teknik penyoalan – iaitu yang memerlukan usaha, latihan dan perkembangan

19 Permainan ‘Ya !!!! Memperkenalkan permainan.
Aktiviti berpasangan. Individu A akan bertanyakan soalan kepada individu B yang biasanya memerlukan jawapan ya / tidak. Individu B cuba menjawab soalan tanpa menggunakan jawapan ya / tidak. Jika perkara tersebut berlaku, maka individu tersebut kalah dan pasangannya pula akan menjawab soalan. Seterusnya individu A akan bertanyakan soalan yang memerlukan individu B menjawab lebih dari satu perkataan. Kenalpasti soalan yang memerlukan jawapan yang lebih kompleks dan analisis soalan itu. Dalam pasangan, sediakan set soalan yang boleh ditanyakan kepada orang lain – dengan tujuan untuk mencari “pasangan impian”. Gunakan soalan yang telah disediakan itu pada orang lain Buat refleksi jawapan yang diberikan. Adakah mereka mendapat jawapan yang diharapkan? Soalan manakah yang paling berkesan? Kenapa? Beri maklum balas terhadap proses tersebut Setiap pasangan akan memilih soalan yang dirasakan paling berkesan – dan berikan sebab. Juga pilih soalan yang paling lucu dan nyatakan kenapa. Kongsikan.

20 TUGASAN Aturkan kad mengikut hirarki.
Bersedia untuk berkongsi pemikiran anda untuk menjelaskan hirarki anda. Perkataan yang diperlukan terkandung dalam dokumen “latihan menyusun perkataan mengikut hirarki” Ia perlu dicetak dalam kad, digunting serta disusun mengikut pek. Setiap pek akan dikongsi oleh 4 orang maksimum. Latihan ini menggunakan bahan dari Intelek 3 Aras (lihat slaid selanjutnya) – tetapi pada tahap ini, tidak perlu merujuk / menyebutnya terlebih dahulu. Dalam kumpulan bertiga / empat, peserta akan menyusun kad mengikut hirarki. Mereka perlu memutuskan (dan membuat justifikasi!) rasional di sebalik hirarki tersebut. Catatan – ketika anda membuat pemerhatian terhadap kumpulan, mereka mungkin sedang bertungkus lumus untuk meletakkan perkataan mengikut hirarki yang terbaik – beritahu mereka agar jangan runsing. Mereka mungkin menyusun perkataan-perkataan dalam hirarki yang sama – tiada masalah!! Tidak ada jawapan yang “betul” – berikan mereka peluang untuk mengambil risiko. Beritahu peserta agar jangan simpan kad tersebut kerana ia akan digunakan dalam aktiviti seterusnya –lihat slaid 22

21 Oliver Wendell - Holmes
Terdapat intelek aras satu, intelek aras dua, dan intelek aras tiga dengan jendela langit

22 Mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para intelek aras satu

23 Para intelek aras dua akan membanding beza, menaakul, membuat kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul.

24 Mereka yang berada di intelek aras ketiga berupaya untuk membuat tanggapan, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit

25 Para intelektual aras satu.
INTELEK 3 ARAS Terdapat intelektual aras satu, aras dua dan aras tiga dengan jendela langit. Para intelektual aras satu. Soalan jenis mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan Para intelektual aras dua Soalan membanding beza, menaakul, membuat kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul. Para intelektual aras ketiga Soalan membuat tanggapan, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit Bincang imej dengan peserta – tunjuk pada orang yang berada di bumbung yang sedang berdiri di atas belakang orang – apa yang mungkin dimaksudkan? Perhatikan juga orang yang sedang memanjat di tepi bangunan? (Atau adakah dia sedang turun?)

