Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIvan Darmali Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
PELAKSANAAN KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC9101 – SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
2
PENGENALAN Untuk membangunkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam program yang berasaskan komuniti (community-based programme). Aktiviti atau program ini dipilih mengikut keperluan masyarakat setempat. Pelajar dikehendaki merancang aktiviti yang boleh membawa perubahan dan memberi impak positif kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam suasana pembelajaran yang luwes (flexible).
3
KEPENTINGAN HP Melalui kursus ini;
Pelajar diberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat Pelajar berkeupayaan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam bermasyarakat Pelajar dapat meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam suasana pembelajaran yang luwes sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif dalam masyarakat setempat
4
PENINGKATAN HP Di akhir kursus ini, pelajar dapat;
berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, peka terhadap permasalahan masyarakat, mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
5
Maksud kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban:
keupayaan untuk menghasilkan tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan lisan dalam proses berinteraksi yang efektif, dan mampu menunaikan tugas yang telah diamanahkan dalam sesebuah organisasi atau aktiviti.
6
Kepekaan kepada alam sekitar
Hasil pembelajaran Kepekaan kepada alam sekitar Kemahiran Sosial dan kebertanggung jawaban (social dan accountability skills) Sikap atau tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain Kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan
7
Ciri-ciri/ elemen sosial dan kebertanggungjawaban
No Keterangan 1 keprihatinan dan mempunyai sikap ‘ambil peduli’ kepada kepelbagaian nilai serta kepercayaan. 2 Rela melindungi dan menatar (meningkatkan mutu dari segi pengetahuan) kesejahteraan masyarakat. 3 Berkebolehan dlm mendapatkan keyakinan dan mempengaruhi org lain, mampu menarik perhatian dan memberi tunjuk ajar.
8
Ciri-ciri/ elemen sosial dan kebertanggungjawaban
No Keterangan 4 Berkemampuan untuk bergaul dan berkomunikasi (mendengar, memahami, berkongsi dan memberi maklum balas) sesama ahli dan masyarakat 5 Boleh menyemai dan mengekalkan hubungan kolaborasi dan kerjasama. 6 Berupaya untuk menjalankan dan menyelesaikan tugas dengan baik dan amanah.
9
PENILAIAN PELAJAR Secara asasnya komponen penilaian adalah :
Perancangan – 25% Penilaian melalui minit mesyuarat Pelaksanaan, - 25% Penilaian melalui video dan bahan sokongan lain seperti gambar atau liputan media Laporan Akhir - 25% Penilaian melalui laporan bertulis Pembentangan – 25% Penilaian melalui video
10
PEMBUKTIAN MELALUI MINIT MESYUARAT
Arahan: Sila isikan skor di dalam kotak berwarna Merah dari 1-5 BIL PERKARA MARKAH PENUH (%) RUBRIK PENILAIAN SKOR 1 2 3 4 5 (1-5) PERANCANGAN 25 PEMBUKTIAN MELALUI MINIT MESYUARAT 1.1 Kehadiran mesyuarat Amat lemah Lemah Sederhana Baik Amat baik 1.2 Sumbangan idea 1.3 Penyelesaian masalah 1.4 Komunikasi dengan komuniti 1.5 Kertas kerja PELAKSANAAN PEMBUKTIAN MELALUI VIDEO DAN BAHAN-BAHAN LAIN 2.1 Kehadiran dan komitmen 2.2 Menjalankan tugas 2.3 Interaksi dengan komuniti 2.4 Integriti, etika dan akhlak 2.5 Interpersonal LAPORAN AKHIR PEMBUKTIAN MELALUI LAPORAN BERTULIS 3.1 Mengatasi masalah 3.2 Nilai inovasi 3.3 Kesan kepada komuniti 3.4 Kesan kepada pelajar 3.5 Menghantar laporan tepat pada masa PEMBENTANGAN AKHIR MELALUI VIDEO 4.1 Pengenalan ringkas projek 4.2 Kemahiran interpersonal 4.3 Kesan pada masyarakat 4.4 Cadangan penambahbaikan 4.5 Refleksi JUMLAH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.