26 Intelek 3 Aras MENGAPLIKASI MEMPROSES MENGUMPUL OUTPUT PROSES I N P U
Kaji ketiga-tiga aras, terangkan apa yang dimaksudkan Mengumpul - mendapatkan semua maklumat Memproses – mentafsir maklumat yang dikumpulkan Mengaplikasi – menggunakan semua maklumat yang dikumpul dan diproses untuk disintesis dan dinilai

27 Intelek 3 Aras MENGAPLIKASI MEMPROSES MENGUMPUL
menilai, menggeneralisasi, mengimaginasi, mempertimbang, menentukan, membuat spekulasi, sekiranya …. maka, mengaplikasi prinsip, membuat hipotesis, meramal, mencetus idea O U T P membanding beza, menerangkan mengapa, memberi sebab, mengelas, mentafsir, menganalis, membuat kesimpulan, membuat turutan, mensintesis, membuat analogi Perkataan yang digunakan dalam slaid ini telah digunakan dalam latihan kad Hirarki Perkataan. Bandingkan hirarki yang peserta hasilkan. melengkap, mengira, mendefinisi, menggambar, mengenal pasti, menyenarai, menyesuai, menama, memerhati, memilih, melafaz, mengimbas

28 TAKSONOMI BLOOM Benjamin Bloom membangunkan taksonomi beliau pada
tahun 1950an Ia adalah suatu hierarki enam peringkat perkembangan pemikiran yang menjadi semakin kompleks dan mencabar. Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua bidang pembelajaran. Semasa 1990an Lorin Andersen telah membuat penambahbaikkan pada taksonomi asal.

29 Memekarkan Pemikiran Penilaian Mencipta Menilai Sintesis Menganalisis
Mengaplikasi Aplikasi Memahami Kefahaman Bandingkan dan bezakan kedua-dua set perkataan yang digunakan oleh kedua-dua penulis. Bloom menggunakan kata nama dan Anderson menggunakan kata kerja aktif Mengingat Pengetahuan Bloom Anderson

30 Kompleksiti Pemikiran
Bahasa Pemikiran Kata Kunci Mengingat Saya boleh ingat maklumat Mengecam, mengulang, menyenaraikan. menggambarkan, mengenal pasti, namakan Memahami Saya boleh ingat dan menjelaskan idea dan konsep Mentafsir, menjelaskan, memberi contoh. meringkaskan, membuat kesimpulan, menunjukkan pemahaman, menterjemah Mengaplikasi Saya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan serupa atau baru Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, gunakan Menganalisis Saya boleh mengekstrak keluar idea-idea penting Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun Menilai Saya boleh membuat beberapa pertimbangan dan keputusan Menyemak, mempertimbang, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesis Mencipta Saya boleh memikirkan idea-idea baru dan cara-cara baru untuk menggunakan maklumat Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil

31 Aras pemikiran dan penyoalan
Soalan-soalan Yang Membangunkan Tahap Pemikiran Bloom Aras pemikiran dan penyoalan Penerangan Kata Kunci Soalan Pemula Soalan Kompleks Mencipta Gabungkan maklumat tuk mencipta sesuatu yunang baru Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil Bagaimanakah kita boleh mereka bentuk ...? Bolehkah kita menambah ...? Apa yang akan berlaku jika ...? Menilai Membuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulan Memangkat, menyimpul, menilai , mentaksir, menentukan Mengapa anda berfikir tentang ? Mengapa anda suka ini ? Apakah yang terbaik ...? Menganalisis Pecahkan kpd bahagian yg lebih kecil utk memeriksa lebih mendalam & memahami perhubungannya Membanding beza, mengelas,menyusun, memeriksa, menganalisa Bagaimana mereka sama / berbeza? Bagaimana ia berfungsi ...? Apakah bukti ...? Mengaplikasi Mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi dan pengalaman baru Menunjukkan, menggunakan, mengaplikasi membina, menggambarkan Apakah contoh-contoh lain yang ada tentang ini? Soalan Mudah Memahami Mengungkap semula dan mentafsir untuk menunjukkan pemahaman Menyatakan semula , menerangkan, mentafsir, menterjemah, meringkas Apakah maknanya? Apakah kegunaannya? Bolehkah anda terangkan ...? Mengingat Jawapan fakta, mengingat dan mengiktiraf Mengulangi, menamakan, mengingat semula, menyatakan, menyenarai Siapakah...? Apakah ...? Di manakah ...? Apabila ...? Yang manakah ...?

32 Mengaplikasikan Bloom
Berdasarkan video ‘Si Tanggang’, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom. Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta SAMA ADA GUNA SLAID INI ATAU SELANG 2 SLAID Aktiviti – tayangkan video ‘Si Tanggang’ – anda perlukan bunyi

33 Mengaplikasikan Bloom Berdasarkan cerita ‘Si Tanggang’
Mengingat - Apakah yang dibawa oleh Tanggang dalam kapalnya? Memahami - Mengapakah Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang? Mengaplikasi – Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ibu Si Tanggang? Menganalisis – Wajarkah ibu Si Tanggang berdoa sedemikian kerana berkecil hati dengan sikap Si Tanggang? Menilai - Apakah pendapat anda tentang pelakuan Si Tanggang? Mencipta – Apakah perubahan yang mungkin anda lakukan dalam cerita tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini? Ini adalah beberapa contoh soalan yang boleh digunakan selepas peserta membina dan berkongsi soalan-soalan mereka. PERHATIAN. Semua soalan bermula dengan kata tanya ‘Apa’. Apakah perkataan yang dikaitkan dengan soalan Aras Bawah. Tidak semua contoh menggunakannya. Kenapa? Persoalan – di para manakah dalam Intelek Tiga Aras pemikiran ini?

34 Cerita pokok kelapa diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki tua yang bijaksana. Sesetengah orang mengatakan bahawa beliau telah hidup selama seribu tahun. Beliau juga sangat bijak dan tahu banyak perkara. Ramai orang datang untuk melawat beliau di dalam gua berhampiran laut. Mereka sentiasa meminta bantuan daripadanya. Ini merupakah sumber bahan aktiviti susulan – lihat 2 slaid selepas ini.

35 Cerita pokok kelapa diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
Pada suatu hari, seorang pemuda datang berjumpa dengan orang tua yang bijaksana ini. "Wahai ayah yang bijaksana," kata lelaki muda itu, "Saya mahu menjadi seorang yang berguna kepada manusia. Saya mahu berkhidmat kepada mereka sepanjang hidup saya. Bagaimana saya boleh melakukannya?”

36 Cerita pokok kelapa diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
"Itu sangat baik," kata lelaki tua itu. “Ambillah kotak ajaib ini. Jangan buka kotak ini sehingga kamu sampai ke rumah. Jika kamu membukanya sebelum kamu sampai ke rumah, sesuatu yang buruk akan berlaku kepada kamu.” Ini merupakah sumber bahan aktiviti susulan – lihat 2 slaid selepas ini.

37 Cerita pokok kelapa diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
"Terima kasih, wahai ayah yang bijaksana,” kata lelaki muda itu. Kemudiannya, pemuda tersebut mengambil kotak ajaib itu dan mohon untuk pulang. Setelah beliau keluar dari gua itu, dia berhenti seketika lalu berfikir. "Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam kotak ini?" katanya kepada dirinya sendiri. "Saya akan melihatnya."

38 Cerita pokok kelapa diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
Dia membuka kotak dan sekali gus dia bertukar menjadi pokok kelapa yang tinggi. Itu adalah hukuman kepadanya kerana mengingkari orang tua itu, tetapi dia masih mencapai hasratnya kerana pokok kelapa adalah sangat berguna kepada manusia

39 Mengaplikasikan Bloom
Gunakan cerita Pokok Kelapa tadi, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom. Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta

40 MENGAPLIKASIKAN BLOOM Berdasarkan cerita Pokok Kelapa
Mengingat – Apakah yang diberikan oleh lelaki tua itu kepada pemuda tersebut? Memahami - Apakah yang disampaikan oleh cerita ini tentang pokok kelapa? Atau tentang manusia? Mengaplikasi – Apakah masa hadapan yang akan datang anda harap untuk menjadi sabar? Menganalisis - Apakah titik perubahan dalam cerita ini? Menilai - Apakah pandangan anda terhadap hukuman yang pemuda ini perolehi? Mencipta – Apakah pokok yang lain yang berguna sebagai pokok kelapa? Atau, apakah akibat manusia melihat pokok-pokok sebagai berguna (selain indah)? Ini adalah beberapa contoh soalan yang boleh digunakan selepas peserta membina dan berkongsi soalan-soalan mereka. PERHATIAN. Semua soalan bermula dengan kata tanya ‘Apa’. Apakah perkataan yang dikaitkan dengan soalan Aras Bawah. Tidak semua contoh menggunakannya. Kenapa? Persoalan – di para manakah dalam Intelek Tiga Aras pemikiran ini?

41 EDARAN Jika paparan kurang jelas, rujuk edaran.

42 MENGINGAT Kata Kerja yang boleh digunakan Contoh Soalan
Contoh aktiviti dan hasil memberitahu menyenarai menggambar menghubung kait mengesan menulis mencari menyata menama Apakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...? Siapakah itu yang...? Namakan...? Terangkan apa yang berlaku di...? Siapa yang memberitahu...? Beritahu kenapa...? Cari maksud bagi...? Apakah yang...? Yang manakah benar dan salah...? Buat satu senarai tentang peristiwa-peristiwa utama .. Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta. Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini. Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu akrostik Deklamasikan satu puisi.

43 MEMAHAMI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menerang mengintepretasi menggariskan membincang mengesan meramal menyatakan semula menterjemah membanding menggambarkan Nyatakan dalam perkataan sendiri ... Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...? Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda. Apakah definisi...? Cari atau lukis gambar yang menerangkan peristiwa. Terangkan pendapat anda tentang idea utama. Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan cerita… Ceritakan semula dalam perkataan sendiri Lukiskan satu aspek yang anda suka Tuliskan ringkasan Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwa Sediakan satu buku mewarna

44 CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
MENGAPLIKASI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menyelesaikan menunjukkan menggunakan membuat ilustrasi membina meramal melengkapkan menilai mengklasifikasi menggambarkan Tahukah anda peristiwa lain di mana..? Bolehkah perkara ini berlaku ...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...? Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...? Bina sebuah model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bina sebuah diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat. Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan. Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan / tradisional. Lukis mural berdasarkan perkara yang sama. Tulis buku teks tentang …

45 CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
MENGANALISIS KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menganalisis membezakan menilai membanding menyiasat mengkategori mengenalpasti menerangkan memisahkan mempromosi Peristiwa manakah akan berlaku..? Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku? Apakah persamaan .. dengan ..? Apakah hasil lain yang mungkin...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Kenapa perubahan ini berlaku? Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang disampaikan. Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..? Apakah persamaan..? Apakah masalah yang mungkin timbul? Apakah motif..? Apakah titik perubahan ...? Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul maklumat Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk Bina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat kritikal Bina sebuah jigsaw Bina sebuah salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan Tuliskan sebuah biografi seseorang Sediaka laporan .. Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan Nilaikan hasil seni – persamaan dan permasalahan

46 CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
MENILAI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL mengadili memilih memutuskan membenarkan membahas mengesahkan berhujah mengesyorkan menilai membincang mengutamakan memberi kadar menentukan Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... Nilaikan ... Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk? Bagaimana anda akan mengendalikan ...? Apakah yang mengubah ... Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah anda percaya? Adakah anda seorang ... orang? Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...? Apakah pendapat anda tentang ...? Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... menunjukkan. Jalankan perbahasan tentang isu kepentingan khas. Buat buku catatan 5 peraturan anda anggap penting. Menyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah." Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ... Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang ...

47 CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
MENCIPTA KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL Mencipta Mereka Mengarang Meramal Merancang Membina Mereka bentuk Mengembangkan imaginasi Mengusul Menjana Mencipta formula Adakah anda boleh mencipta……? Mengapa tidak mengarang sebuah lagu……..? Dapatkah anda melihat penyelesaian jika………? Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber , bagaimana anda akan berurusan dengan ...? Mengapa tidak anda merangka………? Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?… Apakah yang berlaku jika….? Berapa banyak carakah anda boleh cipta ..yang baru dan luarbiasa untuk…..? Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang sedap? Bolehkan anda bina kertas kerja untuk.. Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda Cipta sebuah produk baru. Berikan nama dan merancang kempen pemasaran Menulis tentang perasaan anda berhubung dengan ? Tulis rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim tentang ...? Rekabentuk rekod, buku, atau penutup majalah untuk ...? Jual idea. Merangka satu cara untuk ... ? Reka satu rentak atau meletakkan perkataan baru kepada melodi yang dikenali....?

48 Membangunkan KOLEKSI

49 Membangunkan kemahiran menyoal guru
Rancang soalan anda Bersedia untuk bertanyakan soalan lanjutan Tentukan sama ada soalan itu ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individu. Berikan pelajar masa untuk berfikir. Adakah soalan anda seimbang antara fakta dan pemikiran? Bertanya dalam nada perbualan Rekabentuk soalan yang akan mendapat maklum balas yang berterusan

50 Membangunkan kemahiran menyoal guru
Berhenti bertanyakan banyak soalan secara sendiri! Berharap murid untuk menimbulkan lebih banyak soalan jenis lisan dan bertulis Galakkan murid untuk menyoal murid lain semasa perbincangan Terima soalan apabila ditujukan. Berikan masa untuk membuat susulan kepada soalan murid Mengumpul, membincangkan, mengkategorikan dan membangunkan soalan murid

51 Menggunakan nota, pilih dua soalan daripada setiap kotak dan kenal pasti bila anda telah menggunakannya dengan berfaedah dalam sesuatu pengajaran anda baru-baru ini Empat slaid berikut adalah kandungan satu edaran – Soalan-soalan bermatlamat

52 Soalan-soalan Yang Menerangkan Pemikiran
Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ...? Apakah yang kamu maksudkan dengan...? Bolehkah anda memberi saya satu contoh ...? Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain? Bolehkah anda menunjukkan saya ...?

53 Soalan-soalan Untuk Mencari Sebab dan Penjelasan
Mengapa anda berfikir bahawa ...? Bagaimana kita tahu bahawa ...? Apakah sebab-sebab anda ...? Apakah bukti yang kita ada untuk...? Kenapa anda mengatakan sedemikian?

54 Soalan-soalan Yang Meneroka Pandangan Alternatif
Bolehkah anda meletakkannya dalam cara yang lain? Adakah terdapat pandangan yang lain...? Sekiranya ada orang yang memberikan cadangan bahawa ....? Apa yang kita perlu tahu sekiranya ...?

55 Soalan-soalan Yang Menguji Implikasi dan Akibat
Apakah yang akan menyusul pendapat anda? Adakah yang selaras dengan yang dinyatakan sebelum ini? Apakah akibatnya sekira …? Adakah terdapat panduan umum untuk …? Bagaimanakah anda dapat menguji …sama ada benar atau tidak?

56 Tindakbalas Terhadap Soalan-Soalan Murid
Menganalisis soalan – Apakah yang anda maksudkan dengan ...? Menyusun semula soalan – Adakah anda cuba menyatakan bahawa ...? Menyoal murid semula – Apakah pendapat anda ..? Tanya soalan sokongan – Bolehkah...sekiranya...? Beri senarai kemungkinan – Mungkinkah kita boleh ..?

57 MASA MENUNGGU ATAU MASA BERFIKIR
Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk memikirkan jawapan mereka Berapa lama?

58 Purata masa menunggu guru
Masa menunggu amat penting untuk perkembangan proses pemikiran aras tinggi apabila murid diminta menjawab soalan Ia adalah tempoh masa di antara masa guru bertanya soalan dan masa meminta pelajar menjawab Purata masa menunggu guru adalah 1 saat

59 Jumlah soalan murid tanya meningkat IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU Murid
Murid dapat menjawab dengan ayat lengkap Jawapan murid lebih panjang Murid akan berfikir secara spekulasi, “Mungkin ia akan ...”

60 IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU GURU
Guru mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir tentang respon murid IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU GURU Jangkaan guru terhadap respon murid berubah Guru dapat memberi variasi teknik penyoalan mereka Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemikiran berasas tinggi

61 HASIL Dalam bengkel ini, kita telah meneroka Soalan berkesan
Bagaimana soalan-soalan membina pemikiran Soalan...? Soalan...? Soalan...? Taksonomi Bloom dan Pemikiran Aras Tinggi Menggunakan soalan dengan berkesan

62 MEMBINA SOALAN “Soalan yang baik tidak ada jawapan. Ia bukan satu bolt yang perlu diketatkan tetapi benih yang perlu disemai yang akan terus berkembang ke arah menghijaukan landskap idea.” John Anthony Ciardi (1916 – 1986)


Download ppt "MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google